Semalam saya lalu di sebuah ekspo IT. Saya ditegur oleh seorang gadis comel yang menawarkan sky-pee nya kepada saya (hehe).

Rupa-rupanya, gadis comel tu bercakap pasal Skype, teknologi komunikasi dengan cara online tu. Nasib baik dia comel, so saya tak gelakkan dia.

Skype atau Skypee?

Bukan gadis comel tu sorang je yang sebut skype sebagai ’sky-pee’, ramai rakan-rakan saya yang lain pun sebut ’sky-pee’ jugak. Cara yang official untuk menyebut Skype adalah sebenarnya seperti bunyi ‘type’, ‘hype’ atau ‘ripe’. Boleh cek kat Skype’s website niha. So, sekarang korang dah tau, sila lah sebut dengan cara yang betul. Lain lah kalau korang memang maksudkan air-kencing-dari-langit.

Adobe atau Adobee?

Adobe ni satu lagi jenama yang terkenal, tapi selalu mengonfiuskan orang ramai yang tidak berdosa. Walaupun ramai yang sebut Adobe Photoshop dengan sebutan ‘edob fotoshop’, sebutan yang official ialah ‘edobi fotoshop’. Bukan ‘edob’, tetapi ‘edobi’. Samalah dengan lain-lain produk ‘edobi’ yang lain mcm Adobe Acrobat Reader, Adobe Illustrator, Adobe Shockwave, Adobe Flash, Adobe Dreamweaver, dan lain-lain ‘edobi’. Sebut betul-betul.. Adobeee..

Nike atau Nikee?

Nike adalah jenama ke-29 paling bernilai di dunia. Yang peliknya, setakat ni dah banyak kali saya dengar orang sebut Nike dengan sebutan ‘naik’, macam ‘hike’, ‘bike’ atau ‘like’. Contohnya, sorang x-colleague saya masa di Motorola bernama Z yang merupakan orang Kedah menyebut Nike ‘naik’. Pernah juga sepupu saya bernama A sebut Nike ‘naik’ (dia orang Kedah jugak). Paling baru, kawan sekelas MBA saya pun sebut Nike ‘naik’ masa dalam kelas Marketing saya baru-baru ni. Yang menjadi lebih x-files ialah saya baru dapat tau rupa-rupanya dia pun orang Kedah jugak.

Sebutan official Nike ialah ‘naik-ki’  yang diguna dgn meluas di Amerika. Tapi di Eropah dan Amerika Selatan, diorang sebut Nike dengan sebutan ‘naik’, macam orang Kedah la pulak. Contohnya, di Brazil, penggunaan ‘naik’ sangat meluas, even dalam iklan-iklan TV Nike kat Brazil pun sebutan ‘naik’ digunakan, bukan sebutan ‘naik-ki’.

Persoalannya ialah apa hubungan orang Kedah dgn orang Brazil??

This post has 10 comments.

  1. Ada sebutan yang betul secara official, ada sebutan yang “betul” kerana semua orang di sesuatu geographical area sebut macam tu.

    Contoh: di Malaysia, orang sebut Carrefour care-four. Aku pon sebut care-four, saja nak kasi orang2 yang sebut KAFU tensen dan tertekan. KAKAKAKAA KAFU konon, engkau makan belacan nak belagak perancis

    di amerika, mereka panggil kamera Nikon (nee-con) sebagai Naikon. Sampai aku penah tengok dalam Bloomberg News, pembaca berita tu sebut Naikon. And she was right; she doesn’t owe anyone to speak Japanese words the way Japanese people say it. Samalah kes KAFU tadi. walaupun itu brand perancis, tapi kalau yg shopping tu org melayu, suka hati lah orang melayu tu nak panggil apa.

    lagi contoh: di amerika orang panggil KARAYOKI machine. mampos pi, barang jepun tapi yang melalak tu orang amerika, sukati dia panggil apa

    lagi contoh: Iraq Iran eye-rack eye-ran. dulu dekat CNN ada sorang news anchor nama dia Rudi Bakhtiar. dia sebut “Iran” betul tapi kalau sebut iraq mesti jadi eye-rack. of course that is because Ms Bakhtiar is Persian.

    while we are at it, camana nak sebut Malaysia? Malay-syer ke Malay-zher ke Malay-si-a?

    kesimpulannya, aku panggil Adobe sebagai edob, hahahahaa edob edob

    11 Nov 09 at 10:49 pm #
  2. camane nama aku ‘alif’ tapi org selalu panggil ‘aleef’ or ‘aliff’…ada kaitan tak? kekekeke…saja tulis comment sebelum tido…

    tapi kalau ‘alif’ dipanggil ‘ballack’…amacam pula?

    kihkihkihkih…saje nak buang mase Bird baca comment aku… :P

    12 Nov 09 at 2:04 am #
  3. mir_k

    Kedah dgn Brazil ada bau-bau bacang.

    Team bola Brazil guna jersey brand Nike, colour Hijau Kuning. Kedah pun guna colour Hijau Kuning gak.

    12 Nov 09 at 10:37 am #
  4. Comment kat facebookS:

    by Yus Rezal;
    mungkin pada latitud atau longitud nya sama?tp aku sebut adobe sbg ‘edop’ jek.dan aku bukan org kedah.amacam?

    12 Nov 09 at 11:39 pm #
  5. syamsul.haffiz.

    sesetengah org sabah jua menyebut adobe sebagai edop…

    13 Nov 09 at 3:50 pm #
  6. reminds me of masa kena gelak sebab tersasul sebut Samsung, Sam (uncle Sam), seng (sengaja)…patut sebut Sam (sambal), sung (sungai)…dah terbiasa…

    18 Nov 09 at 12:12 pm #
  7. haha syamsul.. kalau Adobe tu, mmg satu Malaysia la sebut edop.. tak kira la kl ke sabah ke..

    20 Nov 09 at 6:34 pm #
  8. lagi satu…siemens sepatutnya sebut zimens…betul tak iznan atau sapa2 yg speak Germansch

    22 Nov 09 at 12:27 am #
  9. Aidan sebut AI DAN ke ADEN.

    22 Nov 09 at 12:28 am #
  10. ada yg sebut aiden…

    22 Nov 09 at 5:00 am #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.