Entri ini asalnya diterbitkan di http://suhaimiramly.wordpress.com/2010/01/01/kempen/ pada 1 Januari 2010.
______________________________________________
Di Malaysia, ada banyak kempen. Dulu dan sekarang, di setiap kementerian di setiap masa ada mempunyai beberapa kempen yang berjalan. Daripada kempen-kempen yang besar seperti kempen mari membaca, kempen anti rokok, kempen anti dadah, kempen keselamatan jalan raya sehinggalah kempen-kempen remeh seperti kempen makan daging arnab (suatu masa dahulu), kempen kongsi kereta (suatu masa dahulu), kempen menggunakan beg kertas (sekarang), dan banyak lagi kempen. Ada satu persamaan pada kesemua kempen tersebut.
Kesemua kempen tersebut gagal.
Mamat-mamat dan minah-minah pencacai kerajaan di kalangan anda mungkin rasa terkilan saya cakap begitu, sebab kementerian andalah yang sibuk buat kempen itu ini. Anda tak boleh lihat realiti masyarakat yang meluat dan memomok-momokkan kempen-kempen kerajaan kerana anda semua hidup dalam keselesaan bubble pejabat kerajaan anda di Putrajaya dan Damansara.
Sila terima realiti. Semua kempen kerajaan gagal.
Mungkin menteri-menteri atau pegawai-pegawai anda boleh mengeluarkan pelbagai-bagai statistik atau nombor yang menunjukkan ada peningkatan disebabkan kempen-kempen tersebut. Jumlah pembaca meningkat 8.7%. Jumlah kemalangan turun 1.9%. Jumlah perokok menurun 3%. Dan macam-macam lagi. Tapi itu tidak bermakna kempen tidak gagal. Sudahkah masyarakat kita menjadi masyarakat membaca, terutama bahan ilmiah dan bukan-fiksyen? Adakah jalan raya kita selamat sehingga waktu perayaan kita bebas kemalangan? Sudahkah orang yang hisap rokok betul-betul insaf dengan iklan-iklan yang berharga jutaan RM?
Jawapannya sudah tentu tidak.
Di sekolah menengah, kempen-kempen ini menjadi bahan jenaka pelajar (i.e. jawapan percuma) terutama dalam kelas BM Tingkatan Lima. Kalau soalan karangan tanya cara-cara meningkatkan kebersihan, jawapannya ialah KEMPEN KESEDARAN MENGENAI KEBERSIHAN. Kalau soalan lisan SPM pasal keselamatan jalan raya, ada boleh bullshit pemeriksa dengan cakap salah satu langkah yang perlu diambil ialah KEMPEN KESEDARAN MENGENAI JALAN RAYA. Kalau soalan pasal jenayah, jawab salah satu pointnya ialah KEMPEN KESEDARAN MENGENAI JENAYAH. Kalau sebut pasal sikap hormat kepada orang tua, dalam jawapan nanti tulis la KEMPEN KESEDARAN MENGENAI MENGHORMATI ORANG TUA. Kalau soalan keluar mengenai ding-dong-bell, maka antara jawapan yang betul sudah pasti KEMPEN KESEDARAN MENGENAI DING-DONG-BELL.
Mentaliti kertas ujian BM tingkatan lima inilah yang wujud pada kebanyakan pegawai kementerian sehinggalah ke menteri sekalipun. Semua masalah di dunia, pasti selesai dengan KEMPEN. Segala isu, mula dan akhirnya ialah KEMPEN. Kita kurang berjaya kerana kurangnya KEMPEN, jadi mari tambahkan KEMPEN. Meh bagi budget juta-juta kat aku.
Kenapa kempen-kempen tersebut gagal? Ada beberapa sebab:
1) Adalah hampir mustahil menukar habit manusia.
Tidak ada apa yang boleh menukar habit (kebiasaan) seseorang, kecuali (i) dengan menukar habit, seseorang itu boleh mendapat kepuasan atau balasan jangka pendek (short-term reward) atau (ii) seseorang itu terpaksa menukar habitnya kerana kesakitan dan ketiadaan duit. Contoh paling mudah ialah rokok. Bagi la berapa ratus fatwa pun, tunjuk la iklan anti-rokok yang ngeri pun, mai lah pujuk si isteri dan girlfriend sekalipun, berhenti rokok takkan sekali-kali.
