Oct 15 2010
 
13

Usahawan One Man Show

Assalamualaikum wbt

Ramai yang nak jadi usahawan setelah melihat kehebatan individu-individu tertentu dalam dunia bisnes. Individu-individu tersebut menjadi idola untuk mereka memulakan bisnes mereka sendiri suatu hari nanti.

Malangnya, ramai orang suka One Man Show (OMS). Apa itu One Man Show? Secara ringkasnya, One Man Show adalah “orang yang suka buat semua benda pun sorang-sorang.”

Perangai One Man Show ni wujud pada pelbagai jenis manusia . Antaranya ialah pekerja dan usahawan.  Dalam artikel ini saya akan lebih fokuskan pada usahawan kerana usahawan One Man Show ni adalah masalah kronik yang wujud di kalangan usahawan.

Yang paling merisaukan saya ialah ramai entrepreneur wannabe (entrepreneur wannabe = mereka yang sangat berminat nak jadi usahawan tapi belum mengorak langkah untuk menjadi usahawan) begitu terpengaruh dengan konsep One Man Show ini, samada mereka menyedarinya atau pun tidak. Worse, they like it!

Kebaikan Bisnes One Man Show (OMS)

Sekiranya anda pernah membaca artikel saya ini: - http://blog.aidan.com.my/2009/04/tips-and-tools-for-bootstrappers/ sepatutnya anda akan faham bahawa bermula sebagai One Man Show adalah sangat penting. Ianya merupakan satu critical factor dalam membina ketahanan anda untuk melalui ranjau dunia keusahawanan. Sekiranya anda survive melalui fasa OMS, maka insyaAllah, saya yakin bahawa anda berpotensi besar untuk menjadi seorang usahawan berjaya suatu hari nanti. Dan biasanya, usahawan OMS ni akan menggunakan Sole Proprietor sebagai entiti perniagaan mereka. (rujuk sini untuk mengetahui apa itu Sole Propriretor: http://bit.ly/bmXhBV)

Antara kelebihan bila buat bisnes ’semua pun sorang-sorang’ (sole proprietor) ni ialah:-

1. Sebagai fasa untuk anda mengenal pasti industri yang anda benar-benar minat atau pun industri yang anda yakin ianya berpotensi boleh buat duit dalam masa 10 tahun akan datang. Trust me, it takes time.

2. Sebagai fasa untuk anda melakukan sebanyak mungkin kesilapan dalam bisnes tanpa mengambil risiko yang terlalu tinggi sekiranya bisnes tak menjadi.

3. Semua keuntungan bisnes adalah milik peribadi anda.

4. Dan yang paling best….anda bebas nak buat APA SAHAJA keputusan untuk bisnes anda. Biasanya geng2 OMS ni suka sangat dengan ayat macam ni, “Kau pedulik hapa?!! Aku punye bisnes aku punye suka la, penyibuk!” dan yang sewaktu dengannya. Hehehe….

Ada lagi kelebihan2 lain. Namun yang paling geng2 OMS ni suka ialah point No.4 tu. Orang yang suka One Man Show ni sangat-sangat sukakan ultimate freedom. Kalau boleh, day one start bisnes dah nak dressing pakai singlet putih dan seluar hawaii bersama sepasang selipar jepun putih. Pastu gi ofis lama sebab nak lepas geram kat previous bos yang selama ni dok suruh dia tercekik dengan neck tie and arah dia buat kerja itu dan ini. Nak tunjuk sangat la yang dia tu dah jadi bisnes man. “Now, I am the BOS you know… Huh!” kata seorang bisnesman OMS kepada bos lamanya.  Malah saya yakin, sebahagian besar entrepreneur wannabe yang sedang membaca entri ni pun, itulah sebab utama anda nak berhenti kerja makan gaji dan start bisnes, betul tak? Hehe…tak yah nak kelentong la.

