
Assalamualaikum wbt
Apakah makna Watt Pra Siamton? Saya pun tak tahu. Pada mulanya saya agak optimis ia adalah bahasa Thai. Maka saya telah cuba menggunakan translate.google.com untuk menterjemahkan perkataan tersebut ke bahasa Inggeris. Ini adalah hasil yang saya dapat:
Thai -> English: Watt Pra Siamton (sama sahaja)
Hebrew -> English: Previous pra Siamton
Indonesia -> English: Pre-watt siamton
Malay -> English: watt pre siamton
Saya telah cuba lagi dengan pelbagai bahasa, i.e. Vietnam, Filipino, Hindi, etc… namun masih tiada apa-apa hasil. Wah…nampaknya Google Translator pun tak cukup data untuk mengetahui makna Watt Pra Siamton. Hehe…
…takpelah…itu tidak berapa penting. Mari kita teruskan berbicara tentang perkara yang lebih penting.
Sebenarnya, gambar di atas adalah salah satu brochure 4 nombor ekor (4D) yang telah dihantar ke ofis kami di TTDI. Apa yang menarik bagi saya ialah, mereka begitu bersungguh-sungguh mempromosikannya menggunakan konsep direct marketing. Elemen-elemen asas di dalam konsep direct marketing telah mereka gunakan dengan baik sekali. Pertama sekali, mereka menghantar brochure tersebut menggunakan pos (daripada Kedah dan Perlis tuh…) terus kepada saya (ya, kat envelop tu tertulis dengan jelas nama saya
…dari mana dapat nama dan alamat ofis saya tak tau la). Ini juga bukan pertama kali mereka hantar, dah sepuluh kali kalau tak silap. Minggu lepas je 4 brochure diorang hantar.
Kemudian, mari kita perhatikan brochure tersebut pula. Siap ada ‘TOK GURU’ untuk menunjukkan kredibiliti mereka. Siap ada nombor telefon, alamat, testimoni dan ayat marketing yg gempak2 untuk menarik perhatian saya.
Antara ayat-ayat marketing dan testimoni yang mereka gunakan ialah:
“…Jika anda mempunyai masalah berikut:- untuk mendapatkan kesihatan, susah mendapat pekerjaan, sering bernasib malang dan kurang berjaya, tidak tahu tuah diri sendiri, nasib nombor ramalan, bla..bla..bla…”
“…Tok Guru sedia membantu selesai masalah anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, peluang yang baik tidak akan datang berulang….setiap masalah tentu ada jalan penyelesaian. Hanya dengan usaha yang gigih serta tidak berputus asa akan dapat menyelesaikan masalah anda…”
“…pada mulanya saya langsung tidak percaya akan kandungannya, tetapi sesudah tiada cara lain akhirnya saya membuat keputusan untuk mencuba menghubungi Tok Guru untuk mendapatkan bantuan….dengan bantuan Tok Guru, Tok Guru telah memulihkan perniagaan saya. Saya amat bersyukur kepada Tuhan bagi mempertemukan saya dengan Tok Guru Wat Hatthaliwan…”
“……saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tok Guru dan sebagai jasa baiknya, saya menunaikan janji dan permintaan Tok Guru untuk menolong dan mendermakan sebanyak 25 peratus dari jumlah wang kemenangan saya kepada anak yatim tanpa mengira bangsa dan agama…”
Ada juga snapshot nombor ekor yg berjaya (nak tunjuk bukti la tu…):- ada yang RM200, ada yang RM270, ada yang RM190, ada yang RM700.
(ingatkan ratus ribu…rupa-rupanya tukar sebijik tayar kereta saya pun dah habis duit tu…. jap…jap….sebelum saya sambung, bagi saya masa untuk gelak sekejap …kehkehkehkehkehkehkehkehkehkehkehkehkehkehekehekehekehkehekehkehekehkehkehekhekehkehkehkeh
kehkehkehkehkehkehkehkehkehkehkehkehkehkehkehkehkehekehkehkehkehkeh ….hmmm…ok2…dah steady sket…. )
Serious, setiap kali saya baca brochure mereka, saya rasa nak gelak yang amat. Rasa sedih pun ada. Rasa nak gelak kerana melihat kesungguhan mereka menggunakan direct marketing untuk mempromosikan nombor 4D. Ianya agak bertentangan kerana mereka mempunyai kepandaian serta sikap yang rajin untuk menyiapkan brochure, print dan buat direct marketing tetapi tujuannya adalah untuk mempromosi nombor 4D yang kebiasaanya hanya melibatkan orang-orang yang malas dan bodoh sahaja.
