Assalamualaikum wbt

Nota: Artikel ini boleh dibaca di blog.aidan.com.my

Baru-baru ini, saya banyak berfikir tentang beberapa perkara. Antaranya ialah:

1. Pertama: Facebook dan bakal isteri saya.

Untuk pengetahuan anda semua, sehinggalah ke hari ini, saya dan tunang saya masih tidak ‘Add as Friend’ di Facebook, walaupun kami berdua sudah mempunyai 105 mutual friends. Malah, saya tidak merancang pun untuk add isteri saya selepas kami berkahwin pada 26 February 2010 nanti.

Kenapa? Bagi saya, title isteri adalah title yang sangat istimewa. Tidak ada perkataan lain yang boleh menggantikan perkataan ‘isteri’. Sebab itu, saya membuat azam, selagi tidak wujud button seperti di bawah ini, maka selagi itu saya tidak mahu add isteri saya di FacebookS. ;)

AddAsWife

Namun setelah melihat button ‘Add as Wife’ ni, saya pun memulakan ekspedisi menerobos sempadan minda, jauh ke alam fantasi Facebook. Saya mula terbayang akan wujudnya satu aplikasi yang boleh menghuru-harakan dunia ini dengan begitu dasyat sekali.

Bayangkan kalau ada application kat Facebook yang membolehkan kaum lelaki mengadd isteri-isteri seberapa banyak yang mereka mahu, atau mungkin untuk lelaki2 Melayu mithali yang setia, settings feature tersebut boleh di kawal kepada maksimum 4 isteri sahaja (kekekekeke). Pastu kat profile mereka pula, terpampang jelas berapa jumlah isteri yang mereka ada.

Dan ini baru ‘Wife’, sudah pasti ramai lelaki yang akan semakin kreatif untuk mewujudkan aplikasi yang menggunakan button ‘Add as WAG‘ (ala2 Tiger Woods),  ’Add as Girlfriend, ‘Add as Mistress‘ malah untuk masyarakat Cina di China, mungkin ada yang akan buat button ‘Add as Concubine‘ !

Jikalau ini berlaku, sudah pasti isteri Akmal, Bird dan Iznan akan selaluuuuuu call ofis bertanya, “Hah! Abang tengah buat apa tu? Jangan mengada-ngada nak menggatal main game tu ye. Kalau you main, siap la balik rumah nanti! Grrrrrr…“. Kat rumah memang hari2 bini akan check handphone la kalau camtu. Siap pasang spy lagi untuk monitor suami masing2.

Dan saya sangat pasti Bal juga akan membuat akaun samaran di Facebook untuk tidak melepaskan peluang merasai keterujaan menekan button ‘Add as WAGdi Facebook. :D

Pastu, orang pompuan pulak, bila nak balas dendam, mula la cipta button seperti, Add as Sugar Daddy‘ dan sebagainya. Hahaha… adoiii… memang haru-biru la dunia ni. Anda mungkin bertanya, “Kalau application tu betul wujud, Alip tak main ke nanti?” hehehe…saya ni pencinta wanita yang setia la. Kalau saya nak main application tu nanti, of course la saya akan pakat dengan Akmal (Akmal pandai programming) untuk buat setting supaya boleh ‘hide‘ semua details tu. Hahaha…

2. Kedua: Facebook dan produk terbaru kami - www.lot.my

Produk terbaru kami ini adalah hasil usahasama antara Aidan Technologies dan J.S.B (Jalil, Sungai a.k.a. Luqman Zulhusni dan Bal).

logo_lotdotmy

Pada tahun 2009, melalui MDeC, Aidan Technologies ingin membangunkan sebuah all-in-one website builder system. Dalam pada itu, sahabat kami, Shahabudeen Jalil (Jalil) sedang sibuk dengan Kursus Borong China (www.kursusborongchina.com). Beliau mengutarakan masalah pelanggan beliau iaitu mereka tidak ada platform yang sesuai untuk menjual barang-barang yang di beli secara borong di China. Maka, di situlah kami nampak peluang untuk bermulanya usahasama antara kami.

Lot.my (www.lot.my) adalah sebuah sistem yang membolehkan pelawat membuat kedai online dengan sangat mudah, walaupun tanpa pengetahuan teknikal sekalipun. Sesiapa sahaja boleh mendaftar dan membuka kedai online dengan PERCUMA di Lot.my.

Kini, Lot.my sudah pun mempunyai Facebook Page untuk berkongsi maklumat secara interaktif tentang Lot.my. Jadilah ‘Fan’ untuk mengikuti perkembangan Lot.my di www.facebook.com/lotdotmy.

