• M. Alif Nordin

      Managing Director
    • December 29, 2009 in Sales

    Emas: Tulen atau Palsu

    ____________________________________________________________________

    order online levitra

    Dapatkan lebih banyak tips-tips menarik berkaitan emas dan perak di PelaburSilver.com.
    ____________________________________________________________________

    Assalamualaikum wbt

    Di Malaysia, terdapat beberapa institusi pengeluar emas fizikal yang sah seperti:

    1. Maybank – Syiling Kijang Emas
    2. UOB Bank – Syiling emas dan Jongkong emas
    3. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
    4. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – Jongkong emas
    5. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. – Syiling emas, jongkong emas dan dinar emas

    Setiap daripada produk mereka mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang perlu kita analisa dengan menyeluruh. Ini supaya kita dapat membuat keputusan yang tepat untuk memilih pelaburan yang paling menguntungkan.

    Salah satu aspek yang perlu dianalisa ialah adakah emas fizikal yang dikeluarkan oleh institusi2 di atas merupakan emas yang benar-benar tulen? Dan yang lebih penting lagi, bagaimana caranya untuk kita menganalisa ketulenan emas dan ketelusan institusi2 tersebut.

    Untuk aspek2 lain yang perlu di analisa, saya bercadang untuk berkongsi dengan anda pada entri akan datang – Emas: Perbandingan Produk

    Baiklah. Berikut adalah beberapa points yang saya telah perhatikan untuk membuat analisa. Mari kita berkongsi cerita… :)


    1) Institusi tersebut di naungi atau di sahkan oleh badan kerajaan yang berkaitan.

    Sebagai contoh, untuk produk yang dikeluarkan oleh Maybank (Kijang Emas) dan United Overseas Bank – UOB Bank (Canadian Gold Maple, Australian Kangaroo, Singapore Gold Lion), mereka ini sudah semestinya di pantau secara tegas oleh Bank Negara Malaysia.

    Perlukah saya terangkan lebih lanjut kepada anda berkenaan ketegasan Bank Negara Malaysia? Saya rasa cukuplah dengan satu link artikel ini sebagai gambaran: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=120

    Serious, tidak ada satu pun institusi kewangan di Malaysia ini yang berani membuat sebarang hanky-panky berkaitan produk mereka. Kalau anda masih tidak yakin dan nak tahu cerita-cerita benar lagi menarik berkaitan bank-bank ni, saya cadangkan anda untuk banyak berkawan dengan lawyer. :P

    Untuk Dinar Emas Kelantan (www.dinarkel.com) pula, mereka ini merupakan sebuah anak syarikat Permodalan Kelantan Berhad. Mereka ini sudah pasti dipantau oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission: http://www.sc.com.my/).

    Bagi Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold) pula, selain di pantau oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mereka telah pun mendapat surat kelepasan (clearance letter) daripada Bank Negara Malaysia yang ditanda tangani oleh Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing BNM yang membenarkan mereka melakukan minting dan menjual-beli emas, terutamanya jongkong emas dan syiling emas (termasuk dinar emas).

    Nota: Sila lihat video ini untuk mengetahui bagaimana proses minting dilakukan: http://www.youtube.com/watch?v=Ef_wJH4z5Dw

    Di bawah ini pula adalah gambar surat tersebut yang telah diambil dari blog rakan emas saya :P , En Daniel (http://armootz.blogspot.com)

    surat-bank-negara-utk-pg

    Anda juga boleh membuat bacaan tambahan di website mereka: www.publicgold.com.my

    Yang terakhir sekali…. Kedai-kedai emas seperti Habib Jewel, Poh Kong, Poh Win dan sebagainya. Terus terang saya cakap, saya tidak ada sebarang maklumat yang saya yakini samada ada mereka ini ada mendapat kebenaran daripada badan kerajaan yang berkaitan untuk cialis super active membenarkan mereka berjual-beli sebarang jongkong emas (bukan barang perhiasan emas ye ;) ).

