PTD adalah singkatan bagi pegawai tadbir diplomatik. Untuk menjadi PTD tidaklah terlalu sukar. Ada 3 peringkat yang perlu anda lalui sebelum anda layak bergelar PTD.
Peringkat Pertama
Ujian kelayakan. Setelah anda berjaya dalam permohonan anda, anda dikehendaki untuk menduduki satu ujian kelayakan. Ujian kelayakan ini menguji pengetahuan anda dalam bidang kenegaraan, hal ehwal antarabangsa, dasar-dasar kerajaan, isu semasa mahupun pengetahuan am. Soalan-soalan seperti
- apakah yang dimaksudkan dengan dasar pandang ke timur?
- siapakah presiden persekutuan bolasepak asia?
- apakah tujuan ISA?
- Bilakah perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan PKM ditandatangi?
adalah contoh soalan yang biasa dikemukakan. Selain soalan objektif, anda juga dikehendaki menulis dua esei berkenaan pelbagai isu. Satu dlm bahasa Melayu dan satu adlam bahasa Inggeris.
Keputusan ujian kelayakan ini aka diumumkan sekitar 2-3 minggu selepas tarikh ujian.Sekiranya anda berjaya dalam ujian kelayakan ini, anda akan mendapat tempat dalam PAC yang akan diadakan selama 3 hari.
Peringkat kedua
PAC. PAC kalau tak silap saya ialah personal acessment centre. Entah tak ingat. Disini anda akan melalui pelbagai jenis ujian bagi menguji personaliti, jatidiri, kekuatan fizikal dan juga daya kepimpinan anda. Pelbagai jenis aktiviti akan dijalankan untuk memastikan anda benar-benar layak untuk menjadi PTD. Disini juga anda akan bertemu dengan PTD2 yang sebenar yang akan bertugas sebagai fasilitator. Jangan terkejut sekiranya anda mendapati mereka lebih muda dari anda. Apa yang saya dapat lihat semasa saya dipanggil ke PAC dulu ialah, ramai juga bakal-bakal PTD terdiri dari mereka yang telah lama berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta. Kata mereka ingin mencuba. Tapi saya pasti kerjaya PTD menawarkan banyak peluang menarik dari pelbagai segi.
Saya masih teringat semasa di PAC hanya sanya saya seorang sahaja yang memakai songkok. lalu seorang PTD muda memanggil saya bertanyakan hal demikian. Dan PTD itu meminta saya menanggalkan songkok tersebut dengan alasan tidak sesuai untuk PAC. Ermm…barangkali dia terlepas pandang pekeliling rasmi yang telah diluluskan untuk pemakaian songkok hitam oleh kakitangan kerajaan. Jadi saya buat tak kisah. Saya suruh dia jangan hiraukan saya dan baca balik pekeliling tersebut.
Ada pelbagai aktiviti menarik dan tak kurang juga yang kebudak-budakan. Ada satu aktiviti yang meminta kumpulan2 membina binaan kukuh untuk menampung telur ayam haya menggunakan 100 batang straw minuman. Ada juga aktiviti scheisse yang meminta kumpulan melakonkan adegan penerimaan award perfileman. Apa-apa sahaja…..yang penting anda mestilah menunjukkan anda bersemangat, kreatif dan mampu bekerjasama sesama ahli kumpulan. Jangan langsung mengamil hati terhadap tindakan2 fasi PTD yang mungkin agak annoying dan tidak mesra alam. peace….
Untuk menguji fizikal anda, ada aktiviti yang memerlukan anda mempunyai daya tahan yang tinggi. Dalam aktiviti berlari 3.8 km mengelilingi tempat PAC dijalankan misalnya, (saya di INTIM), saya tengok ramai bakal-bakal PTD termengah-mengah malah ada yang tidak mampu menamatkan larian. Alhamdulillah saya berjaya menamatkan larian tersebut di tempat ketiga dibelakang seorang brother yang agak berumur dan seorang rakan bekas pelajar MTD. Saya kira brother yang mendapat tempat pertama larian tersebut kini sudah pun bergelar PTD, kerna saya melihat beliau bersungguh-sungguh dalam setiap aktiviti dijalankan. TAHNIAH bro!
Dalam satu sesi, seorang fasi PTD bertanyakan tentang sesiapa yang boleh berbahasa asing selain Mandarin dan Tamil. Lalu saya dengan konfidennya mengangkat tangan menyatakan yang saya boleh berbahasa Jerman. Maka diadakan satu sesi public speaking (mungkin utk dibuktikan kebolehan tersebut) sambil dirakam dengan perakam video. Tajuk yang diberi ialah Mein Land. Hehehehe…kacang sahaja…..saya menggoreng dengan ayat-ayat German yang saya ambil dari filem-filem perang yang saya pernah tonton….hehehehe…….Ich liebe mein Land. Mein Land nennt man nicht als Vaterland, sondern wir nennen unser land mit Name wie Bahtera Merdeka, Tanah Adat und so weiter…..Mein Land hat verschiedene partei gruppe…..Die gruppe mogen viel Politik machen….hehehe….Heil Malaysia
Penguasaan bahasa asing saya kira advantage besar untuk seseorang itu menjadi PTD.
