My friends and I were featured in Utusan Malaysia last week: myself, M. Suhaimi Ramly, M Akmal Akhpah, Shahabudeen Jalil, Luqman Zulhusni, and Raja Nazatul Akhma.

The 6 of us have known each other since more than 10 years ago. Although Naza seems to be younger, while Shahabudeen looks much older hehe, we are actually of the same age. According to the article, we’re 27++ years young ;).

And 5 of us (all except Shahabudeen) studied at the same secondory school, MRSM Jasin. We later met Shahabudeen at INTEC UiTM during our preparatory programs prior to studying abroad.

p/s - Special thanks to Ridzwan dan Kak Siti from Utusan for featuring us in the Rencana Section.

—————————————————————————————————————————-

Utusan Malaysia, 23 November, page 9.

For online version: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

Tekad usahawan baru generasi dot.my

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
pengarang@utusan.com.my

SIAPA kata anak Melayu tidak mampu merentas sempadan dan berdiri di atas kaki sendiri untuk meniaga?

Bagi enam anak muda, walaupun baru berusia 27 tahun tetapi mereka telah bergelar usahawan berjaya dengan masing-masing mempunyai perniagaan berpotensi.

Bermula dari pertemuan di Pusat Pendidikan Antarabangsa (dahulunya Pusat Pendidikan Persediaan) di Shah Alam, mereka menjadikan persahabatan sebagai landasan untuk terus maju ke hadapan.

Bagi mereka, makan gaji mungkin jalan penyelesaian terakhir dalam mencari nafkah hidup kerana bagi mereka berniaga adalah jalannya.

Ada yang berniaga perkhidmatan berkaitan komputer, kemahiran matematik, menyewa buku di Internet dan menganjur kursus memborong.

Apa yang menarik, kini mereka bergabung tenaga untuk membangunkan portal e-dagang Lot.my dengan matlamat membantu usahawan tempatan menceburi perniagaan di Internet.

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita berkenalan dengan mereka seorang demi seorang.

Si genius matematik

Jika anda pernah mengikuti mengenai kejohanan Olympiad Matematik Antarabangsa (IMO) - kejohanan menguji kemampuan matematik para peserta yang belum memasuki kolej/universiti, anda tentu mengenali anak muda ini.

Mohd. Suhaimi Ramly, lulusan Ijazah Sains (Matematik) dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) merupakan ketua jurulatih bagi pasukan Olympiad Malaysia.

Beliau yang pernah menjadi juri termuda untuk menghakimi pertandingan IMO peringkat dunia merupakan antara pelajar terbaik pernah dilahirkan dari pertandingan itu.

Penyertaannya dalam pertandingan itu mendorongnya untuk membangunkan modul dan kaedah memahami sains dan matematik dengan cara lebih efisien melalui syarikatnya Ardent Educational Consultants Sdn. Bhd.

“Matematik bukanlah satu yang susah jika kena cara pembelajarannya,” katanya mengulas mengenai masalah penguasaan pelajaran itu di kalangan pelajar bumiputera.

Pakar transaksi

Seorang lagi usahawan dimaksudkan ialah Luqman Zulhusni Ismael, pengasas Gerbang Emas Sdn. Bhd.

Graduan teknologi maklumat daripada Rensselaer Polytechnic Institute, New York ini mempunyai pengalaman dalam menyediakan sistem pembayaran elektronik untuk beberapa syarikat pelaburan dan teknologi.

Kepakarannya dalam bidang kewangan dan teknologi itu digunakan untuk membangunkan syarikat Gerbang Emas dan juga membangunkan sistem pembayaran di portal Lot.my.

“Sekarang memang ramai orang menjual melalui blog tetapi mereka tidak mempunyai sistem pembayaran yang baik.., dan Lot.my mampu mengatasi masalah itu,” kata Luqman Zulhusni.

Jaguh borong

Bagi usahawan bumiputera yang pernah mengimport barangan dari China, nama Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman yang merupakan Pengarah Urusan, Anzac Consultancy tentu tidak asing lagi.

Anak muda ini telah menjadi pengasas dalam memperkenalkan kursus memborong barangan di China secara teratur, khususnya untuk kaum peniaga bumiputera.

Hasil pengalamannya digunakan untuk membantu usahawan bumiputera mengimport terus dari negara-negara seperti China, Thailand, Vietnam, India dan Korea Selatan.

Bagi bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar ini, golongan peniaga di negara ini telah lama bergantung kepada ‘orang tengah.’

“Mereka perlu memberanikan diri mengunjungi negara asing untuk mengimport barangan secara terus,” katanya yang kini giat menganjurkan kursus dan juga trip memborong ke China.

Pengalaman itu jugalah digunakan untuk menganjurkan kursus-kursus membuka laman web di Lot.my yang diadakan dengan kerjasama Mega, Utusan Malaysia.

Bijak ICT

Seperti juga sahabatnya, anak muda yang bijak dengan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini adalah lulusan Rennselear Polytechnic Institute, New York dalam bidang Sains Komputer.

Mohd. Akmal Akhpah yang merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Projek untuk Lotdotmy Sdn. Bhd. ini mempunyai pengalaman luas ICT.

Beliau pernah bekerja sebagai Jurutera Perisian dengan beberapa syarikat multinasional seperti Shell dan Intel sebelum memberi tumpuan membangunkan aplikasi e-dagang.

Kepakarannya itu juga digunakan untuk membangunkan portal Lot.my.

“Pasaran ICT agak perlahan masa kini dan kebanyakan pengguna beralih kepada produk yang murah dan mudah digunakan,” katanya.

