Sep 10 2009
 
8

Kad Raya

Saya baru selesai memproses lebih 200 kad Raya Aidan Group untuk diposkan esok. Tradisinya, kami menghantar ratusan kad Raya setiap tahun kepada kenalan peribadi, kenalan bisnes, rakan sekelas, rakan se-sekolah, rakan se-universiti, klien, pelanggan, vendor, dan orang-orang yang pernah berurusan dengan kami, samada melalui perniagaan atau hubungan peribadi.

Ini adalah tradisi yang kami ingin kekalkan. Ada orang yang berkata kad raya kertas sudah “out of date”. Bagi saya, apa yang boleh dipadamkan semudah menekan butang delete adalah lebih “out of date”. Sekurang-kurangnya kad raya boleh digunakan untuk menghias rumah / bilik / cubicle.

Ada syarikat yang tidak lagi mencetak kad Raya untuk tahun ini kerana pihak pengurusan ingin mengurangkan kos. Bagi kami, kos untuk mencetak dan mengepos kad Raya adalah sebahagian kecil daripada kos kami jadi kos tidak menjadi isu. Apa yang lebih penting ialah mengekalkan tradisi dan menghubungi kenalan-kenalan kami yang sesetengahnya hampir bertahun-tahun tidak berjumpa kerana kesibukan.

Kami menghantar kad raya kepada kenalan-kenalan peribadi dan bisnes di seluruh dunia. Ada kenalan-kenalan kami yang kini mencari rezeki atau melanjutkan pelajaran di luar negara. Ada juga kenalan kami yang merupakan kontek bisnes di luar negara. Ada juga kawan-kawan tempatan yang kami jumpa semasa belajar di luar negara dahulu. Saya boleh bayangkan kegembiraan orang yang merantau di luar negara apabila menerima sepucuk surat atau sekeping kad dari tanahair.

Aidan memulakan tradisi menghantar kad raya ini sejak 2007 (boleh tak sesiapa tolong uploadkan gambar kad raya tahun-tahun lepas?). Pada tahun ini, kad raya kami direka oleh staf kami sendiri iaitu Fazdlee. Fazdlee juga menerima pelbagai tempahan designing seperti business card, banner, pamphlet, bunting, dsb. Untuk makluman lanjut sila ke fazdleeisa.wordpress.com.

Pada tahun ini, kami telah menempah 1500 keping kad Raya. Jika ada yang berminat untuk menerima kad raya dari kami, sila letakkan nama dan alamat di ruangan komen atau email kepada suhaimi at aidan.com.my, selewat-lewatnya 13 September ini. Kami akan cuba untuk menghantar jika masih ada lebihan kad.

Setiap tahun, proses menghantar kad raya merupakan satu ritual yang menyeronokkan bagi saya. Sejak masa saya belajar lagi, saya biasa menghantar hingga 200 kad setahun. Pada ketika ini lah saya berpeluang mengenang kawan-kawan lama, sehingga kadangkala saya rasa bersalah kerana tak hubungi mereka selama bertahun-tahun.Pada ketika inilah juga, pelbagai nostalgia bermain di fikiran bila menulis alamat dan nama rakan-rakan lama. Saya cuba untuk menulis sesuatu atas kad yang dihantar sebagai “personal touch” tetapi memandangkan jumlah kad yang terlalu banyak, mungkin tidak kesampaian tetapi saya cuba sekurang-kurangnya untuk menandatangani sendiri kad-kad tersebut.

Akhir sekali, jika anda bernasib baik menerima kad Raya dari kami, ingatlah gurindam berikut: ada ubi ada batas, ___________________ .

This post has 8 comments.

  1. sebelum orang lain buat lawak ni, baik aku intercept kekeke…

    ada ubi ada batas, ada lori ada bas.

    10 Sep 09 at 6:32 pm #
  2. ada lori ada bas??? tak kene tu. Yg sebetulnya ialah “ada lori sure ada yang terbabas”. hahaha…melawak sket…

    10 Sep 09 at 9:47 pm #
  3. nmn

    kalau nk balas, nk balas ke mana ye? ade 3 alamat dalam kad tu =)

    ps tahniah kpd designer kad yg telah mendesign kad yg menarik skali.

    11 Sep 09 at 5:12 pm #
  4. balas tiga2 :)

    12 Sep 09 at 12:18 am #
  5. hantar kat saya sorang pun boleh. Syok dapat kad raya banyak2 ni. hehehe…

    12 Sep 09 at 1:04 pm #
  6. personal touch bal paling menarik…kekeke

    15 Sep 09 at 3:50 pm #
  7. finally, 1500 pcs siap diprocess!

    selamat hari raya..

    18 Sep 09 at 11:54 am #
  8. Ala Bal…how could I missed this. I only got 1 kad raya this year. How pathetic. The rest is spam via emails and sms. What else.

    28 Sep 09 at 12:03 pm #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.