Ada juga usahawan OMS ni yang pandai berfacebook, sekali-sekala masuk akhbar-akhbar tempatan, keluar dalam rancangan televisyen dan sebagainya. Saya tak nafikan, itu semua memang bagus untuk perkembangan bisnes. Namun, sebenarnya anda perlu sedar bahawa mudarat buat bisnes gaya OMS ni jauh lebih besar berbanding manfaatnya.


Keburukkan Bisnes One Man Show (OMS)

1. Versatilism
Kebanyakkan usahawan OMS suka menghidupkan watak individu ‘versatile’. Kononnya, imej versatile akan menunjukkan anda seorang yang hebat pada pandangan ramai. Seolah-olah anda adalah super human yang di imbued dengan super natural abilities. Semua benda pun geng2 OMS ni boleh buat sorang2. Dialah Personal Assistant kepada ‘Bos’, dialah Head of Marketing and Sales Division, dialah sekuriti guard dan seterusnya. Pendek kata, Superman pun dia, Robin (partner Batman) pun dia. Kekadang tu jadi Catwoman pun ye. Hahaha…ini semua hanyalah fantasi geng2 OMS.

Sebenarnya, by definition, versatilism (<–I made up this word) memang dah wujud pada SETIAP manusia yang normal. Tak perlu susah payah nak jadi individu versatile.Manusia memang dah diciptakan sejak dari Nabi Adam a.s. sebagai makhluk yang versatile. Pengalaman hidup setiap individu itu sendiri akan membentuk versatilism dalam diri seseorang.  Itu hanyalah buzzword yang dicanang oleh geng2 OMS yang terlebey-lebey terpengaruh dengan konsep tersebut. Setahu saya, semua tamadun cemerlang yang pernah wujud di dunia ini tidak di bina oleh manusia yang ‘semua benda pun dia boleh buat‘. Malah tidak keterlaluan jika saya mengatakan, terlalu berusaha untuk menjadi individu versatile adalah menyanggahi sejarah pembangunan ketamadunan manusia.

* definisi versatile: http://dictionary.reference.com/browse/versatile

Anda mungkin tidak bersetuju dengan saya. Tapi, bolehkah anda menafikan kata2 ini, “People are more impressed by your ability to be a star at one thing than they are by your ability to juggle lots of hard things“. - Cal Newport

Saya yakin anda tak boleh nafikannya. Orang yang versatile bersepah-sepah di luar sana. Yang kurangnya ialah orang yg versatile DAN mempunyai pengkhususan dalam skil2 tertentu. Pengkhususan itulah yang menjadikan anda extraordinary daripada orang lain. Now, anda mungkin bertanya, “Apa yang ko cuba nak tekankan ni alip?Apa kaitannya dengan OMS?” haha…ianya SANGAT berkaita rapat dengan OMS. Meh sini saya terangkan.

Setiap makhluk di dunia ni, tak kira la apa jua keadaaanya, bangsanya, kat mana pun, kita semua di beri oleh Allah sebanyak 24 jam sahaja. Setiap orang dapat tak lebih 1 saaat, tak kurang 1 saat. Kalau anda jadi macam geng2 OMS ni, semua benda pun dia nak buat sorang2, bila masanya anda nak develop sebarang skil pengkhususan dalam diri anda? Sedangkan semua orang tahu bahawa untuk develop sebarang pengkhususan memerlukan masa yang banyak.

Satu kes simple. Katakan dalam Aidan Technologies Sdn Bhd waktu kami baru setahun jagung dulu. Time tu sorang pekerja pun takde. Yang ada ialah kami bertiga sahaja. Gaji pun kecik tak hengat. Kami bertiga adalah partners dan ada saham dalam syarikat. Saya fokus pada Marketing. Bird fokus pada Sales. Akmal pula fokus pada Teknikal. Memang kami semua buat banyaaaak lagi kerja2 lain. Malah tugas2 kami ada yang overlap pun, terutamanya bila time tak cukup tangan untuk pergi jumpa leads atau pun client. Kekadang Akmal tolong saya buat marketing dan keluar dengan Bird untuk jumpa client. Kekadang saya tolong Akmal settlekan masalah teknikal yang berkaitan hardware (kalau software saya surrender la). Begitu juga dengan Bird yang adakalanya menolong Akmal dalam programming yang simple2. (Nah! Tak cukup versatile lagi ke kami ni?!)

