Jan 12 2011
 
7

Judi di Malaysia?

Sebelum ni, saya ada cerita pengalaman saya berjudi, tapi itu di luar Malaysia.

Cerita Judi di Malaysia

malaysia-judi

Malaysia punya industri judi pun boleh tahan. Tahun lepas, hasil judi Malaysia ialah 2.37 billion, antara tertinggi di dunia.

Sikit sejarah judi Malaysia: Kasino pertama di Malaysia didirikan di Genting Highland, diluluskan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman pada 1969. Tunku Abdul Rahman yang letakkan batu asas pembinaan Highlands Hotel, kemudian kerajaan luluskan lesen kasino dan perjudian lain kepada Genting Berhad. Tan Sri Khir Johari pula jadi pemegang saham dan ahli lembaga pengarah Magnum Berhad dan Magnum 4D . Seterusnya menjadi Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986.

Ya, di Malaysia memang tak banyak kasino. Tapi tak bermakna tak boleh berjudi. Ada banyak judi haram, mesin kuda, nombor ekor, macam-macam lah. Baru-baru ni pun kecoh tentang emak-emak yang suka berjudi di Singapore. Kalau mahu, seribu daya.

Tapi mungkin ada juga judi lain di Malaysia, dalam bentuk yg kurang jelas.

So saya nak buat survey berdasarkan beberapa pertandingan/peraduan sebenar di Malaysia pada sepanjang tahun 2010.

SURVEY: Yang manakah antara berikut adalah berjudi?

A) Celcom mengadakan peraduan kuiz melalui SMS yang dikenakan caj RM5 setiap SMS. Peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz yang paling banyak setiap hari akan mendapat sebuah kereta (100 hari 100 kereta). Peraduan  ini telah diputuskan haram oleh JAKIM dan dianggap menganiaya peserta.

B) Persatuan Agama Islam sebuah sekolah membuat peraduan meneka jumlah kacang dalam balang Sempena Hari Sukan Sekolah dengan caj RM0.50 setiap tekaan. Pemenang akan mendapat sebuah basikal, yang dibeli dengan hasil kutipan caj tekaan. Baki kutipan dimasukkan ke dalam tabung persatuan.

C) Maxis menawarkan hadiah setiap minggu kepada seorang pelanggan yang paling banyak menggunakan servis data nya (download ringtone, hantar MMS, dan sebagainya pada harga standard) dalam minggu tersebut. Ini berlangsung selama 10 minggu, dengan seorang pemenang setiap minggu mendapat sebuah kereta BMW.

D) Manchester United membuat tawaran di mana pemenangnya adalah peserta yang membida dgn harga unik yang terendah. (Contoh: Jika 3 orang membida RM0.01, 7 orang membida RM0.02, 4 orang membida RM0.03, dan hanya 1 orang yang membida RM0.04, maka pembida RM0.04 tersebut adalah pemenang kerana bidaannya unik dan terendah). Bidaan adalah percuma dan dibuka kepada ahli kelab sahaja. Pemenang akan mendapat tawaran untuk membeli sebuah TV Plasma dengan harga bidaannya tersebut.

E) Carlsberg menaja pertandingan menyepak bola sepak di pusat-pusat membeli belah. Kemasukan percuma, hanya perlu beratur. Peserta dikehendaki menyepak bola sebenar ke arah gol maya pada skrin besar. Peseta yang berjaya mendapat markah paling tinggi (berdasarkan kiraan kelajuan dan ketepatan, oleh komputer) akan memenangi 2 tiket ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

F) Sebuah syarikat berhad mengadakan cabutan bertuah sempena majlis makan malam tahunan syarikat. Harga tiket majlis makan malam tersebut adalah RM30 seorang. Dari setiap kutipan tiket, syarikat membelanjakan RM25 untuk kos makan dan tempat, dan RM5 untuk kos hadiah-hadiah cabutan bertuah.

G) Saluran ESPN Star Sports menawarkan pertandingan Nokia Man of The Match kepada semua penonton ASTRO (Malaysia, Singapura, Thailand, dll) ketika perlawanan bola sepak Liga Perdana England disiarkan secara langsung pada setiap Sabtu dan Ahad. Untuk menyertai, penonton hanya perlu SMSkan pilihan nama pemain terbaik sebelum perlawanan tamat. Hanya seorang peserta dari semua yang membuat pilihan betul, akan memenangi sebuah jersi pasukan bola sepak.

H) Utusan Malaysia menganjurkan peraduan Yebo! iaitu peraduan meneka Piala Dunia 2010, yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Peserta hanya perlu mengisi borang asal dari akhbar, dengan meneka pasukan yang akan layak bermula dari perlawanan pusingan kedua hingga ke peringkat akhir Piala Dunia. Hadiah utama berupa sebuah kereta Honda City menanti peserta yang membuat tekaan terbaik.

I) Celcom kembali dengan peraduan kuiz melalui SMS yang sama seperti pertandingan A di atas, tapi caj kini diturunkan dari RM5 ke RM1 sahaja untuk setiap SMS. Hadiah juga dikurangkan nilainya, kepada sebuah Handphone sahaja. Berbeza dengan pertandingan A, JAKIM tidak membuat sebarang kenyataan tentang peraduan  ini.

Nota: Semua di atas adalah pertandingan/peraduan sebenar sepanjang tahun 2010.

This post has 7 comments.

  1. judi n en bird.

    13 Jan 11 at 9:56 am #
  2. jureena

    saya x sangka sebenarnya wujud judi kat malaysia..mmg byk praduan camnie, tp yg maner judi..

    yg teka kacang tu slalu je kat mana2..judi ke?

    25 Jan 11 at 8:08 pm #
  3. Arza

    Alamak. I pernah joint salah satu. Masa tu i tak terfikir pun hukumnya.

    Apa jawapannya? Siapa tau?

    27 Jan 11 at 7:33 pm #
  4. idham

    hasil judi 2.37 billion tu buat apa yer? haha..confirm masuk dalam akaun kumpulan wang disatukan..lalu disalurkan semula kepada rakyat…maka, semua merasa hasil judi…tapi siapa ada ambil berat perkara ni? fikir fikir kan laa..

    09 Feb 11 at 10:43 pm #
  5. mufti banyak kat malaysia paling banyak..

    28 Jun 11 at 11:58 pm #
  6. tokai

    DASAR MENTAL MELAYU… JUDI DIBIARKAN …

    07 Nov 11 at 8:44 am #
  7. cungkeripit

    ITULAH… OLEH BUDAYA MELAYU LAMBAT BERKEMBANG, JADINYA SERAMBI MEKAH DIAMBIL ACEH LEBIH DULU… MALAYSIA CUMA KEBAGIAN SERAMBI JUDI SAJA…. HAHAHAHAHAHAHHHA

    28 Apr 12 at 10:41 am #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.