Mungkin ada segelintir kecil yang berubah disebabkan faktor-faktor luaran tersebut, tapi secara keseluruhannya, tidak ada perokok yang akan berhenti merokok melainkan dengan cara di atas iaitu (i) anda beri duit untuk dia berhenti merokok, atau (ii) dia kena penyakit yang kronik kerana merokok dan terpaksa berhenti sendiri, atau tiada duit lagi untuk beli rokok.
Setakat cakap “cuba lah fikir masa depan dan anak-anak” takkan berjaya, kerana kita sebagai manusia adalah spesis yang tidak rasional — kepuasan jangka pendek lebih kuat kesannya daripada manfaat jangka panjang.
2) Kempen lesu dan tidak menangkap imaginasi rakyat (betul ke terjemahan ni? aku nak kata “capture the imagination”)
Walaupun iklan-iklan kempen di TV dan media cetak semakin hari semakin canggih, siap ada maskot 3D (contoh: kempen pengguna bijak), siap guna agensi-agensi pengiklanan yang terkemuka seperti Saatchi & Saatchi dan Leo Burnett, siap buat iklan yang tidak skema, bukan macam iklan-iklan Filem Negara Malaysia yang harimau tu, siap buat iklan yang kononnya mesra remaja dan golongan muda, KEMPEN-KEMPEN MASIH LAGI BERSIKAP SYOK SENDIRI.
Samalah macam PDRM nak buka FACEBOOK kerana kononnya nak menjadi mesra rakyat (wakakakaka inilah dia SYOK SENDIRI tahap koma yang tak boleh dikejutkan lagi).
Kempen ini semua gagal kerana mereka tak faham apa kehendak, aspirasi dan imaginasi rakyat. Yang mereka buat cumalah “preaching to the choir” — i.e., berkempen kepada orang yang memang dari awal dah sedia mendengar. Kempen sepatutnya berfungsi sebagai outreach, mencapai orang yang susah nak dengar. Macamana nak bagi orang dengar, apatah lagi ikut, jika SYOK SENDIRI tak habis-habis?
3) Kempen ini semua tidak ada akauntabiliti
Apa KPI atau statistik yang menunjukkan kempen berkesan atau tidak? Maklumkan kepada rakyat. Bagi tempoh masa untuk kempen, kalau tak mencapai target juga dalam tempoh itu, kansel kempen dan gantikan dengan program lain. Ini tidak, dari 15 tahun lepas sampai ke hari ni tak habis-habis kempen yang sama. Apa hasil entahlah.
Duit jutaan habis untuk buat pelancaran (mesti ada penari, mesti ada cek besar, mesti ada duta kempen — selalunya artis yang dibayar mahal, mesti ada persembahan, mesti ada backdrop yang besar dan grand, mesti bawak budak sekolah lima bas, mesti bawak seme pegawai kerajaan sampai ofis kosong tak ada orang dan menyusahkan rakyat nak berurusan), brosur, pamphlet, iklan TV, iklan suratkhabar, iklan billboard, iklan radio, dan lain-lain perbelanjaan.
Apa hasilnya? Ada tak orang yang mengira impact per dollar spent? Atau pun nak justifikasi duit juta-juta tu, anda kata “ini semua tak boleh dinilai dengan wang ringgit, yang penting rakyat mendapat manfaat kempen”. Manfaat kempen apa ke jadah, lagi aku rasa nak tutup TV bila keluar iklan kempen.
4) Kempen tidak dirancang dengan baik
Saya akui ada beberapa kempen yang memang berkesan. Contohnya kempen mari makan buah-buahan tempatan. Tapi tak banyak, sedikit sahaja.