Tapi, disebabkan kami ni berTIGA, bukan sorang2, bukan OMS, maka kami dapat buat pembahagian tugas yang menjurus kepada pengkhususan skil2 tertentu. Hasilnya? Saya dapat baaaanyak belajar tentang marketing. Bird semakin bagus dengan sales dan Akmal semakin mantap dengan programming nya. Walaupun kerja2 kami begitu banyak dan ada yang overlap, tapi kami dapat mengutamakan kerja2 yang berkaitan dengan pengkhususan kami.  Sekarang, saya sendiri sedang melangkah setapak ke hadapan untuk mempelajari tentang Creative Marketing. Bird semakin bagus dalam mendapatkan corporate deals. Akmal pula sudah mampu membangunkan enterprise level system. InsyaAllah, bila ada fokus sebegini, barulah syarikat dapat bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.


2. Sekejap Ada Sekejap Takde

Apa yang lebih penting setelah memulakan bisnes ialah bisnes anda berterusan dan berkembang. Ini baru tepat dengan prinsip keusahawanan. Baru betul dapat wujudkan peluang untuk orang lain dan juga membantu dari segi ekonomi negara. Kalau salah sorang kene ke luar negara untuk training client kat Brunei misalnya, tak la terus terhenti macam tu je bisnes anda. Kalau ada leads atau peluang bisnes baru yang datang, partner anda boleh tolong handle kan. Kalau ada client call berkaitan customer support, tak perlu la diorang rasa bengang sebab phone anda asyik tak berangkat. Kenapa tak berangkat? Sebab anda takut kene roaming charge kan?

The moment anda angkat phone je, anda dah kene charge RM2 kalau tak silap. Berapa la agaknya client anda kene charge pulak sebab call anda on roaming mode. Macam mana kalau yang call tu pulak ialah bisnes lead yang baiiikk punye, i.e. projek viable yang nilainya jutaan ringgit. Amacam? Dalam bisnes tak boleh pesimis buta2. Jangan main anggap semua call in adalah cold calls daripada insuran agent yang nak market produk mereka.  Angkat phone, kene charge mahal. Tak angkat, kene bambu dengan client pastu client marah and pergi ke competitor anda.

Anda mungkin berfikir yang anda boleh menggaji orang lain untuk buat programming, angkat phone dan sebagainya. Masalahnya, waktu mula2 start bisnes, anda ada banyak sangat duit ke? Itu belum cerita bab ofis. Saya dah lalui fasa bootstrapping yang extreme yang kalau saya cerita pun anda mungkin tak boleh bayangkan. Jangan cuba nak temberang saya dengan macam2 cerita la. Kalau anda dah lama buat bisnes tapi masih lagi OMS, anda akan menghadapi masalah2 lain pula bila menggaji orang terutamanya dalam hal2 melatih pekerja tersebut sehingga mahir dan memastikan tahap komitmen pekerja anda di tahap yang  bagus. Masalah ini berlaku kerana anda selalu takde kat ofis. Anda lebih kerap di kedai mamak sebab buat ‘networking’ dan macam2 lagi. One Man Show la katakan.


3. Kawan - kawan dianggap Partners Tak Rasmi

Anda juga mungkin jenis yang ramai kawan. Selalu sembang kencang kat mana2 mamak and cerita pasal bisnes. Mereka lah tempat anda bertanya pendapat tentang apa2 berkaitan bisnes. “Waaa…ramainye partner tak rasmi aku. Diorang ni la orang yang aku nak ajak berbincang bila ada macam2 masalah atau idea dalam bisnes aku“. Hahahaha…kalau anda berfikiran sebegini, memang anda silap. Generally, kawan tetap hanya kawan. Kawan lain. Bisnes network lain. Partners atau rakan kongsi juga lain.

