Entri asal dari http://suhaimiramly.wordpress.com/2010/05/10/teori-konspirasi/
__________________________________________
1. Saya merupakan orang yang pantang mendengar mengenai teori konspirasi, dan tidak mempercayai apa jua teori konspirasi melainkan saya melihat sendiri bukti-bukti yang kukuh dan saintifik. Teori konspirasi yang berdasarkan dengar-dengar (hearsay) dan email-email forward saya langsung tak ambil endah, walau sebanyak mana ayat Al-Quran di manipulasikan untuk menyokong satu-satu teori karut itu.
2. Antara teori konspirasi terbesar ialah 1) 9/11 dirancang oleh kerajaan Amerika atau kerajaan Israel, 2) Pendaratan Neil Armstrong di bulan adalah satu penipuan (hoax) yang dirakamkan di sebuah studio, dan 3) dunia ini ditadbir secara senyap oleh satu pertubuhan sulit yang dikepalai Yahudi yang dipanggil Illuminati / Freemasonry / Bilderberg Group / Trilateral Commission / etc. Ada macam-macam lagi teori konspirasi yang karut, contohnya tentera Amerika meletupkan bom nuklear di bawah laut menyebabkan tsunami.
3. Pendek kata, dalam apa jua insiden geopolitik yang besar, ada sahaja teori konspirasi yang dicanangkan oleh geng-geng konspirasi ini.
4. Di Malaysia juga, geng konspirasi ini agak rancak. Kalau anda banyak melawat forum-forum yang dilawati oleh ramai orang-orang tidak terpelajar (selalunya forum bertema politik atau agama, yang banyak dilawati oleh orang-orang taksub), banyak konspirasi yang dibincangkan.
5. Terdapat dua ciri teori konspirasi.
6. Ciri pertama ialah, kepercayaan yang wujudnya suatu kumpulan yang didalangi satu institusi yang dianggap kuat (biasanya Yahudi atau Amerika) yang tugas mereka sepanjang hari ialah memikir bagaimana untuk menghancurkan umat-umat yang dianggap lemah (contoh: umat Islam). Dalam konteks politik Malaysia, teori konspirasi ini sering membabitkan kumpulan-kumpulan sulit daripada kelompok minoriti yang hendak menghancurkan golongan majoriti dengan bermacam-macam perancangan.
7. Contohnya: Yahudi letak florida dalam air untuk memandulkan orang Islam. Yahudi reka filem Hollywood dan Disney untuk menghancurkan akidah Islam. Yahudi mengasaskan MTV untuk melemahkan semangat jihad pemuda Islam. Yahudi mencipta _________ dan _________ untuk menghancurkan umat Islam. Tempat kosong boleh diisi dengan apa jua benda. Begitulah pemikiran geng-geng teori konspirasi ini.
8. Yahudi merupakan sasaran utama geng-geng teori konspirasi ini.
9. Tujuan teori konspirasi dibuat sedemikian ialah untuk mencipta “siege mentality”, iaitu pemikiran bahawa “kita” sedang ditindas dan diserang bertalu-talu oleh “mereka”. Kadangkala “kita” lebih kuat daripada “mereka” tapi oleh kerana “siege mentality” ini, “kita” merasakan bahawa “mereka” ini bersikap jahat dan harus diperangi. Di kalangan golongan-golongan perkauman di Malaysia, “siege mentality” ini masih tebal (terhadap kaum lain).
10. Ciri kedua ialah, teori konspirasi ini mestilah dibuat agar ia berbunyi mengarut (ridiculous). Lebih mengarut, lebih baik.
11. Contoh, katalah saya nak reka satu teori konspirasi: Doktor Yahudi di hospital-hospital Israel memberi layanan yang lambat kepada bayi-bayi Arab, menyebabkan mereka mengalami penyakit (contoh sahaja). Konspirasi ini bosan, dan kurang ummphh, dan kurang sedap didengar dan diforward ke email-email.
