Akhirnya saya sudah potong!
Setelah hampir 7 tahun menjadi pelanggan Streamyx, saya sudah beralih arah. Rumah saya kini sudah tak lagi gunakan talian intenet Streamyx oleh TM. Sekarang saya jadi pelanggan P1 W1max pulak. Saya baru guna P1 seminggu, so jangan tanya saya yg mana lagi bagus, tak sempat compare lagi. Lagipun, waktu siang saya masih guna Maxis Broadband saya sebab lebih mobile. Siapa tahu yang mana lebih bagus?
Kontroversi Perang Iklan
Sambil saya survey dan shopping servis internet, saya perasan sejak Oktober baru-baru ni, perang iklan antara P1 W1max dan TM Streamyx sangat menarik.
1. P1 mula dulu dgn kempen ‘Sudah Potong?’. Banyak sangat iklan-iklan ‘potong’ ni kat TV, radio, suratkhabar, billboard, online. Yang kontroversinya ialah sesetengah pihak rasa penggunaan perkataan “potong” tak sesuai sebab berkaitan dgn ‘berkhatan’.
Ada menteri kata tak lepas Kod RTM. Ada menteri kata lucah. Ada menteri kata hina Islam. Ketua-ketua Wanita kata diskriminasi ke atas wanita. Siap bahas kat Parlimen lagi - iklan dah famous satu Malaysia, nak bahas apa lagi?
2. Pada masa yang sama, dalam iklan-iklan tu, P1 siap tunjuk wayar yang dipotong tu bewarna oren. TM rasa terlebih sensitif sebab warna oren adalah warna korporat TM. Macamlah TM je yang guna warna oren.

3. Paling baru, TM lancarkan pulak iklan TV dan suratkhabar, menunjukkan seorang budak remaja (lakonan Sam Bunkface ke?) cuba memandu kereta sport, tapi tak berjaya. Kononnya kereta lawa, tapi pemandu amatur. Khas untuk sindir P1 tak berpengalaman. Tapi mungkin ramai tak perasan, logo pada pelekat lesen P pada cermin depan kereta tu bukan seperti logo P yang biasa, tapi macam bentuk logo P1. Kreatif.
4. Yang paling gempak ialah iklan TM Streamyx yang lebih berani. Iklan tu menunjukkan seorang yang tengah pegang laptop dan modem di luar tingkap, kononnya ada masalah dengan servis P1. Dahla bentuk modem tu sebijik macam bentuk modem P1. Lebih menarik, muka model dalam iklan tu pun sebijik macam muka Michael Lai, CEO P1 W1max. Pandai TM cari model.

Sampai sekarang, perang iklan ni belum berakhir. Yang pasti:
1. Sebelum ni, Streamyx tak ambil peduli sangat tetap pelanggan. Perkhidmatan asyik down. Khidmat Pelanggan tak bagus. Iklan pun tak ada. Sekarang bila P1 mula aggresif, baru la Streamyx nak kelam-kabut.
2. Kerajaan patut keluarkan lebih banyak lesen ISP (Internet Service provider). Baru la ada persaingan. Servis jadi elok. Khidmat pelanggan mesra. Harga jadi murah.
Perang iklan pun perang iklan la, pelanggan jugak yang menang.
Posted by Khairul.
Filed under General, Science & Technology
Posted on Tue, 29 December 2009 at 11:11 am
Subscribe to RSS 2.0 feed.






Comments kat fb
Mai: Sokong! (kata saya sebagai ex-pengguna Streamyx yang telah bertukar ke wireless broadband (bukan P1)). Nak gak ada satu company mcm Covad ker kat Malaysia ni
Azhar: wireless broadband memerlukan fengshui yg elok, dh penah guna maxis, dan dh pulangkan balik, dh subscribe kontrak 2 tahun p1, tak puas ati dan bg member lain pakai dgn harga subsidi, last signup balik streamyx. wa punya tempat talak ong woo utk wireless broadband
Uje: bersaing macam P1 ngan streamyx laa best… yg untung kita as pengguna
Chempiang: Streamyxku maintain 215KBps siang malam 24 jam almost all year long.. Alhamdulillah.. benasib baik kot.. (pakej 2mbps). ade try IzziNet aritu, tp download speed slow sgt walopun download dari akamai, so return balik..
Good luck with P1! x pernah try lg..
Idzmey: potong beb jgn xpotong…..hehehe….
30 Dec 09 at 12:09 am #Comment kat fb
Chempiang: waiting for the malaysian high speed broadband (HSBB) project to launch soon.. i hope it wont be another disappointment.. article below taken from TM website http://mybroadband.netmyne.com/v2/howitbegin.html :
High-Speed Broadband (HSBB) is a high-speed broadband service that offers bandwidth delivered at speeds of 10Mbps to 100Mbps, which is much higher compared to the usual broadband package offered to individuals (38Kbps - 4Mbps). HSBB service is much more superior also because it utilises fibre technology and not copper. Fibre optics makes it possible to transmit data with much better quality and at higher speeds. Eventually in Malaysia, we will see basic HSBB packages offering network speeds between 20-50Mbps with maximum speeds available up to 1,000Mbps (1Gbps).
This service or bandwidth will be distributed to homes and business via TM’s access network, i.e. the network that will physically deliver the service from the exchange directly into subscribers premises…. See More
As you can imagine, HSBB is set to revolutionise the way we live, work and play…
30 Dec 09 at 12:09 am #Comments kat fb
Yusrezal: high speed berokben..saya musti pilehh..
Alif: kekekeke…korang nak potong ke apa ke ikut suka korang la. Aku nak deploy Broadband over Power Line (BPL) kat M’sia ni. Agreement (NDA) dah sign dgn TNB. Tak dapat cari investor je skarang ni.
Yus, brokeband laa…bukan berokben..
Norshaliza: tgh cr investor la ni? .. mmmmm
Alif: ha’ah…sebelum ni dah jumpa around 20 potential investor. Tapi diorang ni sekadar rich. Bukan filthy rich. Jenis kalau bagi RM5juta terus dah takde duit lain dah. Skarang tengah nak cari investor yg jenis RM1juta tu macam bawak keluar RM1 je dari poket diorang.
30 Dec 09 at 12:14 am #sebelum ni aku pakai maxis broadband yg ad atanduk tue…kt rawang ok..pindah ping bt caves hampeh..skg pakai P1….4 bulan je ok..skg dah sux…..now tgh nak tukat streamyx..mcm u all kata lah..dia nya servis customer service sux..
02 Jan 10 at 6:57 am #