Kawan adalah orang luar bagi bisnes anda. Biasanya, paling kuat yang kawan kita tolong pun ialah bab nak pinjam duit dan sebagai tempat meluahkan perasaan bila anda sangat tertekan. Kawan anda tu, saham dalam syarikat anda pun diorang takde. Profit sharing dari mana2 projek anda pun diorang tak dapat. Apa manfaatnya bagi diorang nak pecah kepala fikir masalah bisnes anda? Kalau anda nak kene saman dengan client anda misalnya, ada ke nak diorang stay sampai pagi ke hulu ke hilir dengan anda untuk selesaikan masalah anda?

Live in realiti la. Kawan macam tu sangat sangat sangat susah nak jumpa. Bagi saya, berharap akan kewujudan kawan yang macam tu pun sudah termasuk dalam kategori kebodohan. Yang sepatutnya dibuat ialah berusaha mencari partner atau rakan kongsi yang sesuai. Partners adalah orang yang sanggup susah dan senang dengan anda dalam bisnes. Saya tahu bukan mudah nak cari partners. Walau macam mana pun, anda tetap kene terus berusaha. Anda boleh baca pengalaman saya berkaitan mencari partners dalam entri - Tips and Tools for Bootstrappers.


4.Tak Pandai Berorganisasi
I think this point is so obvious. Kalau bertahun-tahun bisnes pun still dok OMS, bila masanya anda nak practice leadership skill? Nak practice kat sapa? Dok teringat zaman anda dok jadi Presiden Kelab Catur masa sekolah dulu? Hebat betul leadership anda time tu. Bila anda nak belajar tentang mutual respect dengan partners anda? Love if you want to be loved. Respect if you want to be respected. Bila anda nak belajar semua ni kalau anda dok OMS memanjang? Macam mana nak bezakan cara tegur kesilapan seorang partner dan cara tegur seorang pekerja? Bila nak belajar tentang empowerment? Bila nak belajar tentang appreciation? Bila dan dengan siapa anda nak post mortem tentang communication skill anda samada bagus atau tidak? Jawab…sila jawab.

Punye la teruk jiwa keAKUan dalam diri geng2 OMS ni, sehingga kan ada yang tak suka dengan perkataan ‘leverage’. Sebab bagi mereka, leverage menunjukkan anda memerlukan orang lain dan itu adalah tanda kelemahan. Hahaha…memang betul la geng2 OMS ni tak faham tentang realiti hidup dan tak faham bagaimana orang2 terdahulu dapat capai kecemerlangan dengan jalan berjemaah.


Seruan Saya

OMS boleh tapi jangan lama sangat. Letakkan matlamat berapa lama anda nak kekal dengan status OMS. Kalau zaman Silver Ridge Enterprise saya dulu, saya letak target paling lama nak stay OMS pun ialah 2 tahun. Alhamdulillah, lepas setahun enam bulan Aidan Group dapat ditubuhkan. Bila Aidan dah wujud, maka fasa OMS telah saya tinggalkan. Dalam Aidan Group, saya ada partners (Bird, Iznan, Akmal & Bal) dan semua syarikat dalam Aidan Group adalah Sdn Bhd. Bukan lagi sole proprietorship mahupun partnership. Sekarang, Aidan Group dah pun berusia 3 tahun.

Melalui entiti partnership, memang anda mempunyai partner (ada juga yang jadi partner tapi sekadar nama atas kertas dan langsung tak terlibat dalam bisnes secara day-to-day basis ) namun ianya berbeza dengan Sdn Bhd kerana entiti partnership tidak ada share (saham). Banyak kelebihan sekiranya anda ada saham di dalam syarikat yang saya malas nak terangkan di sini. Walaupun pengurusan sebuah entiti Sdn Bhd agak melecehkan namun angaplah ianya sebagai latihan untuk anda manage company anda dengan teratur bila bisnes anda dah berkembang maju nanti.