Rasa sedih pula kerana melihat tahap pemikiran mereka yang begitu rendah dan kejahilan yang amat. Kalau nak cerita dari aspek agama Islam sudah pasti ianya haram dan setiap yang haram pasti ada keburukannya yang Allah mahu kita terpelihara daripadanya. Kalau dari aspek kebodohan pula…bagi saya agak susah untuk dirungkaikan. Kenapa mereka tidak nampak ianya satu kebodohan sedangkan mereka cukup bijak untuk mengulang-ulang ayat-ayat seperti:
“…peluang yang baik tidak akan datang berulang…”
“…Hanya dengan usaha yang gigih serta tidak berputus asa akan dapat menyelesaikan masalah anda…”
“… Saya amat bersyukur kepada Tuhan…”
“…menolong dan mendermakan sebanyak 25 peratus dari jumlah wang kemenangan saya…”
dan macam-macam lagi.
Pelik. Sangat pelik. Adakah mereka mentakrifkan bahawa ‘usaha yang gigih dan tidak berputus asa’ itu bermaksud bersusah payah berjalan untuk beli tiket bas dan pergi ke Kedah atau Perlis untuk mencari Tok Guru dan meminta nombor ramalan daripadanya?
Pelik. Sangat pelik dengan pelbagai takrifan manusia tentang ‘berusaha’.
Hmmmmm…takpelah. Yang paling penting, kita jangan jadi seperti mereka.
Dalam Aidan, kami sering dinasihati oleh advisor kami tentang sikap dan cara untuk berjaya. Yakinlah bahawa dalam perkara dunia mahupun agama, sekiranya nak berjaya, kita mesti ikut cara orang yang telah berjaya. Tidak ada jalan singkat untuk berjaya. Period.
Fahamilah resam hidup di dunia. Jangan sesekali mengharapkan keajaiban berlaku dalam kehidupan kita walaupun Allah mampu untuk berbuat segala jenis keajaiban kepada sesiapa jua. Sekali-sekala Allah tunjukkan yang pelik-pelik. Sekali-sekala Allah bantu dengan cara yang susah diterima akal. Itu semua sekadar untuk meyakinkan dan mengingatkan kita bahawa hanya Dia yang Maha Berkuasa. Dia lah yang memberi rezeki walaupun depan mata nampak kita yang dok kerja tunggang terbalik untuk cari sesuap nasi. Dia lah yang mengawal segala-galanya. Dia lah juga Tuhan Yang Maha Adil dan tidak akan menzalimi hambaNya.
Pada masa yang sama, Allah sendiri ajar hambaNya melalui para nabi a.s. tentang cara untuk hidup di dunia adalah dengan berusaha. Hendak benda baik dan untung besar pasti perlu banyak pengorbanan. Perlukan masa. Jalan yang haram atau yang halal…itu adalah ujian. Sudah pasti yang haram itu nampak manis dan mudah sedangkan yang halal itu nampak susah dan berliku-liku. Itulah mainan syaitan.
Memang ada yang pergi ke kasino di Genting Highland dan menang loteri RM500K tapi kehidupan mereka tidak pun berubah menjadi lebih baik. Hampir tiada orang sekeliling yang mendapat manfaat daripada duit mereka. Akhirnya mereka kembali miskin. Back to square one. Kenapa? Pergi berjudi atau main nombor ekor itu sendiri sudah menunjukkan kebodohan. Bagaimana pula mereka ni boleh tetiba jadi pandai untuk menguruskan duit sebanyak itu!
Akhir kata, kalau tak faham jugak, fikir macam ni je lah. Kalau main nombor ekor boleh jadi kaya, pergi tanya semua yang listed dalam 100 richest people in the world tu.
“Yo! Uncle Gates, do you play nombor ekor 4D to get rich as how you are today?”
Haaa…lepas dah dapat jawapan, kongsi-kongsilah dengan kengkawan di blog Aidan ni ye.
Oh ye…ni ada sedikit pesanan sekadar renungan kita bersama:-
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi nasib adalah perbuatan keji dari amalan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan.” - Al-Maidah:90
Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud::
Barangsiapa yang mengambil sebahagian daripada ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian daripada sihir. Setiap kali bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pula ilmu sihirnya.
(Dikeluarkan Abu Daud:3950; Ibn Majah: 3726)
Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud:
Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.
(Sahih Muslim: 2230)
Wassalam…






Hehe… terrernya tok guru to tgk nombor ye…agaknya tok guru pakai kete apa la agaknya, felari, merc,lori haha…..almaklum la asyik kene nombor je….kot..kot moto kapcai pun xde..hehe…insaflah wahai umat..
11 Oct 09 at 10:51 am #Tok Guru ada buku keputusan nombor ekor daripada masa hadapan macam dalam cerita ‘Back To The Future’ tu kot?? haha…
11 Oct 09 at 12:34 pm #