Artikel ini pertama kali diterbitkan di blog peribadi saya, http://suhaimiramly.wordpress.com pada 18 November 2009.
____________________________________________________________
Menurut pemerhatian saya sejak beberapa tahun yang lalu, di kalangan rakan sebaya saya (mid-20s) ada dua kelemahan yang besar, iaitu:
- Tidak suka dikritik;
- Takut tidak disukai oleh orang lain.
Ini bukanlah spesifik kepada umur saya sahaja (manusia mana yang suka dikritik, dan semua orang mahu disayangi oleh orang lain), tetapi kelemahan-kelemahan ini adalah lebih kronik pada orang di peringkat umur saya. Hipotesis saya ialah, mereka bersifat demikian kerana mereka masih kurang berpengalaman (kurang duit, kurang pengaruh, kurang kuasa dan kurang segala-galanya), tetapi mereka terpaksa melalui kehidupan dunia sebenar yang penuh dengan sepak terajang dan panca roba. Jadi secara semulajadi mereka bersifat defensif, dan menerima kritikan dan ketidaksukaan orang secara peribadi, bukan secara profesional atau rasional.
Tidak suka dikritik
Semua orang suka dipuji. Bila dipuji, anda menjadi kembang. Apabila kecil, kita disuapkan dengan pujian. Ada yang dipuji terus menerus sepanjang tempoh persekolahan dan pengajian, kerana pencapaian akademik dan akhlak yang baik. Bagi yang hensem dan cantik, sering dipuji oleh rakan sebaya. Oleh itu, pelajar yang baru graduate universiti mempunyai satu mindset yang menyatakan mereka perlu dipuji bila membuat suatu benda yang baik atau berperangai baik. Ini bukanlah cara dunia sebenar berfungsi.
Di dunia sebenar, anda jarang dipuji. Tiada siapa akan kagum dengan pencapaian anda di sekolah dan universiti, walaupun anda CGPA 4.00 dan jadi pelajar contoh. Perangai yang dianggap baik ketika di sekolah, kini dicerca oleh orang lain. Contoh, budak-budak yang berperangai lebai ketika di sekolah dan didewa-dewakan oleh pelajar lain sebagai alim, bila masuk alam pekerjaan siaplah kena perli dengan boss, makcik kerani dan co-worker yang lain. Bagi mereka yang bersifat ‘cool’ di sekolah dan universiti, mempunyai ramai geng, dan pengaruh kumpulan yang kuat (dianggap ‘legend’), siaplah kau, tak ada siapa kisah pasal kau budak muda bila kau mula kerja nanti. Pegi buat kopi untuk makcik kerani tu, wahai lagenda sekolah asrama. Keseluruhan nilai (value) pada alam remaja dan alam dewasa adalah terbalik.
Oleh kerana ramai anak muda yang fikirannya tersangkut di alam remaja, mereka tertinggal jauh di alam pekerjaan walaupun mereka seorang yang cemerlang di sekolah dan universiti dulu. Hanya mereka yang pandai belajar selok-belok politik orang dewasa sahaja yang boleh meluncur laju bersama orang-orang yang lebih senior dari mereka. Orang-orang sebegini saya respek, kerana mereka telah melalui transition yang lancar dari alam remaja ke alam dewasa. Tidak hairan lah sekarang ada ramai pengarah-pengarah syarikat besar yang muda, manager-manager muda, ahli perniagaan muda, malahan jutawan-jutawan muda. They have figured out the adult game while their peers are still reminiscing about the fun and carefree days.
Salah satu sifat orang dewasa ialah mempunyai telinga yang tebal. Anda mestilah sedia untuk dikritik, dan merasa seronok atau bersyukur apabila diberi kritikan. Jika anda telah mencapai martabat tersebut, tahniah, anda adalah orang dewasa. Jika anda kena kritik, kemudian terus pegi blog dan terus tulis entry lepas geram (bitching) kepada boss atau co-worker anda, anda masih bermentaliti kanak-kanak. In this world, nobody owe you or your self-esteem anything. If you can’t handle the heat, go play with the kids and leave us adults alone.
