Jun 23 2009
 
4

Memasarkan produk

Pemasaran adalah aspek paling penting setelah produk terhasil. Tanpa pemasaran produk akan terbiar dan akhirnya mendatangkan kerugian kepada syarikat.

Pemasaran produk syarikat boleh dilakukan oleh syarikat sendiri atau melantik syarikat pemasaran dibawah entiti yang sama atau yang berbeza. Maksud dibawah entiti yang sama ialah, syarikat pengeluar produk menubuhkan satu sayap pemasaran dibawah syarikat baru. Maksud entiti berbeza pula ialah syarikat pengeluar produk melantik syarikat asing sebagai wakil pemasaran dan pengedaran produk.Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.  Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Namun faktor2 penting seperti kos, kepercayaan dan aspek undag-undang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan sepenting ini.

Saya dan rakan2 dalam Ardentedu berpeluang buat pertama kali pada 20 Jun yang lalu untuk memasarkan sendiri produk sulung Ardentedu. Produk tersebut ialah Math Olympiad Basic Volume 1 : Number Theory. Sasaran kami ialah pertandingan matematik olimpiad yang berlangsung di pusat-pusat terpilih di seluruh Malaysia. Kerana kekurangan tenaga kerja, kami memilih untuk memberi tumpuan kepada kawasan KL sahaja. Kami hanya sempat untuk melantik wakil bagi negeri Melaka dan Pahang sahaja.

Segala kerja perlukan perancangan yang teliti. Perancangan pemasaran yang baik dan teliti pasti akan memudahkan kerja dan sekiranya bernasib baik, akan mendatangkan pulangan yang lumayan.

Baca lagi…..

Antara perancangan yang perlu diambil kira ialah

  • Maklumat produk (pemasar dan penjual produk mestilah arif tentang produk mereka)
  • Lokasi pemasaran
  • Harga bagi produk (harga promosi, diskaun, harga pengenalan)
  • Tenaga pemasar ( penjual, agen, pengedar)
  • Logistik (kenderaan, stok produk, dokumen2 spt invoice, resit, business kad, brosur dan lain2)
  • Anda tambah dalam komen dibawah

Pengalaman memasarkan sendiri produk memberi pengalaman baru kepada saya. Walaupun sebelum ini saya sudah biasa menjalankan kerja2 pemasaran, tetapi memasarkan satu produk berlainan dari memasarkan servis dan perkhidmatan. Pembeli dapat melihat dengan mata kepada mereka sendiri produk yang ingin dipasarkan. Melayan karenah pembeli tentu sahaja mendatangkan banyak informasi baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran saya semasa proses pembikinan produk.

This post has 4 comments.

  1. Nan,

    aku ada buat retail bisness sket2..
    any chances to click ngan Aidan tak?,:)

    25 Jun 09 at 9:37 am #
  2. mir_k

    kalau produk baru, baik outsource marketing. so bayar marketing guna percentage dari profit yang dapat. kalau marketer tak jual, takde kos.

    25 Jun 09 at 1:11 pm #
  3. mir_k : terima kasih diatas cadangan..tapi kos kami terhad….

    fdaus: jom minum2 ofis aku kt taman permata

    02 Jul 09 at 11:56 am #
  4. jylim

    where can i get the Olympiad book? thank you.

    22 Jul 09 at 10:58 am #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.