12. Teori konspirasi yang lebih best ialah: orang Yahudi bunuh bayi Arab dan minum darah mereka. Yeaaa…ini lebih sedap untuk disebarkan dan diforward dalam email, kerana bunyinya lebih ridiculous. Lebih besar sesuatu penipuan itu, lebih mudah untuk dipercayai (meminjam kata Joseph Goebbels, pakar propaganda Nazi).
13. Teori konspirasi yang berjaya mestilah mengarut, bertentangan dengan rasional dan logik, dan susah untuk dibuktikan. Anda boleh cipta macam-macam cerita karut untuk menghuraikan asal usul konspirasi tersebut. Contoh, ada paderi Vatican masuk Islam, jadi dia yang membocorkan rahsia-rahsia Vatican, atau ada bekas agen Mossad masuk Islam, dan dia beritahu bahawa orang Yahudi telah mencipta _________ dan ________ untuk menghancurkan umat Islam. Lagi mengarut cerita itu, lagi mudah ia diserap oleh pendengar-pendengar yang berotak dangkal.
14. Jika ada orang yang rasional bertanya pasal bukti-bukti teori konspirasi tersebut, anda boleh kata “apa bukti ko nak? berita dalam media? ko tak tau ke media ni dikontrol yahudi?”. Atau anda boleh jawab, “benda ni rahsia, cuma diketahui oleh kumpulan kami yang elit, sebab kami ni berfikiran terbuka, tak macam korang yang semuanya kena brainwash dengan yahudi”. Atau anda boleh gunakan ad hominem attack (serangan peribadi): “inilah ko ni, berpendidikan barat — apa amerika cakap semua ko percaya. dia cakap al-qaeda yang serang WTC pun ko pecaya. ko tak tahu ke itu semua dirancang oleh CIA dan Mossad? Kalau tak percaya tanya ustaz XXX dan ustazah YYY, dia yang bagitau aku masa usrah bulan lepas”. Kekeke…guna teknik ini gerenti orang takut nak persoalkan teori konspirasi anda.
15. Siapa percaya teori konspirasi bulat-bulat tanpa bukti yang kukuh dan saintifik, adalah: bodoh, bangang, dungu, dangkal, pendek akal, senang ditipu, senang dikencing, berakal pendek, berfikiran jumud, dan mempunyai tahap intelek setanding pelajar Akademi Fantasia, bukan pelajar universiti. Malangnya, teori konspirasi ini juga dipercayai oleh orang-orang terpelajar. Apa yang mereka buat di universiti ni sebenarnya? Belajar ke, main forward email sepanjang hari?
16. Mana-mana email yang bermula dengan “fwd:” eloklah anda terus delete. Tiada faedah membaca dan memforward email-email karut, walaupun email itu diakhiri dengan janji-janji seperti “jika anda fwd email ini kepada 10 orang, anda telah menjalankan tanggungjawab amar ma’ruf nahi munkar anda sebagai seorang Islam”…kekeke bangsat sungguh siapa yang manipulasi agama untuk teori konspirasi karut itu.
17. Banyakkan membaca buku-buku ilmiah, dan berita-berita sahih dan kurangkan membaca bahan-bahan merapu seperti forum politik, forum agama (yang tak sahih sumbernya), email2 forward, newsletter picisan yang entah siapa pengarangnya, blog-blog yang tidak meningkatkan intelek, dan apa-apa jua pembacaan yang membodohkan minda pembaca (e.g. Mastika).
18. Dan janganlah anda mempercayai teori konspirasi. Terimalah hakikat bahawa yahudi tidaklah sekuat mana, kelemahan umat Islam adalah kerana umat Islam berpecah-belah dan tidak bersatu (baca sejarah Six Day War 1967). Terimalah hakikat bahawa 9/11 adalah rancangan Al-Qaeda dan bukannya konspirasi Yahudi. Terimalah hakikat bahawa “A’kum” direka oleh orang-orang Islam yang berniat baik ingin memberi salam di dalam chatroom dan SMS tapi malas untuk menaip salam penuh, bukannya direka oleh yahudi sebagai jarum halus untuk melemahkan akidah umat islam kerana kononnya “Akum” bermaksud binatang hina dalam bahasa Hebrew (kekekee…benda karut macam ni pun ada orang percaya ka?)
