Jun 03 2009
 
162

Beli Rumah Lelong

rumah-lelong

Minggu lepas saya berjaya menang rumah lelong.

Unit tu sebuah unit kondominium 3 bilik di Puchong. Market price dalam RM160k max. Saya dapat harga RM85k. Kondo tu dah siap dibina lama dah. Tapi unit yang saya menang tu fresh lagi, masih suci murni, takde sape pernah dudok kat unit tu lagi.

Seperti biasa, proses lelong yg saya pergi tu kejap je. Ada lebih kurang 80 rumah dari macam2 lokasi yang dilelong, tapi unit yang ada pembida (bidder) tak banyak pun, so dalam 15 minit dah settle semua.

Ni bukan kali pertama saya atau wife saya beli rumah, tapi ni kali pertama melalui lelong. Rasa seronok pun ada jugak. Sebenarnya tahun ni je, saya dah 8 kali pergi acara lelong, tapi asyik kalah je. Mungkin sebab saya ni kedekut sangat kot hehe. Yelah, kalau nak beli kenalah berbaloi, kalau menang lelong tapi setakat dapat harga market price, baik beli straight dari owner je, kurang risiko.

Kalau nak tengok unit-unit untuk lelong, boleh tengok kat prop-auction.1k.com.my (free je). Setiap auctioneer (pelelong) pun ada website sendiri. Antara yang popular kat malaysia ni: Property Auction House, Ng Chan Mau, Tan Corp, J Thilagamraj, EhsanLeong, Henry Butcher, dan banyak lagi. Saya dengar kat auctiondata.com.my listing lagi lengkap , tapi yang ni kena subscribe (RM1 sehari). Kalau tengok website-website ni, memang ada beratus2 rumah dilelong kat sana sini setiap minggu. Pilih, jangan tak pilih.

Beli hartanah ni tak semestinya perlu banyak duit pun. Contohnya, untuk unit yang saya menang tu, saya perlu bawak deposit 5% je, iaitu RM4250. Untuk unit tu pun, saya kongsi dengan sepupu saya, so sorang tak perlu keluarkan duit banyak..

Kalau tak biasa dengan lelong, saya cadangkan belajar dulu, sebab kena faham selok belok dan trick2.. Boleh refer kat beberapa website kawan-kawan saya, terutamanya pie2020.com/blog dan faridzaswadi.blogspot.com. Saya cadangkan baca blog2 diorang dari awal, sebab entry2 yang awal-awal lagi banyak tips-tips berguna..

Kalau dah khatam, baru lah tau nak beli rumah kat kawasan mana (ada tempat panas, ada tempat sejuk), macamana nak survey rumah (sebab kita tak tengok rumah sebelum beli, mungkin kat dalam rumah tu ada lubang besar ataupun mayat haha), macamana nak buat duit atas angin (ni kena jadi ‘ulat’ ni), macamana nak cek tunggakan letrik, air, maintenance, cukai, dsb (kadang2 tunggakan sampai berpuluh2 ribu ringgit, kalau salah beli boleh bankrupt), macamana nak elak bayar tunggakan, macamana nak kawtim dengan pembida lain (contohnya kalau ada 5 pembida untuk unit sama, kalau lawan, harga reserve price mcm RM60k pun boleh jadi sampai RM125k. tapi kalau kita kawtim dan offer cash kat pembida lain RM500 sorang, kita menang at RM60k je, jadi win-win situation), dan banyak tips2 lain..

Nanti kalau saya rajin, saya cerita sikit apa advantage/disadvantage beli rumah lelong ni.. Kalau rajin la..

Iklan: Kalau siapa nak sewa unit saya tu, insyallah seminggu lebih lagi dah boleh masuk dah.. Murah je, bawah RM1000 sebulan.. 3 bilik, ada swimming pool, playground, reading room, tennis court, laundrette, gym, jacuzzies.. ada parking lot sendiri.. security bagus, siap dengan access card.. pendek kata semua ada lah..  foreigner pun ramai haha..

simple calculation:
1. Bulan2 bayar loan RM360. Kalau sewakan RM1000 sebulan, berapa dapat (monthly)?
2. Beli RM85k. Kalau jual RM150k, berapa dapat (one time)?

[Update Januari 2011: Alhamdulillah, sejak tulis artikel ni, saya dapat beli beberapa biji rumah lelong lagi. Koleksi rumah subsale pun ada tambah jugak baru-baru ni. Kalau nak jumpa saya, boleh datang seminar hartanah. Seperti biasa, saya try kongsi sebanyak boleh. InsyaAllah.]

This post has 162 comments.

  1. Getting closer to become ‘Jutawan Pasif’ eh bird.

    04 Jun 09 at 9:03 am #
  2. Jinny

    Interesting!
    Jinny

    04 Jun 09 at 10:51 pm #
  3. Good info Bird, Thanks. banyak lagi kena tanya kau pasal properties ni.

    05 Jun 09 at 11:03 am #
  4. iznan

    congrat bird..jeles2..hehehe

    06 Jun 09 at 4:06 pm #
  5. wah…baru terjumpa aa blog Bird ni…

    cun giler..sempoi..
    tahniah beb dapat rumah murah…
    tgh tunggu nak makan +ve CF ke?

    09 Jun 09 at 12:35 am #
  6. ikhwan, still far away from jutawan. kalau ade 10 rumah pun, bukan beli guna duit sendiri, guna duit bank. so kene tunggu lagi 30 tahun bila loan settle, baru la jutawan. sementara tu, hutang keliling pinggang.

    bri, welcome. haah nak makan +ve CF. tapi takdela +ve sgt pun, stakat lepas duit rokok je(walaupun aku tak hisap rokok hehe). perlu bantuan satu solution niha.

    09 Jun 09 at 10:49 am #
  7. tahniah bird.. ko tak nak jual kee? market kat sana 150K tuuu.. kayo kayo

    09 Jun 09 at 1:57 pm #
  8. Menarik jugak ye pasal lelong2 ni.. hari tu saya tgk dlm suratkhabar paling murah ada apartment dilelong harga rm7k saja.. tapi kat area rawang/sepang sana la.. sbb tu murah kot.. huhu..

