Artikel daripada http://suhaimiramly.wordpress.com/2010/03/21/apa-kerja-yang-patut-saya-buat/

Maaf lama tak update di sini.

_____________________________________________

aardvark

Kebelakangan ini, ramai orang yang baru grad universiti atau sudah lama grad universiti tapi belum dapat kerja, meminta pendapat atau nasihat saya mengenai cara mencari kerja atau tips memilih kerja. Terima kasih kerana sudi mendapatkan nasihat dari saya. Saya bukan lah orang yang layak memberi nasihat seperti ini, tapi saya cuba kongsi apa yang saya tahu melalui pengalaman sendiri dan perbincangan dengan kenalan-kenalan saya.

Pasaran kerja di Malaysia adalah teruk sekarang. Kadar unemployment (pengangguran?) adalah tinggi, dan syarikat-syarikat kurang merekrut pekerja baru. Banyak syarikat-syarikat kecil, terutama kontraktor, terpaksa tutup kedai kerana kurangnya kontrak dari kerajaan, GLC dan syarikat besar. Syarikat besar yang bergantung pada eksport ke Jepun, Amerika dan Eropah telah merosot sejak tahun 2007, menyebabkan banyak pekerja diberhentikan terutama pekerja skil rendah. Walaupun 2010 dicanangkan sebagai tahun recovery ekonomi Malaysia, ekonomi kita hanya akan pulih di pasaran saham sahaja. Ekonomi sebenar di peringkat IKS, mungkin perlu 1-2 tahun lagi untuk pulih keseluruhannya.

Jadi, dalam pasaran kerja yang ketat sekarang ini, perkara pertama yang perlu anda ingat ialah JANGAN MEMILIH KERJA. Jika anda merupakan graduan tempatan atau graduan luar negara sekalipun (bukan dari universiti terkemuka tetapi universiti biasa), ada ribuan orang yang senasib dengan anda. Jangan ingat ada Masters, ada ijazah luar negara, atau dapat 3.50 GPA, mencukupi untuk mencari kerja. Ada terlalu ramai orang yang berkelayakan tinggi yang masih tidak berjaya mencari kerja, sehinggakan tidak pelik jika saya katakan saya kenal seorang kawan berkelulusan Masters luar negara yang sekarang bekerja menjadi kerani di sebuah IKS milik peniaga Cina. Kelulusan anda tidak lagi istimewa. Mungkin ia akan berguna bila pasaran kerja di Malaysia kembali pulih 2012 nanti, tapi buat masa ini, telan ego anda dan terima apa jua kerja yang ada. Itu nasihat pertama: TERIMA APA JENIS KERJA.

(Nasihat ini semua adalah untuk graduan-graduan yang “average” di luar sana, kalau anda rasa anda hebat dan tak perlu ikut nasihat ini kerana anda “awesome” dan “global-minded” dan “overqualified” dan anda cuma layak bekerja kompeni-kompeni hebat seperti Google, Microsoft, Goldman Sachs, dll maka artikel ini bukanlah ditulis untuk anda).

Terima apa jua kerja di luar sana. Untuk kerja pertama jangan risau sangat mengenai:

(i) bidang lain daripada bidang pengajian di universiti (HAHAHHAAHAHAHA)

(ii) bidang tak diminati (fokus untuk belajar-belajar dahulu, mungkin lama-lama anda akan suka)

(iii) gaji rendah (nak gaji tinggi kerja 30 tahun dulu okay)

(iv) kena pindah randah (masa muda kena adventure sikit, cuba try kerja di bandar-bandar berlainan, ambil angin. Lagipun kos hidup lebih rendah kalau kerja di luar KL)

(v) prestij syarikat (ini kepercayaan yang bullshit sahaja, syarikat berprestij tak semestinya tempat yang elok untuk bekerja, atau memberi gaji yang tinggi. Kadang-kadang syarikat baru dan kecil, lebih puas bekerja di situ)

Orang biasanya tak lama dengan kerja pertama. Kalau kerja 2 tahun pun dah bernasib baik. Pada waktu ini, fokus anda ialah untuk belajar, membina network, mencari duit cukup-cukup untuk keperluan, dan enjoy hidup. Jangan fikir sangat mengenai gaji, kepuasan, ambition, pangkat, kemewahan dan sebagainya. Bila dah cecah 35 tahun baru fikir pasal benda-benda itu. Any younger, and you are still a snot-nosed youngster and the old guards will chop your head off if you are too ambitious and get out of line.

