Saya kira Malaysia merupakan negara yang paling memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan. Di negara-negara seperti Jepun dan Jerman, memulakan perniagaan memerlukan seseorang itu melalui pelbagai proses yang rumit dan sukar. Ini termasuklah mereka yang ingin memulakan perniagaan atas talian (online business). Kerajaan Jerman misalnya cukup cepat menghidu seseorang yang menjalankan perniagaan berdasarkan aliran wang tunai bank seseorang itu. Pernah seorang kawan yang sama-sama belajar dahulu didatangi pegawai lembaga hasil Jerman, gara-gara akaunnya yang terlampau aktif kerana bermain forex dan berniaga ebay.
Belum ada satu kajian khusus berkenaan jumlah tepat peniaga onlinedi Malaysia. Tapi mengikut anggaran saya melalui pengalaman berniaga online selama lebih 2 tahun, terdapat ribuan rakyat Malaysia yang kini menggunakan platform blog, Facebook dan forum untuk menjual pelbagai jenis barangan. Itu belum termasuk mereka yang berniaga melalui laman-laman B2B seperti EBay, Lelong ataupun Mudah. Yang terkini ialah fenomena Lot.my yang mencetuskan satu revolusi baru dalam perniagaan online.
Facebook dan Twitter
Penggunaan media sosial dalam perniagaan merupakan trend masakini. banyak entiti perniagaan baik yang kecil mahupun yang besar mula menggunakan Facebook dan Twitter utk berkomunikasi dengan pelanggan mereka. Anda juga boleh aplikasikannya. Saya akan kongsi 3 tips penting bagaimana Facebook dan Twitter boleh membantu anda dalam memperkenalkan jenama baru, membuat promosi, menarik pelanggan dan lain-lain.
- Buat satu Fanpage untuk mewakili perniagaan anda. Jadikan Fanpage tersebut untuk anda berkongsi berita terkini mengenai perniagaan anda. Pasang aplikasi seperti RSS Graffiti untuk Fanpage anda mengemaskini secara automatik sebarang aktiviti dari blog dan website perniagaan anda. Berinteraksi dengan peminat Fanpage anda dengan selalu mengemaskini bahagian Events,Notes,Photos dan Discussion. Promosikan fanpage anda dengan meletakkan badge di blog dan laman web anda. Kongsikan profil Fanpage anda dalam akaun Facebook anda sendiri.
- Buat satu akaun Twitter untuk mewakili perniagaan anda. Saya pasti ramai diantara kita sudah memiliki pelbagai jenis smart phone yang mempunyai pelbagai aplikiasi rangkaian sosial. Hantar tweet ringkas berkenaan perniagaan anda sekerap mungkin. Jangan lupa untuk masukkan kata kunci yang menerangkan tentang perniagaan anda dalam setiap tweet yg anda hantar. Aktifkan Twitter anda dengan mengikuti individu yang ada kaitan dengan perniagaan anda.
- Mashup. Apa itu mashup? Facebook dan Twitter mempunyai ratusan mashup untuk perniagaan anda. Anda boleh menggunakan pelbagai mashup ini untuk membuat promosi, mendapatkan testimonial, menjual barangan secara terus dalam FB, memuat naik gambar dalam Twitter dan macam2 lagi.
Ada banyak lagi tips2 dan perkara2 yang boleh anda buat dan lakukan menggunakan media sosial untuk memajukan perniagaan anda! Dan semua itu saya akan kongsi dengan anda di masa akan datang. jumpa lagi!
Posted by Iznan.
Filed under Business & Management, internet
Posted on Mon, 29 November 2010 at 11:38 am
Subscribe to RSS 2.0 feed.






Thanks.. Good tips!
02 Dec 10 at 10:39 am #