Kenapa kempen ini berkesan? Ini bukanlah disebabkan kempen itu sendiri, tapi kerana perkembangan di luar kempen. Kempen buah-buahan tempatan berjaya kerana di Malaysia memang banyak buah-buahan tempatan yang sedap. Contohnya, ciku, cempedak dan rambutan JAUH LEBIH SEDAP daripada epal (buah import). Lagipun, jika ada dua buah yang sama (satu tempatan dan satu import), saya pilih yang tempatan kerana buah yang import mungkin dah lama berada dalam storage atau dalam kapal kargo menyebabkan rasanya kurang manis.
Ini disebabkan kempen tersebut didokong oleh dasar pertanian negara yang bijak, disamping kelebihan semulajadi negara kita. Jika tiada perkara ini, nescaya kempen buah-buahan tempatan pun akan gagal. Apatah lagi kempen-kempen suam-suam kuku yang melambak sekarang ni. Langsung tak ada sebab untuk berjaya.
Oleh itu, kesimpulannya, marilah kita kurangkan kempen dan fikir cara lebih bijak untuk menangani masalah-masalah di negara kita.
*clap clap clap*
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Kempen Anti-Kempen Peringkat Kebangsaan 2010.








Mr. Bal, masalah dengan kerajaan ni, ada yang betul-betul nak buat kerja. Ada pula yang betul-betul tak nak buat kerja dan ada yang betul-betul nak buat untung. So, macamana? Sedangkan semua syarikat ada satu common objective - profit oriented.
06 Jan 10 at 8:18 am #Aku nak jadi 1st participant utk kempen baru ko tu..hahaha
06 Jan 10 at 12:49 pm #Masalahnya, dalam kerajaan ada orang betul-betul nak buat kerja. Ada pula orang yang betul-betul tak nak buat kerja. Tidak kurang ada juga yang betul-betul nak buat untung, so macamana? Kalau bagi syarikat swasta, semua ada satu common goal - profit oriented.
06 Jan 10 at 4:01 pm #apa kaitannya dengan kempen?
06 Jan 10 at 6:09 pm #fendi, lama tak jumpa. apa khabar?
06 Jan 10 at 10:16 pm #Bal, aku ok je..alhamdulillah…rezeki di uitm skang ni, Faculty of Medicine.
07 Jan 10 at 8:25 am #jadi apa, lecturer ke? fakulti kat shah alam kan?
07 Jan 10 at 2:35 pm #Lecturer la..w/pun sebenornye..x le pandai sgt me’lecture’ orang..haha..yup, aku kat shah alam..bila2 dtg bgtau la..bole jumpa2 sket.. itu pun kalo aku xde kelas la.
But, by 2012, fakulti aku pindah ke Sg. Buloh..
hari tu bukan ko ada program ke kat Uitm ke ??
07 Jan 10 at 3:55 pm #hahaha … this is da bomb.
Aku setuju. Memang banyak kempen2 kerajaan yang dibuat oleh mereka yang berusaha keras nak tunjuk depan bos2 bahawa mereka buat kerja.
LOL …
08 Jan 10 at 10:31 am #Hantarkan SMS “JANGAN BULI!!” kepada semua pembuli-pembuli di sekolah sempena Kempen Kesedaran Anti Buli.
10 Jan 10 at 3:31 am #Betul tu..sokong..ada nak tunjuk depan bos betul-betul buat kerja..lepas tu nak sub kerja kat kompeni kroni…lambat jalanlah kerja..Bila nak tegur pun, kompeni member-member jugak..dah tu, keja nak jalan macam mana?? Fail-lah…buatlah kempen apa pun. Dasar ke pelaksanaan ke mesti ada masyuk..bila tak jalan, komplenlah..pendek kata buat apa pun org komplen..ROFL x3
10 Jan 10 at 11:35 am #memang susahkan nak suruh manusia berubah..padahal untuk kebaikan…salahkah kerajaan menyuruh kita berubah untuk kebaikan bersama dengan cara berkempen ? selain dari cara berkempen apa lagi encik suhaimi rasa elok kerajaan lakukan ? adakah dengan memberi duit yang diperuntukkan untuk kempen kepada encik suhaimi ?