    10 Jun 09 at 2:38 pm #
  9. watiesha

    Jom beli rumah lelong ada banyak murah2, sila ke blog
    http://www.watieshahproperty.com/
    Listing update setiap minggu (setiap isnin)
    Flyers update setiap hari

    12 Jun 09 at 3:03 pm #
  10. Salam Semua,

    1st time saya sampai blog ini… memang bagus… harap ader lebih ramai lagi yg boleh kuat bangsa Melayu islam kat Malaysia melalui kerja sama mcm nie..

    Saya mmg seronok bila Melayu islam bersatu mcm nie utk mengalahkan kaum bukan Islam kat Malaysia nie pasal tu saya buat website nie http://hartanah-bumiputera.com

    Jemputlah datang!!

    15 Aug 09 at 9:32 pm #
  11. azm

    elo all, i nk beli rumah teres tp budget takder la besar kalu bleh below 200k, area puchong ader tak u org tau kat mana² area puchong ader rumah lelong

    20 Aug 09 at 7:32 pm #
  12. azm, u boleh cari sendiri kat http://www.lelongtips.com dan search ‘puchong’. good luck!

    04 Sep 09 at 1:24 pm #
  13. wowow… price yg baguss.. terus leh flipp kalau ada offer darii orang yg nak belii ..

    29 Oct 09 at 10:44 pm #
  14. ashekin

    Wow best dgr citer korang. Aku baru je menang lelong. Ada 3 org yg nak lawan . Puas aku kowtim. Setiap sorang nak RM1000. So aku kena kuar cash 3000 ari tu. Harga umah tuh 130,500. Rumah teres 2 tingkat kat puchong. Market price 160,000. Ok kot. Aku main redah jer. Dah menang baru p tgk umah. Jd aku pun puas ati gak arr dpt beli umah tu. Skang aku tgh tunggu loan approve. Rezeki aku, rumah tak rosak. Sbb owner lama duduk x lama. Agaknya masalah kuarga. Api dan air pun tak ler byk sgt. Alhamdulillah.

    01 Nov 09 at 12:38 am #
  15. pie.. tq tq. mmg boleh jual rumah tu anytime at least dlm 140k. tapi biarla dulu. lagipun, aku baru ada rumah sikit je, belum berpuluh2 mcm ko lagi.

    ashekin.. waa tahniah tahniah! selamba je bid tak tgk umah, dah selalu angkut rumah lelong ke?

    03 Nov 09 at 11:52 am #
  16. Salam.. ni Bebird ke? Best tul MV beza dari RP..

    Dah berapa rumah sekarang? Hehe..

    06 Nov 09 at 6:08 pm #
  17. Wida, eh saya bukan Bebird. Bebird dan Bird species yg berbeza hehe. Btw, welcome to our blog. Hm.. skrang rumah saya baru sikit je, baru berjinak2 niha.

    09 Nov 09 at 11:43 am #
  18. hingatkan kat puduraya jer ader ulat ghitewww.. ehehe, salamm bro

    18 Nov 09 at 8:54 am #
  19. lily

    Salam bro.

    Nak minta advice sket. Skg ni kebanyakkan bank guna lock-in period untuk housing loan. Macamana nak jual rumah yg baru beli klu camtu? Ada ke bank yg tak guna lock-in period?

    Thanks.

    10 Dec 09 at 11:50 am #
  20. Salam Lily..

    Mmg kebykkan bank gunakan lock-in period, selalunya 3-5 tahun. Susah nak cari loan yg takde lock-in period. Kalau ada pun, interest pulak tinggi.

    Sebenarnya, kalau ada lock-in period, bukan tak boleh jual, cuma akan kena penalty je. Selalunya penalty ni dlm 3% atas loan amount (bukan atas market value).

    So kalau nak flip rumah (beli pastu jual terus), kena make sure still untung lepas tolak penalti la. Takpun beli rumah cash, takde la penalti.

    Satu lagi, start Januari 2010 ni RPGT 5% dah ada balik kalau jual sebelum 5 tahun. Penjual kena cukai 5% dari keuntungan jual beli rumah.

    So kalau nak flip ni, cari la rumah yg betul2 berbaloi. Kalau beli 30-50% bawah market value, baru la untung. Kalau setakat beli bawah 20% dari market price, memang takde hasil sebab nak cover duit lawyer, penalty, cukai, komisen agent, penat lelah semua lagi.

    Good luck.

    11 Dec 09 at 11:02 am #
  21. Kalau nk bid, bole Kawtim jgk ke?

    14 Dec 09 at 9:53 pm #
  22. kid

    salam sifu n the geng..

    saya ada satu kekeliruan berkenaan pembelian rumah lelong. apakah perkara2 yang kita perlu bayar dan apakah perkara yang kita tidak perlu bayar setelah mendapat rumah lelong tersebut? maksud saya yang perlu kita tanggung dan yang perlu owner lama tanggung/bayar sekira terdapat tunggakan seperti cukai tanah, bil2 elektrik and air, bayaran mantenance dan sebagainya.. seterusnya, sekiranya owner atau penyewa rumah tersebut tidak mahu keluar atau mengosongkan rumah tersebut, apakah perkara yang sewajarnya kita lakukan. So, kawan2 yang mempunyai pendapat atau pengalaman dalam hal2 ini tolong berikan pendapat…tq

    17 Jan 10 at 9:58 am #
  23. Mr Kawtim..
    Betul, ada bidders yg kawtim masa auction. Bila kawtim, auctioneer yg rugi, sebab harga tak naik tinggi.

    Tapi sama ada Islam benarkan kawtim masa auction, itu saya tak tau.

    18 Jan 10 at 3:38 pm #
  24. Kid..

    Syaratnya lain-lain, bergantung kepada rumah yg dilelong dan bank yg melelong. Ada yg tak cover tunggakan langsung. Ada yang cover semua. Ada yg cover sikit je (contohnya sampai 10% dari harga jualan je). So, seblum bid, kene baca Proclaimation of Sale (POS) dan Contract betul2. Takpun, call dan tanya bank atau auctioneer, diorang boleh explain.

    Antara semua tunggakan, biasanya tunggakan Maintenance yg paling tinggi (utk apartment atau condo), diikuti Cukai Tanah. Bil Elektrik dan Air sebelum sampai RM500 selalunya dah kene potong dah. Jgn sesekali bid tanpa cek outstanding.

