Nov 18 2009
 
13

Tipah Tertipu…

loan
(picture taken from www.southdacola.com)

Assalamualaikum wbt

Pernahkah anda mendapat email seperti di bawah ini?

*********************************************************************************************************

The slowing economy has affected all of us. If your business is suffering right now due to the lackluster state of the economy; there is a light at the end of a tunnel. When business is slow, typically business owners get more creative.There are a few ways to increase your bottom-line;

”ONE OF THE EASIER WAY IS TO SECURE YOUR FINANCING NEED FROM THE BANKS.”


XXXXXX CORPORATION SDN BHD

We have been in the market for the past seven years.

We provide advisory services and have established vital links and direct channel with 13 banks in Malaysia and 16 in Singapore,

Therefore we can assist company like you, as a SME/SMIs to successfully acquire your bank financing. We guide throughout the entire process to suit those facilities for your business needs.

WHY YOU SHOULD CHOOSE US?

· We come to you.

· We do the back end running for you.

· No Advisory fee - if the loan or any application is declined by the financial institutions. However we will collect some of the up front administrative/processing fee which is non refundable but deductible from the Advisory fee.

· Most Relevant & Effective Submission of Applications. We have an in-house processing system which enables us to organize documentation  to attain a greater chance of successful approvals.

We assist in the following;

1. Personal Loan

2. Credit Card Refinancing

3. Unsecured Term Loans (NO COLLATERAL NEEDED)

4. Working Capital Financing

5. Mortgage Refinancing/Loan

6. Project Financing(Local and oversea)

Make us your corp. financial advisory partner to maximize your financial demand and most importantly, secure your financial needs in this ever more difficult, more uncertain economic situation.

PLEASE DO NOT HESITATE TO CALL OR E-MAIL FOR ANY QUERIES to

Mr X @ 01X XXX XXXX  ;   e-mail : XXXXXXXX@gmail.com

( p.s… Feel free to forward this email to those you know who can benefit from this. like your costumers or you suppliers or you can also drop us a line if you intend to remove your email address from our mailing list. Thank you.)

*********************************************************************************************************

hehe…sekiranya anda pernah mendapat email ini, maka berhati-hatilah. Saya TIDAK mengatakan syarikat sebegini PASTI akan menipu anda. Saya tidak mengatakan mustahil anda boleh mendapat kelulusan pinjaman di bank melalui bantuan mereka. Saya cuma mengatakan anda perlu BERHATI-HATI. Kenapa? Teruskan membaca.

Ada yang beroperasi menggunakan syarikat yang sah. Ada yang beroperasi atas nama individu. Kemudian, mereka akan memasang seramai mungkin agent (kaki2) di bawah mereka untuk mempromote servis mereka.

Ada agent yg tidak menipu. Sekiaranya anda layak untuk meminjam, mereka akan beritahu anda dengan jujur. Apa dokumen yang tak cukup atau perlu diperbaiki bagi meningkatkan kebarangkalian untuk permohonan loan anda diluluskan oleh pihak bank, mereka akan beritahu. Sekiranya anda memang langsung tak layak, mereka akan beritahu terus-terang.

Tetapi malangnya, ada juga agent yg akan menjanjikan perkara2 yg tidak masuk akal semata-mata inginkan wang komisen yang lumayan, terutamanya jika loan yang ingin di apply adalah satu jumlah yang besar. Ratus ribu…juta…puluh juta.  Anda sendiri sudah lihat email di atas… “However we will collect some of the up front administrative/processing fee which is non refundable“.

Antara cara yang mereka gunakan untuk menipu ialah:

1) Loan Gerenti Lulus
Yes. Mereka berani janji yang loan application anda PASTI lulus. Untuk pengetahuan anda, dalam dunia ni, there is no such thing as Loan Gerenti Lulus. Memang karut. Pergi la tanya mana2 bank atau badan2 kerajaan yg menyediakan bantuan kewangan. The rule of the game is simple. Anda layak, anda dapat. Itupun kene berhempas pulas. Jangkamasa untuk dapat duit yang dijanjikan pulak, silap2 sampai susu anak kat rumah dah takde duit nak beli pun, duit tak dapat lagi. Itu belum cerita tentang kene bertegas dengan pegawai bank/kerajaan yang mintak rasuah.

