Untuk memperkenalkan artis nyanyian, saya lihat PR2 syarikat rakaman sentiasa berhubung dengan para wartawan dari meja hiburan untuk memperkenalkan artis2 baru mereka. Mereka tidak segan silu membawa artis baru berjumpa dan berkenalan dengan para wartawan. Saya pasti mereka akan pergi dari satu syarikat akhbar ke syarikat akhbar yang lain. Dan kebiasaannya wartawan hiburan tidak menolak kehadiran mereka ini dan akan melayan mereka dengan baik. Kalau kita lihat artikel2 dalam bahagian hiburan, artis2 baru ini akan mendapat liputan awal yang positif2. Sekiranya bernasib baik, maksudnya tiada perkara negatif dilakukan oleh artis tersebut, mudahlah dia masuk beirta selalu. Ini akan meningkatkan lagi populariti artis tersebut.
Wartawan pula selain di meja berita utama dan dalam negeri (atau ekonomi?), wartawab meja2 berita lain seperti sukan, hiburan, pendidikan,agama atau sisipan2 harian dan mingguan sentiasa menunggu2 berita yang ada nilai datang menjengah mereka. Kalau boleh mereka ingin meminimakan tugas mereka mencari berita kesana dan kemari. Trend sebegini berlaku dalam media baru. Wartawan media baru seperti Malaysiakini tidak kira berita apa sekalipun, amat mengalu2kan berita sampai ke meja mereka dalam bentuk artikel dan laporan lengkap. Tugas mereka menjadi mudah kerana mereka tidak lagi perlu memburu berita, menulis laporan dan membuat penilaian terhadap satu2 berita tersebut. Kini mereka hanya perlu menyunting laporan atau berita tersebut untuk memastikan berita yang mereka terima itu menghampiri paras benar dan yang paling penting ialah mempunyai NILAI.
Semalam team Ardentedu membuat lawatan ke pejabat media2 perdana Malaysia untuk memperkenalkan produk Ardent Edukit. Kami membawa semua perkara yang kami fikir diperlukan oleh seorang wartawan membuat cover terhadap produk Ardent Edukit. Sample produk, write up produk dalam bentuk hard dan softcopy dan company profile disiapkan terlebih dahulu untuk memudahkan kerja2 kami dan wartawan. Kami berkesempatan ke pejabat Kosmo dan Utusan Malaysia. Setepatnya ke meja berita sisipan Kosmo (GenK) dan meja berita pendidikan Utusan. Terima Kasih kepada Cik Fatin kerana sudi meluangkan masa mendengar penjelasan kami tentang produk Ardent Edukit. Cik Fatin bersetuju utk membawa hal tersebut ke pengetahuan Puan Julia Ismail untuk beliau aturkan satu sesi temuramah dengan pereka produk Ardent Edukit; tak lain tak bukan Fazdlee Isa.
Kemudian dari Chan Sow Lin kami terus ke Bangsar utk menjejaki pejabat Berita Harian di Jalan Riong. Kerja menjadi mudah kerana Suhaimi pernah mendapat liputan dalam Berita Harian sebagai personaliti hebat Jaguh Matematik. Hasilnya pada minggu hadapan wartawan Berita Harian dan jurugambar akan berkunjung ke pejabat Ardent Edu untuk membuat cover produk Ardent Edukit dengan lebih dekat lagi. Ini termasuklah temuramah dengan pereka produk itu sendiri, Fazdlee Isa.
Strategi kami di Ardent Edu untuk pemasaran produk Ardent Edukit, ialah disamping mengketengahkan produk2 berkualiti, kami ingin menampilkan satu ikon sains yang bakal menjadi ikutan kanak-kanak dan pelajar. Dan seperti dalam perenggan awal artikel ini berkaitan dengan artis2 baru dan news tentang mereka, strategi itu nampaknya boleh diguna pakai utk memperkenalkan produk2 Ardent Edukit dan ikonnnya.
Iconic Marketing mampu melonjakkan jualan sekiranya dilakukakn dengan betul. Lihat sahaja kejayaan Apple. Mac, Iphone dan Ipod adalah hasil cetusan idea dan kecerdikan Steve Jobs. Beliau ini bukan sahaja mengetuai satu organisasi hebat seperti Apple, tetapi telah berjaya menonjolkan diri beliau sebagai ikon dalam mengetuai pembangunan Mac, Ipod dan Iphone. Beliau bercerita diperingkat awal tentang idea beliau, berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan proses pembangunan produk di Apple dan merealisasikannya melalui penghasilan produk2 yang berkualiti, unik dan menepati selera semasa.






1. Make sure before crash you have something with news value.
2. Provide everything to make their job easy — actual press release, “press release” written in the form of article (for easy copypasting), photos, profile, business cards. Put softcopies in thumbdrive and transfer it to the reporter’s desktop.
3. Dress up while gate-crashing newspapers; they might decide to interview you there and then.
05 Dec 09 at 12:28 am #ANNOUNCEMENT: Watch our new Ardent EduKit live on Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 7.30am tomorrow (8 Dec 09)- featuring Iznan and Fazdlee.
08 Dec 09 at 12:00 am #