    Setakat ni, saya menang rumah-rumah yg tak ada orang duduk atau penyewa yg duduk. Kalau penyewa yg duduk, takde masalah, either boleh suroh diorang keluar, atau teruskan sewa kat situ. Senang, takyah cari penyewa dah.

    Yg selalu jadi problem, bila tuan rumah yg duduk. So sebelum auction, pegi la ketuk pintu dulu, cek siapa yg duduk, pastu tanyala kalau terjual diorang nak buat macamana. Bagi la masa sikit utk diorang pindah, sure ok. Ada member-member saya beli ok je sebab dah bincang dgn owner elok-elok.

    Tapi kalau rasa-rasa mcm mungkin jadi problem, better jgn bid, byk lagi rumah lain, buat apa susahkan diri.

    18 Jan 10 at 3:40 pm #
  25. kid

    salam sifu n the geng..

    Tq, info yang berguna untuk saya yang baru nak berjinak dalam hal ini.. Sebenarnya hari jumaat yang lalu (15/01/2010), saya merancang untuk bid satu rumah kat banting (baru nak beli rumah sendiri) tetapi pada pagi hari tersebut, saya dapat info drp bank menyatakan owner rumah tersebut telah membayar segala hutang2nya. So, melepas laah lagi… Apa2 pun saya masih meninjau rumah yang mampu saya beliii… Tq kawan2..

    18 Jan 10 at 8:29 pm #
  26. rahim

    salam..kalau saya dapat rumah lelong adakah praktikal sy membayar dengan tunai…sebab saya akan menjualkannya. Cuma mungkin makan masa sikit untuk laku,jadi tak perlu la saya buat bayaran proses pertukaran ke nama saya kemudian jual dan buat proses penjualan pulak…dari segi undang2 bole ke atau en. ada apa2 cadanganm untuk saya..TQ

    26 Jan 10 at 4:31 pm #
  27. rahim..

    1. Kalau nak jual terus, praktikal jugak kalau bayar secara tunai. Urusan jadi cepat sikit, sebabnya tak perlu cari loan, tunggu loan offer, buat loan agreement. Dan tak perlu bayar loan agreement fee dan early loan settlement penalty.

    Tapi, jgn lupa opportunity cost. Mungkin banyak peluang-peluang lain yang kita boleh ambil dengan duit cash sebanyak tu. Once dah beli tunai, paling kurang pun duit tu dah terlock 6-8 bulan jugak sementara nak tunggu urusan jual semula selesai.

    2. Dari segi undang-undang, en rahim still kena tukarkan nama ke atas nama en rahim jugak. Sebabnya ada syarat, iaitu unit rumah lelong tu mesti ditukarkan kepada nama pemenang lelong dulu. Lepas tu barulah pemilikan boleh ditukarkan kepada pembeli baru.

    Tujuan bank buat macam ni adalah untuk elakkan orang-orang daripada beli unit lelong dengan kos 5% atau 10% je, dan lepas tu terus jualkan dgn harga penuh dalam masa yang singkat. Tak payah banyak cash, tak payah buat loan.

    Sebenarnya ada cara untuk beli tanpa cash atau loan. Iaitu kena cari pembeli baru yang 1. sanggup beli cash dan 2. sanggup pinjamkan cash tu dulu tanpa rumah. Caranya ialah kita pinjam cash dari pembeli baru tu, selesaikan balance 90% dari harga lelong. Lepas rumah dah ditukar atas nama kita, baru buat agreement baru untuk tukar ke atas nama pembeli baru. Itupun kalau ada pembeli yang banyak cash, sanggup dan cukup percaya kat kita la..

    30 Jan 10 at 8:20 pm #
  28. diena

    Kid..saya baru tgh mencari untuk membeli rumah sendiri di kawasan puchonng atau sekitarnyer lah..coz i kejer kt bukit puchong..klu kid ader info rumah yg murah2 area2 ctu plase bgtau yer..klu buleh tgh carik teres x kisah la setingkat or 2..please yer kid..saya x berpengalaman langsung bab2 rumah ni

    03 Feb 10 at 3:52 pm #
  29. diena..

    Memang byk rumah area puchong utk dijual. Boleh dapat murah kalau pandai cari, tak semestinya kena beli lelong je. U boleh search ‘puchong’ kat http://mudah.my (category=house)..

    Kalau nak cuba beli lelong, u boleh search ‘puchong’ di http://lelongtips.com ..

    Kalau u rajin cari dan usha2, lama-lama u akan tau la yg mana mahal, yg mana murah. Good luck!

    06 Feb 10 at 4:24 pm #
  30. wan

    salam, kat mana yer nak tgk post berkenaan how to cek tunggakan2 bila beli rumah lelong?

    08 Feb 10 at 1:52 pm #
  31. wan..

    sinking fund dan maintenance fee rumah lelong (untuk apartment/condo), boleh cek dengan management office apartment/condo tersebut..

    tunggakan letrik rumah lelong, just call mana-mana cawangan TNB, cakap nak cek tunggakan, dan bitau alamat rumah tu atau IC pemilik asal rumah tu..

    tunggakan cukai pintu atau cukai tanah.. boleh cek di pejabat/majlis bandaraya/pembandaran kawasan tu..

    08 Feb 10 at 4:32 pm #
  32. rahim

    saya bercadang nak bid sebuah rumah (condo)yang telah diiklankan oleh pelelong pada hujung bulan ini…saya telah menghubungi agen bank rumah tersebut bertanyakan hal yg berkaitan….fokus saya adalah terhadap isu tunggakan cukai tanah, cukai pintu, maintenance dan lain-lain tunggakan jika ada. maklumbalas yg saya dapat, agen memberitahu jika saya berjaya dapat bid segala tunggakan sebelum saya sign kontrak adalah atas tanggungan bank…mohon pertolongan saudara adakah perkara ini benar dan bantu saya apa yg perlu saya lakukan atau selidik sebelum bid rumah tersebut….tq

    11 Feb 10 at 11:48 pm #
  33. kid

    salam diena n the geng..

    betul nasihat and cadangan yang khairul berikan di atas. Rumah yang hendak dijual memang ada tetapi area banting. Bukanlah kat bandar banting tetapi sempadan banting and sepang. Rumah teres satu tingkat and dua tingkat. Saya cuba tanyakan dengan lebih lanjut dengan pemilik rumah2 tersebut..