2) Multi Level Agent
Seperti yang saya katakan tadi, kebiasaannya mereka akan memasang kaki2 di bawah mereka. Cara mereka menipu ialah, mereka akan tune kaki2 mereka yang innocent tu untuk menjanjikan Loan Gerenti Lulus kepada pelanggan2 mereka. Tetapi, bila para pelanggan sudah memberi wang pendahuluan kepada kaki2 tersebut dan seterusnya kepada upline mereka, loan application pelanggan mereka tidak dihantar pun kepada mana2 bank untuk diproses. Ini kerana mereka tahu, pelanggan mereka itu memang tidak layak untuk apply loan.

Ada antara pelanggan mereka yang sudah declared bankcrupt, tetapi terpedaya dengan janji Loan Gerenti Lulus. Macam mana boleh lulus? rasuah? nak rasuah sampai ke pegawai kat Bank Negara ke? berapa banyak pegawai nak kene rasuah tu? pikir la sikit!

Ada agent yang kata “oh, kalau bankcrupt atau tak nak bayar loan tu balik, encik boleh guna nama orang yang dah mati“. Cuba kita bayang betapa pelanggan mereka telah diperbodohkan. Lebih bodoh lagi, pelanggan2 tu ingat Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri tu semuanya bodoh sangat ke? adeii…kalau diorang tu bodoh, negara kita takkan boleh membangun seperti hari ni laaa…

Yang jadi mangsa ialah para pelanggan dan kaki2 mereka yang innocent tu. Pelanggan, duit up-front lesap. Yang kaki2 tu pulak, bila pelanggan bagi duit up-front, mereka yang keluarkan resit, bukannya upline yg recruit mereka tu yang keluarkan resit. Jadi, bila pelanggan nak tuntut duit up-front mereka balik, yang kene kejar ialah kaki2 tu la.

Kesian…bayangkan kalau kaki2 yang innocent tu dah kutip duit up-front sampai berpuluh ribu ringgit. Then, upline buat dajjal, commission tak dapat, pelangan nak saman dia sebab resit dia yang issued (dengan upline tu takde sebarang perjanjian bertulis so macam mana pelanggan nak dakwa upline tu kat mahkamah?!). Ada pelanggan yang ugut nak pukul, ada yang report polis dan ada yang nak panggil press nak malukan kaki2 tu (nak bagitau yg kaki2 tu menipu la) dan macam2 lagi.

Saya berpengalaman di approach oleh agent2 seperti mereka. Alhamdulillah, dalam banyak perkara, selain membaca, saya selalu rujuk pada ustaz2 dan kawan2 yang ahli dalam bidang yang berkaitan. Bila saya tanya ustaz saya, “Ustaz, ada orang approach saya untuk buat loan Tekun (RM50K) dengan cara mudah. Sebulan gerenti lulus and dapat duit. Tapi dia mintak commission 12% daripada jumlah loan tersebut. Apa pandangan ustaz?“. Antara point yang ustaz saya bangkitkan ialah, “Komisen 12% untuk kerja sekadar siapkan dan hantar application form adalah terlalu tinggi. Di situ ada unsur gharar. Ada yang tidak jelas. Baik anta tanya sana sini kenapa begitu tinggi komisen yang diminta“.

Kami skeptical. Ada something fishy. Takut sebahagian duit 12% tu akan digunakan untuk merasuah pegawai2 bank/kerajaan supaya ‘memudahkan’ proses meluluskan loan tersebut.Kalau commission sekadar 2-3%, tak la skeptical sangat.

