____________________________________________________________________

Dapatkan lebih banyak tips-tips menarik berkaitan emas dan perak di PelaburSilver.com.
____________________________________________________________________

Assalamualaikum wbt

Terdapat beberapa teknik untuk menjana serta memaksimumkan keuntungan melalui emas fizikal. Namun pada entri kali ini, saya merancang untuk lebih menekankan mengenai teknik “Pajak-Beli-Pajak” sahaja.

Pada 1/12/09 yang lalu, saya telah gadaikan hampir kesemua emas (kecuali syiling emas 1 dinar) yang saya telah beli pada 11/11/09 (sila rujuk entri Emas: Satu Permulaan) di Ar-Rahnu Bank Rakyat, Cawangan Batu Caves, Selangor. Berikut adalah maklumat terperinci berkaitan gadaian emas yang di buat:

pajak1

(Click the above picture to enlarge)

*Price/gramme = harga emas semasa yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat pada hari tersebut.

**Marhun = jumlah harga emas (Price per gramme x Total Weight) yang mengikut harga semasa yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat pada hari tersebut.

Setelah mendapat pinjaman berjumlah 65% daripada nilai marhun, iaitu sebanyak RM68,256 saya telah beli lagi jongkong emas 20g sebanyak 24 ketul dengan jumlah harga sebanyak RM68,160. Bertambah lagi jumlah emas saya sebanyak 480g.  :)

beli2

(Click the above picture to enlarge)

Pada keesokan harinya, saya gadaikan lagi di Ar-Rahnu 14 ketul jongkong emas 20g dengan nilai marhun sebanyak RM42,392 dan mendapat pinjaman 65% bersamaan RM27,554. Lebihan 10 ketul jongkong emas 20g yang lain, saya pegang in-hand. Saya tidak dapat menggadaikannya kerana jumlah pinjaman saya (RM68,256 + RM27,554 = RM95,810) sudah hampir mencapai had maksimum RM100K. Setiap orang hanya dibenar meminjam sehingga RM100K sahaja.

Sila klik ketiga-tiga gambar di bawah untuk melihat sendiri Surat Akuan Gadaian yang saya dapat.

pgold-pajak13 pgold-pajak22 pgold-pajak4

Hehehe…apa yang saya buat seterusnya dengan duit tersebut? SAYA BELI EMAS LAGI!! :D

Ya, saya beli lagi emas seperti berikut:

beli3

(Click the above picture to enlarge)

Ini bermakna, emas dalam tangan yang saya ada pada ketika ini adalah kesemua emas yang saya beli pada belian yang terakhir dan termasuk 10 ketul jongkong emas 20g yang saya tidak dapat gadai sebelum ini serta 11 keping syiling 1 dinar yang saya beli pada mula-mula dulu. Selebihnya di ’simpan’ di Ar-Rahnu.

Hehe…dengan modal permulaan sebanyak RM100,419 saya telah mendapat jumlah emas sebanyak 760.5 gram. Tetapi setelah menggunakan teknik pajak-beli-pajak ini, jumlah emas terkini yang saya perolehi adalah sebanyak 1430.5 gram. Lebih daripada 1.4 kg tu! Masyuukk… :D

********** PENGUMUMAN PENTING ***********
Melaburlah pada Silver (Perak) DAN Emas. Untuk mengetahui teknik pelaburan silver dan emas yang LEBIH HEBAT DAN SELAMAT daripada teknik ‘pajak-beli-pajak’, sila layari artikel ini: Strategi Pelaburan Emas dan Silver.
********** PENGUMUMAN PENTING ***********

Mungkin kini ada antara anda yang bertanya, “Entri ni dah berjela-jela dah ni tapi still…macam mana nak maksimumkan untung dengan cara macam ni?

