• Suhaimi Ramly

      Executive Director
    • November 2, 2009 in General

    Cara Memohon Kerja Melalui Email

    Berikut merupakan email sebenar yang saya terima beberapa hari yang lalu, daripada seseorang yang ingin memohon kerja di syarikat kami:

    minta-kerja

    purchase viagra no rx

    Terdapat beberapa kesilapan asas yang telah dilakukan oleh pemohon tersebut. Berikut disenaraikan kesilapan-kesilapan tersebut.

    Kesilapan Besar

    1. Tidak menghantar apa-apa teks sebagai cover letter, atau sekurang-kurangnya cover letter dalam bentuk attachment. Keseluruhan teks email tersebut hanyalah: Get your new Email address! Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
    2. Tidak meletakkan tajuk yang sesuai pada email tersebut. Tajuk email tersebut hanyalah “resume”.
    3. Tidak langsung memberitahu apa jawatan yang dikehendaki, sama ada di dalam cover letter atau resume. Yang ada cuma resume yang dibuat menggunakan template.
    4. Tidak memanggil penerima menggunakan gelaran yang betul (i.e., Tuan / Puan).
    5. Tidak memberi salam / salutation.
    6. Tidak mengucapkan terima kasih.
    7. Tidak meletakkan contact number di dalam email.

    Kesilapan Kecil

    1. Menggunakan alamat email kebudak-budakan seperti puteri_dangdut@yahoo.com atau hotprincezz060986@hotmail.com. Jika anda ingin memohon kerja melalui email, sila gunakan email yang mengandungi nama sebenar anda, seperti faridah.ali@gmail.com atau faridah_ipoh@streamyx.com. Jangan guna email peribadi yang menampakkan anda sebagai tidak serius, walaupun anda telah menggunakan email tersebut selama 10 tahun. Seboleh-bolehnya guna email provider yang dihormati (Gmail), dan elakkan email provider berreputasi rendah seperti MSN, hotmail, dsb.
    2. Menggunakan nama email yang kebudak-budakan. Nama email ialah nama yang diletakkan sekali dengan email, seperti “NAMA “. Ini kerana nama ini akan muncul di dalam inbox email majikan tersebut. Sebaik-baiknya gunakan nama sebenar anda. Cuba bayangkan persepsi majikan tersebut jika me

      nerima email bertajuk “Ingin Bekerja di Syarikat Tuan” daripada “Puteri Dangdut”?

    3. Tidak meletakkan tajuk yang baik untuk attachment. Sebaik-baiknya, letakkan nama anda sebagai tajuk resume. Contoh: “Resume Suhaimi Ramly.doc”. Saya secara peribadi lebih menyukai dokumen dalam bentuk PDF.
    4. Tidak memberitahu sumber pemohon mendapat tahu mengenai kerja tersebut.

    Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk memohon kerja melalui email:

    1. RESEARCH — sila gunakan Google untuk menyelidik mengenai syarikat tersebut.

      Jika syarikat itu tidak mempunyai apa-apa maklumat online, sekurang-kurangnya anda perlu tahu mengenai apa bisnes syarikat tersebut secara umum.

    2. SET-UP — pergi ke Gmail dan buka akaun email seperti berikut: (nama) (nama bapa) levitra cialis viagra at gmail dot com. Contoh: faridah.ali@gmail.com. Jika nama anda panjang, pilih dua nama favorite anda dan buka akaun email (nama favorite 1) (nama favorite 2) at gmail dot com. Contoh: tengku.fazillawati@gmail.com. Kelebihan cara ini ialah ia boleh menyusahkan majikan anda membuat “informal background search” di Facebook dan Friendster.
    3. COMPOSE ATTACHMENT — tulis resume dan cover letter anda. Tips menulis resume dan cover letter akan dihuraikan dalam entry lain. Tukar file anda ke dalam format PDF.
    4. COMPOSE EMAIL — cut & paste cover letter anda ke dalam teks email. Pastikan anda:
      • meletakkan tajuk email yang lengkap dan jelas, contohnya “Permohonan Kerja Sebagai Kerani Akaun (Faridah Ali)”;
      • memberi salam / salutations;
      • merujuk majikan dengan gelaran yang betul;
      • memberitahu dari mana anda dengar mengenai kerja kosong tersebut;
      • menceritakan latar belakang ringkas (3 ayat maksimum);
      • memberikan no. telefon anda;
      • memberitahu harapan anda agar dipertimbangkan untuk temuduga;
      • mengucapkan TERIMA KASIH (chettttt, ini pon kena bagitau ka).
    5. FOLLOW-UP — jika anda tidak menerima apa-apa berita dalam masa satu minggu, email semula.

    Akhir sekali, saya ingin bangkitkan satu soalan perbincangan: perlu tak letak gambar dalam resume? Sila beri pendapat anda di ruangan komen.

    zp8497586rq

    Comments

      • syamsul.haffiz.

