Dec 28 2010
 
9

Pengalaman berjudi

Masa muda-muda dulu saya pernah berjudi. Bukan di Genting. Teringin jugak masuk casino Genting nak tengok2, tapi diorang tak lepaskan, orang Islam takleh masuk.

Saya masuk casino masa kat US dulu, iaitu masa lepak di Las Vegas selama beberapa hari. Dan masa singgah New Orleans jugak.

Coin Slot Machine

Kisahnya bermula masa on the way nak cek in hotel di Las Vegas. Di Vegas, semua hotel didesign supaya kita kena lalu kawasan casino hotel yg luas sebelum sampai ke kawasan bilik, dgn harapan kita akan termain jugak tu setiap kali kita keluar/masuk bilik hotel tu.

Masa baru sampai hotel, on the way nak cek in, seorang kawan Sabahan saya Judith masukkan satu quarter (25 sen) ke dalam mesin slot syilling, dan tekan butang. Tengok2 dapat  pulangan 100 kali ganda iaitu $25.00. Cubaan pertama, terus menang. Memang lucky quarter.

IMG_1639

Coin Slot Machines

Lepas dah settle cek in, kami mula la jalan-jalan sekitar casino. Tiba-tiba, kawan India saya Kugann pulak yang dapat pulangan 500 kali ganda. Masuk 1 keping quarter, keluar 500 keping, iaitu $125.00.

So, yang lain mula lah ketagih nak cuba. Lagipun slot machine ni senang je nak main, orang buta pun boleh main. Paling hebat, kawan saya Elyas menang 2500 kali ganda, iaitu $625.00 dengan modal 25 sen. Hanya dengan masukkan sekeping syilling dan tekan satu butang.

Tapi sepanjang di Vegas, saya tak try langsung main slot, sebab lebih tertarik dengan game-game yang main kat meja. Saya pun mainlah blackjack, roulete, texas hold em, dll. Seronok duduk di meja kasino. Duduk antara orang-orang kaya, terasa macam James Bond pun ada.

Roulete

Antara yang menarik ialah main roulete. Seronok cuba try to beat the odds, konon2 libatkan kebarangkalian dan matematik. Main roulete ni senang je. Sebelum every round, kita letakkan bet atas pilihan kita dulu. Kita boleh macam2 pilihan, dengan pulangan berbeza. Contohnya pilih antara merah atau hitam (pulangan 2 kali ganda), genap/ganjil (2), kecil/besar (2), row1/row2/row (3), column1/column2/column3 (3). Kita boleh jugak pilih mana-mana nombor (pulangan 36 kali ganda), atau kombinasi nombor bersebelahan. Basically, lagi rendah kebarangkalian nak menang, lagi tinggi lah pulangan kalau menang.

roulette

Meja Roulete.

Masa kat lepak2 di Vegas, saya sempat tercipta formula menggunakan progression chain  (janjang) untuk main roulete. Berkesan jugak lah bila saya tak pernah rugi di beberapa hotel berbeza sepanjang di Vegas. Tapi slow and steady la. Orang lain main seronok2 tabur duit, dan rugi. Saya pulak try buat untung, orang pun pelik tengok saya bet sikit-sikit. Contohnya start main pukul 12 malam dengan $200, main sampai pagi, bila naik bilik hotel utk subuh dah ada $800. Kira hebatlah, untuk penjudi amatur hehe.

Tapi strategy ni kena tengok table dan ‘croupier’ (tukang putar bola) jugak la. Kena pilih table dan croupier yg kononnya produce random numbers (kita boleh rujuk kat tiang yg display previous numbers kat sebelah table tu), baru berkesan pakai progressive method ni. Kalau tak, boleh rugi besar, sebab kena bet multiple everytime lepas kalah, utk recover previous losses. (tapi konon jelah, sebenarnya oddnya still tetap sama, tak bergantung kepada prevailing outcomes langsung).

Bila balik dari Vegas, cek Internet, rupa-rupanya formula yg saya guna tu dah wujud, dipanggil Martingale System, Labouchere System dan kombinasi sistem-sistem lain. Ceh.

Nak main Poker

Terus terang, saya teringin main poker lagi, sebab poker game yg memerlukan skill, bukan nasib semata-mata. Poker ada banyak jenis, semua perlukan kepakaran kita dalam menipu, buat2 menipu, buat2 macam buat2 menipu, buat2 macam buat2 macam buat2 menipu, dan seterusnya - reverse reverse reverse psychology.

Dan perlukan skill membuat poker face (buat muka selamba, walaupun cuak/yakin atau menipu/jujur) dan membaca ‘tell’ (formula gerak badan) peserta lain. Tapi masalahnya, takde guna main poker kalau tak gunakan duit betul, sebab ‘tell’ setiap pemain takkan konsisten - setakat letak duit palsu, tangan tak menggeletar, tapak tangan tak berpeluh, anak mata tak lari - so takde apa yang nak dibaca.

Jangan berjudi

Dulu hasil judi dulu tu saya dermakan kat masjid West Lafayette. Lepas tu baru saya sedar, dalam Islam, bukan sekadar ‘guna duit judi’ yang haram, tapi ‘perbuatan berjudi’ itu sendiri pun haram. So, janganlah bermain di casino, walaupun takde niat nak makan hasil judi tu nanti.

Lagipun, macam mana hebat pun strategy, akan rugi jugak nanti. ‘The house (kasino) always wins’.

This post has 9 comments.

  1. safuan

    sharing yg menarek. jujur
    =)

    05 Jan 11 at 5:09 pm #
  2. Johan Tan

    Hehe winner, winner, chicken dinner

    11 Jan 11 at 6:15 pm #
  3. [...] di Malaysia Sebelum ni, saya ada cerita pengalaman saya berjudi, tapi itu di luar [...]

    12 Jan 11 at 10:39 am #
  4. lille

    I really enjoyed reading this blog post, I was just itching to know what strategies you used in poker games such as texas hold em?

    I tend to do well in games like blackjack, where I only need to play against the cards. So I think I’m already good at the odds calculations. The problem is I often lose miserably when playing against other people. I think I’m very bad at cold reading people’s reactions or faces.

    21 Jan 11 at 12:05 pm #
  5. jureena

    cerita yg sangat mnarik..tp mcm nak promote je huhu..

    25 Jan 11 at 8:09 pm #
  6. tao x judi tu haram?
    tapi kalau saya di las vegas pn saya akan buat perkara yg sama. ni memnunjuk kn iman kita nipis.

    03 Feb 11 at 4:50 pm #
  7. azrul -own

    ko judi time tu boleh la untung…aku main roulette untung kejap je…suruh elyas belanje dia taknak

    29 Mar 11 at 12:14 pm #
  8. own, ko tidur je, mana ada hasil. pastu nak suroh orang belanja dgn duit haram hehe.

    01 Apr 11 at 3:20 pm #
  9. azrul -own

    haha..mane ade tido…ko tak tau aku gi mane..hahaha

    02 Apr 11 at 5:04 pm #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.