Seniority amat penting dalam masyarakat kita. Sebanyak mana kita bising mengenai “youth-oriented culture”, meritokrasi, merit-based promotion, dll. tapi dunia ini masih ditakluk dan diperintah oleh orang-orang tua. Jadi pada peringkat umur anda yang baru grad (21 hingga 26), anda kena bersabar sikit. Waktu ini memang kerja susah. Tapi waktu ini anda kena enjoy. Biar takde duit, tapi enjoy. Kerja adalah perkara kedua.

Jangan memilih kerja tidak bermakna anda sanggup buat apa jua kerja. Jangan buat kerja yang terlalu hina untuk kelulusan anda. Takkanlah graduan universiti nak jadi cashier di Giant. Maksud jangan memilih kerja ialah anda tidak memilih syarikat — walaupun syarikat kecil sekalipun, anda kerja untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan. Mungkin di syarikat kecil, anda berpeluang rapat dengan CEO dan senior management, jadi dengan langsung anda dapat belajar mengenai perniagaan secara direct. Lagipun di syarikat kecil, anda mungkin perlu buat pelbagai jenis kerja, dari akaun hinggalah ke filing dan IT dan admin dan sebagainya. Ini peluang untuk memantapkan skil anda dalam pelbagai aspek pekerjaan.

Nasihat kedua yang ingin saya berikan ialah: KERJA JAUH DARI RUMAH ANDA. Tujuan nasihat ini ialah supaya anda berdikari dan duduk asing daripada keluarga. Barulah anda dapat kepuasan hidup sebenar, kena bayar sewa, kena uruskan hidup sendiri, kena cari makan sendiri, kena susah payah sendiri. Saya mengaku saya sendiri tak buat perkara ini kerana saya memang hidup, kerja dan tinggal di KL sejak lahir. Untuk orang di luar KL, mungkin anda perlu mencuba dapatkan kerja pertama di KL untuk merasa pancaroba hidup di kota. Jika anda tergolong dalam golongan ini, dengarlah lagu nostalgia ini:

http://www.youtube.com/watch?v=EQd8TYEAdHc (embedding diasbled by request, cheh)

Jika anda duduk di KL dengan keluarga, cubalah kerja di luar KL. Mungkin anda ada peluang cerah bekerja di pekan-pekan kecil atau bandar-bandar selain KL, sebab al-maklumlah anda kan orang KL. Cuma jangan terlalu syok sendiri sebagai orang KL kerana ramai orang di negeri-negeri lain menyampah dengan orang KL. Ini adalah satu adventure yang boleh anda lakukan pada usia muda: nanti bila dewasa nanti, anda boleh cerita kat orang anda kerja di Temerloh, Kluang, Dungun, Batu Gajah, Alor Star. Anda juga dapat kenal manusia dari tempat-tempat lain, dan meluaskan pengalaman anda. Ingat, KL is not always where the action is. Kadangkala hidup lebih puas (dan lebih murah) di tempat lain.

Nasihat ketiga: SIMPAN DUIT. Kerja apa jua pun, walaupun gaji kecil, simpan duit anda. Jangan beli lebih daripada yang anda mampu. Kalau tak mampu, guna handphone RM70, tak perlu pakai Blackberry atau iPhone. Kalau mampu duduk flat kongsi, duduk flat kongsi, tak perlu cari rumah mahal. Kalau mampu naik LRT sahaja, beli kereta kemudian. Atau beli motor dahulu. Jangan berhutang ! Hutang akan menghancurkan hidup anda 5-10 tahun akan datang. Guna kad kredit untuk keperluan sahaja, bukan untuk berhutang. Jangan sekali-kali guna Along. Kalau tak mampu sangat, tebalkan muka mintak dari ahli keluarga atau saudara mara. Siapa yang bersikap penjimat di usia 20-an, nescaya akan hidup senang kemudian hari. Jika anda dah mula menjadi shopaholic dengan gaji anda RM900 sebulan, percayalah sampai mati nanti anda tak mampu bayar hutang.