Mudah sahaja konsepnya. Kalau sekarang anda beli 1 jongkong emas 20g dengan harga RM2000 misalnya. Kemudian bulan June 2010 nanti harga emas naik dan anda boleh jual pada harga RM3000. Untung kasar anda adalah sebanyak RM1000 kan? Kalau 1 jongkong emas 20g anda sudah boleh buat untung kasar RM1000, macam mana kalau anda ada 24 jongkong emas 20g? 24 x RM1000 = RM24000!! masyuukk…hehe…ini hanyalah sebagai contoh. Pengiraannya bukanlah straight forward macam ni. Saya hanya mengambil contoh yang mudah supaya anda dapat nampak konsep asasnya dulu.

Baca lagi di bawah ini.

Now, kalau saya tak guna teknik pajak ni?… Kalau saya tak guna teknik pajak ni, dengan pelaburan permulaan sebanyak RM100,419, saya hanya ada 4 jongkong emas 20g. Sekarang??…Sekarang saya sudah ada 30 jongkong emas 20g!!

Sebab tu saya ada nyatakan di atas tadi, “dengan modal permulaan sebanyak RM100,419 saya telah mendapat jumlah emas sebanyak 760.5 gram. Tetapi setelah menggunakan teknik pajak-beli-pajak ini, jumlah emas terkini yang saya perolehi adalah sebanyak 1430.5 gram. Lebih daripada 1.4 kg tu!“.

Bila harga emas naik melambung dan anda berminat nak jual, maka jual lah step by step. First, jual emas-emas yang ada in-hand. Dapat untung, pergi tebus emas-emas yang anda gadai pada kali yang terakhir sebelum ini. Dah dapat emas, jual lagi. Kemudian sekali lagi, dah dapat untung, tebus emas-emas anda lagi. Begitulah seterusnya. Sehinggalah emas-emas anda sudah tidak ada lagi di Ar-Rahnu.

Dan…cara yang paling baik ialah untuk memajak di Ar-Rahnu ketika harga emas mengalami market correction. Maknanya, bila harga turun, anda beli emas lagi, pajak dan dapat duit. Bila turun lagi, anda beli lagi emas menggunakan duit yang anda dapat melalui pajakan sebelum ini dan pajak emas-emas tu lagi. Begitulah seterusnya. Dengan teknik ini, anda sudah pun melakukan ‘cost averaging‘ iaitu, kos purata anda membeli kesemua emas fizikal dapat dikurangkan dan pada masa yang sama anda dapat menambah jumlah emas dalam simpanan anda. Hehe…berbaloi-baloi…

Namun, sudah pasti anda perlu consider upah simpan yang dikenakan oleh Ar-Rahnu sebagai kos anda. Macam mana nak cari duit untuk bayar upah simpan Ar-Rahnu tu, kita boleh bincang nanti dalam entri Emas: Cara Nak Dapat Duit Untuk Beli Emas Fizikal.

Cuma…anda kena berhat-hati dengan beberapa perkara. Antaranya ialah, sekiranya matlamat anda ialah hendak memaksimumkan keuntungan melalui emas fizikal yang anda beli, maka jangan sesekali gunakan duit yang anda dapat hasil daripada pajakan tersebut untuk kegunaan-kegunaan yang lain. Pastikan anda beli emas lagi. Setelah pajakan yang terakhir anda buat, pastikan anda beli emas lagi. Pastikan pada akhirnya…anda ada emas fizikal in-hand. Bukan duit! Ingat pesanan ni betul2.

Oh ye, pastikan juga anda membeli jongkong emas atau syiling/dinar emas ye. Bukan barang kemas atau akaun pelaburan emas. Baca entri ni nanti; Emas: Jongkong Emas, Dinar Emas ATAU Barang Kemas.

Apatah lagi skim2 pelaburan emas yang mengarut yang bersepah-sepah di luar sana. Make sure anda yang pegang ketulan-ketulan emas yang anda beli. Kalau mereka jual ketulan2 emas kepada anda tetapi setelah beli, mereka meletakkan syarat yang anda mesti biar mereka pegang ketulan2 emas anda…maka jauhilah mereka. Bab ni saya rancang nak bercerita dalam entri Emas: Skim Pelaburan Emas Sampah.

Kalau bagi Ar-Rahnu ‘pegang’ takpe. Tu dah boleh di kira sebagai ’safety box’ anda secara tak langsung. :)

Sekian. Wassalam.

