Assalamualaikum wbt
Sebenarnya, cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang ustaz yang faqih dalam keempat-empat mazhab iaitu Shafie’, Hambali, Maliki dan Hanafi. Kalau boleh, saya ingin menjadi seorang yang benar-benar alim sehingga layak untuk menjadi seorang mufti atau lebih daripada itu. Bukanlah bermakna saya tergila-gila untuk menjawat jawatan ‘Mufti’ tetapi maksud saya ialah ilmu dan kefahaman agama yang Allah beri pada saya begitu tinggi, luas dan mendalam sehingga saya layak untuk menjadi seorang mufti.
Ini agak susah diterima akal bagi orang yang mengenali saya sejak kecil kerana saya dulu mendapat pendidikan awal di sekolah St John, sekolah yang mempunyai patung dan tanda salib yang besar terpampang di hadapan bangunan sekolah tersebut. Sewaktu tadika pun saya belajar di Tadika Riang di taman perumahan saya dengan seluar pendek di atas paras lutut sebagai pakaian harian. Berbeza dengan pelajar-pelajar Tadika Islam, dengan tudung, kopiah dan serban mereka.
Darjah satu sampai darjah 6, saya belajar di SRK St John (1), Kuala Lumpur. Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 saya belajar di St John Institution, Kuala Lumpur. Tingkatan 4 dan 5, saya dapat masuk ke MRSM Jasin. Di Jasin, saya rasa lebih gembira kerana suasana agama yang lebih baik wujud di sana. Di St John, suasana agama wujud tapi sangat kurang. Tidak hairan lah kerana time saya dulu, guru besarnya pun merupakan seorang paderi Kristian.
Sewaktu di Jasin, minat saya terhadap bidang agama semakin bertambah sehinggakan saya kurang minat untuk menelaah buku-buku untuk menghadapi peperiksaan SPM. Saya rasa lebih cenderung untuk menimba ilmu-ilmu agama Islam. Di Jasin lah saya mula menanam cita-cita untuk melanjutkan pengajian hafazan Al-Quran 30 juzu’ dan seterusnya pergi ke negara lain untuk menyambung pengajian Islam.
(Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna saya menganggap orang lain yang minat kepada mata pelajaran sains dan matematik merupakan orang-orang yang kurang beragama ataupun pengetahuan sains & matematik itu adalah tidak islamik dan tidak berguna untuk kehidupan ini. Saya bukan seorang yang jumud pemikirannya. Ini berkaitan minat. Anda minat lain. Saya minat lain. We both contribute to the society in different ways)
Selepas SPM
Dipendekkan cerita, setelah tamat Tingkatan 5, cita-cita saya dihalang. Hampir tiada sesiapa yang menyokong saya. Waktu itu, ramai yang menganggap saya ni masih kanak-kanak yang tidak tahu apa yang saya mahu dalam hidup dan sekadar terikut-ikut kawan. Ramai yang risau, kalau saya jadi ustaz, saya akan hidup miskin kelak sebab mereka yakin saya akan susah dapat kerja. Ramai yang yakin, kalau saya takde degree dalam bidang keduniaan, rezeki dari Allah akan berkurangan atau tidak terjamin (bagi saya, orang-orang sebegini imannya rosak dan pemikirannya sangat sempit). Ramai yang mahu saya jadi professional engineer dengan gaji RM40K sebulan. Ramai yang mahu saya jadi multi-millionaire!
Semuanya berkaitan dengan apa yang MEREKA mahu. Seolah-olah saya tidak boleh melihat kehidupan ini melalui aspek yang berbeza dengan pandangan mereka. Seolah-seolah saya tidak ada hak untuk menentukan jalan hidup sendiri. Kenapa saya harus hidup untuk memenuhi cita-cita orang lain? Selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam, kenapa saya tidak boleh menentukan lifestyle seperti mana yang saya mahu? Miskin atau kaya atau sederhana, itu sepatutnya menjadi pilihan saya sendiri. Bukankah Nabi s.a.w. dan para sahabat r.hum dah tunjukkan panduan kehidupan bagi ketiga-tiganya? Tapi malangnya mereka tidak tahu. Mereka jahil.
Worse, tidak ada yang mahu mendengar.