19. Kesimpulannya, jangan jadi bodoh. Jadilah orang yang berpelajaran dan tidak mudah ditipu atau dikenceng.
Contoh kebodohan:
http://www.ukhwah.com/print.php?sid=708
“BAGI PARA ULAMA’ MEREKA BERPENDAPAT BAHAWA INILAH
–==YA’JUJ DAN MA’JUJ==–
masyallah…dunia dah nak kiamat”
Kekekekeke…buduh betul. ini artikel asal: http://weeklyworldnews.com/mutants/3389/mole-people-being-exploited/ (Weekly World News ialah tabloid yang mengeluarkan cerita-cerita karut dan rekaan untuk hiburan semata-mata. adehh…senang betul geng-geng ni kena tipu)






hahaha…aku dah baca entri ni kat blog ko. Mmg aku teringat nak mintak kau post kat blog aidan. Tetengok, kau dah post. Bagus2… hehehehe…
13 May 10 at 3:41 pm #ada video tentang 9/11 di blog chedet.cc (top right bar, title: ‘A Call to Reopen The Sept 11 Investigation. Confronting The Evidence’)
perbincangan daripada sudut saintifik. Salah sorang presenter adalah Jeff King, MIT Engineer/Research Scientist.
Saya bukan peminat konspirasi (spt kes Neil Armstrong ke bulan dirakamkan dalam studio). Tetapi saya juga bukan peminat konklusi. (Spt kes 9/11 yang dikatakan rancangan Al-Qaeda)
what now? we don’t know and it’s not over until the fat lady sings. when? Allahu’alam.
15 May 10 at 2:22 am #oops. lupa. point keseluruhan posting saya di atas adalah berlaku adil kepada diri sendiri. Don’t jump too fast into conclusion.
Observe. Listen. Think
p/s best baca blog aidan. Keep up the good work!
15 May 10 at 2:32 am #malang sungguh nasib mu wahai aidan….
belajar tinggi2 , tu je yg kau dapat.
mudah mudahan kau dapat menukar niatmu dalam membuat kajian supaya lebih ikhlas…
insya allah…. ada bahagian untuk mu yg setimpal …wallahu alam
18 May 10 at 12:26 am #lagi, lagi…
heh heh heh sedap provoke orang
18 May 10 at 9:29 am #Hahaha bagus Bal. Seronok aku baca.
Walaupun ko dah tulis dengan detail, still ade pembaca yang doesnt get the point.
The point is, periksa dahulu fakta sebelum forward ape2 material. Kalau tk pasti sahih, jangan forward.
Lagi satu aku boring betul tengok orang forward benda2 yg tak pasti sahih tapi tulis “wallahualam” sebagai Disclaimer. Hahaha. Menyebar fitnah dan penipuan jadi halal bila ade disclaimer mcm tu agaknya. Hahaaha
23 May 10 at 9:47 pm #tp adakah semua teori konspirasi itu benar2 hanya sekadar omongan kosong?
23 Jun 10 at 5:15 pm #Hehe…very funny bal!klakar sungguh!thanks for d entry.tapi kan,konspirasi ni memang teori je ke?napa lah nak brainwash org w falsehood?tak baik!
10 Jul 10 at 11:43 am #~ What’s on the outside reflects what’s on the inside…..sila ambik ikhtibar…
09 Aug 10 at 4:40 pm #macam-macam konspirasi dunia ni,..just wait n see..but, we must do something..
satu perkara yg aku nmpak dlm teori konspirasi nih,.semua org menuding jari kepada yahudi..why?
kenapa nak bermusuhan?..
kita semua tinggal di dunia,selagi kita ikut sangat kehendak dunia nih,.kita lah mangsa penipuannya,..
“hai kaum ku,sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal”(Ghafir :ayat 39)
12 Aug 10 at 12:22 am #siapa yahudi dan siapa zionist?
12 Aug 10 at 12:27 am #http://www.youtube.com/watch?v=6RjnvQHWyLE
meh sini baca artikel Teori Konspirasi: http://suhaimiramly.wordpress.com/2010/09/06/teori-konspirasi-itu-bodoh/
Dah more than 450 commentors dah on this article alone… punye la berbulu geng2 teori konspirasi ni.