Telinga tebal adalah penting untuk kejayaan. Ingatlah, apa saja kita buat, kita akan dikritik. APA SAHAJA. Tiada pengecualian. Anda mungkin menganggap anda disukai ramai, tapi percayalah ada lebih sepuluh orang mengkritik anda di belakang anda. Semua pemimpin hebat dalam politik, agama, sosial dan sebagainya, dikritik berjuta-juta kali sepanjang hidup mereka. Tak payah tengok pemimpin-pemimpin agung, tengok AJK Rukun Tetangga tempat anda tinggal pun kena kritik. You, yes YOU, will be criticized, whatever you do. Ingat cerita pasal lelaki yang berjalan dengan anaknya bersama seekor keldai.
Oleh kerana kita akan dikritik walaupun apa yang kita buat, apa kata kita cuba sukakan diri kita terhadap kritikan. Jangan cepat menangis, atau bergetar suara bila kena kritik. Take it with your back straight and your head up. Jangan cepat bitchy atau geram. Jangan terus soksek dengan kawan, sebarkan fitnah kepada orang yang mengkritik kita. Don’t take it personally. Take it as a challenge to make your self better.
Ada juga kritikan yang tidak berguna langsung. Untuk kritikan-kritikan ini, anggaplah ia sebagai lalat yang menyibuk, ‘minor annoyance’ sahaja. Jangan biarkan ia menyusahkan hati anda. Jika anda cepat susah hati pasal kena kritik, nanti anda cepat stres dan tekanan darah anda naik. Kalau anda tidak berusaha supaya mengabaikan kritikan-kritikan bodoh ini, otak anda akan digelumangi dengan perkara sia-sia yang membuang masa, tenaga dan sel otak anda.
I can safely say that I am quite immune to criticisms, even harsh ones. I thank people who give me constructive criticisms, and I give a “fuck you” to those who are simply being mean. I won’t let anything people say bother me. The reward: I sleep VERY soundly at night.
Takut dibenci oleh orang lain
Ini adalah berkait rapat dengan perkara di atas. Jika kritikan mungkin berniat baik atau jahat, tapi orang yang membenci atau tidak suka dengan anda sudah pastilah berniat jahat.
Perkara pertama yang perlu kita sedar ialah setiap orang, mempunyai beberapa orang yang tidak suka terhadap dirinya. Ini juga tiada kecuali. Anda mungkin menganggap anda disukai oleh semua orang, tapi hakikatnya ada orang yang membenci anda. Sama ada benci kerana cemburu, kerana anda poyo, kerana anda bermulut besar, kerana anda mat atau minah kepoh, kerana anda curi awek/balak dia, kerana anda tak boleh percaya, kerana anda bermuka huduh, atau saja-saja benci. Pendek kata, ada 1001 sebab kenapa orang benci kepada kita. Jangan perasan tak ada orang benci kepada kita. Memang ada, tapi mungkin anda tak kenal siapa.
Saya pun tak tahu siapa yang benci saya, tapi saya tahu mereka wujud. Ini kerana menurut ‘law of reciprocity’, disebabkan saya benci ramai orang, mesti ada orang benci saya. Tapi sekurang-kurangnya, saya menyedari hakikat tersebut, bukannya hidup dalam denial, “semua orang suka kat saya”.
Oleh itu, adalah membuang masa jika anda cuba memuaskan hati semua orang atau menyukakan semua orang. Jika anda pemimpin, lagi teruk. Anda akan jadi macam Pak Lah, terlalu sibuk membuatkan orang suka kepada beliau, sehingga akhirnya semua orang jadi menyampah. Berbanding dengan TDM yang dibenci seluruh dunia pada tahun 1998/1999 tapi sekarang dianggap pemimpin ulung. Ingat, janganlah sibuk nak bagi orang lain suka (appeaser) nanti lama-lama anda jadi pencacai orang lain.
