Assalamualaikum wbt,
Semalam (16/1/10), saya telah menghadiri satu seminar bersama Azizi Ali selama 1/2 hari yang bertajuk “The Gold Rush Mini Workshop“.
Kepada sesiapa yang tidak mengenali Azizi Ali, beliau merupakan seorang financial speaker, penulis dan trainer. Beliau telah menulis lebih daripada 30 buku berkaitan pengurusan kewangan. Antara buku2 nya adalah seperti Millionaires are from Different Planet, The Millionaire in Me dan Jutawan dari Planet Jupiter. Buku terbaru beliau adalah Get Rich Faster.
Beliau juga berpengalaman mengadakan workshop berkaitan pengurusan kewangan di Suruhanjaya Sekuriti, Kementerian Kewangan, KWSP, IRB, Malaysia Airlines, AIA, Takaful Nasional, Public Mutual, AM Assurance, Prudential Assurance, Danaharta, PNB, Maxis, UIA, Brunei, Singapore dan juga Thailand.
Selain itu, beliau pernah menulis pelbagai artikel di New Straits Times, Personal Money dan Smart Investor. Sekarang, beliau begitu dikenali sebagai penulis terkenal di majalah Malaysian Business.
Keluar TV? Memang dah banyak kali la. Beliau juga mempunyai MBA daripada University of Bath, UK dan merupakan seorang Chartered Financial Consultant (ChFC) yang diperolehinya daripada American College.
Walaupun saya ni memang dah banyak buat homework berkaitan emas, namun seminar ini memang sangat bermanfaat bagi saya, terutamanya setelah mendengar penerangan beliau mengenai beberapa perkara seperti;
1) Gold ETF (Sila baca: What is Gold ETF)
2) Futures and Options berkaitan emas (sila baca: What is Futures Contract) - orang yang invent benda derivatives ni memang gila. Jangan nak cuba-cuba invest. Warren Buffet sendiri pun kata ini adalah weapons of mass destruction. Tun Mahathir sendiri pun pernah bagitau kat Presiden Obama tentang perkara ni. Sila baca point no. 7 di artikel ini “An Open Letter to Obama“.
3) GoldMoney (www.goldmoney.com) - sangat menarik. Dalam ramai yang dok sibuk memperjuangkan aplikasi penggunaan wang dinar dan dirham dalam kehidupan harian, rupa-rupanya mereka ni dah advance. Kita sekarang dah boleh beli barang dengan membuat bayaran menggunakan emas! Cuba anda baca sini untuk maklumat lanjut (klik sini). Namun, bagi orang Islam, jangan terburu-buru kerana ada beberapa point yang saya nampak ianya tidak patuh kepada syariat Islam. Begitu juga dengan Gold ETF dan Derivatives. Kita kene rujuk ustaz2 yang faqih dengan fiqh muamalat dulu ye. Jangan main semberono je. Bab selamat atau tidak pun satu point lagi yang kene consider. Biasanya, kalau tak patuh syariat, memang ada banyak lubang untuk berlaku kerugian atau penipuan.
4) Why Must Buy Gold Now - ini dirungkaikan dengan hal-hal berkaitan collapse of the dollar, China, lack of alternatives, high demand low supply, distrust in the financial system, US debt as % of GDP, US trade deficit as % of GDP, annual gold production versus demand, hedge against hyper inflation (please notice the word ‘hyper‘. It is hyper inflation, not just some normal inflation), The Bretton Woods Agreement dan lain2 lagi.
Hehe…yakinlah…SEKARANG ni juga anda mesti beli emas fizikal (bukan skim pelaburan emas ye). Sekarang harga emas tengah turun dan stabil. Sket time lagi …insyaAllah …naik …naik …dan naik. Kalau tak naik pun, dalam keadaan ekonomi baik atau buruk, memiliki emas tetap menguntungkan.
Secara keseluruhannya, saya memang berpuas hati dengan segala pengetahuan yang saya dapat. Malah, saya dapat bina networking dengan orang2 yang boleh dikatakan serious tentang emas. We should build our network with serious people!
Kini, saya makin bersemangat untuk terus mendalami pengetahuan berkaitan emas.
Oh ye, terlupa pulak. Petang semalam, lepas selesai seminar bersama Azizi Ali, saya pergi pula seminar Public Gold yang bertajuk Krisis Kewangan dan Peranan Emas. Time saya datang memang dah nak habis dah seminar tu. Walau bagaimanapun, saya masih gembira kerana dapat berjumpa few speakers, para peserta dan rakan2 yang aktif dengan emas ni. Tengok2 la gambar yang saya dapat ambil sewaktu kedua-dua seminar tersebut.

Saya bersama En Syukor dan Pokli
Tunggu artikel2 saya yang seterusnya ye…
P/S: Hubungi saya (klik sini) untuk apa2 berkaitan emas.
***************************************************
Entri Terdahulu
***************************************************
Emas : Satu Permulaan
Emas: Tulen atau Palsu
Emas: Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal
Emas: Anda Tidak Akan Kaya Dengan Memiliki Emas
***************************************************
Entri-entri Di Masa Hadapan
***************************************************
Emas: Jongkong Emas, Dinar Emas ATAU Barang Kemas
Emas: Perbandingan Produk
Emas: Bagaimana Untuk ‘Diversify‘ Pelaburan Anda Dengan Betul
Emas: Cara Nak Dapat Duit Untuk Beli Emas Fizikal
Emas: Hukum hakam Di Dalam Islam Berkaitan Emas
Emas: Skim Pelaburan Emas Sampah
dan lain2 lagi…










Jumpa lagi gamba Alif kat sini.
24 May 10 at 12:22 pm #Hi Prinze! hehe…
18 Jun 10 at 7:19 pm #