    17 Feb 10 at 7:15 am #
  34. maz

    salam ,

    sy br pertama kali nak beli rumah lelong tp ni utk duduk sendiri. Sy ada baca kat atas klu nak tau tunggakan rumah spt air / letrik blh call tnb/ syabas, Cukai pintu boleh cek ngan pej tanah tp boleh ke thru phone?
    tp mcm mana plk yang kata bank akan tanggung semua kos tu sblm jadi milik kita? sy confuse la..boleh tlg.sbb sy nak bid satu rumah on 23/02/10 tp belum arif cara2nya…harap blh bantu…..tq so much

    18 Feb 10 at 1:47 pm #
  35. Yo bird.. betul la bird.. post ni walau pun dah lama.. still masih ramai yang membaca dan reply to this post.. cayalah.. heheh…

    cik maz.. awak dah dapatkan pengisytiharan jualan (POS) dan syarat2 jualan (COS) untuk unit tersebut? Kalau bank kata dia tanggung.. kebiasaannya dia tanggung cukai taksiran dan maintenance. bil api, bil air, indah water bank tak tanggung. Kalau ada soalan tambahan boleh email saya faris@satusolution.com
    23 feb ni pun saya akan ke acara lelongan. mungkin di tempat yg sama?

    18 Feb 10 at 11:46 pm #
  36. wannie

    Thanks Khairul. Article yang sangat menarik tentang rumah lelong. Nanti i akan refer kat u bila nak beli.

    03 Mar 10 at 8:29 pm #
  37. ariffin yaakub

    Saya cadang ingin membeli rmh lelong Bank, Dlm iklan RM 37k bila telepon jadi RM 55k. Saya ingin mendapat kepastian.
    Sekian terima kaseh

    17 Mar 10 at 11:50 am #
  38. wannie.. ok.. i pun bukan byk sgt pengalaman.. i bleh la cerita2 stakat termampu..

    ariffin.. kadang2 ada beberapa unit dari kawasan sama dilelong serentak, mungkin salah tengok kot.. atau pun harga asal rendah pada iklan dikeluarkan oleh pelelong, tapi agen-agen markup jadi harga tinggi.. baik contact pelelong terus..

    30 Mar 10 at 11:39 am #
  39. ahmad tamimi

    Assalammualaikum semua…wah teruja tgk semua teror cari duit..tapi saya nak minta khidmat nasihat boleh tak? urgent sangat sebab saya tengok ada yang dah ada banyak rumah….tapi saya ngan wife ada masalah nak lepas satu lagi loan umah…rumah tu untuk tinggal sendiri.. kalau ada yang sudi bagi khidmat nasihat email saya boleh? atau bagi no contact kat hp saya 0125919210 (mie) nanti saya citerkan kenapa loan wife saya x lepas..terima kasih semua

    04 May 10 at 1:10 pm #
  40. tamimi.. boleh emel kpd saya di khairul[at]aidan[dot]com[dot]my.. insyallah, saya fwkan kpd sape2 yg mungkin boleh bantu..

    07 May 10 at 11:29 am #
  41. alina hadlin

    btl… sokong khairul 100%
    info khairul mmg brguna & btL…
    aLina sndri prnh keje kt auction house…
    nk beli rmh bkn ssh sgt pn tp make sure smua ikt law supaya x kn TIPU!!!

    10 May 10 at 12:50 pm #
  42. fazliamn

    hi…i br nak bl rumah…br je keje dlm 2 tahun…tp xpandai sgt nak cr rumah camne…smua rumah cam mhl jer…

    ape pandangan korg…bl rumah br ke atau bl rumah lelong…

    24 May 10 at 5:29 pm #
  43. fazliamn,

    sy pun beli rumah first masa sy baru keje dlm 1 tahun lebih.. itupun bukan lelong, beli dari orang, so beli market price la jawabnya..

    lepas tu baru tau pasal auction, terus start beli umah2 lelong.. yg best lelong ni, boleh beli diskaun. kalau pandai cari boleh dpt 30-40% diskaun dari market price..

    26 May 10 at 11:24 am #
  44. kapt_farizan

    thanks for nice info…
    sy kurang faham berkenaan loan la khairul..lepas kita win bid rumah dan kalau tak berjaya dapatkan loan mcm mana?

    27 May 10 at 12:01 pm #
  45. kapt farizan,

    masa auction kita kena bawak duit 5% atau 10% dari harga rumah dlm bentuk bank draft sebagai deposit.

    kalah kita kalah, bank draf dipulangkan.
    kalau kita menang, kita kena selesaikan baki 90% atau 95% dalam masa 90 atau 120 hari, bergantung kpd syarat lelongan (tertulis dalam Contract of Sale COS dan Proclaimation of Sale POS).

    kalau tak dpt selesaikan baki tu, deposit kita hangus.

    tapi kalau loan problem, ada caranya:
    1. cari bank pelik2 macam eon bank, muamalat, etc. sbb bank yg popular macam cimb, maybank, rhb mmg memilih sikit. ataupun try dptkan loan dari mbsb, syaratnya longgar sikit. ada jugak insurans yg offer home loan sekarang.
    2. tambah nama atas loan. kalau kita sorang tak lepas, letak nama isteri atau keluarga lain dlm loan. dua orang bermakna dua income.
    3. cari guarantor, macam ayah, pakcik atau sesiapa yg kaya atau ahli bank club. kalau kita tak bayar loan, bank akan kejar guarantor.
    4. mintak tolong pegawai bank atasan. kalau kita ada sedara yg pangkat atasan dlm bank atau branch manager, dia boleh bagi exception.
    5. tulis surat mintak extension. selalunya bank pelelong bagi chance utk extend sikit beberapa bulan. lawyer boleh buatkan surat. walaupun akan kena denda bagi setiap hari lewat, lebih berbaloi dari hilang deposit terus. gunakan peluang tu utk clearkan la hutang2 yg tak patut so that loan lepas.
    6. bayar cash. pinjam la duit kawan2 atau jiran2.

