Jun 25 2009
 
8

Warna-warni Keparat

warna-primer-sekunder

Saya tengok kebanyakan syarikat-syarikat suka gunakan warna-warna primer sebagai warna korporat untuk tujuan branding dan imej. Takkan tak tau, warna primer tu 3 warna asas la: biru, kuning dan merah. Ala, kan dulu untuk pendidikan seni, kena lukis roda warna, yang macam kek kena belah 3 tu la.

Contohnya, jenama No 1 di dunia ialah Coke. Coke gunakan warna merah. Pepsi pulak guna warna biru.

Jenama-jenama top 10 dunia yang lain pun sama: IBM (biru), McDonalds (merah, kuning), Intel (biru), General Motors (biru), Nokia (biru), Toyota (merah).

Kat Malaysia ni, bank-bank terutama yang lama-lama pun suka guna warna primer. Bank Bumi biru, BSN biru, Maybank kuning, RHB biru, CIMB merah.

Fast food chains pun balik balik guna warna primer je, macam KFC, McDonalds, Pizza Hut, Burger King, Domino’s, banyak lagi lah.

Mungkin sebabnya warna-warna primer ni terang, so senang nak attract attention orang. Bila ingat kuning, ingat DHL, Yellowpages. Bila ingat biru, ingat Celcom, Pepsi. Bila ingat merah pulak, ingat Coke, AirAsia.

Tapi saya tengok sekarang ni, syarikat-syarikat baru dah banyak gunakan warna-warna sekunder. Kalau buta warna, meh saya terangkan warna sekunder tu campuran 2 warna primer tadi, so ada 3 jugak la: hijau (biru+kuning), ungu (merah+biru), jingga (kuning+merah).

Contohnya, syarikat baru macam MIMOS gunakan ungu.

Kalau airlines, sebelum ni Malaysia Airlines guna biru, AirAsia guna merah. Sekarang, syarikat baru Firefly pulak pilih warna jingga.

Kalau telco, syarikat lama Celcom guna biru, Digi guna kuning. Sekarang Maxis dah guna hijau. Syarikat baru, U Mobile guna jingga. Even Packet One pun pilih hijau.

Orang mula sedar warna sekunder belum tepu lagi. Bila ingat warna sekunder, contohnya jingga, otak kita tak boleh recall ape2 pun lagi. Banyak orang panggil warna-warna ni warna web 2.0.

Aidan sendiri pun gunakan warna jingga. Tapi jangan risau, kami takde alasan poyo seperti ‘warna jingga melambangkan perpaduan sinergi dan integrasi dinamik di kalangan warga Aidan’ seperti syarikat-syarikat lain. At least belum lagi buat masa ni hehe.

This post has 8 comments.

  1. Warna Aidan, warna koperat ke keparat? Hehe. Saya buta warna, warna pink, warna sekunder kan? But, warna primer nampak macam lebih maju. ;)

    26 Jun 09 at 1:19 am #
  2. fatin, kitorang koperat, bukan keparat.. ;)

    03 Jul 09 at 12:02 pm #
  3. Soalan: Belajar kat sekolah dulu, kalau campur 3 warna primer jadi Hitam (kuning+merah+biru = hitam).

    Tapi kenapa untuk cahaya, campuran 3 warna primer jadi Putih pulak?

    03 Jul 09 at 12:04 pm #
  4. ismar

    Apa jawapan?

    04 Jul 09 at 11:32 am #
  5. hayati

    Aku rasa kita tak patut focus pada color tapi focus pada symbol. Kesian orang yang color blind tu.. Tak dapat cam langsung tu company ape (sebab cume boleh nampak black and white)or the primer color only. The best place to make these people go crazy ialah kalau bawak pegi kedai cat. heheh..

    Anyway, purple has always been associated with mysterious, expensive, royalty. Where does Aidan stand?

    mysterious, expensive, aidan, royalty??

    04 Jul 09 at 4:09 pm #
  6. en bird.dah tentu la warna2 tersebut menyerap pantulan cahaya putih.so jadi la warna hitam.kalau dia memantul pantulan cahaya putih.so warna putih la yg kita nampak sebab semua warna bercampur.(sekadar spekulasi, bukan resolusi)

    23 Jul 09 at 2:03 pm #
  7. dian

    nak tau kenape kebanyakan restaurants/fast food chains suka guna merah sebagai logo atau kaler dinding diorg?sbb kaler merah membuatkan kita terasa lapar. kwn saya yg kata.kalau dia tipu, maka tipulah juga. heh!
    so konklusinya, jgn cat dinding bilik tidur anda dgn kaler merah…nanti jd montel!….cam bal.harharhahr!!peace!!tak..tak..ko comel.

    02 Sep 09 at 11:07 pm #
  8. hihihi bilik tidur saya kaler biru

    03 Sep 09 at 3:12 pm #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.