Assalamualaikum wbt

Sudah lama saya mencari-cari investment yang sesuai dengan diri saya. Walaupun macam2 pilihan ada di luar sana, namun tidak banyak yg saya minat dan yakin. Namun kini, saya sudah berjumpa dengan yang berkenan di hati. ;) Antara portfolio yang saya berminat untuk kembangkan ialah emas. Dan saya merancang untuk kembangkan portfolio emas ini untuk personal dan juga Aidan Group.

Pada 11/11/09 yang lalu, saya telah memulakan perniagaan emas saya yang pertama dengan modal permulaan sebanyak RM100,419 melalui sebuah entiti bernama Aidan Resources. Saya telahpun mendapatkan emas berjumlah 760.50 gram daripada Public Fine Gold International Sdn Bhd (www.publicgold.com.my) seperti berikut:

1st-purchase

(Click to enlarge)

Nota: 22K = 22 Karat Emas, 24K = 24 Karat Emas

100_3910

Anda lihat gambar emas di atas. Itulah pertama kali saya memegang emas fizikal sebegitu banyak. Perasaannya memang sunguh mengujakan! :D Maklumlah, saya ni memang jakun sket dengan gold bar dan dinar emas ni. Hehe…

Baiklah, untuk entri emas yang pertama ini, saya hanya ingin bercerita tentang kenapa saya sangat berminat dengan emas. Bagi saya, emas merupakan pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana…

1) Nilai emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Sebagai contoh, harga untuk 1 ounce (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18/7/2001 ialah RM1082.00. Kemudian, pada 7/6/2008 harganya ialah RM3028.00. Ini adalah kenaikan sebanyak 179.90% dalam masa 7 tahun atau purata pulangan sebanyak 25.7% setahun!!

Sila rujuk statistic harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia untuk melihat sendiri sumber data yang saya sebutkan di atas.

Kalau anda nak tahu purata harga emas dunia sejak tahun 1833 pula, sila lihat rajah di bawah yang diambil daripada The National Mining Association: www.nma.org.

from-1833-gold-price(Click to enlarge)

*Harga dari tahun 1883-1994, World Gold Council. Data di ambil daripada Timothy Green’s Historical Gold Price Table, Harga London sudah ditukar kepada U.S. Dollars.

**Harga dari tahun 1995-2008, Kitco.com, berasaskan London PM fix.

Harga emas hari ini? Hehe….Harga emas bagi pasaran London pada hari ini (21/12/09) ditutup pada USD1105.50 per troy ounce (Sila rujuk sini: http://www.lbma.org.uk/stats/currstat). 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1g. Di dalam pasaran bullion, troy ounce merujuk kepada ounce, walaupun sebenarnya 1 troy ounce = 1.0971428 ounces avoirdupois. Manakala harga emas yang diumumkan di pasaran Malaysia hari ini (21/12/09) adalah setinggi RM3,994 per ounce!

Melalui Public Gold pula, saya dapat buat duit dalam jangka masa pendek (by monthly) dengan jual-beli emas fizikal. Memang masyuuk…nanti saya akan cerita bagaimana anda juga boleh masyuuk buat duit dengan jual-beli emas fizikal Public Gold. :)

Nota:

(a) Untuk melihat graf perbandingan harga emas dunia mengikut tahun, sila rujuk di sini:
http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html

(b) Untuk mempelajari tentang unit kiraan emas, sila rujuk di sini:
http://www.lbma.org.uk/london/mktbasics

2) Tiada susut nilai dan kalis inflasi.

Ya! Emas adalah aset yang mempunyai nilai sebenar. Ia sukar untuk diperolehi dan tidak boleh dicipta di dalam makmal atau kilang. Kuantitinya tidak boleh di tambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa mempunyai nilai. Malah nilainya berterusan naik dalam jangka masa panjang. Ia di kategorikan dalam jenis aset yang appreciate, sepertimana hartanah.