11 Sep 10 at 2:27 am #Tak kisahlah..sapa betul sapa salah..tapi jgn hina org..banyak cara nak sedarkan org ramai…islam itu indah..gunalah bahasa yg indah2 utk tarik hati org…mak ayah kita pun kalau nak ajar kita pun guna kata2 yg lembut…kalau awak ckp mcm tu..awak pun sama macam org yg awak kutuk tu…sebab rasa megah dan bangga diri yg ada dlm diri awak tu…mana awak tau awak betul sgt…kita sama2 ambil pengajaran yg baik saja lah…
04 Oct 10 at 7:39 pm #care ko ckpkan mcm ko bagus glela…ko cakap ko xkan pecaya kalo xde bukti2 kukuh.. tp ko pecaya yang alqaeda dalang 9/11 padahal smpai sekarang amerika xde bukti yg mengatekan tu sume keje alqaeda.. bahkan ahli2 sains dan jurutera juge menyatakan runtuhan pwtc tu bkan sbb langgaran jet tu tp mungkin sbb bom yg dipasang ddlm pwtc tu.. bagaimana bukti yg menunjukkan xde seorang pun org israel yg tekorban dlm kejadian tu? padahal tmpat tu adalah tmpat kerje org2 yahudi..xkan secare kebetulan semue yahudi bercuti time tu.. ko kalo nak tolak teori konspirasi tolak sajela jgn dok mengutuk and membuat fitnah.. ko kaji ke semue bende yang berlaku kat dunie ni.. sdp ko kate org bodohla apela.. ko tu pandai sgt ke?
08 Oct 10 at 12:45 am #Salam..sy rasa saudara Aidan patut faham dahulu konsep setitik daripada selaut ilmu di dunia.carilah ilmu walau di mana-mana pun dan buatlah penilaian dengan akal yang sihat.jangan mengagak atau menuding orang itu dan orang ini bodoh/bebal/pendek akal kerana mereka tidak sependapat atau tidak berpendirian seperti kamu.tinggi sangatkah pengetahuan kamu?berapa banyak ilmu yg betul2 tepat/sah yang kamu sangka kamu kunyah hingga timbul riak mengatakan kepercayaan org itu dan ini salah.atau sudah khatamkah kamu tentang kebenaran dan hakikat dunia ini hingga menulis begitu yakin???kamu menulis seolah-olah pernah mati dan tahu benar hakikat dunia!dan yg terakhir fahami betul2 agenda teori konspirasi sebelum kemukakan pandangan.saya tngok salah satu sangkaan saudara silap dan ingin perbetulkan di sini…yg jadi fokus teori konspirasi bukan penganut agama Kristian atau Yahudi tulin!!!faham itu dulu…teori ini sebenarnya megaitkan tentang golongan Kristian dan Yahudi yg sesat(menerima ajaran syaitan)yang merupakan golongan elit pada hari ini…dan mangsa2 golongan ini dikatakan telah memanipulasikan seluruh agama kepercayaan kepada tuhan yg satu termasuk Kristian dan Yahudi itu sendiri, dan perlu ingat bukan hanya agama Islam sahaja..maaf jika komen saya mencetus rasa marah mana-mana pihak.sesungguhnya yang baik datangnya dari Alah S.W.T dan buruk dari sy sendiri. Terima kasih kepada yg membaca..
Nota: saya bukan penganut/geng2 konspirasi dll.saya hanya muslim yg berpegang teguh pada Al-Quran, Rukun Islam, dan Rukun Iman..