Dengan keputusan SPM yang agak baik, saya tinggalkan madrasah hafazan Al-Quran yang saya duduki selama beberapa bulan selepas SPM, untuk memasuki universiti. Di Multimedia University, saya meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dengan kos keseluruhan yang hampir mencecah RM100K yang saya perlu tanggung sehinggalah ke hari ini.
Di Universiti
Kehidupan saya di universiti ada yang indah, ada yang tak indah, sepertimana juga orang lain. Namun, di sebalik senyuman saya di hadapan orang, saya berasa sungguh tertekan sebenarnya. Pernah sekali sewaktu di tahun ke-2 pengajian, saya menelefon kakak saya sambil menangis. Saya memberitahu dia yang saya nak berhenti belajar. Saya nak belajar apa yang saya benar-benar minat. Saya sangat minat bergelumang dengan buku-buku agama dan bercampur-gaul bersama umat manusia untuk bawa mereka dan saya menuju Allah. Itulah keinginan saya.
Sewaktu di tahun ke-3, atas nasihat lecturer Engineering Math III saya, saya telah pergi ke klinik swasta dan diberi reference letter untuk berjumpa pakar psychiatric (pakar sakit jiwa la tu) di Hospital Melaka disebabkan keadaan saya yang terlalu tertekan. Saya telah pun pergi ke Hospital Melaka, Wad Psychiatric untuk membuat temu janji dengan doktor. Di sana saya dapat melihat sendiri orang-orang gila yang berjalan dengan tak betul sambil tersenyum-senyum kepada saya. Mula-mula teringin nak senyum balik tetapi bila tersedar, “Weh alip, kau buat apa ni senyum kat diorang. Biar benar kau ni!” Saya pun terus berjalan ke kaunter pendaftaran sambil menundukkan kepala.
Nurse-nurse pun pandang saya semacam. Agaknya diorang terfikir, “Budak ni salah tempat ke…“. Saya pulak terfikir waktu tu, “Biar benar kau ni alip. Tak pernah kau mimpi nak datang tempat macam ni. Haihh…lepas ni jangan datang dah la. Seram…” Hari temujanji dengan doktor pun tiba. Saya tak pergi. Petang tu nurse call dan marah saya sebab tak datang. Tadah telinga je la waktu dengar nurse tu berleter.
Segala tekanan perasaan, saya telan je la sehingga grad universiti. Tapi banyak juga pengalaman yang indah-indah sewaktu di universiti. Terutamanya dengan kawan-kawan.
Selepas Universiti
Saya terus jump into business. Saya nak bebas dan explore my true potential. Dah tak sanggup terima hidup ni di remote control oleh orang lain. Enough is enough. Setelah apa yang berlaku, saya tak nampak apa2 bidang pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan pemikiran saya, melainkan entrepreneurship. Maka saya pun buat la perancangan dan tindakan yang saya fikirkan patut untuk kembangkan bisnes saya.
Even so, ramai yang anggap saya buat bisnes sebab takde company nak offer saya kerja. Yang anggap saya menganggur pun ramai. Sedangkan saya dah tak ingat berapa company yang call handphone saya directly untuk offer kerja. Saya tak hantar any resume pun. Bila orang muda bagi bisnes kad, diorang anggap kita ni buat bisnes sebab takde orang nak hire bekerja.
Ada juga yang tak habis-habis dok pass kan apa2 peluang pekerjaan kepada saya, walaupun dah berapa kali saya sebut, “Saya nak buat bisnes“. Mereka anggap saya buat bisnes ni sekadar sementara menunggu saya dapat pekerjaan tetap.
Waktu tu pulak, ofis saya kat stor rumah je. So, alamat ofis waktu tu memang guna alamat rumah la. Bila macam tu, lagi la ramai yang tak anggap saya serious nak buat bisnes. Itulah mentaliti sebahagian besar masyarakat kita.
Kalau di Barat, walaupun rumah anda dijadikan sebagai ofis (with proper rooms, table, computers and inventories) mereka hormati anda. They still regard you as a serious business man. Ini pengalaman kawan saya yang buat business di Canada dan European countries.
Lantak pi la dengan orang-orang macam ni. Saya dah tak peduli apa orang nak kata. I am bloody serious. Again, enough is enough. Walaupun ramai yang anggap saya takkan boleh pergi jauh sebab saya takde experience, bagi saya, Allah bagi kita akal. Gunakan! Ramai orang yang cukup bangga dengan experience yang mereka miliki tapi bila jump into business world, jatuh bankcrupt juga.
