Ramai yang berminat dengan artikel saya minggu lepas berkenaan PTD. Baiklah disini saya kongsikan beberapa informasi berguna untuk anda melalui saringan-saringan sebelum boleh diserapkan kedalam PTD.
Ujian Kelayakan
Soalan akan berkisar tentang pengetahuan anda tentang
Malaysia (40%)
Asia,Komanwel, ASEAN (40%)
Dunia (30%)
Antara topik 2 yang biasa ditanya ialah tentang Malaysia
- Dasar2 Utama kerajaan Malaysia. Rujuk disini
- Perkara berkaitan Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman
- Hubungan antarabangsa Malaysia
- Peranan Malaysia dalam badan2 dunia, asia dan asean
- Sukan
Maaf kerana entry ini tergantung. Saya click publish minggu lepas tetapi kehilangan hampir 2 perenggan.
Baik kita teruskan dengan tip untuk soalan berkaitan ASEAN, Komanwel , Asia dan Dunia
- Badan2 atau pertubuhan di Asia
- Pengetahuan tentang negara2 penting Asia yang mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia seperti Jepun, Korea, Taiwan, China, India dsbginya
- ASEAN - fungsi, tugas dan tanggungjawab
- Nama2 pemimpin negara2 utama Asia dan Asean
- Sukan SEA, ASIA dan Komanwel
Soalan2 berkaitan dengan dunia dan antarabangsa
- PBB dan badan naungannya (UNCHR,UNICEF etc)
- Sukan Olimpik
- Nama2 pemimpin utama dunia dan kisah mengenai mereka sedikit sebanyak
- Peristiwa penting antarabangsa
- Lokasi dan geografi sesuatu negara atau tempat
- Teknologi dunia masa kini
- dll
Ini sahaja yang saya dapat kongsi untuk kali ini.
Selamat Berjaya
Rujukan lanjut disini
http://sufisalafi.blogspot.com/2009/01/kerjaya-sebagai-ptd.html






info menarik ni. terima kasih.
25 Jun 09 at 1:13 pm #Masa interview, soalan dia macam mana?
26 Jun 09 at 3:14 pm #ada 2 org datuk dan seorang datin dan seorang encik berketurunan india
antara soalan2 yg aku masih ingat
1. berkenaan terowong smart
2. berkenaan lokasi pak lah semasa dia buat lawatan ke sepanyol….
3. pengalaman aku belajar di germany
semua sekali dalam 40 minit…….
02 Jul 09 at 11:55 am #