16 Oct 10 at 3:09 pm #kesian betul aku tgk admin dan para pendukungnya…kihkihkihkih
06 Nov 10 at 5:09 pm #walaupun teori itu disertakan dengan hadith dan al-quran tetapi masih ditolak mentah-mentah..kehkehkehkehkeh
siap mcm percaya yahudi tu cm baik je..woittt kaji hadith dan quran betul2 la ngok..kahkahkah siap back up yahudi-amerika..
ni mesti konco2 umnopco ni..hahahaaha jilat taik yahudi la weiiii…
apa pun semua itu adlah pendapat masing2 samada teori konspirasi itu benar atayu salah..ia tidak menyalahi rukun islam atau rukun iman samada kita percaya atau tidak.jadikan lah pendapat2 yang lahir dari pemikiran masing2 itu sbgai ilmu.tidak perlu menunding jari samada pendapat itu bodoh atau pendapat ini bodoh..masing ada pro dan kontranya.
08 Nov 10 at 12:47 pm #Ko ni pro yahudi ke?…. cam ko pandai sangat … ada fakta ko ni benarnya ada bukti kukuh yang ko akan kalah bila diberikan….jgn sedap je menulis..ko pun patutnya kaji dulu biar khatam sebelum tulis…berlagak pandai
09 Nov 10 at 12:13 am #Komen atas ni utk tuan punya web ni & geng2 dia yg mcm ilmu tu dh banyak sangat….
09 Nov 10 at 12:16 am #one of them?
16 Nov 10 at 12:16 pm #salam…eh,apadah ko ni…kebanyakan yg ko x caye 2 lah yg btul…hahaha..klu cam ni prangai ko mmg senang lah esok ko kate dajjal 2 baek orgnye…..
03 Dec 10 at 8:07 pm #Salam….
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”.
Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka.
Jadi mengapa akhirnya kita perangi orang Yahudi?bkn kaum lain.adakah suka2??mesti ada sebab nya.adakah admin dan rakan2 masih terfikir yg org Yahudi masih berdiam diri sampai sekarang…anda x perlukan Ph.D utk menjawab persoalan ini…kaji hadis2 yg memberitahu bagaimana org Yahudi dan perjuangan mereka meruntuhkan akidah umat Islam dan Islam itu sendiri.pandang sesuatu dengan 2 belah mata.bkn hanya 1.bukan semua benda di dunia ini blh dibuat konklusi dgn logik akal.dan dgn bangga dan yakinnya anda membuat kenyataan bahawa org yg mempercayai teori konspirasi ini bodoh, tak terpelajar,taksub dan sebagainya walaupun org itu pelajar universiti..hakikatnya point number 19 adalah untuk anda…saya juga berasa agak pelik kenapa anda mcm pro-Yahudi
salam
13 Dec 10 at 8:57 am #ada baiknya penulis blog mencetus provokasi sebegini untuk membuatkan kita berfikir sejenak dan kembali mengkaji setiap “teori” yang dicetuskan. Tidaklah kita terima bulat2 setiap yang dipaparkan…IQRA’(Bacalah)
Yang tidak baiknya..en aidan tidaklah perlu mengeluarkan kata2 yang menyentuh sentimen2 individu… akhirnya… kata2 yg tidak elok juga en. aidan terima… BERSATULAH WAHAI UMAT!!
~ ada lagi ke yg baca blog ni, eh..aku sorang ke yg last kot…~
13 Mar 11 at 7:06 pm #minahbz,
setiap hari beratus orang baca blog ni….
14 Mar 11 at 9:19 am #salam semua. Siapakah yg memasang giant wheel turbine utk tsunami di Jepun? Sape bg jawapan betul dapat iPhone made in china
14 Mar 11 at 4:38 pm #Mungkinkah Doraemon atau Ultraman?? Pokemon atau Satria Baja Hitam? atau mungkin juga GABAN!!! hehe…
14 Mar 11 at 8:10 pm #btull!!! saudara dapat hadiah sebijik haiFong made in guangzhou
14 Mar 11 at 11:50 pm #Salam, saya mengikuti teori2 konspirasi ni, tpi saya ambil jalan tengah2 percaya, tidak. tak percaya pun tidak, sbb sesetangah teori telah terbukti, sesetangahnya samar2, dan bnyak yg masih xjelas….ilmu Allah itu tersangat luas, kadang untuk mengetahuinya kita perlu memerhati dan mengkaji dgn iman,mata,dan akal & bukan akal semata,.. tak elok lah jika mengatakan orang yg mengikuti teori ini dengan gelaran yang tak baik, satu jari menuding orng lain, tpi 4 jari lagi menuding kp diri anda sediri.