Discalmer: Teknik ini adalah panduan semata-mata berdasarkan pengalaman saya. Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza bergantung kepada entry point anda, keadaan harga pasaran emas, tempoh masa anda membuat teknik ini, exit point dan pengalaman anda sendiri.

____________________________________________________________________

Dapatkan lebih banyak tips-tips menarik berkaitan emas dan perak di PelaburSilver.com.
____________________________________________________________________

***************************************************
Entri Berkaitan
***************************************************
Emas : Satu Permulaan
Emas: Tulen atau Palsu
Emas: Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Emas
Emas: Anda Tidak Akan Kaya Dengan Memiliki Emas
Emas: Sepagi Bersama Azizi Ali

***************************************************
Entri-entri Di Masa Hadapan
***************************************************
Emas: Jongkong Emas, Dinar Emas ATAU Barang Kemas
Emas: Perbandingan Produk
Emas: Bagaimana Untuk ‘Diversify‘ Pelaburan Anda Dengan Betul
Emas: Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal
Emas: Cara Nak Dapat Duit Untuk Beli Emas Fizikal
Emas: Hukum hakam Di Dalam Islam Berkaitan Emas
Emas: Skim Pelaburan Emas Sampah

dan lain2 lagi…


This post has 56 comments.

  1. hafis ganu

    alif..aku pun melabur emas cam ko gak..tp ni first time dengar cara camni..ko belajar dari mane teknik ni? knp brg kemas tak boleh gadai kat AR RAHNU?

    11 Jan 10 at 12:27 pm #
  2. yus rezal

    alif, berapa exactly mula2 modal ko beli emas?

    11 Jan 10 at 2:30 pm #
  3. hafis ganu

    alif..

    camne lak nak tebus emas ko kat AR RAHNU nanti ble ko nak jual?

    duit yg AR RAHNU bg pinjam tu camne lak nak bayar?

    11 Jan 10 at 2:41 pm #
  4. Itu aku ada tulis kat entri Emas: Satu Permulaan. First sales order aku is RM100,419. Knp Yus?

    11 Jan 10 at 3:00 pm #
  5. fendi

    Mana nak cari modal byk2 cmtu bro?

    11 Jan 10 at 4:16 pm #
  6. [...] *************************************************** Entri Terdahulu *************************************************** Emas : Satu Permulaan Emas: Tulen atau Palsu Emas: Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal [...]

    11 Jan 10 at 11:56 pm #
  7. Hafis, apa kabar? :)Aku belajar drp mentor emas aku; En Syukor Hashim. Tentang barang kemas tu..barang kemas mahal sebab ada workmanship punye cost dan kos2 lain yg syarikat tu impose. Pastu, takut tersilap gi beli yang ada banyak batu permata atau campuran logam2 lain. Bila mcm ni, harga jual tak tinggi. Nak pajak pun tak dapat duit banyak.

    Tentang mcm mana nak tebus kat Ar-Rahnu tu, aku dah tulis actually kat atas. Cuba kau baca balik betul2.

    Fendi, wah muncul juga kau akhirnya. Hari Sabtu haritu aku gi SP. Lepas ni boleh la kita jumpa kat sana. Ajak Bal skali. Anyway, ttg mcm mana nak cari modal tu, tunggu future entri aku this week, insyaAllah. :)

    12 Jan 10 at 1:15 am #
  8. Comments kat fb.

    Idzmeyz: waah…sekarang ni aidan buat biz jual emas lak ker….huhuhu….hebat tu….

    Fadil: Saya setuju dengan info tersebut dan saya pun dah amalkan strategi tersebut & juga strategi menggunakan OD.
    Cuma komen saya jangan displaykan alamat anda BAHAYA. Anyway saya pun kat Cheras BTHO, ada masa boleh kita TT.

    Hashim: Enta blm kawin, x ada komitmen keluarga lagi, bole la tumpukan kemampuan ke arah benda ni. Mcm ana yg dah ada tanggungan ni alamat meleleh air liur saja la baca tips ni. Pinjam 100k? Wallahu a’lam bissawaf la…..

    Konda: terbaik la alip!!!!bleh blaja lebih ni….

