Dalam Islam sendiri setiap sesuatu yg kita sampaikan perlu kita mula2 sendiri amalkan.

Saya sangat terkesan dengan budaya penjagaan alam sekitar semasa lima tahun tinggal di Germany.

Saya masih mengamalkan

1. Mengoyakkan kertas dan kotak utk dibuang menjadi kecil2 spya lebih byk kertas dapat dimasukkan ke dalam satu plastik sampah
2. Memijak2 dan mengkemekkan botol PET, plastik dan tin aluminium spya plastik dapat mengisi lebih byk botol dan tin
3. Saya masih gemar menulis pada helaian belakang kertas A4 terpakai daripada mengambil helaian baru adlam laci/kotak
4. Saya akan klik pada Print Properties utk mencetak dokumen tidak penting dalam resolusi rendah agar penggunaan dakwat dapat dijimatkan dan tempoh percetakan dapat dipendekkan dan eletrik dapat dijimatkan


5. Saya masih rajin mengasingkan sampah2 di pejabat dan dirumah. Anak2 saya juga rajin menolong saya mengasingkan botol plastik,tin,tin aluminium dan kertas utk dikitar semula. Dulu saya rajin ke pusat kitar semula dan duit yg saya dapat akan masukkan duit kitar semula ke dalam tabung mereka.Saya tidak segan membawa “sampah” penuh dalam bonet kereta utk ditukarkan kpd wang. Tapi kini memandangkan jadual harian saya makin padat, saya longgokkan sampah2 kitar semula di satu sudut dalam bilik sampah apartment saya utk cleaner sendiri menukarkan sampah tersebut kpd wang di pusat2 kitar semula. Saya niatkan sedekah kerja mengasingkan sampah2 itu dapatlah mereka tukarkan kepada sedikit wang agar duit tersebut dapatlah mereka guna utk menampung sedikit sebyk perbelanjaan harian.
6. Saya akan pastikan lampu terpadam apabila matahari sudah cukup memberi cahaya ke dalam rumah
7. Saya panggil saudara2 Islam yg berasal dari Myanmar yg kerjanya mengutip barang2 terpakai utk clearkan sampah2 kitar semula di ofis. Bila kerja mereka selesai, saya minta mereka doakan saya kebaikan dunia akhirat. Saya selalu nampak mereka solat di masjid. Dan ini tandanya mereka menjaga keperluan agama mereka. Mengapa tidak saya bantu orang yg menjaga agama walau di mana mereka berada.  Kalau anda ingin membantu call no tel ni dan berikan mereka barang2 kitar semula anda utk mereka tukarkan kepada sedikit wang. 016 3073148 Husin nama dia. Atau Salim Myanmar 016 6275827
8. Kerana di Malaysia saya rasa tong sampah susah nak jumpa, saya juga masih mengamalkan mengumpulkan kulit gula2, tisu dalam poket sebelum terjumpa tong sampah utk dibuang. Sampai kadang2 terlupa nak buang habis hancur masuk dalam mesin basuh.
9. Saya juga rajin membawa bekal makanan ke pejabat. Walaupun saya seorang bos, saya tidak segan makan dalam bekal yg dibekalkan oleh isteri saya yg rajin memasak dgn niat utk menyukakan hati suaminya dan sama2 menjaga alam sekitar!

Allah sukakan angka yang GANJIL. Jadi saya rasa 9 langkah ini juga anda mampu melakukannya utk kesihatan alam sekitar kita. Semoga Allah mengganjari kita terhadap kerja baik kita dengan tidak melakukan kerosakan di muka bumi

This post has 4 comments. Add your own.

  1. Good! hehe :)

    27 Jan 10 at 6:04 pm #
  2. Salam sdr,
    Tindakan yang baik, tapi ada lagi pencemaran lain yang lebih berbahaya seperti sisa dari bakaran petrol oleh kederaan dijalan raya. Sisa buangan daripada rumah yang disalirkan melaui sinki dan tandas dan juga ssia bakaran daripada perokok. Bagaimanapun tahniah untuk saudara kerana telah memulakan langkah yang baik.

    30 Jan 10 at 9:59 pm #
  3. M Ali : Saya setuju. Cuma saya belum cukup ongkos utk menggunakan NGV. Utk sisa rumah, penduduk Malaysia perlu diajar utk mengasingkan sampah2 bio spt sisa makanan dan buang ke dlm tong sampah asing yg perlu disediakan oleh GOMEN.

    17 Feb 10 at 3:28 pm #
  4. embun

    manusia mmg salu kena diingatkn…so kalau cara 2 dpt disebarkn secara meluas insyALLAH dpt membantu kot…=)

    21 Feb 10 at 9:25 am #

Post a comment