25 Mar 11 at 3:36 pm #xsalahmengkaji,
alangkahbaiknya kalau ramai yg nak jadi bijak sket macam awak. Tapi realitinya, ramai sangat yg bodoh2 terus percaya APA SAHAJA berkaitan Teori Konspirasi (TK). Sebab tu artikel seperti ini mmg patut saudara Suhaimi keluarkan.
Mmg betul Allah sebut org Yahudi takkan puas hati dgn orang Islam sampai la kita ikut diorang. Mmg betul orang Islam ditindas walaupun kita ramai mcm buih di lautan.
Tapi itu bukan bermakna Islam ajar kita utk jadi bodoh dan terus judge bahawa APA SAHAJA yg berlegar di sekeliling kita berkait dgn TK. It should be searched in breadth and proven.
Mmg la sangat susah nak prove teori2 tu, tapi still umat Islam tak boleh percaya dgn TK semata-mata atas dasar skepticism yg tidak berasas. Kononnya kalau ada sikap skepticism tu menunjukkan seseorang tu smarts, padahal makin jadi otak sampah. Tengok itu = Teori Konspirasi. Tengok ini = Teori Konspirasi. Tengok apa pun = Teori Konspirasi. Makin pandai ke orang Islam macam ni?
Cuba la perhatikan geng2 yg percaya giler/bulat2 dgn TK ni, diorang ni jadi umat manusia yg dapat bawa perubahan kpd umat islam ke? I don’t believe so. Kebanyakkan jenis blur2 je orangnya. Sesuka hati tafsir Quran sendiri.
Knp diorang tak tafsir ayat “walatajassasu…” yg bermaksud…”jangan lah kamu bersangka buruk…”
sesuka hati amik ayat Al-Quran and tafsir ikut kesesuaian cerita Pokemon!
29 Mar 11 at 12:30 am #tak baik hina orang tidak terpelajar
31 Mar 11 at 7:48 pm #Saudara Aidan dan Alif…
Walatajassasu maksudnya “jangan mengintip”… Ayat yang saudara maksudkan sebenarnya adalah untuk hubungan sesama Islam bukan hubungan orang Islam dengan musuh Allah.
Saudara,
Gerakan penghancur Islam memang wujud dan tidak salah untuk kita mendedahkannya.Sebenarnya buku ilmiah dan dokumentari juga telah banyak ditulis dan dihasilkan untuk mendedahkan konspirasi Yahudi. Malah sewaktu saya belajar di UIA dahulu pun ada silibus yang menggunakan buku “Harakah Hadamah” yang bermaksud “gerakan penghancur”. Secara ilmiah penulis buku tersebut membuat kajian gerakan yang telah melemahkan Islam.
Malah dalam simpanan library kecil saya pun ada buku karangan Henry Ford (pengasas automobil komersial FORD) yang mendedahkan konspirasi Yahudi.
Buku-buku kajian sejarah juga tidak menafikan pembabitan Barat dan yahudi dalam konspirasi merampas tanah Palestin. Sememangnya benar mereka kejam memperlakukan umat Islam disana.Justeru itu Teori Konspirasi secara asasnya perlu diterima sebagai wujud bukan menolaknya secara mentah-mentah yang akhirnya hanya mengalpakan umat Islam dari musuh mereka.
Jika kita sudah bersetuju bahawa TK itu wujud barulah kita berbincang… yang mana kisah yang benar dan yang manakah kisah yang palsu yang perlu ditolak.Asasnya jangan ditolak secara mentah-mentah teori konspirasi sehingga membayangkan para yahudi pula adalah bangsa yang telah disalah tanggapi.
Akhirnya yang jadi jelek ialah umat Islam yang seolah-olah sengaja memusuhi Yahudi.Sedangkan ayat Allah jelas nyata mengatakan Yahudi dan Nasrani itu takkan selama-lamanya redho dengan umat Islam.(Harap saudara Alif tak tuduh saya secara sembrono menggunakan Al-Quran kerana ayat ini ayat muhkamat yang jelas tidak memerlukan tafsiran untuk memahaminya.)