    27 May 10 at 1:05 pm #
  46. nazline

    saya nak beli rumah lelong 69k, 10% deposit dah keluarkan, cuma nak tunggu hari lelongan je.. ada tak tips pada hari lelongan.. dan buat masa ni check mcm tde orang masuk cuma saya sorang je.. harap boleh bagi nasihat dan pandangan..

    27 May 10 at 1:33 pm #
  47. nazline

    saya beli umah ni bukan sebab apa tension la dengan tuan rumah beli sendiri kan senang.

    Bank yang buat lelongan affin bank rasa semua cukai pintu,maintenance dll saya tanggung, cuma masalahnya tanya syarikat lelong mcm nak taknak je jawab bila tanya soal ni ….

    1) Rumah tu value 115k dah turun 69k.. berbaloi tak klu saya beli?

    2) Selain dari cukai pintu/air/elektrik/ maintenance/iwk apa yang perlu ditanggung oleh pembeli

    3)kalau nak buat loan rumah mana bank yang paling berbaloi2
    ( konvensional/islamic)

    27 May 10 at 1:44 pm #
  48. lynn

    saya nak beli umah lelong tapi macam takut kena tipu la….
    kalau nak pilih bank untuk pinjaman bank mana yang menwarkan interest yang paling menguntungkan pembeli j/panjang (konvensional/islamic)masa sekarang…

    27 May 10 at 7:17 pm #
  49. ziela

    assalamualaikum,

    nilah kali pertama saya jumpa satu website yang memberi ruang bertanya tentang pembelian rumah lelong, saya baru je berjinak2 untuk membeli rumah, tetapi tidaklah banyak sangat simpanan yang ada, adakah sebelum kita bid satu2 rumah tu kita memerlukan ’standby’ duit yang banyak. nak jugak tips yang bestlah dari saudara..

    14 Jun 10 at 5:09 pm #
  50. ziela,

    utk masuk auction, utk selamat, sy cadangkan mesti standby duit around 20% dari harga yg nak dibeli. contohnya rumah berharga RM80k, kita kena ada dlm RM16k..

    10% adalah utk deposit. baki 10% adalah utk lawyer, valuer, tunggakan, repair dan lain-lain.

    kalau ikut pengalaman sy yg tak seberapa ni, biasanya kos yg paling tinggi ialah tunggakan (kadang-kadang boleh mencecah puluhan ribu) dan repair (ada jugak rumah bumbung bocor, rumah terbakar, dinding pecah). so utk first unit auction, kalau tak boleh inspect, baik jgn beli.

    24 Jun 10 at 8:39 am #
  51. joza

    assalamualaikum friend…….. saya baru berjinak bab rumah lelong nie… dan saya main redah jee.. 3 kali saya masuk lelong tapi ni first time br menang..dapat rp rm 98,500 lagi market value rm 140 k…alhamdulilah.. tapi kaum kerabat owner telephone saya nak beli rumah tu… kasihan pun ade, tapi sy pun x de rumah lagi, patutkah saya jual… boleh bagi komen…

    01 Jul 10 at 10:21 am #
  52. joza,

    sama la kita, dulu sy main redah gak. tahniah menang rumah. kat mana tu?

    sy tak pernah la pulak kena mcm tu. kalau owner yg duduk, biasanya kita akan halau baik2. bagi tempoh beberapa minggu utk cari tempat baru.

    tak tau nak suggest apa. kesian pun ada. tapi kalau jual murah, rugi pulak.

    kalu nak jual, saya suggest:
    1. make sure ada untung. utk cover loan penalty (kalau ada) dan kos-kos lain jugak. termasuk kos masa pegi bid semua. kita yg susah2 menang, org lain pulak nak beli balik.
    2. mintak bayar cash, sbb kalau nak tunggu diorang buat loan, kalau lepas 3 bulan loan tak lepas or diorang cancel beli, siapa nak bayar balance.

    02 Jul 10 at 4:50 pm #
  53. joza

    salam…. i jadi jual rumah tu..i area johor bahru… apa yg saya perlu tahu mengenai prosedur jual rumah… takut kena tipu plak kalau x tahu… tq

    08 Jul 10 at 10:38 am #
  54. wan zaiman wan rosidie

    assalamualaikum…hy…sy inagt nk masuk bid rumah…tp sebelum 2 nk selami dulu suasana dan cara lelongan nih…kat mana biasanya lelongan tu dibuat? klu skdar nk tgk je, boleh masuk ke? bleh komen?

    09 Jul 10 at 11:13 pm #
  55. zaiman.. lelong ni dibuat kat banyak tempat, cthnya kat office auctioneer, bank, hotel, macam2.. boleh cek alamat tempat2 tu dalam link2 yang saya tu..

    kalau stakat nak pegi tengok2 masa auction tu pun boleh.. sesiapa pun boleh masuk auction room tu.. sebelum beli, pergi la usha2 dulu suasana macam mane..

    11 Jul 10 at 6:51 pm #
  56. khairul, nak copy entry masuk blog aku bleh tak?

    13 Jul 10 at 1:20 pm #
  57. shah.. takde hal, silakan copy.. bleh share ilmu walaupun sket.. jgn lupakan linkkan ke blog ni eh..

    16 Jul 10 at 6:47 pm #
  58. sham

    kalau kita jual sebelum habis lock in period……ade penalty dari bank……kita boleh mintak kurangkan denda tu tak?

    terima kasih

    21 Jul 10 at 12:48 pm #
  59. abus

    condo ni ada shuttle to Lim Kok Wing.

    25 Jul 10 at 10:00 pm #
  60. memang informasi yang bagus..saye pun ada cite-cite nak beli rumah lelong je nanti..tu pasal kena cari ilmu sket nih..

    neway, saya juga ada wat maintenance untuk property and electrical appliances..kalau sapa2 yang perlukan perkhidmatan repair-repair rumah, piping or apa saje, bole la dtg ke blog saya…http://ultimateedifice.blogspot.com..atau add je facebook wajady dy..

    sama2 kite majukan bangsa n agama kita..peace

    27 Jul 10 at 10:35 pm #
  61. Susanti

    5 thn nie kita sewa saja…ingatkan tahun nie nak bli rumah..pas bca smua.wow rmah llong
    Lgi best…bru nak mula lah nie..ngan sapa saya bleh tnya lbihh

    07 Aug 10 at 11:43 pm #
  62. Susanti.. sy pun baru2 jugak.. tapi okla, skrang dah ada beberapa bijik ;).. kalau ada soalan, tanyela.. mungkin sy dapat jawab sikit2..