    Mungkin paling kurang yang anda perlu tahu ialah, mereka beroperasi atas nama syarikat yang sudah pasti sentiasa di pantau oleh SSM dan mereka ini bernaung di bawah Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my/ . Di laman web mereka, terdapat pilihan untuk carian ahli dan link ke surat ‘Warta Kerajaan’. Sila lah buat penilaian anda sendiri ke atas mereka.


    2) Setiap jongkong emas mempunyai Sijil Ketulenan yang di sahkan oleh Certified Assayer

    Daripada kesemua institusi yang disenaraikan di atas, Maybank dan Dinar Emas Kelantan tidak terlibat dalam mengeluarkan atau menjual-beli sebarang jongkong emas. Mereka hanya terlibat dengan syiling emas atau dinar emas sahaja.

    Di Malaysia, hanya 4 jenis jongkong emas yang anda boleh beli.

    (i) PAMP Suissewww.pamp.com
    PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals products). PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga. PAMP Suisse pula ada 2 jenis iaitu PAMP Suisse dengan Sijil Ketulenan merah dan Lady Fortuna.

    pamp_suisse_100g_goldbar

    lady-fortuna

    Anda boleh mendapatkannya di UOB, Habib Jewel dan sesetengah kedai emas.


    (ii) Poh Kong Bunga Raya
    – dijual di Kedai Emas Poh Kong

    http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

    pohkongbungaraya100g


    (iii) Kinebar
    – dijual oleh UOB

    http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm

    800px-kinebar


    (iv) Jongkong Emas Public Gold

    100_3911

    Nota: Anda boleh call saya (019-2624 250) untuk sebarang pertanyaan berkenaan emas Public Gold. InsyaAllah saya akan bantu anda sedaya mungkin.

    Perhatikan gambar2 di atas. Setiap jongkong emas mempunyai satu Sijil Ketulenan yang disahkan oleh Certified Assayer (http://en.wikipedia.org/wiki/Assayer). Pada jongkong emas tersebut pula akan diukir no siri keluaran unit jongkong emas tersebut dan no siri itu juga akan di cetak pada Sijil Ketulenan bagi jongkong emas tersebut.

    Ini bermakna, di dalam dunia ini, setiap keluaran jongkong emas oleh sesebuah institusi adalah unik dan mempunyai rekod data pengeluaran yang terperinci. Maka, ini akan memudahkan sebarang proses due diligence yang perlu di buat ke atas institusi2 pengeluar emas tersebut oleh badan2 berkuasa sesebuah negara.

    Hehe…tak yakin lagi ? Takpe…mari kita ke point seterusnya.


    3) Boleh di pajak di kedai pajak gadai

    Ini lah point yang paling penting bagi saya kerana saya telah pun dapat melihat sendiri di depan mata bagaimana dan mesin apa yang mereka gunakan untuk menentukan ketulenan dan kualiti emas yang di pajak.

    Melalui bahan bacaan dan tips-tips yang dikongsi oleh komuniti yang sudah biasa dengan jual beli emas fizikal ni, saya tahu, sekiranya emas anda berjaya di pajak di mana2 kedai pajak gadai, maka itu adalah antara bukti bahawa emas tersebut adalah emas tulen. Kesemua emas2 yang dikeluarkan oleh institusi2 di atas sudah banyak yang berjaya di pajak oleh komuniti2 emas di Malaysia ini.

    Namun, untuk memuaskan hati saya tentang ketulenan emas Public Gold yang saya telah beli, saya telah buat ‘test’ sendiri di Ar-Rahnu Bank Rakyat cawangan Batu Caves, Selangor.

    Bila sampai di sana, saya hanya beritahu mereka, “Saya nak gadai emas-emas ni“. Saya terus tunjukkan kepada mereka ketulan2 emas yang saya ada. Manager Ar-Rahnu tersebut (En. Jamaluddin b. Mustaffa) pun datang berjumpa saya untuk melihat sendiri emas2 tersebut. Kemudian, salah sorang staf mereka mengambil emas2 tersebut dan melakukan test untuk mengenal pasti jenis dan ketulenan emas2 tesebut.

