Minggu lepas saya tengok filem Avatar.
Ceritanya panjang, hampir 3 jam. Grafik sangat cantik, lakonan biasa, jalan cerita typical, sinematografi virtual lawa. Cerita ni sentuh isu-isu yang universal - persahabatan, penindasan, perkauman, peperangan, pemusnahan alam.
Bagi saya, dari segi entertainment value, cerita ni biasa saja. Takde la sampai nak tengok beberapa kali. Lagipun, makhluk berkulit biru bukanlah ciri-ciri yang patut ada pada seorang heroin filem hehe. Tapi dengan grafiknya yang sungguh luar biasa, filem ni memang satu kejayaan besar bagi industri perfileman, terutama dalam teknologi CGI.
Tak sangka, filem Avatar ni berjaya dapat kutipan yang sangat-sangat tinggi. Dalam masa 3 minggu saja, filem ni dah berjaya kutip lebih US$ 1 billion. Sekarang, Avatar dah jadi filem dengan kutipan kedua tertinggi dalam sejarah (Filem yang paling laku dalam sejarah ialah Titanic, yang jugak diarahkan oleh pengarah yang sama, James Cameron, pada tahun 1997). So, Avatar ni mungkin ada peluang nak kalahkan Titanic - kita tunggu dah lihat.
Rupanya James Cameron nak buat filem Avatar ni sejak 1994 (sebelum Titanic lagi), tapi asyik kena tangguh sebab teknologi belum cukup maju lagi untuk realisasikan cerita ni. Sebahagian besar bajet filem ni pun dihabiskan untuk develop dan guna teknologi-teknologi baru.
Patut la pelakon-pelakon Avatar picisan saja, tak cukup bajet rupanya. (Pelakon utama yang jadi hero dalam Avatar tu bukan seorang yang popular. Sebelum dapat berlakon Avatar, pelakon tu takde duit, terpaksa tinggal dalam kereta saja.)
Kekuatan filem tak semestinya pada pelakon-pelakon popular saja. Tapi di Malaysia, pengarah-pengarah seperti Razak Mohaideen dan Yusuf Haslam suka sangat ambil penyanyi-penyanyi popular (bukan pelakon) dan peserta-peserta Akademi Fantasi untuk berlakon. Manalah pergi semua graduan fakulti perfoming arts dan lakonan dari universiti-universiti kat Malaysia ni?
1. Slow and Steady
Walaupun filem Avatar ni sangat laku, tapi kutipan filem ini pada Opening Day takla tinggi sangat.
Ada lagi filem-filem lain yang dapat kutipan jauh lebih tinggi berbanding Avatar pada Opening Day. Filem-filem yang mendapat kutipan tinggi pada Opening Day selalunya dah ada prajenama yang kuat (macam Spiderman, X-Men, Star Wars, Transformers, Batman, Harry Potter) atau pemasaran yang meletup-letup (macam Titanic, Pearl Harbor).
Maknanya, Avatar tak bergantung kepada pemasaran tradisional semata-mata. Penonton yang sebenarnya tolong promosikan filem ni. Orang pergi tengok, rasa puas hati, lepas tu cerita kat orang lain pulak. Jadi buah mulut orang, tersebar melalui word of mouth.
Contoh-contoh filem lain yg box-office dengan marketing yang kurang adalah seperti filem Matrix dan Back to the Future. Filem-filem ni hanya famous lepas dah ditayangkan, bukannya sebelum.
So, walaupun produk tak bagus, pemasaran yang baik dapat menjual produk tu dengan cepat, tapi sambutan sekejap saja. Dan pada masa yang sama, walaupun tanpa pemasaran, produk yang baik tetap akan mendapat sambutan, lambat tapi kekal.
2. 3D dan USP
Filem Avatar ni ditayangkan jugak dalam versi 3D (3 dimensi), yang kena guna cermin mata special tu.
Walaupun ada versi biasa, ramai yang berebut nak tengok yang 3D. Ada jugak kawan-kawan saya yang dah tengok Avatar, tapi nak tengok sekali lagi sebab nak cuba yang 3D pulak. Dan hingga sekarang panggung wayang versi 3D masih penuh, kene beli atau book awal baru dapat.
Ini adalah salah satu cara untuk lawan perlanunan (piracy). Penonton kena tengok kat wayang jugak. Kalau nak tengok kat rumah, takde siapa yang ada cermin mata 3D. Kalaulah ada pun, DVD dan VCD pirate versi 3D tak dijual pun.
So, nak kekalkan pelanggan, kita kena keluarkan produk yang tawarkan sesuatu yang unik (yang ada Unique Selling Proposition, USP). Dan yang tak boleh diciplak dengan mudah. Kalau kita offer sesuatu yang competitor tak boleh nak offer, pelanggan takde pilihan, terpaksalah kekal dengan kita.








Bird mmg berminat dgn makhluk2 yg pelik.
16 Jan 10 at 7:45 am #ye lah, dia punya CGI mmg power,cerita biasa dan ada makhluk biru yg sembah pokok yang ada nerve system.(gila lah konsep biology dia,tak agak-agak)tapi aku lebih kagum cara bird analisis filem tu dari sudut marketing.good job man!
16 Jan 10 at 8:58 am #Hmm…sy masih blom berkesempatan nak tgk movie ini.tp kwn2 ckp citer ni mmg best..:)
16 Jan 10 at 9:07 am #saya tak tengok lagi dan takkan tengok kekeke
18 Jan 10 at 8:34 am #I actually fell asleep after 20 minutes into the movie hehe.
Bal: What if dia menang oscar best picture? Thought you have a record of having watched semua past winners haha
19 Jan 10 at 1:22 pm #i stopped watching movies, classic or not. yang aku tengok sekarang cuma horror films sahaja kekekee
19 Jan 10 at 2:02 pm #avatar is a masterpiece. love the movie!
27 Jan 10 at 3:00 pm #First ever 3D football match shown semalam.. Live!.. Guna teknologi Avatar..
http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-1247561/Futures-bright-need-shades–Sportsmail-enjoys-Arsenal-v-Manchester-United-groundbreaking-3D-broadcast.html
Man Utd 3 Arsenal 1.. Glory glory Man United!..
01 Feb 10 at 7:26 pm #hmmm… saya tgk 2 kali… mungkin sbb saya suka cerita2 yg byk guna teknik cgi ni kot. walaupun tak faham sgt awal2 cerita tp overall cerita ni mmg best gila kalo nk banding ngan titanic.. hehe..
05 Feb 10 at 9:41 am #hmmm…hanya yang berfikiran kreatif saja tahu betapa sukarnya nak buat avatar…dan menghargai filem filem sebegini
15 Feb 10 at 7:07 pm #