- 100% daripada orang yang membaca entri ini mempunyai FACEBOOKS. Anda semua adalah pencacai FACEBOOKS.
- Saya takde FACEBOOKS.
- Ramai orang tanya saya, “Bal kenapa tak guna FACEBOOKS” dan tidak kurang yang mencakap “Bal ni ketinggalan zamanla” atau “Bal ni tak ikut perkembangan teknologi la”. Itu adalah tidak betul. Saya graduate dari Institute of Technology sedangkan mereka graduate dari University sahaja.
- FACEBOOKS tidak mendatangkan apa-apa faedah buat saya. Bukan sahaja FACEBOOKS malahan saya tidak pernah mempunyai “frenster”, myspace, dan etc. Saya cuma guna Internat untuk e-mal dan surfing semata-mata, dan juga untuk mengemaskini laman web peribadi saya.
- Cuba beritahu saya apa ruginya saya tak ada FACEBOOKS.
- Main flash game? Tak berminat.
- Buat online quiz? Tak berminat.
- Cari awek FACEBOOKS? Tak berminat.
- Keep in touch dengan kawan lama? Saya lebih suka guna cara lama: e-mal, telefon dan surat-menyurat. Ya, saya masih lagi menulis surat kertas. Semalam saya telah terima dua pucuk surat dari kawan saya di Melaka (orang yang sama tulis dua surat), dan saya baru membalasnya sebentar tadi. Lidah saya masih terasa setem.
- Pagi tadi juga saya menerima satu poskad dari bekas pelajar saya yang baru memulakan pelajaran di luar negara. Beliau tahu saya lebih menghargai penulisan yang pendek di atas poskad tersebut berbanding penulisan yang panjang di dalam e-mal.
- Walaupun saya takde FACEBOOKS saya lebih banyak keep in touch dengan kawan-kawan lama berbanding anda pencacai FACEBOOKS sekalian.
- Apa lagi?
- “Bal, ko kan buat bisnes. FACEBOOKS ni boleh guna sebagai marketing tool”. Baiklah. Sila jawab soalan ini untuk saya: bilakah kali terakhir anda membelanjakan wang ringgit anda untuk membeli produk atau membayar perkhidmatan yang pertama kali anda menjumpainya di FACEBOOKS?
- Saya tau jawapannya, iaitu “tak pernah sekali pun”.
- Lagi?
- “Kat FACEBOOS boleh plan macam-macam events”. Untuk organize events tidak perlu FACEBOOKS, boleh dibuat melalui e-mal dan telefon sahaja.
- “Kat FACEBOOKS boleh post video, gambar, link, notes, chat, etc”. Semua itu tak perlu FACEBOOKS. Saya boleh post semua itu di laman web wordpress, dan chatting boleh dibuat di meebo.
- Siapa lagi boleh beri sebab kenapa saya rugi bila tak ada FACEBOOKS? Tiada siapa. Ini kerana FACEBOOKS adalah membuang masa jua.
- Selain membuang masa, ianya (FACEBOOKS) tidak mempunyai faedah yang nyata samada dari aspek sosial, ekonomi mahupun kehidupan seharian.
- Oleh itu, jangan lah ajak saya buat FAECBOOKS. Saya lebih rela melakukan self-castration daripada buat FACEBOOKS. Sekian, Wassalam.
Posted by Suhaimi.
Filed under Creativity, General
Posted on Fri, 30 October 2009 at 5:00 pm
Subscribe to RSS 2.0 feed.







btw, it’s facebook not facebookS. har har har, padan muka!
30 Oct 09 at 6:53 pm #who said anything about facebook?
30 Oct 09 at 8:19 pm #elele…takyah ler nk cover
30 Oct 09 at 8:55 pm #mana ada facebook la, FACEBOOKS
30 Oct 09 at 9:41 pm #few days back aku and wife gi makan kat food court jusco au, ada 5-6 orang around aku tgh browse internat kat laptop diorang, from table aku boleh nampak all the screens, and at one time aku tgk semua tgh surf facebook
31 Oct 09 at 7:04 am #enche Dian: FACEBOOKS is true jugak…applies to those who have many FACEBOOK accounts
31 Oct 09 at 7:40 am #ana pon takde facebooks, frensters, myspaces… sebab tu semua agenda yahudi, nak bunuh umat islam di palestin.
KAH KAH KAH KAH.
31 Oct 09 at 7:55 am #self castration? hihihi
saya pun x suka guna facebooks
30 Nov 09 at 6:09 pm #and myspaces and frensterssss hihi
30 Nov 09 at 6:09 pm #Aku ketagihan fb.. sebabnya.. aku feel macam aku dok ramai2 dengan kawan2.. then aku dpt track kawan2 lama aku.. tu jer.. tapi tak salah kalau tak ada fb pun.. masing2 ada kehendak dan keperluan masing2..
16 Feb 10 at 12:36 am #aku nak wat gok fc tapi payoh serabut dok cre terus
16 Jun 10 at 10:01 pm #Salam,
Setiap orang ada kehendak masing2.. tak perlu anda nak lebelkan orang yg mempunyai facebook nie sebagai pencacai.
“Walaupun saya takde FACEBOOKS saya lebih banyak keep in touch dengan kawan-kawan lama berbanding anda pencacai FACEBOOKS sekalian.”
Tu hak anda utk menggunakan kemudahan yg ada atau tidak. tidak perlu labelkan kami sebagai pencacai.
15 Jul 10 at 3:17 pm #Bal n Taufik,
Pencacai tu apa? kekekeke…
15 Jul 10 at 8:43 pm #Aku ade facebook…..tapi aku tak penah request orang jadi kawan aku…bukan apa…..aku tak nak orang kata aku gedik2x nak jadi kawan dia orang…..Kalau orang request jadi kawan aku….kalau aku kenal..aku accept cepat2x..aku menghargai……tapi status selalu kosong…..amat jarang reply status orang….Bagi aku…ia cuma alat untuk aku memantau aktiviti orang lain….hahahhhahha
21 Jul 10 at 1:06 am #Facebook ni kalau ko emosional…x bagus sangat…sebab dikhutairi semua benda ko nak bubuh kat status ko…..
Aku pun ada FB.. tapi guna just nak keep in touch dgn friends dan family.. Kalau add aku tanpa intro, aku reject bulat2..
Sham, mmg ada yg jenis tulis semua bende: “harini i potong kuku”, “semalam i beli stapler”, “esok i nak menguap”..
04 Aug 10 at 3:51 pm #Kekadang kita betul…tp jangan guna bahasa pencacai fb….dengan fb saya berdakwah….dah ramai pendakwah masuk ke ruangan ini untuk berdakwah..wahai manusia !!! jgn riak dengan kelulusan yang ada jika kita tak upgrade kan dgn ilmu Allah. TQ
15 Oct 10 at 10:08 am #Pencacai ni lebih kurang maksud dia kuli. Terserah kepada anda untuk tidak menyertai FB dan daripada reason yg diberi, anda lebih selesa dengan cara sedemikian. Thats urself and u decides to be.
23 Oct 10 at 11:56 pm #Bagi aku pulak, aku gunakan FB utk byk benda terutamanya untuk melancarkan lagi penjualan nasi lemak, nasi kunyit, kuih muih untuk sarapan pagi di sekitar aku. Alhamdulillah mereka menjadi rakan dan pelanggan tetap setiap hari… network biz aku pun bertambah. Aku bukan tatau nak buat web online biz ttp FB lebih pantas dan praktikal untuk aku.