    12 Jan 10 at 1:26 am #
  9. My comment kat fb.

    Idzmey, tak hebat mana pun. Baru nak belajar2. :)

    Fadil, orait. Thanks for the comment about the address. Boleh, nanti tengok end of this week ke kita gi TT.

    Hashim, jangan la cakap camtu. Ramai je komuniti2 emas satu dunia ni yg anak berderet2. Yg penting kita educate diri kita on ‘what is’ dan ‘how to’. Tunggu entri aku yg lain, ok? InsyaAllah aku ada la tips sket2 on nak cari duit utk beli emas….

    Konda! hehe… meh le tengok blog terbaru aku ttg emas ni: http://www.aidanemas.com

    12 Jan 10 at 1:26 am #
  10. yus rezal

    oh saje je tanya. untuk memastikan sense perkiraan emas tu la.teknik yg bijak,rasanya mmg macam ni lah cara melabur emas.cuma modal nak kena carik dulu.

    fendi: nih effendi ibrahim ke?

    12 Jan 10 at 9:37 am #
  11. fendi

    Yus: Berapa banyak lagi fendi yang ko kenal..?? hahaha.. Ni la fendi yang dok bersilat ngan ko dulu!! kekeke

    12 Jan 10 at 5:12 pm #
  12. fendi

    Alif: Insyallah..bole2..Doa insyallah

    12 Jan 10 at 5:13 pm #
  13. fendi: ceh jebon laut sungguh!aku bg buah kuntau kanan gantung kang br kau tau. bg email ko kat aku,aku nak antar no phone.antar kat sini kang bahaya, google dapat carik.heh heh heh.

    12 Jan 10 at 9:29 pm #
  14. fendi

    Apsal ko takut google dpt cari?? ko ade hutang ngan Mr. Google ke..? haha..atau ko nak lari dari CIA? keke.. fendi_ibrahim@yahoo.com

    13 Jan 10 at 8:33 am #
  15. yus rezal

    fendi : aku just ikut nasihat alif kat comment kat atas tu aje.CIA nak carik aku buat apa, aku keje bancuh ubat je.keh keh keh.

    13 Jan 10 at 9:13 am #
  16. arrahnu BR batu caves still terima lagi kee gadai produk PG? bagaimana BR yang lain atau ar rahnu yang lain?

    15 Jan 10 at 11:17 pm #
  17. Tu la Fithrie. Bank Rakyat ni tak seragam.
    Ada yg tak terima langsung jongkong dan syiling emas. Ada yang terima jongkong je. Tak kisah la UOB or maybank or PG or apa2 je la.

    Tapi ni semua temporary je.

    Sekarang kalau nak pajak, boleh call dulu Ar-Rahnu Batu Caves tu utk confirmkan atau pun gi sini:

    - Ar-Rahn PKB (http://www.pkb.net.my/arrahn/rangkaian.html)

    - Ar-Rahnu Kotani (http://kotani2u.com.my/?lang=my&cat=1&id=22&mnu=21)

    - Ar-rahnu Koop Unikeb (http://www.unikeb.koperasi.coop/arrahnu.htm)

    17 Jan 10 at 6:46 pm #
  18. qu jg kepengen lah mas bisnis kayak gtu
    cari modal dulu kali ya..

    02 Feb 10 at 5:13 pm #
  19. sue

    kalau pajak kat arrahnu.. berape lame tempoh nak tebus balik?

    16 Mar 10 at 2:46 pm #
  20. Hza

    Mungkin anda lupa tentang pembayaran bulanan kepada Ar rahnu BR. Dengan jumlah 100K yang telah dipajak dibahagi dgn 6bln, Lebih kurang 17K sebulan.Itu blm masuk lagi dengan 0.65% upah simpan/bulan. Mana nak cari duit tu….kecuali anda bergaji 17K ke atas.

    05 Apr 10 at 9:44 am #
  21. egold

    saya terkedu dgn teknik tersebut dan termenung,comment Hza adalah satu persoalan yg perlu anda perjelaskan dgn bantuan En.Shukor.

