Ini adalah kesinambungan daripada entry saya yang lepas iaitu Cara Memohon Kerja Melalui Email. Diingatkan bahawa entry-entry memohon kerja ini lebih ditujukan kepada masyarakat umum, seperti pelajar-pelajar lepasan SPM, kolej komuniti, politeknik, kolej atau universiti yang tidak berpengalaman langsung mencari kerja. Untuk anda-anda yang hebat lagi graduate oversea dan mencari kerja di syarikat-syarikat ternama, sila baca tips2 yang ditulis oleh Mat-mat Salleh, contohnya di sini dan di sini.
Cover Letter ialah surat yang dihantar sekali bersama resume anda apabila memohon kerja. Menulis cover letter adalah suatu perkara yang mudah. Walau bagaimanapun, menghantar cover letter yang baik adalah sangat penting untuk memberi first impression yang baik kepada bakal majikan.
Pastikan cover letter anda mengandungi bahagian-bahagian berikut:
- Kepala surat (letter header) — mengandungi nama, alamat, no. telefon bimbit dan alamat email.
- Tajuk — mesti jelas dan lengkap.
- Pengenalan — memberitahu tujuan surat, iaitu memohon kerja dan melampirkan resume.
- Isi Kandungan I — menceritakan latar belakang anda secara ringkas. Latarbelakang bukan bermaksud sejarah hidup anda (tarikh lahir, kampung asal, jumlah adik-beradik, dsb.) tetapi maklumat-maklumat relevan mengenai jawatan tersebut (latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, skil). Pastikan isi kandungan padat dan tidak meleret-leret.
- Isi Kandungan II — menceritakan mengenai syarikat tersebut, contohnya mengapa syarikat tersebut sesuai dengan anda, atau mengapa anda merasa kagum terhadap syarikat tersebut. Ini penting untuk menunjukkan bahawa anda sudah menyelidiki syarikat tersebut dengan mendalam sebelum memohon kerja.
- Penutup — memberitahu harapan anda untuk dipanggil temuduga. Ucapkan terima kasih.
Berikut merupakan tips-tips yang mungkin membantu:
- Ingat bahawa cover letter tidaklah dibaca dengan terperinci oleh majikan. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkan cover letter (walau bagaimanapun, anda perlu memberi masa yang lama untuk menulis resume). Selagi cover letter tidak mencacatkan permohonan anda, tidak ada masalah.
- Ringkas! Jangan melalut dan meleret-leret. Gunakan ayat pendek dan perkataan biasa.
- Jika menulis cover letter dalam Bahasa Inggeris, pastikan surat anda bersih daripada kesilapan ejaan dan tatabahasa. Gunakan ayat pendek dan perkataan biasa, bukan yang bombastik.
- Gunakan tiga ayat sahaja untuk latarbelakang anda. Perincian mengenai diri anda perlu dimasukkan ke dalam resume, bukan ke dalam cover letter.
- Beritahu dari mana anda mendapat tahu mengenai kerja tersebut. Jika anda membalas iklan mencari kerja, pastikan anda meletakkan tajuk jawatan dengan lengkap. Sertakan nombor rujukan jika ada.
Conto
h: Cik Fatimah bt. Ali ingin memohon kerja sebagai pembantu akaun di Heng Loong Palm Oil Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeksport minyak kelapa sawit. Berikut merupakan contoh cover letter yang dihantar oleh Fatimah:
————————————————————
Fatimah Ali
No 73, Jalan Rajawali 3/4, Kampung Rajawali, 51300 Kemaman, Terengganu
fatimah.ali@gmail.com
012 444 5555
17 November 2009
Kepada:
Pengurus Sumber Manusia,
Heng Loong Palm Oil Sdn. Bhd.
Tuan,
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI EKSEKUTIF AKAUN (NO. RUJUKAN: AE 4335)
Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Berita Harian bertarikh 20 Oktober 2009. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.
Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di syarikat Leng Hoong Industries Sdn. Bhd. sebagai kerani kanan akaun. Saya telah dinaikkan jawatan daripada kerani akaun pada tahun 2007 di atas prestasi kerja yang cemerlang. Saya merupakan graduan diploma bidang perakaunan dari Kolej Komuniti Jempol.
Saya telah mengikuti perkembangan syarikat tuan sejak dua tahun lalu yang telah berkembang pesat sehingga berjaya menjadi pengeksport utama minyak sawit ke negara China. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Mandarin tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.
Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
/FA/
————————————————————
Untuk bahasa Inggeris (terjemahan bahagian isi surat sahaja):
————————————————————
The above matter refers. I am writing to apply for the said position. I learned about the vacancy from the classified ads section in Berita Harian dated 20 October 2009. I attach a copy of my resume.
For your information, I have worked as senior accounts clerk for three years at Leng Hoong Industries Sdn. Bhd. I was promoted from accounts clerk in 2007 in recognition of my outstanding job performance. I am a graduate of Kolej Komuniti Jempol.
I have followed the development of your company for two years, until your success today as a major exporter of palm oil to China. My ability to speak English and Mandarin would help me to discharge my duties better. I am a fast learner and a team player.
I hope my application will be considered favorably, and I look forward to an interview. Thanks in advance.
————————————————————
(NB: You should write a much better English letter if you are applying for executive or professional jobs at large corporations/MNCs, but the above letter written in simple Manglish should be sufficient for the general public – S.)