      • November 2, 2009 at 4:43 pm

      perlu.terutama calon calon wanita.memudahkan tugas en alif khususnya.



    • sangat perlu letak gambar dalam resume… but only if you applying as runaway model, pembaca berita, flight attendant, or nak masuk akademi fantasia. if not, tak payah letak gambar.



    • kena letak gambar. takyah cun pun takpe, asalkan presentable. bukan calang-calang orang boleh jadi wakil company ni.



    • byk yg konon nak apply position graphic designer, tapi gambar sendiri pun terlebih gelap, senget and crop tak betul.

      byk jugak gambar yg tak proportionate, so gambar jadi either terlebih kurus or terlebih gemuk. tolong la adjust betul2.



    • Comments kat Facebook:

      Amin Khalid;
      Perlu.. Nak tengok awek cun ke tak~! Haha.. Ops.. Nampaknya saya dah melakukan salah satu kesilapan kecil…. Hurm…

      Mohd Hashim Ujang;
      Tips yg sgt bagus. Mohon permission utk copy & sebarkan tips ini nak guna sama ada utk ‘kelas tdk rasmi’ kpd anak buah/saudara yg tgh cari kj, atau sbgnya. Sdra Alif dah dapat amal jariah hanya dgn menampal tips ini dlm facebook, tahniah. Keep up the good work.

      Psl gambar, saya rasa t’pulang pd org yg nak memohon. Mungkin kalau kj tu ada kaitan dgn public relation (cth: customer service, marketing, etc) seeloknya letaklah gambar utk tunjuk kekemasan dan perawakan yg sesuai. Tp kalau kj yg x bnyk b’gantung kpd penampilan sebagai aset utama (cth mcm system analyst) maybe x perlu kot. Tapi kalau letak pun apa salahnya. Nampak lbh jujur & confident dpd org yg sembunyi2, tak mau nmpk muka. Betul x?

      Amin Khalid;
      Setuju dengan kenyataan di atas. Sebenarnya gambar boleh menampakkan ciri-ciri bertapa seriusnya seseorang untuk memohon kerja.

      Syamsul;
      kene amik gambar muka serius ke?..hmm..ho ho

      Amin Khalid;
      Haha.. Abis takkan nak amik gambar tak serius? Pernah tengok tak resume paling kelakar? Siap dengan gambar dia bersilat skali masuk dalam resume… Niat dia nak wat resume paling gempak, last skali jadi bahan jenaka…

      Syamsul;
      silat??hadoi…cobaaaann..

      Ahmad Fairus a.k.a. Afbam;
      alif, kalau puteri dangdut doesnt sound serious….what about bukan_puteridangdut@gmail.com…..
      gurau je bro….anyway, very good info!

      Alif a.k.a. Ballack (sapa nih??);
      Bal deserves all the credit for making up this post.

      Hashim, nak paste or share kat mana2 pun amik la. Cuma kalau copy and paste kat mana2, letak la source amik from blog.aidan.com.my

      Btw, the worst Job Application through email that I’ve received was like this; “mencari kerja”. That’s it. Tajuk email takde, nama or no tepon takde, terima kasih takde…RESUME pun takde! Imagine that…

      oh, and mamat tu hantar that “mencari kerja” message through Contact Us form kat our website… :-S

      Iznan (issh…mamat ni lagi?!);
      bal menulis dalam BM…cayalah BAL…blog aidan tak leh buka

      Faiz;
      Alif, bila boleh jumpa mau discuss?

      Ahmad Firdaus a.k.a. Fido;
      hehe aku dh agak mesti sbb ade foul applicant ni.. anyway, gambar kene letak kalo hensem/cun, kalo x hensem/cun pon letak gak sbb dh mcm tradition je.. mnc mungkin xyah kot..

      kalo letak gambar tu, tolong la baju serius sket, muka serius/confident.. baju pon same kot.. kalo letak gamba kt disneyland pon boleh gak.. tp apply la keje jd clown ke.. hehehe.. sure nmpk cam org ade experience..



    • Berkenaan gambar:

      Saya belajar kebanyakan skill meminta pekerjaan ketika menuntut di US dahulu. Saya telah mengikuti pelbagai kursus menulis resume, kursus memohon kerja, career talk, mock interview, dsb. Satu perkara saya pelajari pada masa itu ialah, majikan di Amerika Syarikat TIDAK BOLEH bertanya langsung mengenai bangsa, agama, sexual orientation, status perkahwinan, bahkan umur dan kerakyatan!. Ya, adalah ILLEGAL bagi majikan di US bertanya soalan-soalan tersebut. Kalau tak percaya baca

      http://jobsearch.about.com/od/interviewsnetworking/a/illegalinterv.htm

      Maknanya, anda mesti menyorokkan sebanyak mungkin maklumat peribadi anda kalau memohon kerja di US. Bahkan satu masa saya pernah di kritik oleh seorang pakar menulis resume kerana saya letak date of birth (29 Dec 1982) dan place of birth (KL). Kalau umur pun tak boleh disclose, apatah lagi maklumat yang lebih peribadi seperti agama, bangsa, sexual orientation dan status perkahwinan. Bagi mereka, it’s none of their business. Bukan setakat none of their business, malahan HARAM dari segi undang2 mereka.