    21 May 10 at 7:00 am #
  22. rahah

    salam alif,

    hmm..menarik konsep pajak-beli-pajak ni. nampak simple …tapi tak pasti berkenaan hidden cost yg kita kena tanggung…nak masuk bulan 6 2010 ni..dan mmg harga emas terus menaik..mcm mana bayaran bulan kat ar-rahnu nnti ye?

    27 May 10 at 5:53 pm #
  23. Sue;
    tempoh utk tebus balik maximum 6 bulan. tapi kalau still tak dapat tebus, boleh datang je kat ar-rahnu tersebut dan renew kontrak lagi 6 bulan. Yg penting kene bayar upah simpan bulan2 tu kat ar-rahnu.

    Hza dan egold;
    sy dah terang dgn jelas ttg perkara tu dalam artikel di atas. Sy dah bagitau, jangan guna duit yg anda dapat selepas pajak emas2 tu utk beli benda2 lain. Make sure beli jongkong emas balik dan simpan. Bila harga emas naik nanti baru jual step by step.

    Yg paling penting ialah beli harga rendah, jual harga tinggi.

    rahah;
    takde hidden cost. hanya upah simpan dan jumlah wang yg kita pinjam tu je. Upah simpan tu, kene pandai cari jalan utk bayar. Kalau rasa risky, baik jangan guna teknik pajak-beli-pajak ni.

    18 Jun 10 at 7:17 pm #
  24. egold

    saya saja nk test jwpn dari Alif tu,teknik pajak beli pajak memang lah bagus,apa yg perlu kena kuat disiplin dan ada sikit lebihan wang untuk standby.Dgn 10gm pon dh blh guna teknik ini.Org perempuan yg dah menopos,elok gunateknik ini untuk tambahkan emas, bagi pada anak2 atau cucu setiap ulang tahun kelahiran mereka.

    18 Jun 10 at 8:36 pm #
  25. advice saya jangan amalkan..teknik..nie..pada..kawan-kawan yg tak mampu..kesian..kawan-kawan..
    teknik..nie totally salah..

    13 Jul 10 at 11:47 pm #
  26. satu..lagi..ape-ape..pon bagus..emas..adalah asset tapi..approch tu..n teknik.. pajak ni..
    put u on trouble.. “Jangan kamu campakan diri dalam kebinasaan” free time lawat saya nya blog http://www.dinarkedah.blogspot.com ….sya boleh diskaun kawan-kawan yg truely nak berniaga. or call me 013-4250872. Hopeful boleh mendatangkan some input untuk kawan-kawan mencari arah sebenar.

    13 Jul 10 at 11:52 pm #
  27. sesapa yang rasa teknik pajak ni salah atau tak reti nak buat…jangan lah amalkan.

    sesapa yang rasa Omar Kulim punye cara lagi baik, ikut la nasihat dia.

    14 Jul 10 at 2:02 pm #
  28. za-mo

    salam & salam kenal… sy ada modal kecik tengah pikir nak rolling wat untung, Ada rm19k, tu pon wat personal loan rm514×60 bulan(keje swasta). mintak idea rakan2 yerk, bab emas ni best tp sy x tau cara, nanti sy bace habis2.

    15 Jul 10 at 11:33 am #
  29. Pelajari teknik2 dan tips2 emas. Jumpa saudara Alif sendiri untuk belajar tentang emas http://blog.aidan.com.my/2011/01/aidan-seminar-1-dan-2/

    03 Jan 11 at 10:57 am #
  30. BAGUS PELABURAN EMAS NI..SAPE2 YANG MINAT BERNIAGA BOLEH KLIK SAYA..TQ

    10 Jan 11 at 10:32 pm #
  31. zorro

    saya sokong 100% kaedah en alif..sangat bagus,..at least minda saya terbuka untuk jana kewangan dgn cara terbaik..kepada sesape yg x suka kaedah ni boleh jalan da..kita bukan menipu sesape pun..