07 Feb 10 at 2:21 pm #> salahkah kerajaan menyuruh kita berubah untuk kebaikan bersama dengan cara berkempen?
tak salah, yang salah ialah duit yang banyak dibazirkan untuk kempen yang tidak berkesan. mengajak kepada kebaikan tugas semua orang. tapi kerajaan mengajak buat kebaikan menggunakan duit rakyat. jadi rakyat berhak mengetahui apa kesan kempen2 tersebut secara telus. “buat baik” bukan alasan untuk menggunakan duit secara semberono. accountability tidak hilang dengan niat yang baik.
utusan malaysia dan TV1 (media kerajaan) sendiri mengaku banyak kempen gagal, terutama kempen merokok.
jika saya mintak duit yang banyak daripada seseorang dengan niat yang baik, contohnya ingin membuka rumah anak yatim, sudah tentu orang yang memberi sumbangan besar itu berhak mengetahui kemana duit tu pergi, dan bagaimana duit itu ditadbir. takkan ada orang bagi duit banyak kemudian biarkan saja orang guna duit, semata-mata kerana orang “nak buat baik”. selaku rakyat dan taxpayer, saya berhak bersuara menentang kempen2 yang gagal dan tidak berkesan, walaupun niatnya baik.
> selain dari cara berkempen apa lagi encik suhaimi rasa elok kerajaan lakukan ?
banyak. contoh: untuk merokok, naikkan harga rokok sehingga RM 50 sekotak. untuk membuang sampah, kenakan kompaun tinggi seperti Singapura. dll. setiap kempen pasti ada cara lebih baik untuk menggantikannya.
manusia respon kepada dua jenis stimuli: galakan (incentive) dan ugutan (threat). Untuk mengubah sifat manusia, perlu incentive dan threat, bukan kempen kesedaran. manusia takkan ubah sikap kerana disuruh berbuat demikian oleh maskot dan jurucakap kempen. People respond to incentive and threat.
> adakah dengan memberi duit yang diperuntukkan untuk kempen kepada encik suhaimi ?
ini soalan berbentuk serangan peribadi. sila fokus kepada hujah, terima kasih.
07 Feb 10 at 11:33 pm #Aku mmg agree sgt2 la dgn Bal ttg kempen2 kerajaan ni.
Merit sepatutnya base on the effectiveness of the campaigns, increase in operational efficiency, etc. Bukannya justify ikut ‘budget yg diberi utk tahun ini mesti dihabiskan maka barulah agensi kerajaan tu dianggap betul buat kerja’. Pastu Ketua Pengarah makin naik pangkat sebab berjaya utilize yearly budget sampai habis. What the heck??
Sepatutnya Ketua Pengarah makin naik pangkat sebab berjaya guna minimum budget tapi produce high impact output. Barulah terhasil pegawai kerajaan yg tak bengong di peringkat atasan dan duit rakyat pun di utilize dgn bijak.
Semua bisnes people yg pernah atau biasa berurusan dgn kerajaan mmg tau bagaimana pemikiran kebanyakkan (bukan semua la) pegawai kerajaan.
08 Feb 10 at 12:32 am #setuju dgn point alif. itulah yang dicanangkan kpd saya sewaktu kursus induksi baru2 ni. tapi kata penceramah, kerajaan mahu tukar polisi, jabatan yang berjaya meminimisekan budget akan diberi hadiah. semoga membawa perubahan lebih baik…
08 Feb 10 at 2:12 am #camana pemikiran typical pegawai kerajaan tu alif
08 Feb 10 at 7:42 pm #hehe…apa kata kita mintak bebudak yang baru nak apply jadi PeGaWaI TaDbIr & DiPlOmAtIk yg cerita ttg camana pemikiran typical pegawai kerajaan…
08 Feb 10 at 10:51 pm #apa kata ko tulis satu entry pasal persepsi golongan business terhadap pegawai kerajaan. kasi diorang sedar diri sikit
08 Feb 10 at 10:55 pm #hehe…aku rasa kalau ko yg tulis lebih punch sket…
09 Feb 10 at 12:38 am #