Bangalore terkenal sebagai “The Garden City”. Nama Indianya ialah Bengaluru. Bangalore juga terkenal sebagai Lembah Silikon India. Di kiri kanan jalan yang terdapat bangunan2 syarikat IT, akan ada orang yang melayari internet berbekalkan wireless percuma. Yang buat bisnes pon ada. Sudahlah menggunakan wireless percuma, mereka mengenakan pula caj Rupee 1 untuk satu emel yang dibaca.
Pernah satu hari saya menziarahi seorang programmer yang duduk dalam rumah yang dindingnya diperbuat dari kotak dan atapnya dari rumbia! Beliau sedang melayari internet dengan komputer ribanya dari signal wireless yang datang dari bangunan berdekatan!
Bapak Taswan TNI Lampung Indonesia
Beberapa hari di Bangalore saya menemani Almarhum Bapak Taswan dari Lampung Indonesia yang telah dimasukkan ke Shifa Hospital Queen Road Bangalore kerana jangkitan kuman di kakinya. Pak Taswan menghidap kencing manis dan darah tinggi. Akibat perjalanan jauh selama 48 jam dari Delhi ke Bangalore, luka di kaki Pak Taswan telah dijangkiti kuman. 1 hari di ICU dan 4 hari di wad biasa Pak Taswan tinggal di hospital.
Semasa saya berjumpa Pak Taswan dua bulan berikutnya di Tongi Bangladesh, Pak Taswan telah sembuh sesembuhnya. Menurut beliau, dengan hanya memakan capati dua kali sehari berkuahkan dal dan air kosong selama 2 bulan di Bangladesh, dengan izin ALlah penyakitnya telah sembuh.
Saya melihat sendiri kaki Pak Taswan yang dahulunya luka teruk bernanah, telah disaluti dengan kulit baru yang bersih dan licin. Badan Pak Taswan juga nampak sihat dan mukanya segar dan ceria! Pak Taswan telah kembali ke rahmatullah tahun lepas di Lampung Indonesia. AL fatihah
Sultan Tipu of Mysore (1750 - 1799)
Baginda merupakan pemerintah yang adil dan saksama. Sangat menitikberatkan agama dan memuliakan alim ulama. Baginda umara yang disayangi rakyat jelata. Baginda juga pahlawan yang perkasa dan penyair yang terkenal. Walaupun memerintah Mysore yang majoritinya Hindu, baginda istiqamah dalam Islam! British memang jahat!Ini terbukti apabila dalam sejarah awal mereka. Kerana kebencian mereka kepada Sultan Tipu yang telah mengalahkan mereka dalam perang Mysore 1 dan 2, sejarawan British sentiasa memburukkan baginda dengan mengatakan baginda fanatik dan telah banyak membunuh orang2 Hindu. Namun sebaliknya ramai menteri baginda adalah orang Hindu!
Tidak hairanlah, semasa saya di satu perkampungan di Citradorga, orang2 Hindu mencium kaki saya dan menyuruh saya menghembus tiup kepala anak2 mereka memohon kesihatan dan keberkatan. Heh!

Credit to : https://alemaari.wordpress.com/
Sultan Tipu juga terkenal sebagai pejuang yang hebat. Menurut AK Kalam (bekas Presiden India), roket yang ada hari di dunia hari ini merupakan hasil penemuan dan ciptaan Sultan Tipu. Tentera British terpaksa berhadapan dengan hujanan roket dari tentera Sultan Tipu semasa mereka kalah dalam peperangan Mysore 1 dan 2
Tolenrasi dan kerjasama merupakan dua aspek penting dalam pemerintahan. Ia disokong dengan kekuatan sains dan teknologi untuk mempertahankan tolenrasi, kerjasama dan perpaduan yang telah terbina dalam satu2 negara. Kerajaan yang mempromosikan tolenrasi dan perpaduan antara kaum, perlu membuktikan mereka juga menguasai bidang2 sains dan teknologi. Sekiranya tidak, maka rakyat akan kehilangan kepercayaan kepada retorik perpaduan dan kesatuan!
Tentu sekali tandoori, lassi dan juga naan tidak akan lekang dalam deria rasa saya. Setelah hampir sebulan di Bangaluru, kami kembali ke Delhi untuk perjalanan ke Pakistan. Di utara India musim sejuk sudah tiba. Suhu mencecah 3°C. Saya kira saya mampu menghadapinya. Tetapi saya silap. Musim sejuk di Albstadt Ebingen, tidak sama dengan di Amritsar Wagah Border India.
Jumpa






huhu…bab Hindu datang cium kaki tu…itu yg paling aku tak leh lupa. 2 kali kat tempat berasingan aku kene. Nasib baik ada orang tempatan yg halang. Diorang sujud dari jauh je la.
Aku tanya orang tempatan kenapa diorang buat camtu. Rupa-rupanya diorang ni bila orang asing atau benda yg nampak lain/pelik sket, diorang akan anggap ianya macam penjelmaan tuhan diorang.
Apa istilah tu? reincarnation kan? Ada satu kes yg orang tempatan citer kat aku. Pernah dulu lahir sekor anak babi yang pelik sket - hidungnya panjang sket. Macam rupa belalai. Terus diangkatnya jadi tuhan. Bila babi tu dah mati pun, still dok sembah lagi binatang tu.
Fuuhh…lega…nasib baik diorang tak angkat aku pulak jadi tuhan diorang since rupa aku jauh berbeza/pelik jika dibandingkan dgn orang tempatan…tak pasal2 wujud alip the reincarnation lak nanti. kekekeke…
InsyaAllah aku nak gi India lagi nanti. Banyak benda dapat belajar kat sana. hehe..
22 Oct 10 at 1:27 am #menarik.. teruskan cerita..
23 Oct 10 at 4:34 pm #patutlah ada yang datang nak cium, alif dan iznan hensem.. keke..
23 Nov 10 at 12:42 am #tahu takpe
29 Nov 10 at 11:53 am #