AddaLot

Apa yang kami banyak fikirkan ialah tentang halatuju perkembangan produk kami ini. Di Facebook, terdapat lebih daripada 300 juta ahli yang berdaftar. Ini adalah satu angka yang besar yang tidak boleh tidak dihiraukan sama sekali. Dengan menggunakan Facebook, kami mesti memikirkan sesuatu supaya para pengguna merasakan bahawa produk kami ini benar-benar membantu menyelesaikan masalah utama mereka dalam berniaga iaitu mempunyai platform yang efektif dan murah untuk membuat jualan yang banyak.

Perlukah kami mencipta satu application (Facebook App) atau game untuk mempromosi Lot.my ni di Facebook? Bekas staf kami, saudara Amin telah pun mencadangkan perkara tersebut. Bagaimana pula dengan mobile applications? Perlukah ada integrasi dengan Point-of-Sale System dan macam-macam lagi? Inilah yang kami sedang susun atur dalam pelan pembangunan Lot.my.

Lot.my sebenarnya baru saja mula diakses sejak Januari 2010, tetapi sudah ramai yang mula menghasilkan website e-commerce seperti website-website ini:

secretgarden.lot.my

secretgardentn

jersibola.lot.my

jersibolatn

shopatmoleq.lot.my

maleqtn

hosting.lot.my

hostingtn

orgfactoryoutlet.lot.my

mommygemsoutlet.lot.my

Anda boleh mencuba Lot.my sendiri dan kami amat mengalu-alukan sebarang feedback, kritikan dan cadangan dari anda. Diharapkan kita boleh bersama-sama membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi para peniaga hari ini.

3. Ketiga: Facebook dan Saya Nak Kahwin
Seperti mana yang saya telah umumkan di entri Cita-cita Saya, insyaAllah saya akan bernikah dengan wanita pilihan hati saya pada 26 February ini (sudah diawalkan satu hari.. hehehe). Reception belah saya pula akan dibuat pada 6 March 2010 nanti di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan dari jam 12 hingga 4 petang. Saya tak tempah banyak kad jemputan. Tapi saya sungguh-sungguh nak menjemput semua rakan2 yang kita sama-sama kenal sejak di tadika, di St John, di MRSM Jasin, di MMU, di MSU atau di mana-mana saja untuk hadir ke majlis perkahwinan saya di Masjid Wilayah nanti. Anda MESTI menganggap yang anda TELAH dijemput setelah membaca entri ini. Begitu juga sesiapa sahaja yang sedang membaca blog ini walaupun anda tidak mengenali saya secara live. Anda semua juga dijemput hadir ye. ;)

kad-kahwin

Persoalan:
(a) Apa kaitan Facebook dengan saya nak kahwin pulak ye? kekekeke…
(b) Kepada kawan2 MRSM Jasin, sapa la agakya calon isteri saya ek? hehe.. :P Jemput datang!

Wassalam wbt.

This post has 11 comments. Add your own.

  1. azhar

    jawapan soalan b ada dkt gambar (or was it unintentional?)

    07 Feb 10 at 8:02 pm #
  2. hehe…your question makes the whole idea of having this article… :P

    07 Feb 10 at 8:05 pm #
  3. fendi

    Tahniah alif..akhirnya….

    08 Feb 10 at 12:07 pm #
  4. Congrate bro…I wish you the best of life for ever n’ ever…

    08 Feb 10 at 3:47 pm #
  5. amiinn…tq2 :)

    09 Feb 10 at 12:44 am #
  6. luqman

    aku rasa button “Add as Wife” to kene limit kepada maximum 4 kali klik sahaja … baru shariah compliant … dan mesti fax sijil nikah yang sah kpd Facebook .. hehehehe

    10 Feb 10 at 1:12 pm #
  7. facebook kene ada Jabatan Syariah la camni… kekekeke…

    11 Feb 10 at 12:26 am #
  8. saya ada register lot.my tapi nak tanya la.. mcmana nak update design atau theme..atau background seperti contoh secret garden tu..

    11 Feb 10 at 10:07 am #
  9. Azam, terima kasih register.

    Kalau nak ubah design, mula mula pergi ke admin page.

    Lepas tu pergi Setting > Store.

    Cari tab Design. Click.

    Dekat situ boleh ubah design dia. Jangan lupa Save! :)

    Ecommerce Malaysia

    11 Feb 10 at 11:23 am #
  10. saya suka lot.my..nanti saya akan guna..free kan?

    17 Feb 10 at 3:50 pm #
  11. ye la En Iznan…FREE!! heh :P

    17 Feb 10 at 5:38 pm #

Post a comment