Sep 02 2009
 
25

Ada Hantu di Ofis

Assalamualaikum wbt

Nota: Kepada sesiapa yang sedang membaca entri ini di laman facebook, anda dijemput untuk membacanya di laman blog syarikat kami di blog.aidan.com.my

Sepanjang 4 tahun saya berkecimpung dalam dunia bisnes, sudah pelbagai onak dan duri yang saya lalui. Tak tau lah bagaimana ranjau yang dilalui oleh mereka yang telah berkecimpung dalam dunia bisnes selama 30 - 40 tahun atau lebih daripada itu. Tak dapat nak bayang. Apatah lagi dengan pelbagai ujian yang datang jika kita hendak mencari rezeki melalui jalan yang halal. Ada orang mintak itu, ada orang nak bagi yang ni, ada yang menipu, permasalahan riba dan maca-macam lagi.

Jalan yang haram nampak begitu mudah.

Percaya atau tidak, antara ujian yang saya pernah lalui ialah berhadapan dengan makhluk Allah yang dinamakan ‘jin’. Bahasa pasarnya kita panggil ‘hantu’. Kita tidak perlu menafikan wujudnya makhluk Allah ini kerana Allah sendiri telah menceritakan mengenai mereka di dalam Al-Quran. Ya, seperti tajuk di atas, memang betul ada hantu di ofis kami.

Pengalaman saya yang pertama berhadapan dengan hantu adalah ketika menyewa ofis di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Banyak kali telah berlaku, ketika saya sedang membuat kerja di hadapan komputer, sering kedengaran paip air di bilik air sedang diguna orang. Bahagian pantri ofis kami pula terdapat pintu koboi (macam dalam game Western Bar tu la). Banyak kali saya terdengar pintu koboi tersebut di tolak-tarik. Bila ditolak atau ditarik, spring pada pintu koboi tersebut akan berbunyi. Sebab tu saya tau bila ada orang masuk ke pantri ataupun tidak. Namun kebiasaannya, bila saya pergi untuk melihat, tiada sesiapa di kawasan tersebut.

Bukan setakat itu, pintu masuk utama ofis juga sering kedengaran orang membukanya. Tapi bila di jenguk, tiada sesiapa pun. Dan sekali sekala, terdengar bunyi derapan seperti orang berlari dengan menghentak-hentak kaki dari belakang ke bahagian depan ofis. Saya juga biasa datang ke ofis pada waktu malam dan buat kerja sehingga pukul 2-3 pagi. Ada kalanya saya tidur terus di ofis. Lepas subuh, baru pulang ke rumah. Saya akui, pernah beberapa kali sewaktu sedang tidur, saya terjaga kerana terasa seperti ada orang menyentuh pipi saya. Ada kalanya terdengar bunyi derapan kaki dan bunyi orang membuka pintu masuk ke bilik saya. Namun seperti biasa, bila bangun dan melihat di sekeliling, tiada sesiapa yang ada.

Pernah sekali suatu malam, berlaku black out. Lepas black out je, tiba2 kedengaran hentakkan kaki yang begitu kuat dan pantas, “BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!…” dari belakang ofis hinggalah ke depan ofis. Saya hanya terdiam dan berfikir…. “Mana mungkin ada orang boleh berlari dengan begitu pantas dan menghentak begitu kuat dalam keadaan gelap gelita??!!”

Sebenarnya, semua fenomena yang berlaku di atas saya buat endah tak endah je pada mulanya. Saya hanya ingat itu semua hanya bayangan saya semata-mata. (secara jujur, sebenarnya saya tak rasa itu semua hanya banyangan. Cuba psycho diri sendiri actually. Dan memang saya tak pernah bercerita pada sesiapa pun pada waktu itu tentang apa yang saya alami) Sehinggalah rakan sepejabat membawa seorang ustaz yang mahir berkenaan permasalahan jin ni. (rupa-rupanya dia juga perasan seperti ada ’sesuatu’ di ofis kami)

Setelah ‘diperiksa’ memang ustaz tersebut mengakui bahawa di ofis kami, ofis di atas dan di sebelah merupakan ‘port’ makhluk2 ni sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, mereka ini bukanlah jenis yang agresif ataupun jenis yang ‘dihantar’ oleh orang2 yg dengki dan menggunakan sihir terhadap kami. Itu memang territory mereka sejak sekian lama. Lepas dah kene sebijik, baru la nak take them seriously. Nak tau apa yang saya dah kene? Teruskan membaca…

Peristiwa kemuncak yang benar2 menguji keimanan saya telah berlaku pada satu malam. Waktu tu lebih kurang jam 2 pagi. Saya sedang menghadap laptop dan ada satu botol air mineral kosong di sebelah kanan laptop saya. Sedang saya asyik membuat kerja, tiba2 botol tersebut telah bergoyang-goyang dengan ’sendiri’….