      Of course, itu semua tak boleh pakai selepas saya balik Malaysia…(continue)



    • Bila saya balik Malaysia, saya terkejut kerana dalam interview pertama saya, saya ditanya macam-macam soalan (eleh, terkejut ke “terkejut mengada-ngada ala budak oversea baru balik Malaysier”?) sehinggakan maklumat yang tersangat peribadi pun ditanya. Ini termasuklah soalan-soalan seperti “adik apply kat mana lagi? diorang offer berapa starting dik?” dsb.

      Dan format resume yang dibuat mengikut cara saya belajar di US tidak boleh digunakan di Malaysia. Majikan di sini mengharapkan semua jenis maklumat dalam resume.

      Mula-mula saya rasa rimas kerana saya dah terbiasa dengan confidentiality (ecehh, “culture shock selepas balik Malaysier”). Frasa “it is none of your business” tidak boleh digunapakai di sini.

      Kemudian selepas saya MENJADI majikan (circa 2007), baru lah saya faham kenapa majikan nak semua perkara tu. Bila kita nak hire pekerja, kita nak tahu sama ada dia ada masalah peribadi ke, atau dia ni jenis yang suka buat masalah ke, atau dia ni jenis yang selalu “cuti sakit” ke, dan sebagainya. Cara terbaik ialah untuk mengorek sedalam-dalamnya lubang pekerja tersebut sehingga semua maklumat peribadinya terburai di lembah hina (kekeke). Ini termasuklah menggunakan Google, Friendster, FacebookS dan sebagainya.

      Kesimpulan: sistem mana baik, US atau Malaysia? Sebagai majikan, hands down sistem Malaysia. I like more information to base my decision. And I like common sense.

      But laws are there for a reason. Ada sebab kenapa US ada perkara-perkara tu, untuk mengelakkan institutionalized discrimination. Kalau di Malaysia, diskriminasi ni…hmm…panjang pulak nanti nak ulas.

      Kekekeke saya bukan mat study oversea yang balik lepas tu point out semua benda lagi baik di luar negara. I love Malaysia :P



    • ringkas tapi padat dan tepat


      • yus rezal

      • November 5, 2009 at 2:39 pm

      alah..pakai jobstreet punya template jek.senang.official apa.gambar kalo tak taruk nnt majikan tu nak jugak.


      • Hisyam

      • November 24, 2009 at 11:27 pm

      Aku ingat nak minta keje Aidan jugaklah. Tapi Aidan IT and consulting related. Takde plan utk join broadcast ke? Be it iptv or dvb-t/s/s2/h ke?

      Kalau ada head hunt akulah.


      • Hisyam

      • November 24, 2009 at 11:28 pm

      Hancur abis aku campur english ngan bahasa.


      • bud

      • December 3, 2009 at 10:58 pm

      sape tak reti nak wat cv ..boleh ikut template https://europass.cedefop.europa.eu
      europe style..just isi2 korang nyer details. then nanti siap boleh pilih korang nak format dlm .doc ke pdf ke.



    • thanks bud…site tu berguna


      • Hashim

      • December 9, 2009 at 11:53 am

      emmmm….good2 ade job vacancy x



    • [...] balas dari mereka tentang permohonan anda lebih dari seminggu. *Kredit gambar & artikel dari Aidan Artikel-artikel yang berkaitan:Contoh Surat Permohonan Kerja Melalui EmailFormat Surat [...]



    • mcm mane nk mohon ye?? sy ni lgsg xthu pasal internet….lgsg x fham mcm mne cre2 nye….



    • mcm mane nk mohon pkerjaan ye?? sy ni yg lemah dlm internet….lgsg x fham mcm mne cara2 nye….



    • hyee nk tnye laa cmne nak insert picture ke dalam resume..xpndai laaa..huhuk..



    • aslammualaikum saye luqman b. mohd jamil saye dari banting selangor.saye mempunyai sijil bst&tkf saye nak sangat kerja atas kapal sebagai o.s&stweard saye ingin mencari pengalaman..tlong la bantu saye untuk mencari pengalaman..klu ade hubungai saye 01112554585..sekian terima kasih


      • mad

      • September 1, 2012 at 10:10 pm

      haha,puteri dangdut!tu saya puny emel la!!
      ~~~~gurau2!terima ksih ats info!bgune sgt niiiii


      • min

      • September 11, 2012 at 3:18 am

      thnks..


      • shaz

      • December 19, 2012 at 5:46 pm

      salam,

      Bagaimana pula dengan expected salary. Seeloknya letak di resume atau cover letter?