Emas bukan seperti wang kertas (fiat money) yang nilainya adalah berdasarkan nombor yang di cop di atas kertas tersebut. Jika berlaku lambakan duit fiat yang terlalu banyak di dalam sesebuah negara, samada melalui manipulasi yang dibuat oleh penyangak mata wang seperti George Soros atau kerajaan yang memerintah itu sendiri yang mencetak jumlah duit sesuka hati, maka kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ini lah hyperinflasi namanya. Ianya begitu teruk sehinggakan di Zimbabwe, harga 3 biji telur boleh mencecah sehingga 100 Billion Zimbabwe Dollar.

Serious, anda mesti pergi ke laman web ini (Hyperinflation: The Story of 9 Failed Currencies) untuk mengetahui betapa bahayanya anda membuat pelaburan masa hadapan yang semata-mata melibatkan fiat money.

3) Emas di anggap bernilai oleh semua umat manusia sejak dahulu hinggalah pada masa akan datang.

Walaupun hartanah merupakan aset yang appreciate nilainya, saya masih sukakan emas fizikal berbanding hartanah atau rumah lelong. Hartanah adalah pilihan ke-2 atau ke-3 dalam perancangan perkembangan portfolio pelaburan yang ingin saya jalankan.

Bagi saya, emas fizikal merupakan satu-satunya aset yang boleh diguna pakai untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika negara mengalami peperangan atau kemelesetan ekonomi yang teruk.

Contohnya, waktu perang, komputer atau data centre yang diguna untuk menyimpan data saham-saham atau unit trust anda pun mungkin sudah di bom. Rumah, rumah kedai dan apartment yang kita faham ia adalah aset yang appreciate nilainya, biasanya akan hancur juga kerana di bom. Hanya tanah milik anda sahaja yang mungkin anda boleh harapkan untuk terus menjadi milik anda setelah peperangan tamat nanti. Itu pun, kalau anda masih mempunyai dokumen seperti geran tanah untuk membuktikan tanah itu adalah hak milik anda….which I think the chance will be very thin.

Begitu juga dengan bilik kebal di bangunan bank negara dan bank-bank lain yang menyimpan duit fiat anda yang berkepuk-kepuk tu, semuanya akan hancur biasanya. Duit fiat sesebuah negara yang mengalami peperangan pun akan jatuh nilainya, tidak akan laku jika hendak di tukar dengan mana-mana mata wang negara lain (apatah lagi jika hendak bermain forex!).

Tetapi jika anda mempunyai emas fizikal? insyaAllah…sekiranya kita mempunyai emas fizikal seperti jongkong emas, syiling emas atau barang perhiasan emas, maka kita boleh gunakannya sebagai alat untuk meneruskan kehidupan sebagai pelarian di negara orang mahupun di negara sendiri kerana emas fizikal laku di mana-mana sahaja di dunia ini!

Ini lah satu-satunya aset yang pada pandangan saya, berguna sebagai survival tool ketika negara kita mengalami sebarang worst case scenario. Emas fizikal ni, kalau dalam keadaan lebur atau bersepai pun masih juga bernilai. Berebut-rebut orang nak curi agaknya. :)

Baiklah, setakat ini dulu rasanya entri emas kali ini. Ada lagi sebab dan kelebihan lain berkaitan emas fizikal yang saya ingin kongsikan bersama anda. Saya bercadang untuk bercerita melalui aspek yang berbeza-beza. InsyaAllah jika umur panjang, saya bercadang untuk menulis entri-entri seperti di bawah ini pada masa akan datang.

****************************************************
Entri-entri Di Masa Hadapan
****************************************************

Emas: Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal
Emas: Cara Nak Dapat Duit Untuk Beli Emas Fizikal
Emas: Hukum hakam Di Dalam Islam Berkaitan Emas
Emas: Tulen atau Palsu?
Emas: Jangan Sertai Sebarang Skim Pelaburan Emas.

Dan lain-lain lagi…tunggu ye… :)

Alif Gigit Emas 100g
hehe…nak merasa gigit emas sekali sekala…

Oh ye, boleh juga call saya di 019-2624 250 kalau nak tau bagaimana nak buat duit masyuuk dengan menjual emas fizikal Public Gold.

