• M. Alif Nordin

      Managing Director
    • January 12, 2010 in General

    Emas: Anda Tidak Akan Kaya Dengan Memiliki Emas

    ____________________________________________________________________

    discount levitra online us

    Dapatkan lebih banyak tips-tips menarik berkaitan emas dan perak di PelaburSilver.com.
    ____________________________________________________________________

    Assalamualaikum wbt,

    Cuba renungkan kata-kata Robert T. Kiyosaki ini,

    Ultimately, it is not gold, stocks, real estate, hard work or money that makes you rich. It is what you know about gold, stocks, real estate, hard work and money that makes you rich.”

    Ramai yang tahu, terdapat pelbagai peluang pelaburan di luar sana. Namun begitu, tak perlu lah kita nak kata, “Pelaburan emas lebih baik berbanding pelaburan yang lain“. Dan tak perlu juga geng-geng rumah lelong kata,”Pelaburan rumah lelong jauh lebih baik daripada emas dan lain2“. Isu utama bukanlah pada apa yang kita laburkan tetapi isu utama ialah untuk melabur dengan bijak ke atas apa yang kita yakin, minat dan menjadi seorang yang benar2 mahir tentang pelaburan tersebut. Dan of course, pelaburan tersebut mesti patuh pada syariat Islam la.

    Kalau kita cakap, “Pelaburan emas adalah pelaburan yang terbaik“, maka berduyun-duyun geng2 yang minat dan yakin dengan pelaburan rumah lelong akan list kan keburukan melabur dalam emas. Kemudian, geng2 emas ‘serang’ balik dengan highlight seribu-satu keburukan dan kesusahan yang perlu di hadapai jika melabur dalam rumah lelong. Dan seterusnya…the chain reaction doesn’t stop.

    Sedangkan, setiap orang mempunyai pengetahuan, minat dan circimstances hidup yang berbeza-beza. Maka sudah pasti pilihan yang di buat oleh mereka juga berbeza-beza. Susah atau pening kepala macam mana pun, kalau dah minat dan ada kemampuan serta pengetahuan, memang seseorang itu akan tetap terus dengan pelaburan tersebut sehinggalah matlamat mereka tercapai.

    Dan…

    …semua orang tahu bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri. Dengan melabur, ada orang yang rugi, ada orang yang untung. Ada juga yang untung besar selama berpuluh-puluh tahun dalam membuat pelaburan (i.e. Warren Buffet) dan ada juga sebaliknya.

    Namun, kenapa Warren Buffet dapat jadi orang yang terkaya di dunia dengan hanya melabur? Adakah dia jadi kaya-kaya dengan semata-mata melabur dalam ASB dan mutual funds alike; the glorified “low risk-high yield” diversified portfolio investment?

    Ramai juga yang risau dan tanya pasal gold bubble. Bagi saya, yang patut kita tanya ialah bagaimana pelabur2 yang berjaya menghadapi bubble phenomena ni?

    Ada yang berfikir, “Jangan melabur kat emas lah sebab Warren buffet jadi kaya-raya sebab melabur dalam saham. Jom main saham je. Yang lain tak payah main“. Dah tu…Bill Gates, Donald Trump, Steve Job, Forbes dan lain2 jadi kaya raya sebab buat sebijik macam Warren Buffet ke? Nasib takde yang kata, “Jangan melabur kat apa2 pun. Kita buat software je sebab Bill Gates jadi orang terkaya di dunia dengan buat bisnes software. Benda lain tak yah buat. Gerenti tak kaya“. Wah! Orang lain yang kaya raya sebab buat benda lain daripada Bill Gates tu jadi kaya macam mana? Kongsi gelap? Diorang ada kilang cop duit? Adoii…itu semua adalah perbandingan yang tidak betul dalam menentukan pelaburan mana yang lebih baik.

    Seperkara lagi ialah, ramai yang anggap orang2 kaya menjadi kaya-raya kerana mereka memang dilahirkan dalam keluarga kaya. Ramai yang beranggapan orang2 kaya dapat menjadi kaya-raya kerana mereka memang sudah kaya, maka mudah lah mereka nak melabur, buat bisnes itu dan ini untuk menjadikan mereka lebih kaya lagi. Kalau anda berfikiran seperti ini, percayalah..anda silap. Sebenarnya, mereka juga start from scratch, seperti saya dan anda.

    Dan ingat ye, saya tulis ‘kaya-raya’ atau ‘filthy rich’. Itu berbeza dengan ‘kaya’. Bagi saya, kalau duit baru berpuluh juta, itu baru tahap ‘kaya’. Belum lagi tahap ‘kaya-raya’ atau ‘filthy rich’.

    Selain itu, ramai yang refer kat saya pelbagai artikel dan maklumat berkenaan negativity dalam melabur dalam emas. Niat mereka baik. Mereka minta saya jelaskan dengan lebih lanjut. Saya suka orang sebegini dan bagi saya, orang sebegini ada potensi untuk menjadi kaya-raya melalui pelaburan kerana sikap mereka yang bijak.

    Kenapa saya cakap macam tu?