So, what is the real benchmark for you to say that young people cannot go far in entrepreneurship, just because they are lack in experience? I believe, life is full of ups and downs. Security and stability don’t really exist in real life.
Namun kini, saya dah maafkan semua orang yang halang dan tak support cita-cita saya dulu. Saya dah terima ianya sebagai qada’ dan qadar daripada Allah. Kita sebagai hambaNya, bersangka baiklah dengan Allah.
Cita-cita Terkini
Saya nak kahwin.
Betul….serious… Saya nak sangat, sangat, sangat kahwin sekarang ni. InsyaAllah pada 27 February 2010 nanti, saya akan berkahwin dengan seorang wanita yang saya berkenan di hati sejak di MRSM Jasin lagi. Kami tak la bercinta sejak di Jasin. Cuma saya je yang menaruh perasaan kat dia senyap2 waktu kat Jasin dulu. Bercakap dengan dia pun tak pernah waktu kat Jasin dulu (haha…pecah rahsia Alip…).
Setahun lebih lepas grad, saya dah mula nyanyi sorang2 lagu Tan Sri S.M. Salim, “Apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang tak kahwin lagi…apa nak jadi…” (kekekeke)
So, sebab dah mula angau tak menentu, saya pun mula la tanya kawan2 lama yang masih ada contact dengan dia tentang maklumat berkaitan si dia. Dia kat mana, dah ada yang pinang ke, orangnya still macam kat Jasin dulu ke, dan sebagainya. Lepas dah puas hati, baru saya ‘terbang’ jauh ke United Kingdom untuk pikat dia. Lama pulak tu kene ‘terbang’. Seminggu ‘perjalanan’ baru sampai. Pastu berlaku macam2 cerita lagi. Bukan senang nak pikat dia ni rupanya.
Fuuhh…cabarannya memang macam masuk triathlon peringkat dunia la. Serious….. Macam2 amalan saya buat. Sampaikan saya mintak kawan saya yang pergi umrah pada Ramadhan 2008, untuk doakan hajat saya pada Allah depan Kaabah.
Akhirnya, alhamdulillah…pada bulan Ramadhan yang penuh berkat tahun 2008 yang lepas, baru dia nak terima saya. Dia jemput datang jumpa mak ayah dia. Lagi sekali, alhamdulillah…ayah dia bagi lampu HIJAU. “Yeay!” hehehhehehe…
So, sekarang ni saya nyanyi lagu lain la pulak, “Dulu lain, sekarang lain, dahulu sorang sekarang dah nak kahwin…” - nyanyian Tan Sri S. M. Alif (kekekeke).
Kini, saya tengah tercari-cari tempat yang sesuai untuk bawak isteri saya keluar for our first date lepas nikah nanti. Nak bagi bunga kat dia, nak bawak dia naik sampan kat tasik berdua, nak baca syair cinta kat dia (walaupun saya serious tak reti) dan lain2 lagi. Macam anda semua juga lah…
Cuma kami nak rasa semua tu hanya lepas nikah nanti. Huiihh…lebih 10 tahun menunggu tuh. Anda semua faham ke betapa mujahadahnya perasaan saya?
Akhir kata, saya tak rasa yang saya dapat bagi kad jemputan kepada semua. Sekiranya anda membaca entri ini, anggaplah anda dijemput ke walimah saya pada 6 March 2010 di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan dari 12 - 4pm. Serious, jangan malu2 nak datang. Saya NAK dan suka kalau anda datang. Kad jemputan hanyalah satu tool dan adat yang diguna di zaman ini. Tidak semestinya menjemput dengan kad. Dan saya harap anda janganlah berkecil hati sekiranya anda tidak mendapat kad jemputan dari saya. Serious, jemputlah datang nanti.
Sekian entri “Cita-cita Saya” buat kali ini.
Wassalam…
P/S: Kalau nak suggest mana2 tempat yang sesuai untuk kami punye first date nanti, bagitau la ye kat blog ni. hehehe… Terima kasih!