Saya terus terkaku.

Jari-jemari yang tadi begitu ligat menaip kini terus freeze! Jantung sudah mula nak berdegup pantas. Namun saya beranikan diri untuk memegang botol tersebut supaya berhenti bergoyang. Saya angkat dan lihat tapak botol tersebut. Mungkin kerana ada kemik di mana2 membuatkan ia tidak stabil dan bergoyang-goyang. Namun, memang tidak ada! Puas saya meneliti. Saya periksa pula pada bahagian meja. Memang tidak ada apa2 yang boleh membuatkan botol tersebut tidak stabil dan bergoyang-goyang.

Saya masih tabah. Saya letak kembali botol tersebut di tempat yang sama dan merenungnya dengan tepat. Saya cuba pastikan, adakah kerana saya sudah mengantuk atau pun mungkin botol tersebut bergoyang disebabkan ada angin… (what the heck? Angin apa kat dalam ofis yang tertutup camtu?)

Sekali lagi!!! Botol tersebut bergoyang dengan ’sendiri’ di hadapan mata saya!!! Arrggghhhh!!! Yang pertama tadi mungkin hanya ilusi. Tapi kalau dah yang kali kedua…dalam keadaan saya sedang tenung tepat pada botol tersebut….mustahil la sekadar ilusi!

Dan…kalau botol yang bergoyang tersebut berada begitu dekat dengan saya, sudah pasti hantu yang menggoyangkan botol tersebut berada DI SEBELAH SAYA!!! Arrgghhhh!!

Apa lagi…bulu roma satu badan berdiri tegak tak ingat la. Jantung pulak mula berdegup kencang. Mula la baca ayat Al Kursi dan taa’wuz banyak2. Waktu tu mula la terbayang…”Tadi dia berani ’show off’ existence dia kat aku dengan goyangkan botol, jangan la pulak jap lagi dia jelmakan diri dengan wajah dia yang sebenar….oh nooo…rambut panjang? Gigi taring? Mata satu? Sambil senyum kat aku? or worst than that? Oh noooo…..ya Allah…janganlah Kau uji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku menghadapinya. Iman aku lemah. Belum tentu aku mampu. Tak yah nak berlagak power lah…aku mengaku iman aku lemah…tolong ya Allah….”

Haha….lepas tu apa lagi…terus packing and balik rumah la. :D

Yang terkini, lagi sekali kami dimaklumkan oleh seorang ustaz tentang kewujudan 2 ‘ekor’ hantu di ofis kami di TTDI. Satu suka ‘port’ kat hujung sofa di bahagian entrance dan lagi satu suka ‘port’ kat bilik meeting. Sebelum ni pulak, (sebelum dapat tau ada hantu kat ofis TTDI la) saya memang biasa baring di sofa tersebut pada waktu malam. Cheh! Kacau betul la diorang ni. Tempat favourite aku gak yang korang nak port!

Ustaz tersebut menasihati kami agar selalu melakukan upacara ‘exorcism’ di ofis dengan melaungkan azan dalam keadaan semua pintu dan tingkap terbuka. Dia nasihatkan kami agar buat begitu sekali setiap minggu secara berterusan untuk jangka masa yang panjang. Memang betul lah nasihat ustaz tersebut. Setakat yang saya pernah belajar, jin/hantu/syaitan dan seluruh keluarga mereka tidak takut pada ibadat kita tapi mereka sangat takut pada seruan dakwah. Azan adalah seruan dakwah yang sempurna! Cuba check terjemahan doa lepas azan tu kalau tak percaya.

Hmmm…mujur sekarang ni bulan Ramadhan. Mereka sedang diikat. (Sila rujuk pada hadis Nabi S.A.W) Lepas raya nanti…wallahua’lam…tak tau lah apa lagi ujian yang bakal menjelma.

Eh, korang dok syok baca blog ni, tak terasa macam ada ‘orang’ dok perhati kat sebelah ke? Cuba pusing perlahan-lahan…mana tau ada peluang dapat tengok yang berambut panjang, mata satu dan tengah senyum kat korang?……heheh…

Shhhh…jangan pandang belakang….. takut nampak toyol pulak….! (http://en.wikipedia.org/wiki/Toyol)

Toyol

Toyol

This post has 25 comments.

