Penjimatan kos merupakan salah satu cara syarikat baru seperti Ardent Educational Consultants memulakan perniagaan dan mengembangkannya. Penjimatan kos dalam pelbagai perkara seperti kos overhead dan utiliti mampu membantu syarikat baru membina perniagaannya.
Disini saya senaraikan beberapa perbelanjaan yang boleh dijimatkan
- Premis Perniagaan
Pemilihan premis perniagaan mampu mengurangkan kos anda. Faktor penting yang perlu diambil kira ialah keluasan pejabat/premis dan lokasi premis. Anda tidak perlu menyewa pejabat yang besar sekiranya syarikat anda mempunyai pekerja dan stok barangan yang sedikit. Begitu juga lokasi perniagaan anda perlulah mengambil kira jarak ke tempat makan, kemudahan pengangkutan, kemudahan perbankan dan lain-lain.
- Utiliti
Kos utiliti merangkumi penggunaan air, elektrik, internet dan telefon. Kesemuanya ini mampu diuruskan dengan baik bagi penjimatan kos.
- Perabot Pejabat
Perabot pejabat untuk permulaan perniagaan tidak perlu baru belaka. Banyak sekarang ini kedai2 bundle yang menjual perabot terpakai dengan harga dan kualiti yang berpatutan. FIkirkan perabot yang perlu sahaja. Dapatkan perabot yang mempunyai keseragaman supaya mudah untuk anda menyusun mengikut ruang keluasan pejabat/premis anda. Semua ini akan menjimatkan kos anda dan dapat juga membantu anda memulakan perniagaan dengan cepat.
- Keperluan Perniagaan
Keperluan perniagaan seperti alat tulis, alat elektroni, alat komunikasi dan sebagainya perlulah disenaraikan dengan teliti. Sistem inventori yang baik akan membantu anda mengenal pasti barangan2 yang perlu dibeli. Adakalanya kerana ketidakcekapan anda mengurus sistem inventori anda dengan baik, menyebabkan banyak barang yang belum habis/ rosak, telah digantikan dengan yang baru. Sistem inventori juga memainkan peranan penting bagi merekod tempoh satu2 barangan itu digunapakai. Buatlah satu sistem inventori yang mudah diuruskan dan dipantau. Yang peling penting ialah dengan berjimat cermat menggunakan barang2 keperluan pejabat anda mampu menjimatkan banyak kos.
- Jaringan Perniagaan
Jaringan perniagaan sesama rakan2 usahawan mampu mengurangkan kos mendapatkan maklumat, berita, populariti dan sebagainya. Melalui kawan2 anda dapat menembusi ruang perniagaan lain dan peluang perniagaan yang anda tidak pernah terfikir.
Jadi apa pendapat anda? Bagaimana syarikat anda menjimatkan kos terutama di kala ekonomi tidak menentu ini?
Posted by Iznan.
Filed under Business & Management
Posted on Thu, 20 August 2009 at 4:36 pm
Subscribe to RSS 2.0 feed.






Tips penjimatan yang lain:
Geng2 dengan peniaga-peniaga kecil yang lain (esp. rakan2 sebaya) untuk share ofis. Boleh divide up bills / rent.
Nanti kalau terpikir saya add lagi
20 Aug 09 at 10:36 pm #Good sharing Nan, actually pasal jimat ni depend on the company itself, kalau diorang mmg nak jimat, macam-macam cara diorang buat. tapi make sure tak impact customer.
21 Aug 09 at 10:34 am #