Jun 11 2009
 
8

geraN = geraM

Assalamualaikum wbt

dollar-in-pot

Kenapa pula geraN = geraM? Hehe…baiklah. Saya akan terangkan.

Sebenarnya, ramai di kalangan kita yang sangat berminat untuk menjadi usahawan. Namun, kebiasaannya, alasan utama yang menjadi penghalang bagi mereka ialah kekurangan modal permulaan. Ditambah lagi dengan mentaliti yang inginkan sekuriti dalam pendapatan berbanding mendapat bayaran setimpal dengan hasil kerja, maka ramai yang terus kekal menjadi entrepreneur wannabe (entrepreneur wannabe=orang yang sekadar berharap untuk menjadi usahawan tetapi tidak mengambil tindakan untuk mula menjadi usahawan).

Untuk memahami apakah definisi ‘Usahawan’ sila baca entry yang ditulis oleh Bal; On Entrepreneurship (Part 1)

Saya pernah menceritakan pada entri saya yang lalu; The Typical Malay Entrepreneur tentang bagaimana langkah-langkah usahawan ternama dunia bermula dan mengembangkan perniagaan mereka. Mereka juga menghadapi masalah yang sama iaitu kekurangan modal namun itu tidak menjadikan mereka buntu dan terus menghalang mereka daripada mengusahakan apa yang mereka inginkan dalam hidup mereka.

Sebagai contoh, Michael Dell bermula dengan modal lebih kurang US$1000 di bilik asramanya. William (Bill) Hewlett and David (Dave) Packard pula bermula dengan US$538 di garaj mereka. Ketiga-tiganya bermula pada usia yang muda. Termasuklah Bill Gates dan juga Steve Job.

Setelah perniagaan mereka semakin berkembang, langkah seterusnya ialah mendapatkan pelaburan tambahan (capital injection) samada daripada individu-individu kaya (angle/guardian investor) ataupun Venture Capitalis. Saya akui, bukan mudah untuk meyakinkan orang untuk melabur ke dalam syarikat kita. Saya sangat faham tentang perkara ini kerana saya sendiri telah dan sedang melaluinya. InsyaAllah, nanti saya akan berkongsi cerita.

Di UK, terdapat satu program TV realiti berkenaan pengembaraan-kapitalis yang dinamakan The Dragons’ Den. Rancangan ini berasal daripada Jepun dan dinamakan Money No Tora. Ia memaparkan beberapa orang kaya yang digelar sebagai The Dragons yang dikatakan pakar tentang perniagaan. Melalui program ini, mereka membuka peluang kepada mana-mana usahawan untuk meyakinkan mereka supaya melabur ke dalam perusahaan yang mereka ingin kembangkan. Sehingga kini, rancangan ini telah mendapat sambutan sehingga ke-16 buah negara seperti United Kingdom, Netherlands, Israel dan juga Afghanistan.  Sila baca di wiki.

Mari kita lihat sebentar satu video rancangan tersebut yang bertajuk: Yoodoodoll On Dragons’Den

Bagi saya, rancangan seperti ini sangat bagus kerana dapat memberi pendedahan kepada para usahawan tentang bagaimana para pelabur yang benar-benar pakar tentang perniagaan berfikir seperti; apakah aspek-aspek penting yang sangat dititik beratkan oleh para pelabur tentang satu-satu perniagaan?

Terdapat beberapa lagi siri TV yang agak sama tujuannya dengan rancangan The Dragons’ Den ini seperti American Inventor, The Big Idea, Fortune: Million Pound Giveaway, dan juga Win In China.

Saya masih ternanti-nanti bilalah agaknya program-program seperti ini akan diadakan di Malaysia? Nampaknya negara kita lebih berminat dengan program realiti TV yang tidak membina minda langsung. Malah bagi saya, menghancurkan generasi yang akan datang!

Hmmm…masih tertanya-tanya kenapa geraN=geraM? Hehee…

Kita tunggu di minggu hadapan…. :D

This post has 8 comments.

  1. We have Nescafe Kick Start, it’s a small program but so far works well. Malaysian audience prefer to watch those singing contest more, which is more glamorous.

    12 Jun 09 at 1:44 am #
  2. Thanks Awang. Such a cool idea of having the paperback version of your blog. I have Terengganu bloodline as well. Ganu kitee.. hehe..

    In my opinion, the word ‘Nescafe’ spoiled the marketing campaign of the program. Nescafe should’ve used a more buzzy tagline and press all the six button of buzz heterophony to promote the program.

    Heheh…it’s a good start anyway. Go Nescafe!

    12 Jun 09 at 2:03 am #
  3. “six button of buzz heterophony” tu ape? bunyi cam gempak je. hehehe

    tajuk tain, content lain, heheh ingat nak komplen pasal tak dapat geran

    pasal artikel yang kau tulis ni, aku rasa real good idea tak perlukan reality tv to be “kick started”. plus idea-idea from those TV series tade pun yang betul-betul boom. diorang cuma nak jual tv program je, not really sell the idea. aku tengok american inventor tu dah jadi macam american idol. glamour je lebih

    12 Jun 09 at 2:41 pm #
  4. Akmal,

    1)“six button of buzz heterophony” tu ape? bunyi cam gempak je. hehehe

    Marketing mmg bab buat gempak. Ada sorang mamat indon tulis buku “Marketing is Bullshit”. Aku mmg plan nak beli buku tu nanti.

    2)tajuk tain, content lain, heheh ingat nak komplen pasal tak dapat geran

    mmg pasal grant pun…cuma style aku tulis mmg suka panjang2. So, bila dah panjang sangat, baik aku sambung minggu depan je. Kalau tak, ntah bila la nak publish entry aku ni. Org lain mungkin suka tulis pendek2. Itu diorang punye hal la. My writing, my style. Org lain jgn nak sibuk. Point ttg grant tu insyaAllah next week ada. Aku nak entri this week ada relate dgn entry next week.

    3) Reality TV macam Dragons’ Den or alike is not about ada idea yg betul2 boom. The main purpose is to learn and have an opportunity to kick start a business, no matter how stupid the product/idea looks to us. Maybe it’ not a boom idea for us. But with the right people and the right amount of investment, unexpected things can happen. Dah banyak berlaku pun dalam sejarah entrepreneurs kes2 camni.

    Bab glamour tu of course kene ada. Dah nak market program tu, kene faham targeted audience punye behaviour la. What ever that attract people towards the program…

    Bab nak jual TV program…of course…the producer of these programs are entrepreneurs…that’s how they think. Lantak la diorang just nak make money from the TV programs. Yg penting we take advantage of what they are offering from their programs.

    12 Jun 09 at 3:27 pm #
  5. Ardentedu sdg menunggu geran smidec diproses…setelah berminggu2 menanti…jgn ditolak sudahlah…sudah bercakap dgn dua pegawai iaitu En Affendi Md Akib dan Cik Neny Suzana Razali yg jaga bahagian geran ni…

    14 Jun 09 at 5:57 pm #
  6. ajan

    wah letak nama penuh processing officer!

    16 Jun 09 at 10:12 am #
  7. Keep up the fantastic piece of work, I read few posts on this internet site and I think that your web blog is really interesting and contains lots of superb information. 215471

    09 Dec 11 at 10:22 am #
  8. Superb post but I was wanting to know in the event you could write a litte much more on this subject? I

    17 Jan 12 at 1:36 am #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.