Dengan kata lain, kalau anda betul2 serious nak grow big dgn bisnes anda, mempunyai entiti Sdn Bhd adalah jalan yang betul. Menggunakan entiti sole proprietorship ataupun partnership hanyalah sebagai langkah permulaan sahaja. Bagi saya, alang2 dah buat bisnes, buat betul2 la. Kalau tak, baik saya bukak gerai berniaga pisang goreng je walaupun profit margin kecik dan kulit tangan selalu melecur sebab kene minyak panas. Bayangkan berapa ramai orang yang happy sebab dapat makan pisang goreng panas sambil minum kopi-o time hujan waktu petang? Masyuukk! Hehe…

Lagi satu, jangan terkeliru antara Business Owner dan Salesman. Bisnesman adalah bisnes owner, bukan salesman semata-mata. Kalau anda jadi agent MLM, anda adalah salesman sahaja. Perhatikan perkataan ‘owner’ tu. Owner bermaksud anda adalah tuan punye kepada sesuatu benda. Contohnya ayat,”Buku itu saya yang punye“. Maknanya, andalah tuan kepada buku tersebut. Kalau anda agent MLM, sedarlah bahawa empunye saham syarikat MLM yang anda join itulah owner kepada MLM yang anda dok buat tu, walaupun diorang dok bagi profit sharing atau bonus dan sebagainya.   Isu ini saya sebutkan juga di sini sebab ada geng2 OMS ni yang takde even a sole proprietorship pun. Dah la berniaga guna akaun bank personal. Pastu dok gebang sana sini yang dia tu bisnes man besar (sebab kat brochure MLM diorang dok tayang duit RM50 berkepuk-kepuk sambil berdiri depan kereta BMW).

Takkk…anda hanyalah salesman. Anda merupakan salah seorang daripada geng2 OMS ni jugak. Tak kisah la genealogy upline anda setinggi gunung Everest atau genealogy downline anda sedalam jurang Mariana pun.  Anda tetap OMS walaupun anda berjaya dapat komisen/bonus/profit sharing/BV/PV sehingga berjuta ringgit sekalipun. Samalah kalau anda buat sales untuk industry apa pun. Anda adalah salesman. Bukan business owner. (Bila saya cakap macam ni, jangan la anggap saya memperkecil atau menghina anda pula. Teruskan membaca untuk faham point saya)

Berangan nak ada bisnes besar boleh. Tapi we should do it properly. Be a serious business owner yang ada kayu pengukur yang betul untuk monitor progres anda. Jangan dok berOMS sambil ke hulu ke hilir dengan kereta mercedez dan menyangka anda dah hebat. Seriously, kereta besar bukanlah kayu pengukur yang 100% betul untuk menunjukkan bisnes anda berada di landasan yang betul. Financial literacy pun ntah2 still fail lagi. Geng2 OMS ni kalau sesapa nak tahu, senang je nak manipulate cash flow untuk berjaya buat loan kereta besar2 kat bank. Saya sendiri tahu macam mana nak buat. Tapi takpelah. Itu kita tak payah cerita sekarang. Yang penting, kalau bercita-cita nak buat bisnes besar2, you can start small with a sole proprietor. Tapi jangan CACAMERBA all the way sampai ke tua.

Bisnes One Man Show = Bisnes Cacamerba. Ingat tu.

This post has 13 comments.

  1. Nicely said. I think this article is long overdue. Nanti aku komen lagi panjang, in the meantime tengok komen orang2 lain dulu…hehe

    15 Oct 10 at 3:15 pm #
  2. Comment kat facebook:-

    Nur Hafeez aka Gimboe: yup..oms ir d learning phase..bisnes is about making oppurtunity.. oppurtunity for u n others..oppurtunity for u to get rich n for other to get a share of the cake..but with sole prop pon u can do that..it how u manage d company..byk company sole prop adalah bisnes besar..pasal senang nak lari income tax..kalu sdn bhd..evrythng nak kena declare pasal tertakluk pd akta..ok.. Nice article..all d best!