    Di bawah ini adalah jenis tester yang telah digunakan di Ar-Rahnu tersebut.

    Gold Tester

    Diringkaskan cerita, mereka dapat mengenal pasti yang mana satu emas 22K dan 24K tanpa melihat walau satu pun Sijil Ketulenan yang ada pada saya. Sedangkan pada dinar2 emas yang saya ada, tidak dinyatakan berapa nilai karat bagi setiap dinar emas tersebut. Saya juga langsung tidak beri apa2 maklumat kepada mereka. Dokumen Invoice dan Delivery Order pembelian emas yang saya terima daripada Public Gold pun saya tak tunjuk pada mereka.

    Saya pun dapat la pajak emas2 saya tu. Duit yang dapat, saya beli emas lagi sehingga kini berjumlah lebih daripada 1.4kg. Itu saya akan ceritakan di entri ini – Emas: Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal

    Kesimpulan yang saya dapat ialah:

    1) Saya yakin bahawa pihak pengusaha pajak gadai ni memang tahu benar dengan bidang mereka untuk menentukan ketulenan emas. Tak yah cuba nak tipu la. Kat kedai pajak gadai ni biasanya terpampang besar2 notis, “PENGGADAI EMAS PALSU AKAN DIDAKWA”.

    2) Saya yakin bahawa emas keluaran Public Gold adalah emas tulen yang tidak perlu diragui lagi. Sampaikan manager tu sendiri offer untuk beli emas daripada saya. Tapi saya tolak sebab spread harga yang di tawarkan tinggi sangat- 19%. Rupa2 nya manager dia sendiri pun berniaga emas. :D


    4)
    Buat test sendiri

    Antara cara extreme yang anda boleh cuba ialah dengan patahkan jongkong emas milik anda dan hantar kepada kedai2 emas dan minta mereka buat test atas ketulenan emas tersebut. Cuma kalau emas dari institusi2 lain, mereka TIDAK akan terima la kalau anda nak jual kembali kepada mereka bila harga emas naik nanti. Samada anda kene simpan untuk survival masa perang je emas2 tu ataupun jual pada harga yang sangat rendah kepada kedai2 emas di Malaysia ni. Ada berani? :P

    Hanya Public Gold sahaja yang menerima untuk membeli kembali emas keluaran mereka walaupun ianya telah calar, bengkok mahupun patah. Ini anda boleh call sendiri Public Gold untuk verify. Saya sudah pun verifykan nya untuk diri saya.

    Mungkin ada di antara anda yang tertanya, “Macam mana pulak Public Gold boleh terima emas calar, bengkok dan patah sedangkan Maybank dan UOB pun tak terima emas sebegitu?

    Baiklah. Jawapan logiknya ialah, Public Gold menghasilkan produk keluaran mereka sendiri di Malaysia. Mereka ni dapat mencipta rekod “Malaysia Book of Records” sebagai pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan gold barnya. Gold bar yang diiktiraf adalah 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

    malaysia_book_of_record

    Maka, kalau emas yang di beli balik daripada anda telah calar mahupun patah, sangat mudah bagi mereka untuk cairkan dan hasilkan semula gold bar yang baru. Berbanding dengan pengeluar emas lain, contohnya PAMP Suisse yang di jual oleh UOB, mereka perlu hantar kembali ke Switzerland semata-mata untuk hasilkan gold bar yang baru. Kalau jual, mana ada pelanggan yang nak beli gold bar dah bercalar, bengkok atau patah daripada sebuah bank. Diorang rugi la. Betul tak?

    Selebihnya, anda boleh rujuk di laman web ini untuk mengetahui teknik2 lain mengenal pasti ketulenan emas milik anda: http://www.howtotestgold.com/

    Kesimpulannya, tak perlulah kita ragu2 lagi dengan institusi2 yang disenaraikan di atas. Kalau selain daripada tu, mungkin kene hati-hati lebih sket. Lebih2 lagi dengan skim2 pelaburan emas yang banyak di luar tu. Bab ni saya bercadang untuk bercerita pada entri masa hadapan – Emas: Skim Pelaburan Emas Sampah

    Tunggu ye! :)

    Sekian. Wassalam.