  1. Alif ada bakat menulis cerita seram macam Tamar Jalis.

    Ramadhan ni tayah stay kat opis lama-lama, balik semayang Terawih :D

    02 Sep 09 at 11:20 am #
  2. alaaa…takpela mal. Kat TTDI pun boleh Tarawikh kan? Masjid Taqwa tu memang lagi syok aa tarawikh kat situ. Masjid yg kita biasa solat jumaat tu.. :)

    02 Sep 09 at 12:19 pm #
  3. bulan nie hantu cuti ler….dorg booking hotel 5 star selama 1 bln….wahahaha….

    02 Sep 09 at 11:19 pm #
  4. hehehe…..kene cairk ghost buster..uncle seekerr!!!

    03 Sep 09 at 9:20 am #
  5. fitri

    Sebenarnya Allah nak saya dan tuan kurangkan masa kat office dan banyak masa untuk Allah. 9 to 5 kita guna. after 5, ‘diorang lak’. Anyway good story lah bro. Kat office aku pun sama. My advice to all my staffs macam kat atas tadi lah..

    03 Sep 09 at 11:11 am #
  6. idzmieyz: hotel 5 star? tau tak kat mana hotel tu? sy nak suruh Nordin Mat Top gi bom diorang. Boleh?

    Nan: alangkah baiknya kalau Ghost Busters betul2 wujud. haha…

    Fitri: You are right. ;)Jiwa aku ni punye memberontak Allah je yang tau. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Ameen.

    03 Sep 09 at 6:35 pm #
  7. oh ye, lupa nak mention dalam entri kat atas. Waktu siang pun ada bunyi2 kat pantri, orang bukak pintu entrance ke office, etc. Bukan waktu malam je. Hantu bukan aktif waktu malam sahaja. Cuma bila dah takde or kurang orang, diorang ni makin galak la. :P

    04 Sep 09 at 7:11 am #
  8. tula, buat dosa byk sgt kat office tu..

    04 Sep 09 at 1:28 pm #
  9. ha’ah…yg paling selalu kat ofis TTDI tu kau la Bird…hehehehehe….

    04 Sep 09 at 10:56 pm #
  10. nasib baik la bln puasa skg ni..
    dah la slalu kt ofis sorg2..
    T__T

    11 Sep 09 at 1:06 pm #
  11. takpe, office yg meriah.. segala jenis makhluk pun ada..

    18 Sep 09 at 12:06 pm #
  12. post a comment

    30 Sep 09 at 9:34 pm #
  13. salam alif,

    terima kasih hantar kad raya, hari ni baru dapat. Amri kawin sabtu ni ko pegi tak?

    No_Yo

    01 Oct 09 at 3:03 pm #
  14. wkmslm noyo
    No biggie.. :P InsyaAllah aku pergi Amri punye wedding. Kita pool skali nak? Nanti aku call kau.

    01 Oct 09 at 3:14 pm #
  15. hijratul

    lawak bodow je la citer ni….ke reka je ni

    22 Oct 09 at 9:00 pm #
  16. Hijratul, awak nak yg mana? lawak? bodow? reka cerita? pilihlah…

    23 Oct 09 at 1:46 am #
  17. yus

    pergh! ada antu..takut nyer..
    aku ingat ko mmg bleh jd Tamar Jalis la Alif,takpun pakar penyelesaian paranormal.heh heh heh.

    so, skang masih ber hantu lagik ke?

    23 Oct 09 at 10:31 am #
  18. ntah Yus…hantu2 kat ofis TTDI jenis pasif kot. Few times aku stay lewat malam takde apa2 so far. Alhamdulillah…

    23 Oct 09 at 11:37 pm #
  19. mna ada hantu blan tu la tak wujud hantu korang nio percaya ngan hantu la

    09 Dec 09 at 12:50 pm #
  20. buat dosa amalan syetan

    09 Dec 09 at 12:51 pm #
  21. Bangsat tul kau ni ALif…banyak banyak tempat kat opis tempat aku jugak yg kau nak ….(sofa)…lain kali aku nak menyondol butut ngkau kalau kau duk kat sofa tu lagi…hati hati ya alifff..

    29 Sep 10 at 12:06 pm #
  22. kekeke..toyol gay pun ada…siap pandai guna internet lagi tuh…kekekekke…

    30 Sep 10 at 3:11 pm #
  23. peanut

    hahahahahahhaa…………………:)

    30 Oct 10 at 12:27 pm #
  24. Arul

    hahahahha….hihihihihihi…!!!!

    15 Jan 11 at 10:02 pm #
  25. Arul

    kt umah saye pun ade jugak….mase saye tengah mandi,die main hulur2 tangan.

    15 Jan 11 at 10:03 pm #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.