Akhir sekali, saya bersetuju dengan pandangan setiap berita perlu dikaji namun secara dasarnya jangan tolak mentah-mentah teori konspirasi sehingga kita tidak sedar pedang musuh sudah hampir menebas leher kita.
05 Apr 11 at 10:21 pm #salam untuk semua…
mmg ade org yg kaji dan membuat teori…
tetapi ade lagi grup2 yg mengkaji berdasarkan fakta.
btw, ape plak komen korg psl company israel kt cyberjaya ngn taikun iluminati - Rothschild dah buat brach kat menara UBN???
tu bukan teori…tu fakta…bace teori dan kaji semula…bukan tolak2 mentah2….
komen Alif xsehaluan dgn statement dlm entry atas..
09 May 11 at 1:34 pm #admin SENYAP? dia tau buat kira2 je (matematik). ;-P
14 Jul 11 at 2:19 am #admin malas nak melayan orang2 bodoh kot. Layan orang2 miskin mmg Nabi s.a.w ada bagi galakkan. Orang2 bodoh ni Luqman Al-Hakim pun pesan supaya jangan berkawan.
14 Jul 11 at 3:53 pm #gambar jinn.
14 Jul 11 at 6:17 pm #http://whoyoucallingaskeptic.wordpress.com/2010/01/16/jinn/
you all will see it one day. beleive me. i hve seen what rockfeller had did
19 Sep 11 at 9:50 pm #Ha ha … kedai iphone berbentuk cube pun boleh jadi issue diorang nie …
22 Sep 11 at 12:57 pm #orang yang cerdik tak akan mengatakan orang lain bodoh, kerana ini dengan sendirinya akan menunjukkan kebodohan diri sendiri (orang bijak lawan orang bodoh = orang cerdik jadi bodoh dan orang bodoh semakin bodoh)
yang mana lebih cerdik, berprasangka buruk sesama islam atau berprasangka buruk terhadap musuh islam. saya sendiri bukanlah orang yang cerdik sangat, tetapi saya masih berprasangka baik terhadap anda semua, saya masih menganggap anda semua orang yang cerdik dan bijak, cuma anda mungkin ‘kepanasan’, anda bertindak secara tidak bijak.
moral : yang membezakan orang yang cerdik dengan orang yang bodoh adalah ilmu, tetapi ada orang semakin banyak ilmunya, makin ia bodoh, dan ada juga orang yang semakin banyak ilmunya, makin cerdik. yang membezakan antara kedua-duanya adalah iman. fikir-fikirkanlah. janganlah kita menjadi bodoh semata2 mempertahan pegangan atau pendapat kita sahaja, kita tak semestinya sentiasa betul, dan orang lain tak selalunya salah, walaupun ego kita akan sentiasa menganggap begitu. masing2 letakkan ego kat tepi sekejap, muhasabah diri, cukupkah amal kita buat bekalan hari esok. wassalam
28 Sep 11 at 9:37 am #salam…eloklah sedara2 sekalian ikuti page ni..kajian oleh sheikh imam al-hosein yg byk mengkaji mengenai teori2 konspirasi berdasarkan al-Quran dan hadis..sememangnya mmg wujud gol2 elit yg mendominasi segala aspek di dunia skg ni dri hiburan sampai la pertahanan dan segalanya berpusat di Israel..ni page dia - http://www.facebook.com/profile.php?id=100000502535775&sk=info#!/pages/Islamic-Eschatology-The-Study-of-The-End-of-Time-Kajian-Akhiruzzaman/188551351191408
21 Oct 11 at 3:48 am #Aku kalau jumpa pembuat video The Arrivals tu, memang aku sepak laju-laju.
Cuba baca apa itu Self-fulfilling prophecy di Wikipedia dan bandingkan dengan benda ni.
Hitler dulu bermati-matian orang percaya Dajjal tapi last2 dia mati jugak. Sampai sekarang pun nak pertahankan lagi.
