Suka untuk saya nasihatkan anda supaya berhati-hati dengan mana2 penjual emas dan perak yang menceritakan SEMUANYA indah dalam pelaburan emas dan perak sehinggakan anda sanggup membuat personal loan dengan bank tanpa berfikir panjang mengenai risiko yang wujud. Dah namanya pelaburan, mesti ada risiko. Mana ada pelaburan yang semuanya indah.

loan

picture taken from www.southdacola.com

Saya pernah beritahu kepada anda di artikel ‘12 kelebihan T&T Silver‘ yang saya pernah mengikuti program Personal Finance Coaching bersama Azizi Ali selama 5 bulan. Kalau ikut nasihat Azizi Ali, secara idealistiknya, bank loan patut dibuat hanya untuk 2 perkara sahaja iaitu: (a) beli rumah (b) expand/kembangkan bisnes. Please note, dia kata ‘kembangkan‘ bisnes, bukan untuk baru nak mulakan bisnes. Beza besar tu.

Lainlah anda nak start bisnes seperti syarikat Air Asia yang memerlukan berjuta-juta ringgit untuk membeli kapal terbang. Bisnes plan nya pun begitu detail. Malah boleh masuk Bursa Malaysia terus pun. Bukannya bisnes plan yang dipenuhi fakta2 copy-paste seperti kebanyakkan bisnes plan peniaga-peniaga kecil.

Malah beliau kata, kalau nak buat loan untuk beli kereta pun, mesti usaha supaya anda boleh bayar balik sepenuhnya loan tersebut dalam masa 2 tahun. Hahahaha…amacam? Tak terbeliak mata dengar nasihat Azizi Ali? Semua kene beli kereta Kancil je la nampaknya. Untung syarikat Perodua! Haha…

Dengan kata lain, anda patut buat pinjaman dengan bank bila:
(a) anda benar2 tahu dari mana anda akan dapatkan duit untuk bayar balik pinjaman anda tu.
(b) anda buat loan atas perkara/benda yang sangat berpotensi akan meningkat/appreciate nilainya pada masa hadapan dalam jangkamasa yang munasabah.

Baiklah. Kenapa saya bersetuju dengan Azizi Ali untuk tidak galakkan anda untuk berhutang dengan bank dalam membuat pelaburan emas dan perak?

Teruskan bacaan artikel ini di www.pelabursilver.com.

This post has no comment.

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.