This post has 15 comments. Add your own.

  1. Tahniah Alif. Nanti cerita lagi pasal emas.

    1. ada orang kata emas tengah bubble? thoughts?

    2. apakah cara mengenalpasti investment emas yang sampah? banyak aku dapat email2 / solicitations2 pasal melabur dalam emas, tapi nampak mcm sampah

    3. apa kah kos untuk menyimpan emas? adakah cukup simpan di bawah tilam sahaja, atau perlukah kita simpan di bank? atau perlu beli safe box.

    22 Dec 09 at 1:28 pm #
  2. hazrina

    wah, thanks alif for posting this. dah lama cari kaki yg know-how-to invest in gold nih. cuma bak kata bal , donno which one is good or who to trust. this is one part me n hubby always disagree but we do agree in one thing. next investment in gold. nanti me or my hubby will calling2. tapi perlukah modal sebanyak tuan hehehehe?

    22 Dec 09 at 3:21 pm #
  3. hehehe…ok2…thanks Bal and Hazrina. InsyaAllah I will update on those points soon. Kat facebook pun org dah mula tanya macam2.

    Skarang nak buat kerja2 lain jap ek.

    22 Dec 09 at 3:34 pm #
  4. Congrats! Rekodla perjalanan investment emas ni. Nanti bleh share.

    Ada sorang member, Pokli tu, mmg aktif dengan emas. Dia actually keje IT jugak.

    Dia baru je start blogging kat http://www.pokli.com April baru ni. Tapi by December dah ada 60 ejen emas dah seluruh Msia (setiap ejen kene beli emas RM40k). Pantas sungguh.

    22 Dec 09 at 6:45 pm #
  5. Aku dah jumpa dah Pokli tu. Dia mmg fokus on emas & property. Mmg minat yg sama dgn aku.

    22 Dec 09 at 6:47 pm #
  6. iznan

    teruskan alif…..

    23 Dec 09 at 6:58 am #
  7. Invest dalam emas ok, tapi jangan jadi gold bug.

    23 Dec 09 at 7:53 pm #
  8. http://en.wikipedia.org/wiki/Gold_bug

    “…in the 1896 US Presidential Election, when William McKinley supporters took to wearing gold lapel pins, gold neckties, and gold headbands in a demonstration of support for gold against the “silver menace”"

    kekekeke….pompuan melaram dengan rantai, cincin, subang and gelang emas…lelaki amik jongkong emas buat loket untuk rantai or jadikan buckle utk tali pinggang. :P

    25 Dec 09 at 1:43 am #
  9. Azlina

    Wah Congrats Alif, cepat-cepat la update the next entry pasal investment in gold ni.

    26 Dec 09 at 5:33 pm #
  10. [...] *************************************************** Entri Terdahulu *************************************************** Emas : Satu Permulaan [...]

    29 Dec 09 at 11:16 pm #
  11. Ali

    just my two cents…emas pun boleh overvalued like any other assets..recently emas rally tinggi giler, so be careful, it could be the next bubble..but I agree that for super long term, gold will increase in value.

    31 Dec 09 at 11:45 am #
  12. Betul tu Ali. Apa2 investment pun kene be careful. Tunggu sy punye future entries ye. :)

    31 Dec 09 at 6:40 pm #
  13. [...] kesemua emas (kecuali syiling emas 1 dinar) yang saya telah beli pada 11/11/09 (sila rujuk entri Emas: Satu Permulaan) di Ar-Rahnu Bank Rakyat, Cawangan Batu Caves, Selangor. Berikut adalah maklumat terperinci [...]

    11 Jan 10 at 1:03 am #
  14. pengalaman yang bagus mas….
    tetap semangat dalam bisnisnya

    02 Feb 10 at 5:09 pm #
  15. Anis

    macamana nak tukarkan barang2 kemas saya (emas 916) kepada jongkong emas?

    Perlu tukar dalam jongkong emas baru boleh buat pelaburan, kan?

    16 Mar 10 at 3:13 pm #

Post a comment