    Jawapannya ialah, mereka educate diri mereka sendiri tentang pelaburan yang mereka minati. Mereka educate diri mereka dengan bertanya pada orang yang lebih tahu, membaca buku dan artikel2, dan sebagainya.

    Mereka calculate risiko yang perlu di hadapi, mereka lihat kemampuan mereka dan mereka letak matlamat dalam membuat pelaburan. Dan yang terlebih penting ialah, mereka bertindak. Bukan setakat fikir dan tengok dulu, fikir dan tengok dulu, fikir dan tengok dulu…sampai ke tua.

    Inilah rata-rata perbezaan kita dengan orang2 seperti Warren Buffet, Donald Trump dan Robert Kiyosaki. Mereka fokus dan educate diri mereka setiap hari ke atas pelaburan yang mereka minat sehingga mereka menjadi sangat bagus dalam apa yang mereka lakukan.

    Mentor saya dalam industri emas ni yang saya kenal sejak belajar di MMU lagi, En Syukor Hashim… pernah bagitau kat saya lebih kurang macam ni, “Alif, awak spend RM1000++ dan pergi beli SEMUA buku2 berkaitan emas yang dijual di amazon.com. Kalau kita tahu apa yang kita buat, orang tanya

    la apa pun, insyaAllah kita boleh jawab“. Pastu, sambil membenarkan apa yang dia kata, saya gelak dan jawab balik, “Minggu lepas baru je saya beli 3 buku kat Kinokuniya KLCC. Itu pun tak habis baca lagi“. En Syukor jawab selambe je, “Kalau ada niat nak baca, awak akan baca. Kalau takde niat nak baca, memang tak baca lah“. Hehehe…kene sebijik Alip! :P (Tak lama lepas tu, saya pun terus beli 2 buah buku lagi berkenaan emas di amazon.com. Banyak lagi nak beli nanti nih).

    Memang itupun yang dibuat oleh orang2 kaya. Mereka banyak membaca bahan bacaan yang berkualiti. Mereka buat networking dengan orang2 yang serious untuk berjaya. Kebanyakkan mereka mempunyai mentor dalam bidang yang berkaitan dan mereka juga selalu menghadiri seminar2 yang bagus2 untuk selalu check and balance akan progress mereka.

    Dengan kata lain, mereka ni kaya bukan sebab mereka ada emas, saham dan sebagainya tapi mereka kaya kerana mereka berpengetahuan dan berkemahiran dalam apa yang mereka lakukan berkaitan emas, saham dan lain2.

    ********** PENGUMUMAN PENTING ***********
    Melaburlah pada Silver (Perak) DAN Emas. Untuk mengetahui teknik pelaburan silver dan emas yang LEBIH HEBAT DAN SELAMAT daripada teknik ‘pajak-beli-pajak’, sila layari artikel ini: Strategi Pelaburan Emas dan Silver.
    ********** PENGUMUMAN PENTING ***********

    Haaa…terlanjur type perkataan ‘seminar’ ni, baru la teringat leteran orang2 Public Gold kepada saya untuk mengajak anda semua hadir ke seminar yang bertajuk “KRISIS KEWANGAN DAN PERANAN EMAS”.

    Antara pakar-pakar yang akan hadir memberikan ceramah di dalam seminar ini pada 16 Januari 2010 (Sabtu ni) nanti adalah:

    dato_salleh
    YBhg. Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid (
    http://www.sallehmajid.com/)
    Bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur
    (sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia)
    Tajuk: Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan

    dr_kameel
    Prof Dr Ahamed Kameel Mydin Meera
    Faculti Ekonomi dan Sains Pengurusan
    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
    Tajuk: Ekonomi Dunia 2010 Dan Emas

    louis_ng
    Louis Ng.
    Pengerusi Eksekutif,
    Public Fine Gold International Sdn Bhd
    Tajuk: Kenapa Anda Patut Memiliki Emas Fizikal?

    nik_mahani
    Nik Mahani Mohamed
    Pengarah Eksekutif,
    Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
    Tajuk : Emas Dinar Kelantan Sebagai Alternatif Di Abad Ini

    syukor
    Syukor Hashim
    Admin www.jutawanemas.com
    Blog yang menyingkap kepentingan emas dan cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
    Tajuk: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas


    Sekiranya anda berminat menyertai seminar ini, anda kena lakukan steps di bawah:

    1. Bank-in yuran pendaftaran RM50 ke dalam salah satu akaun berikut:

    1. Maybank: 112241078259
    2. CIMB: 12240001214201

    2. E-mailkan bukti pembayaran kepada saya di alif(at)aidanemas.com (gantikan (at) dengan @). Sertakan nama penuh, nombor telefon/email anda.