    18 Oct 10 at 10:44 am #
  3. Comment kat facebook:-

    Sharudin Zain: Good article bro…aku pun OMS gak….mmg penat giler. tp for the learning process it’s really good. secondly, some cases mmg OMS is enuf… but most of the cases especially bila nak grow biz to a higher level, mmg kena work in team. kerja mkn gaji pun bgs sblm betul2 100% buat biz sbb masa tu kita dah boleh activate our OMS phase. Tapi sblm quit, better baca buku ni dulu…good book! http://tinyurl.com/b4quitjob

    18 Oct 10 at 10:45 am #
  4. My reply:-

    Gimboe: Thx bro for your comment. Kalau company besar as if ada banyak cash dalam account, then buat bisnes besar guna account personal pun boleh. Company besar is way more than just lots of cash in the account. For me, bisnes besar tapi ca…camerba is not the way of the successful entrepreneurs. It is proven. Pasal tax tu pulak, aku serious curious dari mana ko dapat info tu sebab kalau ko search mana2, tanya akauntan atau company secretary, biasanya semua pun akan cakap Sdn Bhd is more flexible for tax planning. i.e. http://www.nbc.com.my/Difference-ROB.html

    Anyway, it all depends on your roadmap in bisnes. ;)

    Shah: Yes, absolutely agree. Cuma kekadang tu boleh jadi chicken and egg situation gak. Bila bisnes tak berkembang walaupun dah lama dok buat part time, maybe it is becoz kita tak buat full time. Kene spend more time and baru betul2 feel the spirit of genuine entrepreneurship. Baru idea2 or perspektif2 yg bagus2 datang sebab otak kita bagi full focus on it.

    Kalau mampu, redah je full time Shah. Selalu amik nasihat from Guy Kawasaki pun bagus. Anyway, ikut kemampuan la. Bawak bincang dengan spouse. :)

    18 Oct 10 at 10:45 am #
  5. Comment kat facebook:-

    Shahabudeen Jalil:P Aku dah abih baca artikel nie, tak nampak pun apa2 salah nak jadi bisneman one man show ?

    Manusia nie pelbagai, taste pun berbeza. Tuhan jadikan berbeza untuk saling mengenal, bukan saling mengutuk. he he he.

    *abg budin kita ni siap hantar message kat blackberry saya lagi. “Nak declare perang ke?” dia tanya saya. (kekekekekke)

    18 Oct 10 at 6:49 pm #
  6. Comment kat facebook:-

    Sharudin Zain: Aku ada terbaca pasal tax, mamat tu kata, cukai proportion dgn untung, byk profit…byk tax. 2nd thing, businessman untung sbb cukai after expenses, tp org mkn gaji rugi sbb cukai sebelum expenses. (4 quadrant)

    Aku inspired gak dgn member2 yg buat biz full time ni. Betullah org kata, buat part-time, dapat part-time. Buat full-time, dapat full-time. Ada masa aku dtg ofis ko kat danau kota. Aku kat melawati jer..

    18 Oct 10 at 6:50 pm #
  7. My reply:-

    Shahabudeen Jalil: sih…ish…ish…Abg Budin niii…macam2 la…hehehhee… :D

    Shah: boleh2…ahlan wa sahlan…nanti roger aku bebila nak datang. Ni no aku 019-262 4250 :)

    18 Oct 10 at 6:51 pm #
  8. Sambungan comments kat fb. Diorang ni suka sangat berfacebook. Nak buat camne…sy dah request diorang utk comment kat sini.

    Sharudin: ok..saved!!