    09 Aug 10 at 11:13 pm #
  63. wahtwaht

    salam bos…
    ada kmusykilan ckit…
    sya blum prnh bli rumah. mnyewa je slama ni. tp ble hmpir nk mndirikn rumhtgga, bru pkir nk bli rumh sndri. sy berminat dgn unit ni…

    Intermediate 1 Storey Terrace House
    Property Listing Type : Auction
    Location : No. 20, Jalan Selaseh 16, Taman Selaseh Fasa 2, 68100 Batu Caves, Selangor
    Auction Price : RM 80,000.00
    Land Area : 1302 sq.ft
    Auction Date : 2010-08-26
    Tenure : Leasehold Expiring on 15 December 2091
    Deposit : 10%

    selain buat fizikal inspection, cek tunggakn bil air, letrik, cukai pintu, ape lagi yg perlu sya buat ye? outstanding cmne nk cek? POS ble&di mne boleh kte dpatkn ye? lg 1, brbaloi ke bli umah leasehold?
    asalnya sy survey aptment casmaria…tp ni alang2 ada landed, tu yg nk cuba bid unit ni… hrap bntuan bro khairul sbgai org bpngalamn…

    TQ

    12 Aug 10 at 2:14 pm #
  64. linda

    Salam ramadhan….

    Saya juga minat dengan property ini :

    Intermediate 1 Storey Terrace House
    Property Listing Type : Auction
    Location : No. 20, Jalan Selaseh 16, Taman Selaseh Fasa 2, 68100 Batu Caves, Selangor
    Auction Price : RM 80,000.00
    Land Area : 1302 sq.ft
    Auction Date : 2010-08-26
    Tenure : Leasehold Expiring on 15 December 2091
    Deposit : 10%

    boleh dapatkan kat mane auction and bank mana handle…. dah lama sangat duduk ngan family, rasanye masa utk berdikari

    25 Aug 10 at 9:22 am #
  65. wahtwaht dan linda, tak sempat saya nak reply pasal rumah teres tu.. hmm camne, menang tak :)?

    26 Aug 10 at 11:10 pm #
  66. tahniah…saya baru nak bermula..tq for info

    27 Aug 10 at 11:17 am #
  67. wahtwaht

    sblum bid, sy g ‘ziarah’ dlu unit tu. tp ada occupant yg dah lma tnggal di unit tu. ada ank2 kcik. pkir2 balik, tkut bmsalah nk kawtim. lgpn tah nk pick up spe utk jdi juruckp. pkir pnjg, let go je la dlu unit tu. usaha cri yg lain… ada pe2 nsht&cdgn bro?

    06 Sep 10 at 2:24 pm #
  68. Min dan Man

    En. Khairul…

    Salam, just nak tanya sikit berkenaan dengan pembelian rumah lelong ni. Boleh tak kita apply loan lebih daripada harga yang kita menang semasa bid tetapi masih rendah lagi dari market value, sebagai contoh:-

    Harga rezab : RM 50,000.00
    Deposit : RM 5,000.00 (10%)
    Menang bid : RM 55,000.00
    Market price: RM 90,000.00

    Boleh tak kalau kita apply loan dalam RM 70,000.00
    Pandangan daripada en khairul, macam mana?

    23 Sep 10 at 2:48 pm #
  69. Ila Azila

    Salam semua..
    tq for the info.. sgt berguna utk saya yg baru berjinak2 utk beli umah. tQ sekali lagi =).

    24 Sep 10 at 12:04 pm #
  70. min & man, kalau beli secara lelong, harga menang akan dimaktubkan dalam dokumen pembelian. so bila apply loan, bank akan ikut harga menang (walaupun market price lagi tinggi).

    untuk contoh yang diberi tu, harga menang RM55 000 yg akan diguna oleh bank. kalau bank bagi 90%, maknanya loan amount cuma RM49 500 lah.

    kalau beli subsale, mmg boleh pakat dgn seller dan lawyer untuk ubah purchase price dlm document. tpai lelong tak boleh.

    so kene beli dulu unit auction tu. lepas semua urusan loan dah settle (duit dah disburse, loan dah start bayar). then, baru lah ‘refinance’ atau ‘top up’ loan. top up tu macam buat second loan atas unit sama dan dgn bank sama, tapi tak kena penalty la sbb bukan dikira refinance.

    30 Sep 10 at 4:15 pm #
  71. arina

    salam, saudara sy br je beli rmh lelong, ni br 1st time sy bli rmh.. byk bnda n selok belok yg sy xfaham, sy nk tya la ms saudara beli rmh tu, lawyer fee utk tukar nama kena bpe %, sy difahamkan oleh agent yg lawyer fee adalah 3% dr hrga rmh, urusan tukar nm rmh sy baru je selesai & lawyer mnta byrn 6100,klu ikut hrga yg mcm agent ckp tu kami kena byr 3300, mcmn ble jd 6k yer? ke mmg ada caj² terselindung?

    30 Sep 10 at 10:06 pm #
  72. [...] The speaker is our very own Aidan Director, Khairul aka Bird, who has experience in acquiring several properties in KL and Selangor. Read one of his blog entries here. [...]

    01 Oct 10 at 4:32 pm #
  73. http://blog.aidan.com.my/2010/10/aidan-in-house-seminar-real-estate-investment/

    Mari hadir seminar untuk berjumpa sendiri dgn saudara Khairul.

    01 Oct 10 at 4:48 pm #
  74. dir

    nak beli rumah tapi modal xda hehehe

    05 Oct 10 at 9:47 pm #
  75. abuhafizd

    salam…saya nak beli rumah lelong rm30k di seri kembangan, cadang nak bayar cash dulu & refinance ikut market price ie.e rm60k, ada gak lebihan..apa komen sahabat? wassalam

    06 Oct 10 at 11:31 am #
  76. ali hanafiah

    Salam tuan otai,

    saya bercadang nak beli rumah lelong buat kali pertama ni..mintak nasihat sikit tuan otai;

    apartment kedai di seri kembangan 683sq rm RM30k mp rm60k (ada rosak sikit kena repair )

    -cadang nak beli cash pastu refinance ikut market value

    -harga beli rm30k termasuk arrears ie. quit rent, assessment, maintenance charge, sinking fund incl. late penalty interest (apa benda semua tu, quit rent=cukai pintu?, maintenance tu faham la….)