Nah! Itu kalau nak jaga bab hukum. Bab logiknya pula, tanya la kawan2 yang kerja di bank2. Anda bagaimana pula? Ada cerita berkaitan yang ingin dikongsi bersama? :)

This post has 13 comments.

  1. oh ye…loan gerenti lulus hanyalah melalui ah long… :P

    19 Nov 09 at 1:39 pm #
  2. Tiap-tiap tahun ada announcement skim itu ini untuk tolong rakyat dan usahawan. Mane semua duit2 tu pergi?

    20 Nov 09 at 4:28 pm #
  3. ajan

    Because, whatever that was announced during the Budget is not necessary what is received by the implementing agencies.

    They only get the money when the Government has the money. And that involves quite a lengthy process, paperss to ministries, papers to treasury and what not. Which naturally, takes a long time lah.

    20 Nov 09 at 5:40 pm #
  4. ajan

    But in the end, the agencies will still get the money. So, the money IS there.

    20 Nov 09 at 5:44 pm #
  5. samah

    pacita presentationnnn

    20 Nov 09 at 8:59 pm #
  6. kekekeke macam2 presentation, kitorang pon dah takleh keep track. tapi hari tu preseed kena reject. insyaAllah resubmit.

    good news, TEKUN Insya Allah dapat grant.

    bank dapat personal loan jer. malas nak apply business loan — kena check dengan BNM lah, audit 3 tahun lah, etc

    MARA aku dengar takde duit utk usahawan dah skang ni.

    SMIDEC dah dapat. sekarang repayment bulan2

    22 Nov 09 at 12:25 am #
  7. kongsi la citer sket camane proses yg korang lalui time apply for SMIDEc grant

    22 Nov 09 at 4:23 am #
  8. FYI, korang boleh jugak consider MIDF. Ada a few more jugak actually.

    p/s: Received an email this morning from a trademark consultant stating the importance of trademark in professional business market. The funny part is, he use a free email account; gmail.

    23 Nov 09 at 3:59 pm #
  9. alif ko kena tanya nan / fazdlee…diorg buat 100%

    azmi, mmg amateur habis. tapi aku rasa maybe kes macam aku jugak, ada mcm2 email termasuk kompeni email tapi semua bukak kat gmail sbb interface dia senang. pastu bila hantar business email, lupa nak set sender as business email so keluarlah gmail.

    23 Nov 09 at 8:52 pm #
  10. A’ah, aku pon sekali-sekala terhantar email personal guna email company sbb terlupa nk set as gmail kat Entourage ni. Tp utk kes ni, mmg dia guna gmail. Sbbnye… Dia letak email gmail kat signature. Kekekeke.

    24 Nov 09 at 2:02 pm #
  11. kekadang tu…sebab diorang ni sekadar agent…so tak dapat any company email.

    Ada juga kes yg executives kat mana2 organization yg bagitau aku diorang guna gmail sebab ada masalah dgn organization diorang punye email… i.e. inbox selalu penuh la, org email tak leh masuk inbox, etc. Dah malas nak report kat IT department, diorang guna je gmail or yahoo or whatever…

    24 Nov 09 at 4:19 pm #
  12. oh ye, kalau still nak guna service diorang utk apply any loan, my advice is for you to at least check on 2 things:

    1) check company diorang kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)whether do they really exist.
    http://www.ssm.com.my/cariannama.php

    2) Any resit/invoice/quotation,etc.. mesti from that company. Double check dgn kawan2 or other agent takut agent yg deal dgn you create a mock receipt.

    Tu at least la.

    01 Dec 09 at 12:09 pm #
  13. yana

    salam.saya da lama rancang nak niaga.grad dh 2 tahun. skang ni saya pun tengah survey nak apply loan SME BANK@ MIDF@ SMIDEC…Boleh bro explain kat saya yg mana bagus? boleh email saya di reginna_syg@yahoo.com

    17 Jan 10 at 10:44 pm #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.