Dalam teori ni kalau korang tengok, Lucifer tu seolah-olah tau bila hari kiamat. Jadi kalau macam tu apa istimewanya Allah rahsiakan bila kiamat?
Yang bodoh je masih nak percaya teori ni. Damage yang Islam terima sekarang adalah berpunca daripada kebodohan umat Islam sendiri. Contohnya percaya teori ni lah.
Lepas tu sibuk nak cari bila Mahdi nak datang, sampai tahap ramal lagi taun bila. Islam semakin parah dibiarkan macam tu je, nak biarkan Mahdi nak betulkan semua tu.
Yang korang nampak berjaya-berjaya teori ni, sebab korang tengok dari pandangan sempit berpaksikan obsess.
Reason kenapa ramai sangat yang bodoh terikut2 teori ni sebab diorang nak rasa diri tu hebat. Cemburu dengan apa yang Barat capai selama ni.
31 Oct 11 at 3:01 pm #John ek nama ngko. Patut lh ckp umat islam bodoh, sbb nama pn guna nama org bkn islam.
27 Nov 11 at 1:26 pm #John … Wikipedia boleh diubah2 lahh .. Jangan percaya sangat ..
17 Dec 11 at 9:11 pm #alo brader! ko percaya atau tak, lantak ko la labuuu! kita bukan percaya sumer bulat2 teori konspirasi nie….mana yg make sense kita amik la buat ikhtibar, mana yg karut x perlu la kita amik! ko nie byk sgt makan makanan segera kot…tuh yg susah akal atau hati ko nak terima teori konspirasi nie kan? no wonder Melayu2 skrg mudah terpengaruh ngan propaganda Barat….tuh blom masuk rokok lagi dlm badan….hancusss!!
30 Dec 11 at 6:49 pm #salam semua.byk komen yg ana baca hanyalah salah menyalah antara 1 sama lain.rasulullah xajar kita utk brgaduh sesama muslim.rasulullah jg xajar muslim mbenci & mbunuh yahudi semasa hayat bginda.baginda sdri prnh mlawat perempuan yahudi tua yg sakit yg mana prempuan yahudi itu slalu mgutuk baginda semasa sihatny.yg akhirny perempuan tua itu memeluk islam.
saudara muslimku sekalian,apa yg ana katakn ini bknlh brtujuan apa2.ana cuma bharap kita sbgi muslim hendaklah trus brtakwa kpd Allah.rasulullah trlalu sygkn umatny.apa yg rasulullah harapkn hanyalah umat baginda trus beribadat kepada Allah.yg mana belum mdapat hidayat,akan mdapatnya.insyaallah.ingatlah,jika manusia dkt dgn Allah,Allah pasti dkt dgn kita mbantu kita.
Berilah contoh2 yg baik kpd rakan2 xkira tua atau muda.muslim atau kafir.nescaya Allah maha melihat.bkn kita yg brhak mnentukan siapa masuk syurga,siapa neraka.hanya Allah..assalamualaikum.
13 Jan 12 at 8:10 pm #I strongly disagree bahawa teori konspirasi itu bodoh, bebal, tak berfakta dan sebagainya. Adakah kehancuran negara-negara Arab, khususnya Palestine & Gaza itu bukan angkara Yahudi???????????????????
22 Feb 12 at 11:42 am #Admin, please prove me otherwise…. The partition of Palestine, invasion of Afghanistan and Iraq. And further back in history, the carving of the vast Ottoman Empire into British, French, German mandates…. bukankah ini semua konspirasi terang terangan melemahkan dan menghancurkan Islam/ umat Islam. You are too complacent in your armchair not to notice all these. Pergi belajar balik sejarahlah …
22 Feb 12 at 11:55 am #admin dan aliff adalah hasil dari liberal yang kian menular di malaysia dan pelusuk dunia.tidak patut kita menolak mentah2 teori konspirasi yang ada kerana anda rasa dah cukup pandai dgn ilmu yang anda ada.bersikap sederhana itu yang paling penting.terlalu fanatik kepada teori konspirasi pun tak boleh juga sebaliknya.
20 Mar 12 at 9:55 pm #