    Sungai: OMS atau non-OMS .. haruslah mengikut keperluan .. hehe … no certain rules.. do whatever works …

    My reply: Yes. Betul Sung. Keperluan utk bisnes besar sememangnya BUKAN cara OMS.

    Sungai: maksud aku camni … … “besar” tu relatif … bergantung kepada jenis bisnes.

    orang meniaga kedai runcit ..ade beberape pekerja lum tentu income lebih besar dari orang yg sorang2 jual insurans/unit trust ..

    ataupun sorang konsultan polit…ik yg aku kenal … getting paid millions for writing papers….bisnes sorang-dua je ..

    atau sorang forex trader yg aku kenal .. kerja sorang.. dok depan skrin je .. income belas ribu sebulan dengan turnover easily USD 3 juta sebulan (from accounting view ).

    ade jugak yang buat real estate .. partner ngan bini je .. asset juta-juta .. income dari sewa puluh ribu sebulan …

    OMS/non-OMS is not a reason for success .. its a consequence from a growing business. Mengikut keperluan. Bila orang takmo jadi non-OMS .. maksudnya bisnes dia lum cukup besar lagi tu .. OMS sudah cukup bagi dia.

    Do whatever that works with whatever we have.

    Sharudin: aku sokong pendapat tu dr perspektif yg lebih luas… tp ada correction sket… ‘relatif’ tu kena tukar jadi subjektif :)

    My reply: jadi mmg tepat la points yg tertulis kat dalam artikel ni. Maybe lepas ni kene tulis artikel yg memperincikan takrif “Bisnes Besar” pulak dah. :)

    Sungai: Zain : oo yaka .. haha tima kasey … *malu2*

    Ape2 kita nak buat mestilah kita pastikan kita tau “kenape” kita nak buat tuh .. jgn ikut aje “ape” orang buat. “Why” is more important than “what”.

    Sharudin: Correction: Zain tu nama bapak….ahahha..

    cam pernah baca je “why is more important”… tp dalam buku tu kata why is more important than how :)

    My reply: yep. again, mmg tepat la points dalam artikel ni. :)

    Sungai: Buku Nvr Eat Alone tu kate why is more important than how ..
    Aku lak kate .. why is more important than what …
    Ade satu blog aku baca (Advanced Riskology) .. “Why?” is the most important question in the whole universe.”

    Hehehe … tq Sharud…in
    *malu lagi*

    Shahabudeen Jalil: semua point korang ckp.. dia akan jawab “mmg tepat la point dlm artikel nie”… wtf ???

    Haha.. aku rasa artikel nie untuk meniru gaya tulis suhaimi tapi dalam konteks yg lebih luas dengan merasa diri tu bagus… hahaha.. aduhai, tak perlu la… rasa diri bagus bila korang pun struggle jugak mcm budak2 muda lain sebaya kita.

    anyway Alif, good try. Tapi try harder.

    Dahlia Kamaruddin: Thanks Alif for the knowledge sharing. Is there such thing as OWS (One Woman Show) - or OPS - (One Person Show) to be politically correct?

    However, I do agree that to be an OMS or not, is truly an individual preference, and is really subjec…ted to the type of industry you are in. And what is ‘bisnes besar’, anyway? Does big profit alone can be counted as bisnes besar?

    And I also agree that in order to successfully run a big organisation you can’t do it all on your own. I think a serious business person will eventually come into realisation that as his business grows, he will need other people’s help to synergize.

    My reply: Abg budin…oh abg Budin….

    1) “mmg tepat la point dalam artikel ni”…mmg betul pun. Siap aku dah tambah kat dalam comments kat atas. Perhaps you need to reread.

    2) Tiru Bal?? hoi giler ko. Experience Bal dok menulis dah bertahun2 di banding dgn aku. Aku cuma belajar2 practice apa tips yg Bal bagitau kat sini: http://bit.ly/dmlb8j

    Plus tips from sini: http://bit.ly/ddTyqb dan sini: http://bit.ly/bsmrVy

    Takpe, I take it as a compliment. hehe..