Nasihat keempat, ada kaitan dengan keusahawanan. Tapi saya kena explain dengan detail, saya tak boleh cuma cakap “SIAPA TAK DAPAT KERJA JUGA JADI USAHAWAN”. Usahawan ialah bidang yang susah dan memerlukan ketahanan diri yang kental. Bukan sesiapa sahaja boleh jadi usahawan full-time. Ramai orang ingat, usahawan full-time ni ialah last resort untuk orang tak dapat kerja. Ini adalah silap faham. Usahawan full-time di dalam syarikat saya Aidan Group dan lot.my adalah berkelayakan tinggi, dan mereka boleh (dan telah) kerja dalam syarikat terkemuka di dalam dan luar negara jika mereka mahu. Cuma mereka lebih cenderung menjadi usahawan. Bab ini kena cerita panjang, jadi saya tangguhkan untuk entri lain pada masa akan datang.

Kesimpulannya: 1) Jangan memilih kerja; 2) Kerja jauh dari kampung anda; 3) simpan duit.

This post has 12 comments.

  1. safuan

    mcm da agak mudah nak kerja sekarang.
    kena usaha la

    22 Mar 10 at 9:22 am #
  2. Alhamdulillah , mungkin pasaran kerja dah kembali pulih sedikit demi sedikit. Yang penting graduan kena proaktif.

    26 Mar 10 at 11:23 am #
  3. barrock

    terima kasih atas post ni..mmg kene sgt la dgn diri saya…huhuhu..sbb saya adalah sample pencari kerja yang masih stuck mencari kerja…

    sudah banyak yang saya apply..dr swasta sampai kerajaan semuanya tak sangkut..nak kata memilih rasanya saya tak..semua saya apply (yang bersesuaian..)tapi masih tiada rezeki..akhirnya terpaksa buat part time job dulu..pada masa yang sama g interview sana sini..

    kerja banyak diiklankan tapi company nak pakai cuma 1@2 position..sama jugak dengan kerajaan..tapi setiap tahun graduan abis blaja ribu riban…walaubagaimanapon..saya tetap tidak mengalah..

    26 Mar 10 at 7:42 pm #
  4. inas

    hi!lama tak baca blog ni.well, its a really good entry.i wish i could have the freedom to go away from home. but some people are just meant to stay and work in their hometown, whether they like it or not.:(

    03 May 10 at 11:01 am #
  5. salam alif & geng,

    entry ni menarik dan banyak manfaat utk rakan-rakan di luar sana yg masih tak dpt kerja/mencari kerja.

    sy just nak menambah sedikit nasihat2 di atas. sy adalah seorg yg cpt dpt kerja dan dah 2x melompat kerja. berikut adalah 2 points yg boleh sy kongsikan:

    1) jika anda tidak dpt kerja lagi, tidak mengapa kerana anda boleh buat kerja ’sendiri’. ini telah terbukti apabila sy buat home tuition sendiri secara ‘part-time’ dengan income RM 1000 - RM 1500. (Masa yg diperuntukkan hanya 2-4 jam sehari).

    2) tambahkan financial IQ anda dgn membaca/attend seminar. sy sarankan anda untuk membaca buku Robert Kiyosaki terutama bagi kita yg masih berumur 20-an “Retire Young Retire Rich” http://tinyurl.com/2vpaaqk Bukan duit membuatkan kita kaya…tetapi benda lain.

    Saya doakan Aidan Group akan sukses pada masa2 akan datang!