    14 Jan 11 at 11:06 pm #
  32. khanisar

    ada bnyk sgt jenis gold? gold mana yg murah tp diterima d agro? public, GCP dan dualogammerlimau mana satu best yek

    01 Feb 11 at 4:09 pm #
  33. Ok Tq ttn pembelian n pajakan , bagaimana nak jual kepada siapa harus saya jual emas2 tersebut.
    Tq
    yang sangat berminat

    05 Feb 11 at 8:03 pm #
  34. zaki

    salam..saya pada awalnya bermint jugak tp setelah meneliti pasaran dan kenaiakan emas rasa mcm rugi plk..

    contoh…emas 20gm rm2800…
    kemudianpajak pada arrahnu,upah simpan yang dikenakan oleh arrahnu ialah rm110 selama 6bln…

    Kalu tgk pada emas dunia,emas naik sikit je,kdg2 dlm 6 bln dari rm2800 menjadi rm2830 saja,but yet kite kena byr upah simpan yang jauh lg mahal dari keuntungan yang kita dapat…

    16 Feb 11 at 11:59 pm #
  35. Teknik ini adalah panduan semata-mata berdasarkan pengalaman saya. Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza bergantung kepada entry point anda, keadaan harga pasaran emas, tempoh masa anda
    membuat teknik ini, exit point dan pengalaman anda sendiri.

    21 Mar 11 at 3:39 pm #
  36. hani

    en alif, saya suka bila baca ttg teknik emas dgn ar rahnu ni…berminat nak cuba..tapi boleh ke beli 5 jongkong emas je dulu, kemudian pajak kan pd ar rahnu..buat pinjaman dgn ar rahnu, tebus, beli emas lg, pajak…seterusnya…sila terangkan di email saya.

    24 Mar 11 at 10:32 am #
  37. helmi

    salam, boleh ajar sya dgn lebih detail, thanks..
    p/s:reply at my email

    01 Apr 11 at 3:57 pm #
  38. romzi abu bakar

    nak tahu lebih dari awalnya bro..

    05 May 11 at 5:35 pm #
  39. yatie

    salam, sgt berminat. boleh terangkan kepada sy cara dan bagaimana keuntungan itu diperolehi daripada pajak gadai emas yg berterusan,tq

    18 Jun 11 at 11:17 am #
  40. ISKANDAR

    Salam, Saya kurang faham, encik tidak galakkan membuat pelaburan dalam AKAUN PELABURAN EMAS.. Bagaimana dengan pelaburan emas 1 .Maybank : Gold Saving Passbook Account (GPSA ) 2. PUBLIC BANK : Gold Investment Account (GIA). Harap dapat encik bantu saya . Terima kasih .

    23 Jul 11 at 9:41 am #
  41. ISKANDAR

    Harap encik Alif dapat hantar ke emel saya .Terima kasih

    23 Jul 11 at 9:43 am #
  42. Nazirah Ahmad

    Saya berminat untuk belajar tentang teknik pelaburan emas especially kaedah Pajak Beli Pajak ni. Saya ada sedikit tunai dan sedang mencari instrumen pelaburan yg terbaik untuk jangka pendek dan panjang. Mohon jasa baik E

    07 Sep 11 at 1:59 pm #
  43. emas jutawan

    dapatkan ebook Teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas sekarang!

    Ebook ini dijual rm80.tapi saya jual rm30 sahaja.

    Siapakah yang patut membeli e-book ini?

    E-book ini patut dibeli oleh:

    1. Mereka yang ingin mengetahui keistimewaan emas
    2. Mereka yang inginkan panduan bagaimana memilih emas pelaburan terbaik
    3. Mereka yang ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan dengan emas
    4. Mereka yang ingin mengetahui bagaimana menjadikan emas sebagai perniagaan
    5. Mereka yang ingin menjadi pelabur emas yang bijak
    6. Mereka yang inginkan mendapat bimbingan daripada pakar emas
    Apakah rahsia pelaburan emas yang pertama?

    Rahsia pelaburan emas yang pertama ialah:

    Anda perlu mendapat ilmu yang betul berkenaan pelaburan emas. Emas/kekayaan akan datang pada orang yang berilmu.

    Sebaliknya emas/kekayaan hilang daripada orang yang tiada ilmu.

