Pada entry saya yang lalu, saya berkongsi tentang ujian2 PTD dan juga tips2 untuk menduduki ujian kelayakan dan serba sedikit tentang PAC. Kali ini saya akan berkongsi dengan saudara/i berkenaan temuduga akhir sebelum anda diserapkan ke dalam PTD.
Anda akan disenaraipendek setelah cemerlang dalam PAC. Bagaimanakah ukuran kecemerlangan itu, saya tak pasti.
Saya ditemuduga di Jalan Cenderasari. Masa temuduga ditetapkan pada jam 8 am dan akan tamat pada jam 1pm. Seramai 7-8 orang calon akan ditemuduga pada setiap sesi.
Saya tinggal di Bt 16 Rawang pada masa tersebut menyewa disebuah flet kos rendah. jadi perjalanan dari situ ke Jalan Cenderasari tentunya memakan masa yang agak lama, tambahan pula kesesakan lalulintas yang pasti berlaku diawal pagi disekitar KL. Jadi saya terfikir, dengan keterujaan semuanya yang ingin menghadiri temuduga, pastinya semua orang akan sampai seawal yang boleh untuk mendapat giliran terawal. Dan saya percaya sekiranya saya sampai jam 8 am tepat sekalipun, tentulah 6-7 orang sudah berada dihadapan saya menunggu giliran. Dan giliran saya pastinya yang terakhir sekitar jam 1230 pm. Jadi saya buat keputusan untuk keluar dari rumah seperti biasa iaitu sekitar jam 745 am. Saya tiba di Jalan Cenderasari tepat jam 830 semasa calon pertama baru selesai ditemuduga. Tepat telahan saya. Orang keenam telah mendaftar pada jam 750am dan saya orang ketujuh mendaftar dan giliran saya terakhir. Jadi saya sudah selamat dari kegelabahan untuk merebut giliran. Ketenangan penting untuk satu2 temuduga.
Apa yang berlaku semasa temuduga…bersama saya minggu hadapan dalam Bhg 3.1……(kan skg tgh posa yop…..letih minda nak tulis pepanjang…)
Saya akan menulis selama lima minit sebab saya mengantuk.
Temuduga bermula tepat jam 8am. Calon pertama selesai temuduga setelah 35 minit berada dalam bilik. Saya diberitahu ada 3 orang pegawai atasan dari pelbagai agency dan salah seorangnya berpangkat Ketua Pengarah dan carry a title of Dato´. Saya tak ingat Ketua Pengarah mana sebab saya pon gelabah. Hehehehe….ada seorang India dan 2 orang Melayu.
Antara soalan2 yang dikemukakan oleh mereka kepda calon2 sebelum saya ialah
- Apakah portfolio Datuk Seri Abdullah Badawi (bekas PM) sekarang (means Jan 2008)
- Di manakah lokasi Pak Lah sekarang ( Jan 2008)
- Apakah fungsi terowong SMART?
- Mengapakah dasar pandang ke timur dijalankan?
- Adakah PPSMI bagus untuk para pelajar?
dan banyak lagi soalan yang berkisar tentang ehwal semasa dan pengetahuan kenegaraan tuan puan sebagai calon PTD. Ops lima minit dah habis….sambungg….
Lima minit terakhir saya percuma utk anda menjawab soalan esok
- Jangan gelabah
- Jangan terburu2 menjawab soalan.Dengar dgn teliti. Tak faham tanya balik.
- Jangan memandai2 jawab soalan yg anda tak tahu dgn jawapan palsu dan tipu.
- Jangan menggunakan bahasa pasar.
- Anda bebas berbahasa Inggeris dan Melayu. Kebanyakkan penemuduga tidaklah hebat cakap omputih mcm mat salleh.
- Jangan sombong dgn calon2 lain.
- Jangan cakap dengan nada anda hebat. Merendah diri tapi yakin dengan diri sendiri.
- Ucapkan salam ketika masuk dan terima kasih selepas habis temuduga.
- Selepas temuduga terus balik. Jgn kacau calon lain seolah2 anda tahu semua benda.
- Susun semua dokumen penting mengikut urutan kepentingan. Bawa CV dan Resumee dan juga sijil2 penting yang berkaitan.Tak pyah lah bawak sijil penghargaan jadik ketua darjah masa darjah satu.
Ok itu sahaj tips saya utk para calon PTD diluar sana yg akan ditemuduga esok. Jalan ke Cenderasari mudah sahaja. Ia berdekatan Masjid Negara. Sekiranya anda sudah sampai ke situ, jgn belok simpang masjid negara tapi terus sikit ke hdapan dan anda akan nampak papan tanda SPA.
Saya berpesan kpd diri saya sendiri dan semua calon di luar sana, sekiranya nanti anda terpilih berkhidmat dgn gomen, buat lah kerja dgn sungguh. Gunakanlah amanah yg diberi tu sebaiknya. Jgn sampai rakyat meluat dgn anda. Berbuat baik dgn staf bawahan spya mereka juga sentiasa segar nak buat kerja bersama anda. Jgn sombong sekiranya dah naik pangkat.
SAtu Malaysia: Pencapaian didahulukan rakyat diutamakan. MERDEKA!






tq.saya harap dapat saudara dapat awalkan skit post tentang apa yg berlaku semasa temuduga tu.saya akan temuduga pada 3/9 ni di jln cendersari sama spt saudara.skrg tgh nervous dan harap post saudara dapat membantu saya.syukur dan terima kasih ye
26 Aug 09 at 11:54 pm #haha, mana boleh bagi alasan puasa. good info ni nan, hopefully benificial to those yang nak gi interview.
and good luck rosdi
02 Sep 09 at 11:17 am #