Ia menjadi konsep pembangunan modul Lot.my yang mana dengan bayaran RM40 sebulan, peniaga boleh memasarkan kira 100 produk mereka ke seluruh dunia melalui Internet.

Mahir e-dagang

Khairul Anwar merupakan seorang lagi ahli lembaga pengarah Lot.my yang juga Pengarah, Aidan Technologies Sdn. Bhd.

Aidan Technologies merupakan syarikat pemasaran penyelesaian IT, terutamanya dalam e-dagang.

Graduan dari Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat itu mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan dan ekonomi.

Beliau berkemahiran membangunkan sistem inventori, pengurusan, multilevel, laman web, e-dagang, multimedia dan lain-lain.

Dengan pengetahuan ekonomi yang digabung dengan ICT, Khairul Anwar menggunakannya untuk pembangunan dan mengatur strategi pemasaran Lot.my.

Di luar kotak

Ramai daripada kita tidak berani mencuba sesuatu yang baru tetapi tidak kepada Raja Nazatul Akhma.

Melakukan ’sesuatu di luar kotak,’ mungkin itu yang dimaksudkan dengan perniagaan Nazatul Akhma apabila menceritakan mengenai perniagaan perkhidmatan menyewa buku melalui Internet yang ditawarkannya.

Graduan daripada Universiti Takushoku, Tokyo, Jepun itu menubuhkan Q’ reazant Enterprise bagi menjalankan perniagaan tersebut bersama adiknya, Raja Ezatul Akhma.

Kesimpulannya, aspirasi dan iltizam keenam-enam anak muda ini dalam menjayakan survivalmereka adalah suatu yang boleh dicontohi oleh generasi masa kini.

Tanpa mengharapkan disuap oleh kerajaan, mereka mencuba melakukan pelbagai kerja dan perniagaan menggunakan tenaga empat kerat dan sekelumit minda.”

This post has 11 comments.

  1. me

    tahniah!

    03 Dec 10 at 2:16 pm #
  2. iznan

    nanti kene beli frame utk framekan semua artikel newspaper kt office aidan…hehehe

    03 Dec 10 at 6:59 pm #
  3. from Facebook:

    Cik Seri Darling: the best part, umo 27 tahun tuu ;)

    Raja Nazatul Akhma: Seri, masa dia interview tu ktrng still 27. Now je yang dah 28 :p

    Aisy Aish: congrats all.. :)

    Nur Amalina Mohamad Zaki Congrats all!! Baru 27.. dah jadi usahawan berjaya! ;)

    Cik Seri Darling: naza, seri pun tumpang feeling2 muda gitu…wheeeee~~~
    yeap! congrats peeps!

    Zairimah Abd Jamil: Way to go!!

    Khairul Anwar Bird: cik seri, technically aku (25dec), akmal (6 dec) and bal (29dec) memang still 27 lagi..

    Sazlida Shaharir: NICE =)

    03 Dec 10 at 7:13 pm #
  4. Syazani Aziz tahniah! Muda-muda lg dahpon berjaya :-).. keep it up~

    Nora Rahman: wah congrats!!

    Hani Sani: wa… bird makin glamer..;-)

    Elaiza Shahida: congrats to all..:)

    Mohd Ismiza Mohamed Shukor: cayalah bro

    Ahmad Fariz Ahmad Nazari: Tahniah to all of you! Semoga perniagaan bertambah maju!

    Shafie Bustan: tahniah bro ….. mmg mantoppp ..

    Ferry Indera: Superb!!

    03 Dec 10 at 7:14 pm #
  5. Ammar Zakaria: Congrats to all.. keep it up.. buleh jadi millionaire in few years

    Faiz Zaidan Ali: congrats bro!

    Muhammad Khairis Ishak: pergh.

    Mohd Fariz Abu Bakar: mantaplah Bird~

    Irwan Shahrezza: cayalah kawan2.. keep up the good work!!

    Aini Fadhilah: perghhhhh…untunglaaaa….

    Khairul Anwar Bird: thanks aisy, kngah, seri, zairimah, sazlida, syaz, mai, hani, elaiza, ismiza, cap, pie, ferry, ammar, ube, khairis, fariz, chem, achik, n the rest.. sronok bila dpt support member2 ni..

    03 Dec 10 at 7:14 pm #
  6. Fairuz Ahmad: pawer la bro….. like org2 melayu yg macam korang…bersatu padu..berganding bahuu.. terbaekk

    Nurul Fadhilah Yaacob: hebat!

    Aisy Aish: yup..sy siap kerat newspaper tuh..bangga tgk kwn2 da berjaya..

    Mohamad Fitri Baharom: gua siap tunjuk kat mak n ayah gua..korang berjaya dah cukup bangga aku..

    03 Dec 10 at 7:21 pm #
  7. tahniah..and Mr.Suhaimi Ramly was featured in The Star yesterday right? Sunday Star, for the Olympiad thing..kudos

    06 Dec 10 at 3:50 pm #
  8. Thanks all for the wishes.

    Anis, dah balik Malaysia ke?

    08 Dec 10 at 12:51 pm #
  9. yup..baru je sampai Msia and read that article in the plane otw to home sweet home..ade agenda nk share? im eager to know ;)

    08 Dec 10 at 4:49 pm #
  10. Welcome home :)

    We will inform our readers of latest happenings via this blog…currently we are working hard to initiate the new Aidan Institute…Iznan ada tulis entry on this.

    09 Dec 10 at 4:44 pm #
  11. tahniah pada semua. bangga sungguh ada orang melayu berfikiran begini.
    ;))

    12 Apr 11 at 5:28 pm #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.