    Jadi, membaca e-book ini merupakan jalan pantas mendapat ilmu yang betul mengenai pelaburan emas.
    Kesimpulannya.

    1. Langkah pertama anda di dalam pelaburan emas akan menjadi lebih mudah dengan
    membaca e-book ini. Ia dijamin membantu anda.

    2. Kemudian anda perlu praktikkan segala ilmu yang ada di dalam e-book ini.

    3. Kemudian anda sentiasa perlu menambah ilmu di dada. Kerana semakin banyak
    ilmu anda… semakin hebat diri anda.

    selamat menimba ilmu emas-0123657660

    12 Sep 11 at 11:18 pm #
  44. alang hashim

    Saya ada sedikit simpanan dan ingin menambah dengan cara membeli emas dimanakah saya perlu berurusan dan bagaimanakah pulangannya

    Sekain Wassallam

    13 Sep 11 at 8:15 am #
  45. zuwairi

    Untuk mencapai Financial Freedom, kita mesti ada 4 perkara. Email saya & saya akan terangkan juga Teknik Pajak Cara Sistematik http://WangRezeki.com

    20 Sep 11 at 11:24 pm #
  46. Kak Ai

    Assalam..kalau kita dah banyak g rempit kat Arrahnu… bila lak nak tebus emas tu… dan sekarang nampak gayenya rega emas dah turun.. lak..

    29 Sep 11 at 12:08 pm #
  47. zaki

    salam…nak belajar tentang nak jadi macam ni boleh bro?

    03 Oct 11 at 2:51 pm #
  48. yuz

    as’kum..saya br berjinak2 ngn emas…saya ada membeli emas dlm bentuk dinar dan jongkong dr PG..
    saya nk try teknik beli pajak beli …tp masalahnye dimanakah tempt yg boleh saya buat pajakan sbb kebnykan bank2 dah x terima emas jongkong ngn dinar …kalo nk g kedai pajak biasa…selamat kah?..harap encik boleh memberi pandangan utk saya …

    24 Oct 11 at 3:21 pm #
  49. Irz

    As salam,nak bertanya tentu ada bayaran bulanan tak yang perlu di bayar kepada bank untuk tempoh 6 bulan itu, jadi sumber dari mana??

    01 Dec 11 at 6:47 pm #
  50. Irz

    As salam,apakah proses berulang itu kita buat?

    01 Dec 11 at 6:49 pm #
  51. Dwen Rasid

    Saya nak tanya… mcm mana nak buat dengan ar-rahnu ni… kena bukak akaun ar-rahnu ke?

    lagi satu… mcm mana nak bayar balik pinjaman yang kita dapat.. sbb setahu saya… tempoh bayaran balik dalam masa 6 bulan sahaja… atau mcm mana nak tebus balik emas2 kita?

    16 Dec 11 at 12:06 am #
  52. Dwen Rasid

    So kalau 6bulan x habis bayar… adakah boleh renew berulang kali kontraknya?

    16 Dec 11 at 12:24 am #
  53. emas jutawan

    ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – Teknik-teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas Dibongkarkan.

    semua persoalan anda akan terjawab melalui ebook ni.rm30 shj-sms 0123657660

    20 Dec 11 at 10:44 pm #
  54. menarik cara melabur emas alif, tapi macam memerlukan modal yang besar je.

    29 Jan 12 at 10:30 pm #
  55. arep tasik tambahan

    beli 2k dalam masa 6 bulan bole jual 3k?
    comfirm ke harga emas bole naik mcm tu. kalau x naik2 mcm2? buatnya br lepas raya cina kongsi raya aidilfitri lagi. dah, mcm mana nak setel upah simpan dgn pinjaman kat ar-rahnu tu? explain pls…

    31 Jan 12 at 12:40 pm #
  56. emas jutawan

    Kalo korong suma masih tak tahu cara nak manipulasi emas cara arrahnu,dapatkan la ebook yang saya jual ni.ditulis oleh sifu jutawanemas.com.

    alif dh ada sekilo emas guna cara ni..

    korang bila lagi?

    01 Feb 12 at 11:25 pm #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.