    3. Selepas menerima bukti pembayaran, saya akan berikan pengesahan pendaftaran anda.

    4. Selesai. (InsyaAllah kita jumpa time seminar nanti. Cuma saya boleh datang lepas lunch je sebab pagi tu saya ada seminar berkaitan emas dengan Azizi Ali. Then lepas tu ada kenduri kahwin la pulak. Hehe…)

    Jemput la hadir ke seminar ni kalau anda berminat untuk mengetahui mengenai situasi ekonomi dunia dan peranan emas. Bayaran RM50 (termasuk makan tengah hari) ni memang sangat murah jika dibandingkan dengan jumlah pengetahuan yang anda akan perolehi. Berbaloi-baloi…

    Oh ye, venue seminar tersebut adalah di:

    Dewan Melawati
    Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
    Jalan SS 6/1,
    Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
    Masa : 8.30 page hingga 4.30 petang

    Jangan lupa tarikh nya ye…16 January 2010…Sabtu ni…bukan Sabtu depan… :D

    Jom seminar!

    ____________________________________________________________________

    Dapatkan lebih banyak tips-tips menarik berkaitan emas dan perak di PelaburSilver.com.
    ____________________________________________________________________

    ***************************************************
    Entri Berkaitan
    ***************************************************
    Emas : Satu Permulaan
    Emas: Tulen atau Palsu
    Emas: Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal
    Emas: Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Emas?
    Emas: Sepagi Bersama Azizi

    Ali

    ***************************************************
    Entri-entri Di Masa Hadapan
    ***************************************************
    Emas: Jongkong Emas, Dinar Emas ATAU Barang Kemas
    Emas: Perbandingan Produk
    Emas: Bagaimana Untuk ‘Diversify‘ Pelaburan Anda Dengan Betul
    Emas: Cara Nak Dapat Duit Untuk Beli Emas Fizikal
    Emas: Hukum hakam Di Dalam Islam Berkaitan Emas
    Emas: Skim Pelaburan Emas Sampah

    dan lain2 lagi…

    SEMINAR KRISIS KEWANGAN DAN PERANAN EMAS

    Comments

      • nmn

      • January 12, 2010 at 12:07 pm
      • Reply

      suka nak kidnap quote ni:

      “Kalau kita tahu apa yang kita buat, orang tanya la apa pun, insyaAllah kita boleh jawab.”

      –> ok, kena start buka balik buku2 medic *cough* yg dh berhabuk ni…*cough*

      all in all, ‘leteran’ yg releven utk semua bidang… *peace n thumbs up*



    • sila2… nak kidnap saya skali pun boleh. ;) Boleh kidnap for your lifetime. tapi kene tunggu sket time lagi la. Baru sy http://www.available.org.my

      hehehe…


      • dian

      • January 13, 2010 at 12:34 am
      • Reply

      ala…cutenye korg



    • Tak boleh kaya ke dengan emas? Jumpa saudara Alif sendiri untuk belajar tentang emas http://blog.aidan.com.my/2011/01/aidan-seminar-1-dan-2/


      • bodolahman

      • December 24, 2011 at 11:35 pm
      • Reply

      betul, setiap orang ada kepakaran sendiri mencari rezeki… keupayaan kita terbatas, kemampuan juga terbatas..

      bagi yang tahu selok belok babi, dia tahu camana nak meniaga babi dan ianya mendatangkan keuntungan.

      bagi yang tahu soal lendir, dia tahu camana lendir boleh buat duit.

      gua sudah lama meniaga emas, sekitar 10 tahun dan telah membuka kedai sejak 5 tahun lepas..
      betul…susah member2 gua berbangsa cina dan india nak beli emas sbb bisnes dia orang sendiri
      memang umpama emas kerana ianya lebih menguntungkan berbanding emas.. jual beli barang2 kedai
      lebih menguntungkan berbanding berniaga pasif dengan emas yang mana sukar nak cari pelanggan
      membelinya.. kenapa kalut nak beli emas? beli emas membuatkan mereka hilang atau putus modal
      nak menguruskan perniagaan kemudian hari saja..

      janganlah mudah percaya dengan perniagaan menjadikan kaya dengan hanya iklankan cara2 berniaga
      di internet.. kalau betul2 membuatkan ia kaya, si hamba kekayaan itu tidak akan mempunyai masa
      untuk berblog dan menjadi satu kerja bodoh mengiklankan lubang kekayaan kepada orang lain..

      carilah mana2 billionaire yang mengiklankan cara dia berniaga? kemudian secara bodoh bangang menjadi mentor
      untuk para pengikutnya meniru apa yang dilakukannya supaya menjadi kaya raya…jika ada, gua akan bunuh diri
      setelah anda dapat membuktikannya.. jika buat iklan pun, hanyalah untuk mengambil peluang keatas
      kelemahan bakal mangsa sahaja..apa boleh dimanipulaskan, dia akan pulas punyer..


      • mukaram bin m.jamin

      • May 8, 2013 at 2:23 pm
      • Reply

      sekarang harga emas jatuh kaw2 teruk giler2 since last year camne nk jual emas in hand dgn harga yg terbaik? harga skrg lbh teruk dan lebh rendah dari harga bberapa bulan lepas.. sesiapa yg guna teknik beli-pajak-beli conform tercekik hilang puncah camne nk tebus emas dlm arrahnu. sebab kalu jual emas dlm tangan pun harga terlalu rendah



    Leave a Reply