Ada juga sesi debat yang memang saya tunggu-tunggu. Saya terasa seperti akan dapat melepaskan gian berdebat dengan bakal-bakal PTD yang petah berbicara. Sangkaan saya tidak berapa meleset. Debat berjalan dengan baik dan saya kagum dengan beberapa bakal PTD yang sangat petah berbicara tapi tidak kosong dengan fakta dan hujah. Ada juga yang petah berbicara tapi sebutir apa pun saya kira tidak mampu menahan amukan seorang makcik yang berang anaknya tidak dapat biasiswa JPA.
Antara topik yang diperdebatkan ialah berkenaan peranan polis menjaga keselamatan negara. Memang hangat.
Ada juga sesi ucap umum dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Saya sehingga sekarang sangat terkejut, masih ada orang yang tidak tahu menyebut mungkin kerana tidak faham perkataan dalam BI itu. Perkataan FUEL merujuk kepada bahan api. Tapi mungkin tidak faham akan istilah alternative fuel, minah bakal PTD itu menyebut Fuel sebagai FOOYEL. OMG….pecah tulang rusuk saya menahan gelak……
Tapi apakan daya semasa itu PPSMI belum dilaksanakan lagi. Jadi saya menggesa kepada semua yang bakal menghadiri PAC agar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda. Sekurang-kurangnya mengenal dan memahami istilah2 umum yang sering digunakan.
Akhir sekali selepas berjaya dalam PAC, anda akan dipanggil untuk satu temuduga terakhir yang akan dikendalikan oleh super senior PTD yng kini menjawat jawatan Ketua Pengarah di jabatan-jabatan tertentu.
Ini part paling mencabar. Saya akan sambung minggu hadapan.








“Alhamdulillah saya berjaya menamatkan larian tersebut di tempat ketiga dibelakang seorang brother yang agak berumur dan seorang rakan bekas pelajar MTD.”
aishh… kata dapat anugerah olahragawan di sekolah. nanti enta cuba lagi sekali, dlm acara jalan kaki 10km, masa family day aidan corp 2010 :s
10 Jun 09 at 1:02 am #menarik ni, boleh kongsi kenapa tuan tak jadi ptd? dan kenapa tuan apply pun?
10 Jun 09 at 11:50 am #hehehe…olahragawan sekolah tu dah 11 tahun lepas…ekekeke…
tapi kira ok la kan…..
saya tak apply ptd secara sengaja…sebab masa habis belajar pelajar tajaan JPA wajib isi borang SPA..jadik saya isi borang SPA…dapat surat panggil duduki ujian….setelah 3 bulan menanti…apply bulan mac 07…ujian bulan jun 07…pac bulan jan 08…..temuduga ptd mac 08….bayangkan masa yang saya kena tunggu utk sampai temuduga ptd pada mac 08..setahun….
jadi masa tawaran dtg utk DPA…Ardentedu boleh lah kira masuk fasa stabil…..saya pun menolak tawaran tersebut dan kekal dgn Ardentedu….
10 Jun 09 at 1:01 pm #i took the written exam twice. failed twice. teehehehe.
jadi en. iznan, mind sharing tips how to jawap the questions? (that is besides reading newspapers - not many that i know know all of ahli suruhanjaya cobbold!)
10 Jun 09 at 3:26 pm #oh ya……nanti ada kelapangan saya ulas tentang itu….
10 Jun 09 at 8:16 pm #Saya pun dengar dari kawan yang pernah banyak kali temuduga PTD tak lepas. Pada pendapat saya untuk PTD kena la study sikit. Bersusah dulu bila dah dapat bersenang kemudian kan.
12 Jun 09 at 11:14 am #Thanks cos sudi share experience,sdikit sbnyak blh mmbntu saya dan bkl2 ptd yg lain..:)
02 Aug 09 at 10:45 pm #Salam..
Satu perkgsian dan artikel yg hebat..thanks
02 Aug 09 at 10:50 pm #esok says akan menduduki exam ptd… hahah funny!!! sambung masters tp exam ptd pun amik… rasa x dapat kot!
07 Aug 09 at 9:54 pm #selamat berjaya kepada yang akan amik exam….hehehe
19 Aug 09 at 11:49 am #terima kasih kerana berkongsi maklumat..saya sedang menjawat jawatan di perkhidmatan awam..tapi saya memang berminat untuk jadi PTD..masihkah ada peluang ? umur dah 29 dan sudah berkahwin..adakah caranya masih perlu isi borang SPA juga? bagaimana..mohon bantuan..
09 Feb 10 at 9:25 am #