    3) apahal tetiba citer bab kitorang (Aidan) ni rasa bagus pulak ni? Anyway, bagus la KALAU ramai yg baca artikel ni and then rasa Aidan ni lebih teratur. Tak cacamerba. hehe. Weh, ko ingat aku tulis artikel ni khusus utk ko ke? Terlebey-lebey perasan pulak ko ni. Ramai giler geng2 OMS lain kat luar tu. Aku dah cakap ko tu ada partners dalam LotDotMy Sdn Bhd. Aku sua cili, yg ko volunteer gi gigit tu apahal?

    Dahlia: Alhamdulillah…tahniah on your Dahlia Pinnata venture. Its good to hear that you want to be a serious business woman. Pasal ” I do agree that to be an OMS or not, is truly an individual preference,” insyaAllah…I will explain further in “Usahawan One Man Show - Part 2″.

    Weh korang, gi la komen on this artikel kat blog.aidan.com.my. Boleh la geng2 One Man Show lain join forces dgn sesapa yg berbulu dgn artikel ni. Kat fb ni, within our close loop je la yg boleh comment. heh.

    20 Oct 10 at 10:32 am #
  9. Johan Tan

    J.Paul Getty’s formula to success was rise early, work hard and strike oil.I think ours’ shouldn’t be some pre-conceived mould but flexible and suited to our nature of business. I don’t think there’s really a hard and fast rule regarding this issue.

    Saya sangat menghormati OMS yang berjaya. Mereka ini sangat dedicated pada kerja dan jarang mengambil cuti. Berdisplin. Masuk kerja awal dan balik lambat.To them business is life and death. Do or die. Usually yg mess up ialah anak2 atau cucu OMS.

    Saya juga kagum kepada SMS (Several Men Show =p ) yang berjaya. Business foundation mereka solid dan ahli team mereka fantastic. Banyak juga company - company berjaya kalau dikaji bermula drp SMS yang mantap, sama byk dengan business OMS. Dan pastinya mereka ini juga bekerja keras. Usually yg mess up ialah bila company berjaya dan partners mula berebut profit.

    Tetapi, hakikatnya rezeki ini datang drp Allah, bukan drp kebolehan @ asbab semata-mata. Kita ini hanya mencari apa yang telahpun ditetapkan sejak azali, cuma berdoa dan berusaha supaya rezki yang diperolehi dimurahkan dan berkat..

    P/S: So sorry if SMS sounds gay. Itulah yg mampu dipikirkan stakat ni. Hehe

    12 Nov 10 at 2:46 am #
  10. hahaha… maybe SGS sounds more gayish than SMS…

    SGS = Several Gay Show

    kahkahkahkahkah….

    anyway, thanks for giving me more points to educate/hentam more OMS out there. Bisnes One Man Show sampai ke tua is a foolish way of those people with full of sifat keAKUan in their heart. :D

    13 Nov 10 at 12:42 pm #
  11. Johan Tan

    Haha. SGS doesn’t sound gay. Memang gay. =p.

    For the record aku takdenyer anti OMS atau SMS. Both ada kebaikan dan keburukan.

    Bottomline ialah how much money you make at the end of the day.

    Unless, money is not your main objective in doing business..

    but i may be wrong =p

    23 Nov 10 at 6:59 pm #
  12. hehe…ko buat la satu entri entitle:

    “Usahawan SGS”.

    Sure meletop-letop. haha. Tapi ko tak leh amik Aidan as a sample case la sebab semua Director Aidan ada ‘testimoni’ from isteri masing2 yg kitorang bukan GAY. kekekekekekkee…

    except Bal…ko kene interview dia sendiri la…(kahkahkahkah)…but I’m convinced that he is NOT gay. hahahahaha… (Bal, peace! :P )

    24 Nov 10 at 9:18 am #
  13. Johan Tan

    =)

    30 Nov 10 at 12:16 am #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.