Nov 23 2009
 
8

Reunion MRSM Jasin

Hari Sabtu baru-baru ni, ada reunion 10 tahun MRSM Jasin batch 98/99, bertempat di Restoran Nelayan, Titiwangsa.

reunion_mrsm_jasin1

reunion_mrsm_jasin2

Dalam group Aidan, sekarang ni dah ada 5 orang x-MRSM Jasin yg terlibat secara full time: saya, Akmal, Fazdlee, Suhaimi dan Alif, dan kami semua dari batch yang sama. So saya bersama dengan Alif dan Akmal pun join event tu (Suhaimi dan Fazdlee tak dapat join sebab sibuk).

Tak sangka ramai yang datang, lebih 100 orang. Ada yang datang dari jauh, dari seluruh pelusuk dunia. Walaupun hujan lebat petang tu, ada jugak yg datang sebelum pukul 6 petang lagi, semangat betul.

Tapi sebelum majlis start, semua malu-malu, segan-segan. Ye lah, dah 10 tahun tak jumpa, macam Jejak Kasih. Bukan setakat nama tak ingat, muka pun dah tak cam. Yang cun, jadi makin cun (maktab kami dulu banyak yg cun), yang dulu tak hensem pulak dah jadi hensem.

Masa slideshow, kelakar jugak bila tengok gambar2 lama yang sangat klasik sekali. Semua aktiviti yg dijalankan pun sangat interaktif, dengan suksesnya mengeluarkan balik perangai lama semua yang datang. Sepanjang majlis memang bising dan meriah, terutamanya masa games bingo dan charade (dlm game charade, Akmal berjaya dptkan hamper terbesar utk group dia, dengan tekaannya yang sangat psikik).

Emcee (Loko dan Suhana) pun berjaya kontrol budak2 Jasin, yang bukannya senang nak kontrol walaupun dah jadi bapak-bapak orang. Paling pelik, sampai satu tahap tu, semua sanggup nyanyi lagu mrsm (yg lirik dan melodi nya sgtlah teruk) beramai-ramai. Tak logik betul.

Saya ambil kesempatan untuk borak dengan seramai yg boleh. Seronok jugak dengar cerita semua orang. Ada yang dah bisnes besar, pangkat besar, family besar. Perut besar pun ramai la jugak, mungkin hidup bahagia sangat kot.

Rasanya hampir semua rakan2 kat event malam tu dah pernah dengar tentang Aidan, tapi ada yg tak sure apa nature of business Aidan. So kami pun sediakan flyer khas untuk cerita tentang Aidan secara ringkas. Salah seorang staff kami, Hidayati, berjaya designkan flyer last minute, sempat la dimasukkan dalam beg door gift. So takde la penat sgt kami nak jawab semua soalan tentang Aidan malam tu. Hasilnya, ada few potential leads, nanti kami follow up balik.

By pukul 11.30 malam semua dah beransur balik. Ada jugak yang bujang-bujang terlajak tu yang sambung TT sampai kul 3 pagi, memang betul-betul all out lah. Padahal yang datang dari pantai timur sepatutnya kena kerja esoknya.

Bagi pihak geng2 Aidan yang lain, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua semua komiti tanpa gaji (Loko, Naza, Suhana, Dod, Mulia, Seri, Chem dan lain-lain) yang berjaya organize dengan jayanya dalam masa 3 minggu je. Well done! Thanks jugak kepada para sponsor dan dermawan yang lain. Ramai betul yang murah hati nak sponsor macam-macam (ada yang tak dpt datang pun sponsor jugak). Saya sorang pun dapat mug, lanyard, t-shirt, memopad, bumper sticker, voucher dan hamper.

Bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni. Next time mungkin kena tunggu gathering jubli perak (25 tahun) la pulak kot. By then, mungkin ramai dah jadi Datuk-Datuk dan Datin-Datin.

Thanks jugak kepada semua yg datang. Let’s keep in touch.

This post has 8 comments.

  1. ajan

    Sangat hebat korang punya reunion. Nak organize untuk SMSS punya macam malas.

    24 Nov 09 at 11:01 am #
  2. Suhana Sidik

    memang masa nyanyi lagu tu terbaik aa…

    24 Nov 09 at 2:15 pm #
  3. tu ah…kat jasin dulu pun tak nyanyi semangat camtu… :P

    24 Nov 09 at 2:20 pm #
  4. hafis

    aku rasa korang patut buat stiap tahunla..br best..ramai lg yg tak sempat datang..cam aku..huhu…

    25 Nov 09 at 1:01 pm #
  5. Siberkop

    Mana aku letak flyer ni haritu? Hmm, mcm menarik jer join.

    08 Dec 09 at 11:36 am #
  6. meh la join.. hm next time punye gathering tunggu lagi 15 tahun la.. jubli perak..

    09 Dec 09 at 11:35 am #
  7. sheri

    tahniah kpd aidan group. seronok tengok kawan-kawan berjaya.

    terima kasih juga kpd semua komiti majlis.

    10 Dec 09 at 3:52 pm #
  8. Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog http://jasinhomestay.blogspot.com @ 0123736548

    16 Aug 10 at 12:39 pm #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.