alif is the mannn
26 Dec 09 at 7:12 am #waa nanti dapat tgk world cup 2010 dgn wife la ek..hehe.congratz tuan director..
26 Dec 09 at 8:22 am #Comments kat fb
Mulianisa:
phewwitttt! alif, sape dak jasin tu??
Naza:
Alif, so sweeeet. Congratulations! Naza pun tertanya tanya siapakah gerangan budak jasin itu huhu.Anyway, I’ve noted your ceromony in my diary dah. Insyaallah, we’ll be there
Btw,”ramai yang anggap saya buat bisnes sebab takde company nak offer saya kerja. Yang anggap saya menganggur pun ramai” .. that is soooooo true for me too! I seriously feel your ‘kebengangan’ on this one. How I wish orang yang duk kata saya menganggur tu duduk tengok apa saya buat seharian. Memang lah kita tak dapat duit banyak banyak YET, but for me, the challange tu is part of the fun. And bila orang tengok kita macam happy je dengan apa yang kita buat ni, dia claim we are not serious. Dah memang I AM happy with what I’m doing. Salah pulak ke?Or yang sebenarnya, jelous ke? hehe
Panjang pulak saya membebel :p Congratulations again. Sooo happy for you :)…
Alif:
hehe…tq2…sapa budak jasin tu, kita biar rahsia dulu la ek. hehehe…
Naza, mmg kita kene banyak sabar la. Biarlah org lain nak cakap apa pun. Time kita susah, sapa pun tak percaya kat kita. InsyaAllah bila dah senang esok…hmmm…
Mas Masngut:
masih tertanya2 gak ni..siapakah gerangannya…
wah aliff..congratulation…
Azhar:
alhamdulillah, tahniah!
Hasif:
wahaha.. syokk arr ko nyer citer.. pepehal congrats..
Annfal:
26 Dec 09 at 10:27 pm #hmmm…sape lah agaknye ye??jiran pon xleh kasi tau ke?congrats!tp bab kad kawin tu,last nite aku ada gi kenduri kawin.xdpat kad..n ending nye aku salah msuk dewan kwin org lain..
Comments kat fb
Shazni:
Salam people and especially to Alif..
I shall make a few statements only , which shall be in point form;-
1. Huhu. mungkinkah saya tahu siapakah gerangan si dia? mcm ada instict sajer… Apa pon alif, ‘mujahad mencari cinta halal’ ini besar ganjaranya ( as so claimed by most of my friends ~LOL~), starting a new life dlm tertib dan keterjagaan…insyaAllah moga Allah permudahkan dan berkati. Best of doa to the both of you!
… See More
2. To Naza and alif… I’m all in support of entrepreneurship. You guys go do what u like. It is a sunnah with multiple oppurtunities and amplitude of rewards! I may not have the passion for it as i choose to be in the line of ’service’, but i do understand a passion for a passion worthwhile. It’s tottally awesome to do something that u enjoy and love even when the return is not much ‘yet’..subhanallah!!!
3. Alif and to semua yg membaca… You know people, it’s good to teach ourselves to recognize our emotions and esponds to stimuli. It makes us be aware, helps us to aknowledge that something is wrong and that we may need help…perhaps just a shoulder to cry on or to help us plan ahead to cope with a given difficult situation. I’m not embarresed to share that back in uni, there was a point that i went to see our clinical psycologist because i know the ’serabut’ i’m feeling is not healthy and ridiculous? ntahlah… but alls well and end well, i learn to be a better person alhamdulillah…
My point is, an aknowledgement of weekeness is in fact a strength to help us plan ahead and cope with life difficulties..wallahu’alam..
26 Dec 09 at 10:28 pm #Comments kat fb
Afbam:
alhamdulillah……aku tumpang gembira…aku pun ni tgh bersiap2 ni nak balik buat bisness,kerja sendiri.
Shahreeza (Shah):
mujahadah btol jalan idop ko nih.hehe.takpe2.its much better that terperangkap dlm rat race.ape gune keje 20thn tapi kita buat keje yg kita tak sukda dan tatau untuk apa kita wat keje tuh.
aku dtg inshaallah.first date ko nak kat msia ke?