    -dlm masa 90 hari kena cari semua bill2 tersebut utk claim ke bank…bagaimana nak cari tu (assessment sinking fund)

    -strata title dlm POS disebut HS (D) & PT….maknanya belum ada strata title lagi…mcm mana nak buat yer

    06 Oct 10 at 2:46 pm #
  77. ali hanafiah, beli cash boleh, tapi make sure bile refinance betul boleh dapat market value tu.. satu lagi, kadang2 bank tak bagi 90% dari value.. kalau nak confirm, boleh tanye bank dulu..

    Quit Rent = Cukai Tanah (dibayar kpd pejabat tanah), Assessment = Cukai Pintu (dibayar kepada majlis daerah). Bleh dptkan info dari pejabat daerah/tanah.
    Maintenance Fee (banyak) dan Sinking Fund (sikit je) ni bende yang lebih kurang sama, dibayar setiap bulan kpd management atau developer.

    Bil2 lain boleh mintak kat TNB, IndahWater, Syabas.

    07 Oct 10 at 8:08 pm #
  78. warisan warisanegara

    Assalamualaikum….

    Saya ada terbaca blog en khairul pasal pembelian rumah lelong. Sangat menarik. Tapi apa pendapat en khairul kalau saya nak beli rumah ke-2 iaitu rumah 2nd hand secara tunai. Tapi ini bukan rumah lelong pun. Rasanya apa yang patut saya buat dulu? Orang yang nak jual rumah tu minta deposit 3%. Perlu ke lantik lawyer untuk tukar hak milik rumah atau boleh buat sendiri. Dan apa yang perlu saya lakukan untuk beli rumah ni. Saya tak tahu prosedur beli rumah secara tunai. Kalau guna loan tu senang sket nak detect problem rumah tu. Saya ingin sangat tahu. Sekian, terima kasih..

    25 Oct 10 at 12:56 pm #
  79. Warisan, pendapat sy, rugi kalau beli tunai. Sebab nya kalau kita buat loan, kita boleh ’gear’ kan duit kita 10 kali ganda. Cth: dengan cash 20k je, kita sebenarnya ada kuasa membeli rumah bernilai 200k. Lagipun, loan rumah la loan yg paling murah (interest paling rendah), berbanding loan2 lain mcm personal loan, loan keta, etc.

    Tapi ada keadaan yg terpaksa beli cash, cth bila dah tak boleh buat loan, commitment dah tinggi atau black list, atau nak cepat flip rumah (beli dan jual terus), utk dapatkan diskaun (ada owner offer diskaun kalau bayar cash), dll. Hanya tuan punya duit yg boleh decide berbaloi ke tak beli cash ni. Terpulang lah.

    Kalau nak beli rumah, mmg pembeli mintak 2 atau 3% booking fee (tak kesah sama ada beli cash atau loan). Ini mmg biasa, sebab nya penjual kena tolak potential buyers lain. Jadi dia kena ada jaminan sikit. Tapi lagi bagus kalau bagi duit booking tu dlm bentuk cek atau bank draf, dan buat surat ringkas dan suroh penjual sign. Mintak salinan ic penjual, takut dia tipu atau lari dgn duit.

    Walaupun beli cash, kita kena lantik lawyer utk uruskan jugak. Sbb lawyer je yg arif tentang buat carian hakmilik, dokumen s&p, memorandum of transfer, dll dokumen lg. Prosedurnya, lebih kurang sama dgn buat loan, cuma tak perlu tunggu kelulusan loan dari bank. Lawyer boleh buat keje terus. Apa2, boleh rujuk pada lawyer atau buku beli rumah.

    25 Oct 10 at 4:41 pm #
  80. izo

    En khairul

    Salam ada beberapa soalan
    1.Masa pg survey rumah lelong,kita diberi kebenaran ke utk tgk sampai dalam rumah?
    2.Loan kena buat lepas menang rumah atau sebelum pg bid?

    25 Oct 10 at 5:18 pm #
  81. izo, masa pegi survey, kita takde hak nak masuk dlm rumah. tapi kalau ada orang duduk (owner atau penyewa), boleh cakap baik2 utk mintak izin tengok, tp atas budibicara dia lah.

    loan hanya boleh buat lepas menang. kalau loan tak lepas, memang burn lah deposit tu. so, sebelum bid, baik cek betul2 dgn pegawai bank whether buat loan lagi tak.

    loan mesti dibuat atas nama pemenang lelong. tak boleh atas nama orang lain, walaupun isteri, anak, dll, kecuali sebagai tambahan je. nama pemenang tu tetap sebagai peminjam utama.

    26 Oct 10 at 4:28 pm #
  82. diN

    Salam en. Khairul,

    Sy nk tnya pndpt n pndgn saudara, ttg masalah sy. sy n istri b’cdg nk beli apartmnt lelong hrga dlm rm60k. Istri sy keja gov, dia ada utang personal loan yg bln2 rm1200 yg akn abis bln 10 taun dpn, tp dia akn lgsaikn hutang tu dgn suma duit simpanan yg ada. Masalahnya,lps tu istri nk wat loan personal loan lg dlm 80k, semata2 tuk bid n byr cash apartmnt tu. Jadi, sy rs cm x betul ja cara ni. Tolong minta nasihat dan cdgn dr yg arif dlm hal ni. Tolon ya. Terima kasih.