Akan datang: Cara menulis resume.






thanx singgah blog me yg ittewww..
18 Nov 09 at 12:47 pm #Hopefully adela la yg baca nasihat ko ni. Aku dah tak larat terima email kosong je.
Kalu malas nak bagi cover letter pun, at least intro la sket dlm email tu. Cakap la nak apply keje, jgn la biar emel kosong je. Dahla kadang2 tu attachment nama pelik-pelik (e.g baby_punye-dahrepair.doc). Nak bukak pun takut, rupanya resume.
20 Nov 09 at 4:23 pm #ada lagi satu sebab aku tak suka .doc sebagai attachment. Kadang2 doc ni besar sangat, bukan pasal gambar, tapi pasal formatting yang tah apa2…kadang2 tu takleh bukak dengan versi Word yang lama (docx) dan kadang2 bila bukak nanti formatting dia lari daripada yg asal. so guna lah PDF — portable document format.
20 Nov 09 at 10:26 pm #masalahnya Bal, diorang ni nak convert to pdf pun tak reti or tak tau pun pdf converter ni WUJUD rupanya kat dunia ni.
meh le gi sini utk sesapa yg tak tau software apa nak guna utk convert docs to pdf:
http://www.primopdf.com
free je tu. Download and install.
21 Nov 09 at 2:25 pm #thanks alif. i use primo also, simple and light software.
22 Nov 09 at 12:26 am #thanks for useful information..
14 Jan 10 at 12:12 pm #Glad to help, helwa
14 Jan 10 at 9:47 pm #Salam, Tumpang Brtnya,
10 Apr 10 at 8:07 am #address kita tu, kita leh prefer address rumah kita or address t,pat studi,
mcm sy student lgi, nk apply keja.
trima kasih kepada yg sudi mmbantu.
Saya cadang letakkan alamat tetap, iaitu alamat rumah, supaya urusan surat menyurat dapat diteruskan pada masa akan datang. kalau temporary address takut surat penting tak sampai.
14 Apr 10 at 8:15 pm #Thanx 4 ur concern…
23 Apr 10 at 1:01 am #kalau untuk fresh graduate,takde experience,gane?ape nak tulis dalam surat tu ngan resume
28 Sep 10 at 3:43 pm #tulis 1-2 aktiviti yang pernah diceburi di kolej/universiti yang relevan dengan jawatan yang ingin dipohon.
30 Sep 10 at 2:32 pm #saya nk tanya klu kte pye cover letter dlm bahasa melayu tetapi resume or CV kte dlm BI xpe ke???
01 Oct 10 at 9:55 am #sebaiknya guna bahasa yang konsisten.
01 Oct 10 at 3:52 pm #kalau satu pun aktiviti tak relevan?ataupun latihan industri yang berkaitan,boleh tak letak
04 Oct 10 at 10:25 pm #Boleh
05 Oct 10 at 8:36 am #kalau kita nak hantar resume secara walk in, kena tahu alamat company dulu jugak ke untk cover letter tu? sebab mungkin semasa nak cari kerja tengah jalan2 tanpa dirancang kita nampak satu tempat n terus nak hantar. boleh ke tulis alamat
To whom it may concern,
HR Dept.
harap taiko2 boleh tolong jawab (:
14 Oct 10 at 2:48 am #Boleh juga
15 Oct 10 at 10:42 pm #nk tanye katakan kita berminat nak bekerja kt compny tu..tpi buat masa tu tht compny xoffer apa2 job..boleh ke kita pohon jugak?????
07 Nov 10 at 4:11 pm #dan apa format cover letter it is sound like this employment opportunites at……….
tq bro.. u help me a lot..smoga ALLAH mmbalas jasa anda
08 Dec 10 at 6:06 pm #mohon dijadikan rujukan ye;)time kasih
24 Dec 10 at 3:13 pm #Hana, maaf lambat jawab. Boleh cuba, mana tahu kalau tak ada kerja pada masa sekarang mereka akan simpan resume cik, dan akan call cik semula bila ada kerja kosong nanti. Itu yg kami buat di Aidan.
Izwan / Radhwa, sama2.
24 Dec 10 at 4:56 pm #boleh x tlng sya untuk bt surat untuk memohon praktikal secara peribadi
03 Jan 11 at 3:20 pm #tumpang tny,
21 Mar 11 at 2:11 pm #sy br nk try apply job kat semi govement, so dia bagi address pun in BM ie : Bahagia sumber manusia.. masalah yer cover letter sy semua in BI.. itu boleh di ubah lagi.. but resume pun full BI.. so camner? perlu tukar resume to BM jugak ke? or cover letter in BM & resume remain in BI.. advice pls.
Thanks to alif coz share free download pdf converter.
21 Apr 11 at 5:40 pm #boleh tolg saye untuk dptkn contoh resume?
22 Apr 11 at 11:51 am #woho..kongsian yg berguna nih
25 Apr 11 at 1:37 am #thanks yew,,terbaekkk ar!! tp nk guna tulisan n saiz brape yew??
01 May 11 at 4:54 pm #thanks bagi tips ni
20 Jun 11 at 3:49 pm #Tq sebab bagi tips berguna.. terus bookmark site ni!
24 Aug 11 at 11:39 am #