Hayatun Baizura:
salam alif, congratz… haha patut la mse kat reunion tuh ko asek ckp ” ni bcinta dr sekolah nih, siap ckp kat azy mintak petua bagai ape la haha” sampai aku segan sgt mse tuh…anyway, azy n aku pun jumpe balik after 7-8 years, selepas msg2 dah melalui kehidupan sendiri2, mmg la rasa sgt weird, cuma kami percaya jodoh itu urusan allah; takdir mengatasi segalanya, tuhan yang berkehendakkan (f.t).
teringat i pernah tulis the article; haha kenangan… http://ejubaizu.blog.friendster.com/2009/01/
& the bisnes thing, azy baru nak start & now is the though time for us, so for this part u punye petua diperlukan…=)
Uje:
congrats alip.. panjang beno jemputan kawen ko… tp mcm aku pon tau jer sapa nih (kan shazni kan?).. adakah tekaanku benar belaka? ko first dating kat masjid wilayah pon best… hehe
p/s: sila amalkan makan vit B complex… for that ‘extra’ mile
p/s2: btw, impian ko jadi ustaz masih belom terlambat… byk jer certified courses yg boleh diambil
Daliza:
Alhamdulillah. Congrats! 1st time baca jemputan kawin yg unik cam nih. Semoga segala dipermudahkan.
Shazni:
aah lah ujey…kalau nak formal study at part time interval..alif you can try KDH..
Alif:
hehe…time kasih banyak2 la semua.
Annfal- baru la ni nak mengaku aku jiran kau? selama ni kau buat donno je dgn aku ek? kekekeke…anyway jgn risau, utk kau aku tak hantar kad kawin kot. AKu hantar kad board besar yg dah preprinted segala alamat, etc ttg walimah aku ek. insyaAllah takkan silap masuk dewan la. haha…
Shazni-TQVM. Aku selalu luahkan dan mintak nasihat kat ustaz2 la. Serious, kalau bukan diorang (ustaz2) banyak support aku, aku rasa aku dah blah camtu je from univ dulu. Alhamdulillah aku tak buat anything foolish.
Afbam- bagus2. Bila balik M’sia and nak start business, kalau nak tumpang alamat ofis ke, tumpang sewa ofis ke, etc, call je aku tau… Aku faham sgt camane org yg baru start bisnes.
Shahreeza (Shah)- tq2. Aku nak first date kat area KL Selangor dah la bang. Kau ingat aku ada private jet ke?
Aku nak keluar dating…pagi tu nikah…malam tu keluar dating. hehe…
Ashraf Khalid:
tahniah alif..all the best dalam mengejar cita2 yang terpendam tu..ada aje kawan yang saya jumpa yang sambung hafiz atau ilmu alim walaupun dia grad dan keje dalam bidang lain.tak mustahil saya rasa..
Alif:
Hayatun- hehe..mmg pun…serious batch kita kalau termasuk aku+isteri, ada 14 org bertemu jodoh. Suruh je Azy call aku bebila…boleh gi teh tarik and borak2. Boleh ajak akmal, bal, bird skali.
Uje- Kau diam2 sudah la. hehe…who doesn’t need and want the xtra ‘mile’ formula..kekkeke…thanks a lot uje.
Daliza- actually, partially was for jemputan…yg selainnya mmg rasa dah lama nak cerita. Moga kita tak jadi macam org2 yg negatif tu la….
Alif:
Uje, Shazni & Ashraf- aku skarang prefer belajar secara informal je dgn ustaz2. Ada la bukak few kitabs. Tapi kene squiz time la. Kekadang tu aku baca2, or confront something, aku call or email je ustaz2 aku tu. Mmg tak best la tapi tu at least yg aku boleh buat sebab aku tersangat sibuk. Aku orang awam je.
Bahasa Arab pun dok berterabur lagi. … Mmg aku ada terlintas di fikiran nak gi belajar alim full time bila umur dah 40 ke atas and company pun dah makin establish. Tengok la nanti. Apa2 pun kene banyak bincang kalau nak amik that decision.
26 Dec 09 at 11:36 pm #Samah:tq2 hehe…
Syamsul: most probably I will be watching world cup but my wife will be sitting beside me while reading a book.
26 Dec 09 at 11:53 pm #Comments at fb
Nora:
hai alif..congrats.
