Keupayaan menahan cercaan

Semua orang sedia maklum, lumrah manusia ialah apabila berjaya dipuji apabila gagal dihina. Ini biasa terjadidi mana-mana. Tetapi berbeza halnya dengan usahawan. Kadangkala sesoerang usahawan itu baru sahaja bermula dengan perniagaan, belum lagi untung dan tidak juga kerugian. Balik modal sahaja, bak kata orang2 bisnes.  Tetapi situasi sebegini sudah bisa mngundang seribu satu macam nista dan cercaan. Apatah lagi situasi sebegini berlarutan untuk satu tempoh yang agak panjang. Tempoh ini juga subjektif. Tidak ada satu perniagaan pun yang hari ini mula berniaga minggu depan sudah untung berjuta-juta kecuali ianya pasti dipenuhi unsur-unsur tidak sihat dan tidak halal.

Keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling sentiasa akan memerhatikan jatuh bangun seseorang usahawan itu. Menjadi usahawan memang tiada jaminan masuknya pendapatan tetap dihujung bulan. Kadangkala sikit kadangkala banyak. Kadangkala ada kadangkala tiada!

Oleh itu seorang usahawan perlu tabah menyerap segala cercaan dan hinaan. Kerana cercaan dan hinaan yang dibuat terhadap sesuatu kelemahan yang telah pasti mungkin boleh diterima, tetapi cercaan dan hinaan terhadap sesuatu yang masih belum pasti, ada potensi, berdadaya saing dan berdaya sihat adalah ujian yang akan mematangkan usahawan dalam menghadapi cabaran perniagaan yang lebih besar pada masa hadapan!

Keupayaan mengurus kejayaan

Inilah cabaran yang paling besar saya kira apabila menjadi usahawan. Kesusahan seringkali mengingatkan, tapi kesenangan seirngkali membuatkan mausia menjadi alpa dan leka. Apabila kita telah mendapat keuntungan atau sedikit kejayaan dalam perniagaan, maka ia perlu diuruskan dengan baik. Fikirlah tentang masa hadapan. Rancang dan uruskan keuntungan tersebut untuk meneruskan kelansungan perniagaan anda. Jangan berjoli sakan dan berlagak seperti orang kaya. Jadikan keuntungan dan kejayaan kali pertama ini sebagai inspirasi kejayaan yang berikutnya. Jangan lupa diri dan jangan lupa daratan. berbelanjalah dengan bijak dan berhemat.

Akhir kata selamat maju jaya kepada semua usahawan dan bakal usahawan.

Lawati www.ardent-edukit.blogspot.com untuk produk kit eksperimen sains kanak-kanak yang PERTAMA di Malaysia.

This post has no comment.

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.