Assalamualaikum wbt

Berikut adalah terma & syarat untuk anda menyertai pertandingan ini:

  1. Pertandingan ini boleh disertai oleh SESIAPA sahaja. hehe..
  2. Skrip yang dibuat tidak boleh menggunakan nama saya (Alif) atau mana2 warga Aidan sebagai apa jua watak.
  3. Skrip yang dihasilkan wajib ada elemen LAWAK & SARCASTIC (perli). Elemen2 lain, ikut suka korang lah.
  4. Saya berhak mengubah skrip yang anda tulis sekiranya saya rasakan perlu. huahuahua…ini yang best ni. Kasi tambah rencah sket…
  5. Saya akan decide pemenang bagi pertandingan ini pada bila2 masa yang saya suka.
  6. Pemenang pertandingan ini akan dapat makan lunch FREE dengan saya di food court belakang ofis Aidan. (kehkehkehkeh…korang ingat aku nak belanja korang makan kat hotel? mimpi la)
  7. Sila mulakan menulis skrip di ruangan comment di bawah dengan merujuk kepada gambar2 berikut.

PERHATIAN: Sekiranya anda membaca entri ini di laman facebook dan ingin menulis apa2 komen, sila buat demikian di Blog Aidan. Ini bagi memudahkan pihak pengurusan menyemak skrip anda. hahaha….

Gambar Rahsia Kekayaan

This post has no comment.

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.