    ********** PENGUMUMAN PENTING ***********
    Melaburlah pada Silver (Perak) DAN Emas. Untuk mengetahui teknik pelaburan silver dan emas yang LEBIH HEBAT DAN SELAMAT daripada teknik ‘pajak-beli-pajak’, sila layari artikel ini: Strategi Pelaburan Emas dan Silver.
    ********** PENGUMUMAN PENTING ***********

    ____________________________________________________________________

    Dapatkan lebih banyak tips-tips menarik berkaitan emas dan perak di PelaburSilver.com.
    ____________________________________________________________________

    ***************************************************
    Entri Berkaitan
    ***************************************************
    Emas : Satu Permulaan
    Emas: Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Emas?
    Emas: Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal
    Emas: Anda Tidak Akan Kaya Dengan Memiliki Emas
    Emas: Sepagi Bersama Azizi Ali

    ***************************************************
    Entri-entri Di Masa Hadapan
    ***************************************************
    Emas: Jongkong Emas, Dinar Emas ATAU Barang Kemas
    Emas: Perbandingan Produk
    Emas: Bagaimana Untuk ‘Diversify‘ Pelaburan Anda Dengan Betul
    Emas: Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal
    Emas: Cara Nak Dapat Duit Untuk Beli Emas Fizikal
    Emas: Hukum hakam Di Dalam Islam Berkaitan Emas
    Emas: Skim Pelaburan Emas Sampah

    dan lain2 lagi…


    Comments


    • tak sabar nak tunggu entry emas sampah.

      alif, thanks for all the info. bila blog tu nak keluar? jgn lupa cross post dekat aidan blog.



    • hehe..ok2. :)



    • Pembetulan:

      Berdasarkan maklumat pada surat Bank Negara yg diperoleh oleh Public Gold tersebut…mengikut Exchange Control (Gold Exemption) Order 1986…saya sudah yakin bahawa kedai2 emas yg menjual jongkong2 emas tersebut adalah sah di sisi undang2.

      Jom beli emas! :)



    • [...] *************************************************** Entri Terdahulu *************************************************** Emas : Satu Permulaan Emas: Tulen atau Palsu [...]



    • aperlaa…boleh x tachap letak skit gmbr mas?please..tlng..


      • ozy

      • February 14, 2011 at 3:10 pm
      • Reply

      saya ingin bertanya bagaimana memisahkan batu dengan emas, karena saya mendapatkan batu alam yang sifat nya bercampur dengan zat lain, dikarenakan batunya mengkilau, saya cek di Penggadai emas katanya ada kadar emasnya, tetapi penggadai emasnya bingung memisahkan emas dengan batu, itu saja, terima ksih atas bantuannya

      By: Ozy


      • awadi

      • April 18, 2011 at 2:54 am
      • Reply

      salam…ar-rahnu batu caves terima x dinar public gold?saya call aritu die ckp die terima dinar kelantan saja…bagaimana dgn dirham?



    • kalau emas public gold boleh jual ke kaunter ar rahnu ke??? tolong jawabbb


      • cik cah

      • April 11, 2012 at 6:10 pm
      • Reply

      en alif, erm mcmana nak knal pasti emas tu tulen atau ianya bukan emas..?? ada tak tempat yang boleh memastikan ianya tulen atau bukan emas…



    • cik cah,

      Ada. Gi kedai pajak gadai.


      • edi khairul

      • May 16, 2012 at 7:33 pm
      • Reply

      saya mempunyai 3kepingan emas.tetapi sukar untuk ketahui harga setelah membuat ujian di kedai emas.aadakah emas sepuluh harganya sangat tinggi..ataupun tidak boleh di jual…



    • makasi banget infonya, sekarang saya jadi tau yang mana emas tulen dan palsu. Saya tinggal di indonesia dan kebetulan sampai ke artikel ini. Sekali lagi terima kasih informasinya pacik.



    Leave a Reply