Amira:
Alif congrats, tapi ni buat tertanyer sape pulak jasin itu?? and nice entry on your cita cita..
and yes, im agree with you, bukan senang nak start bisnes sendiri nak nak kite ni muda lagi.. sebab thousand people out there still thinking working with someone aka makan gaji lagi selamat, sebab tiap tiap bulan surely gaji masuk, but berape kerat orang yang makan gaji HAPPY dengan ape dia buat..
at least you do what you like…..
again congrats!!
p/s harap2 ade announcement sekali lagi, sebab takut lupa date tu.. hhehe
Alif:
Knp tak guna nickname Nora instead of Aikawa Sheik? Kalau tak pasal gambar, mmg tak kenal langsung.
Nora- Apa kabar?
Amira- hehe..tq2 my x-classmate
Mmg plan nak menjemput for the 2nd time pun bila dah dekat nanti.
27 Dec 09 at 3:02 am #
27 Dec 09 at 5:11 pm #Tahniah! Satu lagi ‘Masjid’ akan dibina.
InsyaAllah walaupun saya salah seorang pembaca
27 Dec 09 at 10:05 pm #senyap di blog ni saya akan hadirkan diri kalau
masa mengizinkan.
hehe…tq2 Amirul..
Anyway, since anda sudah 2 kali memberi komen di blog ini, maka anda sudah tidak lagi dikira sebagai ‘pembaca senyap’ la. kekekeke…
lepas ni tak yah jadi ‘pembaca senyap’. Komen je kalau terasa nak komen.
28 Dec 09 at 1:30 am #Panjang betul intro!
28 Dec 09 at 11:46 am #Tahniah Alif. Tinggal Bal aje nih. Hehe
30 Dec 09 at 12:31 pm #kui3..betul2. bila la bal nak menamatkan zaman bujangnya… peace inchek ;p
31 Dec 09 at 11:27 am #Bila Dian dgn Bal nak kawin? hehe…
31 Dec 09 at 7:04 pm #30 Februari
31 Dec 09 at 7:58 pm #kekekeke…dulu bila org tanya kat aku pun aku cakap camtu. La ni tak dapat la 30 Feb..tapi dekat2 la dgn 30 feb..haha..
takpe, tak dapat 30 Feb, 31 April pun bolehhh…
31 Dec 09 at 8:18 pm #oit alif!! slambee..ades
01 Jan 10 at 7:33 am #atau 32 May….kekeke lagi melampau
01 Jan 10 at 9:32 am #cerita ni sangat sweet!
04 Jan 10 at 3:35 pm #kalau ceritanya pun sudah sangat sweet, macam mana lah agaknya orang yg menulisnye ye.. huarhuarhuarhuar….
I am soooo sweet! kekekekeke…mujur semut2 kat dunia ni takde ‘belalai’ macam nyamuk. Kalau tak, mesti dah habis darah aku ni di hisapnya. hehehe…
04 Jan 10 at 9:59 pm #congratulations alif!! wahh kena pegi ni.. kau buat suspen jer sape ‘budak jasin’ tu.. hehehe..
12 Jan 10 at 8:32 am #jemput2 hana. make sure acap dtg skali. alaa…sikit time lagi tau la sapa budak nye…
jemput ye semua, 6 march nanti kat dewan muslimin masjid wilayah persekutuan.
12 Jan 10 at 8:09 pm #semua entri di blog ni di feed kan ke akaun facebook sy.
kat fb, dah ada 77 comments and it’s increasing almost everyday. sy tak larat nak copy paste ke blog ni. Sesapa nak baca, jgn malu2 nak add sy kat facebook. Search je “M. Alif Nordin” dan add sy ye.
Oh ye, itu juga bermakna…anda di jemput tau.
15 Jan 10 at 12:42 am #[...] Ketiga: Facebook dan Saya Nak Kahwin Seperti mana yang saya telah umumkan di entri Cita-cita Saya, insyaAllah saya akan bernikah dengan wanita pilihan hati saya pada 26 February ini (sudah [...]
07 Feb 10 at 4:42 pm #t jgn lupe upload pic ngn idaman hati after dah nikah ek…hehehehe…btw hope kekal hingga akhir hayat (awal lak wish)…lalalalal~
21 Feb 10 at 9:52 am #tq2.
22 Feb 10 at 1:19 am #Congrats Alif! Haha… menarik betul entry kali ni.
09 Mar 10 at 3:02 pm #