Jika waktu2 begini 5-6 tahun yang lalu, saya akan mengenakan stokin dan memakai snow cap yg menutupi telinga saya. Suhu serendah -17 Celcius adalah mainan biasa di ALbstadt Ebingen tempat saya belajar dahulu.
Sajak ini saya tulis pada Disember 2004
salji putih menghempas pipi
menyedarkan diri yang sedang bermimpi
dalam perjalanan menuju destinasi
lembut salji menambah seri
gugur seperti manik putih
bertamu di celah dedahan rindu
seolah amat memahami
gelora jiwa yg sedang bertamu
Cuba bayangkan di bandar kecil ini saya seorang sahaja berbangsa Melayu. Menyewa di sebuah bilik di Altesheim (Rumah org tua), keperluan pengajian di Germany yang memerlukan setiap pelajar menjalani dua kali latihan praktikal, telah menyebabkan saya tercmpak di bandar ini semasa latihan praktikal kedua saya.
Namun pengalaman sangat menyeronokkan!






dah lama kompunan nak pi tempat bersalji selain snow world genting….bila la agaknya ye..tengok view putih sambil minum kopi….
21 Feb 11 at 11:52 am #