Allah amat murka kepada orang yang menyukakan makhluk dengan melampau-lampau sehingga menyebabkan Allah sendiri marah. Kita mestilah tegas dan berpendirian dalam urusan harian kita, baik di pejabat mahupun di rumah, baik peribadi mahupun organisasi, baik dalam agama atau dalam kehidupan dunia. Jangan jadi pencacai. Kita mesti berfikiran rasional dan bukannya bergantung kepada emosi semata-mata. Kadangkala, langkah terbaik yang kita ambil akan menyebabkan orang membenci kita. Kita kena berani kerana benar.
Jika anda rasa susah hati bila orang tak suka, atau cepat menangis, atau cepat tension, atau cepat depressed, ini maknanya anda masih kanak-kanak dari aspek mental dan emosi. Orang dewasa kena tegas dengan pendirian. Kalau benda yang betul, tapi orang lain tak suka, kena buat juga. Persetankan orang lain. Fuck people.






“…Persetankan orang lain..” kekekekke…a good one Bal.
A little bit of my experience ttg being an entrepreneur straight ahead after grad. I can say 95% org cakap kat aku…”kau tak boleh…kau takde experience”.
SEMUA org anggap aku mengangur walaupun aku dh start bisnes. SEMUA orang anggap aku takkan boleh bertahan lama. Ramai yg ingat aku tak kerja sebab takde company nak hire aku sedangkan ntah berapa company (aku pun dah tak ingat)yg call aku directly offer aku kerja dgn diorang.
Family pulak macam2 hal.
Persetankan org lain. It holds some water in reality.
Tapi of course, berbanding dgn org yg umr 40-an, aku dikira kurang matang, org umur 40-an dikira kurang matang oleh org yg berumur 60-an dan seterusnya.
Aku concur 100% dgn apa yg kau tulis ni. Cuma kekadang, kita kene berhati-hati ttg bab perpaduan. Bila masyarakat kita mcm ni, menjaga kesatuan hati adalah lebih utama.
That’s my 2 cents.
04 Dec 09 at 11:40 pm #Itu lah pentingnya kenapa kita persetankan orang lain. Orang lain akan buat macam2 assumption terhadap kita. Kalau kita kerja makan gaji pon, orang kata jugak. Kalau kerja private, orang kata jugak. Kalau bisnes, orang kata jugak.
That is precisely my point — orang akan kata kat kita regardless what we do. So do what WE like, not what others EXPECT us to do.
Tapi persetan tak bermaksud kita kena hostile dengan orang lain. Kita abaikan pendapat negatif mereka, tapi kita mesti jaga hubungan dengan mereka.
Lagi satu perkara, people look at results, not at what you do. Kalau kita kerja 16 jam sehari untuk bisnes kita pon, tapi kita nampak macam miskin, naturally orang akan pandang slack. We cannot do anything about this. Itu persepsi manusia. Oleh itu sangat penting we entrepreneurs always give the impression that we are doing well.
05 Dec 09 at 12:12 am #ya betul…
05 Dec 09 at 6:28 pm #Hahah aku setuju … aku pun dah bosan dengan orang2 yang terlalu risaukan ape orang lain fikir. Sikit2 “nanti ape orang kata” .. why bother about these “orangs”? Most of them cant even take care of their own affairs. Kain diorg sendiri pon terlondeh.
You can never control (or even know) what people think about you, why bother dancing to their tune? Just stick to what we believe is right.
07 Dec 09 at 12:46 pm #hehe luqman, aku tulis psl ni kat entry baru
11 Dec 09 at 6:21 am #Ayat ni kelakar tapi benar “benci kerana anda bermuka huduh, atau saja-saja benci. Pendek kata, ada 1001 sebab kenapa orang benci kepada kita. Jangan perasan tak ada orang benci kepada kita”. Sokong u bro..
29 Dec 09 at 9:18 am #