Oct 14 2009
 
3

Pelanggan Sentiasa Betul?

customer is always right

  1. Sebagai peniaga/usahawan adakah ia penting untuk menunjukkan anda di pihak yang betul?
  2. Antara mengakui pelanggan anda tidak berpuas-hati atau membuktikan bahawa mereka salah, mana satu pilihan anda?
  3. Anda boleh menegakkan kebenaran atau anda juga boleh berempati. Tetapi anda tidak boleh melakukan keduanya.
  4. Keinginan untuk mengajar seseorang (pelanggan) bukanlah sifat Kapitalisme. Ia adalah sifat semula jadi manusia (tapi kita selalu ambil mudah dan menyalahkan Kapitalisme).
  5. Peniaga dan usahawan yang cerdik paham maksud ‘BETUL‘ dalam ungkapan ‘Pelanggan Sentiasa Betul‘. Ungkapan ini bukan bermaksud pelanggan sentiasa menang dalam semua perbalahan, debat atau pun kes mahkamah.
  6. Ia bermaksud — jika anda mahukan pelanggan kekal dengan anda, anda perlulah sentiasa membenarkan mereka percaya mereka dipihak yang betul.
  7. Di saat anda menyalahkan mereka, anda kehilangan pelanggan anda.
  8. Jika anda nampak pelanggan anda tidak gembira, ya!  memang mereka benar-benar tidak gembira.
  9. Cuba empati dengan mereka. Akui yang anda menyedari mereka tidak berpuashati atau marah. Cuba dengar keluhan mereka dan akui yang anda paham dengan mereka. Hargai keluhan yang diberikan dan berterima kasih atas teguran tersebut.
  10. Jika anda tidak boleh melakukan semua ini, silalah teruskan memecat pelanggan anda. Lambat laun, mereka akan tinggalkan anda juga….

p/s: on a lighter note, saya kongsikan jenaka ringan tentang pelanggan.

This post has 3 comments.

  1. Nope. Pelanggan tak sentiasa betul.

    Penjual perlu tunaikan hak pembeli. Pembeli pun perlu tunaikan hak penjual. Kalau dua-dua pihak faham tentang perkara ni, dunia ni lebih aman.

    15 Oct 09 at 12:26 pm #
  2. Iman

    Alif, awak salah understand kot. Apa yang Akmal maksudkan ialah buat customer anda rasa dia memang betul. Kalau peniaga buat pelanggan rasa yang mereka betul, pelanggan akan datang balik kat peniaga tu. Saya rasa argument tu memang betul. Cuma kebanyakan peniaga ada ego yang fikir mereka sahaja yang betul. Lambat-laun semua pelanggan laru

    21 Oct 09 at 11:59 am #
  3. Oh, saya faham apa yg Akmal tulis. Takde salah faham. Saya cuma beri pandangan dari aspek yg lain. Aspek yg lebih general.

    Mungkin sebab sy tulis “Nope, pelanggan tak sentiasa betul” kat awal2 lagi, so nampak macam sy nak defend or bias to diri sendiri as peniaga.

    Kalau customer betul, betullah. Kalau customer salah, salahlah. Cuma, cara nak handle the situation kene guna point no. 6 yg Akmal tulis tu la.

    Kitorang pernah je ada few clients yg cuba kelentong kitorang… :)

    22 Oct 09 at 2:53 am #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.