    06 Jul 10 at 8:39 am #
  6. Salam Shah

    hehe…apa kabar? aku lama dah tau kau buat side bisnes. bagus2…

    thanks for dropping by…those are good points to be considered by everybody.

    06 Jul 10 at 11:41 am #
  7. yer bro, nanti ada masa aku nak melawat ofis kau. maybe aku boleh belajar banyak benda ttg biz dgn kau nanti…chayyookkk3x

    13 Jul 10 at 1:13 pm #
  8. Adiputra

    Salam semua. Terima kasih atas artikel ini dan saya berharap dapat dijadikan panduan untuk semua para graduan. Saban tahun, beribu2 graduan keluar universiti tapi sukar mendapat kerja. Saya ingin juga menambah lagi nasihat2 di atas iaitu: Kenali Diri Anda Untuk Dapatkan Kerja. Saya pasti ramai yang sedaya upaya, sabar dan gigih dalam mencari kerja. Jika masih belum dapat kerja, saya nasihatkan anda cuba cari kalau2 ada kelemahan yang kita tak sedar. Antaranya perwatakan kita ketika ditemuduga, cara kita bercakap melalui telefon (untuk screening interview melalui telefon), personaliti kita ketika temuduga, susunatur resume kita dsb. Beberapa perkara yang disebutkan ini kadangkala menjadi faktor paling utama kenapa kita sukar sangat mendapat kerja. Insya Allah rezeki pasti akan sampai jika kita gigih mendapatkannya. Bagi para graduan, saya cadangkan belilah buku Graduan yang keluar setiap tahun tu untuk panduan anda mengenai cara2 untuk temuduga, idea2 untuk membangunkan resume yg hebat, senarai syarikat2 untuk kita cuba nasib dsb. Semoga berjaya untuk semua!

    23 Oct 10 at 10:24 pm #
  9. Trojan666

    i suka artikel u tapi ada certain things i keliru …

    u kata :

    “Tapi waktu ini anda kena enjoy. Biar takde duit, tapi enjoy.”

    then u kata :

    “SIMPAN DUIT. Kerja apa jua pun, walaupun gaji kecil, simpan duit anda. Jangan beli lebih daripada yang anda mampu”

    u suruh enjoy .. pastu u suruh simpan duit .. i pening la ..

    lepas tu u kata lagi :

    “Guna kad kredit untuk keperluan sahaja, bukan untuk berhutang”

    tak silap i .. kad kredit tu maknanya hutang la jugak … i rasa tak payah pakai kad kredit langsung lagi bagus ..

    dan apa salahnya graduan kerja sebagai cashier di giant? i ada sahabat bermula dari cashier (graduan u) & skrg menjadi store manager .. tak sampai enam tahun pon .. pokok pangkalnya, apa jua tmpt kerja, ada kelulusan kalau malas kerja tak guna ..

    29 Mar 11 at 1:02 am #
  10. orang biasa

    ayat ni paling best..”Jika anda duduk di KL dengan keluarga, cubalah kerja di luar KL. Mungkin anda ada peluang cerah bekerja di pekan-pekan kecil atau bandar-bandar selain KL, sebab al-maklumlah anda kan orang KL. Cuma jangan terlalu syok sendiri sebagai orang KL kerana ramai orang di negeri-negeri lain menyampah dengan orang KL.”..ekekeke

    16 May 11 at 10:10 pm #
  11. zuha

    salam,
    suka dengra bidasan encik selain nasihat y berguna, tq. sy juga merupakan graduan ijazah pada tahun 2009. bekerja sebagai pembnatu penyelidik sahaja u permulaan, tetapi sy perlu fikir ke depan u berada d kedudukan y lebih selesa.

    30 May 11 at 4:20 pm #
  12. zuha

    trojan,

    walau sekecil mana gaji, perlu peruntukkan sedikit u simpanan. enjoy u masa sekarang. tpp perlu juga menyimpan u masa akan datang. dua dua dapat

    30 May 11 at 4:23 pm #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.