    26 Oct 10 at 5:51 pm #
  83. din, memang tak betul! part yg langsaikan personal loan tu bagus. cuma pastikan langsai dgn cash atau sumber lain yg lebih rendah interestnya.

    yang tak betulnya part buat personal loan utk beli rumah. saya nasihatkan jgn sesekali buat personal loan untuk beli rumah. personal loan sgt tinggi interestnya, boleh sampai 4 atau 5 kali ganda berbanding interest loan rumah.

    lebih baik buat loan atas pembelian rumah tu, sbb bank akan bagi interest rate yg sgt rendah utk loan rumah, jauh lebih rendah dari personal loan.

    melainkan mmg tujuan beli tu adalah utk flip (beli dan terus jual utk dpt untung). kita boleh elak penalty disebabkan settlekan loan rumah awal, sbb loan rumah biasanya ada lock-in period.

    tapi still sy nasihatkan jgn buat personal loan walaupun utk flip. sebabnya walaupun atas kertas kita mungkin nampak boleh settlekan dlm masa kurang setahun (dan jimat interest personal loan), beli rumah ni byk sgt potential problems yg boleh lengahkan proses, dari masalah hakmilik, lawyer, pej tanah, pembeli, etc. apatah lagi ni rumah lelong.

    28 Oct 10 at 5:39 pm #
  84. kiko

    En Khairul, saya ade nak beli rumah lelong untuk duduk sendiri (harga lelong 110k market value 140k)..tapi tak dapat gi masa lelongan tu.. saya rasa nak wakil kan kepada agent..tapi takut saya pulak kene lelong… mintak nasihat dan pandangan tuan..

    28 Oct 10 at 9:58 pm #
  85. kiko.. kalau sibuk, boleh jugak guna agent sebagai wakil. yang penting tanya dulu rate dia berapa.. ada jugak agent yg tak kenakan charga, kalau tak menang bid..

    saya cadangkan search agent melalui website/blog.. lagi selamat berbanding call no telefon yg dipaku di tiang2 tu..

    01 Nov 10 at 6:59 pm #
  86. izo

    Salam khairul
    Contoh kalau saya JV dgn kwn utk beli umah lelong, bolehkah loan dibuat atas nama bersama utk menguatkan lg status kewangan bagi luluskan loan?Boleh bg tips tak mcm mana satu nama boleh beli lebih drp 10 rumah?adakah dgn JV dan sebagainya.Banyak ilmu yang saya dpt dengan membaca blog saudara khairul tima kasih bro..

    03 Nov 10 at 2:06 pm #
  87. izo,

    loan memang boleh buat nama bersama. tapi selalunya nama suami, isteri, anak, sedara.

    bank tak tengok sangat bilangan rumah, yg lebih penting ialah perbandingan loan dgn income. orang yg dapat buat loan banyak, ialah orang yg mampu buktikan kepada bank yg dia mampu service semua loan tu.

    yang paling penting, income kena lah tinggi. ada bank yang bagi loan dengan installment setinggi 75% dari income. contohnya, income rm2000 sebulan, ada bank yg bagi loan asalkan bayaran bulanannya bawah rm1500.

    income tak semestinya gaji je. kebanyakan property investors ni gunakan tenancy agreement dan bank statement utk buktikan yg dia dapat sewa dari rumah2 sediaada. so semua sewa ni ditambah kpd gaji utk kira income bulanan yg sebenar. lepastu baru kali dengan 75%.

    selain tu, rekod bayaran loan kenalah cantik. kalau kita ada byk loan pun, tapi tak pernah bayar lambat, bank akan yakin dgn kemampuan kita utk buat loan seterusnya. kalau ada satu loan je, tapi liat nak bayar, bank pun serik.

    04 Nov 10 at 12:53 am #
  88. azira

    slm
    saya nk bli rumah lelong
    harga dlm 64,000. market pon myb 80-90k rasenyer
    dposit 10%
    rumh tgkat 7 drp 8 (rumh tepi)
    fasliti seme ok (coz sy pon dok sewe situ)
    nk pi keje pun dekat jer
    tp rumh lelong ni tngkt jer berlainan
    sy nk beli
    bile survey rumh tu
    ada org dok sewe
    andai kate ms lelong sy dpt rumh tu
    mcm mane org yg sewe tu
    sms sy dpt rumh tu, penghuni tu sudh keluar ke atau tgjwb saya perlu mklum kan
    coz kalau dah beli sy ingt nk duduk di situ
    myewa pun mhl sbulan 500
    mcm mane byr peguam pulak yer (peguam bank/peguam rumah)
    smbum ni sy ada beli rumh tpi
    rumh baru di sekitar kg lah
    kat sini area kl sy nk thu jg cara nyer
    byrn die berbeza ker?? (takut harga bandar mhl pula)

    04 Nov 10 at 7:59 am #
  89. azira

    1. sblum join lelong rumah
    perlu byr 10% deposit atas nama bank (Rm6400)
    sy melalui agen. dposit tu perlu byr sendir kat bank atau pun melalui agen. (risau kalau ditipu)

    2. bila jualan bermula ramai pembida yg twr harga tinggi dr yg asl.
    sekiranya sy kalah
    bila dn bgmana cr duit deposit tu dipulgkan kpd sy

    3. sekiranya sy mng dan harga rumh lonjak kpda rm70k bgaimana byrn depositnya.

    mslnya:
    harga rumah lelong :RM64k
    depsit; RM 6400
    harga menang: RM 70k

    biasanya kalau beli rumh, kene byr 10% deposit
    kes ni Rm6400 tidk mncukupi dr rm 70k
    adkh sy perlu mnmbh byrn deposit itu
    atau byrn terbut akan msuk dlm loan bank
    biasa nya bank akn bg 90% loan saje.

    04 Nov 10 at 9:06 am #
  90. azira,

    1. deposit tu kita buat bank draft ke atas nama bank yg lelongkan rumah tu. contohnya, bank draf RM6400 kepada Maybank Berhad. bank draf ni lebih kurang macam cek la.

    nak buat bank draf senang je. pegi mana2 bank (tak semestinya bank pelelong), isi borang bank draf. di kaunter, bagi cash atau mintak jumlah tu dipotong dari akaun kita. caj buat bank draf ni bergantung kpd bank, biasanya antara RM2 hingga RM8 sekeping.

    kalau nak suroh agent buatkan pun boleh. tapi kena bagi cash kpd agent lah. tapi kalau dia songlap duit tu, camne nak cari?

    so since nak buat bank draf ni senang je, baik buat sendiri. then passkan bank draft tu kpd agent. ni lagi selamat, sbb agent takleh cashkan bank draft kita, since bank draft tu atas nama bank pelelong.

    2. kalau kalah auction, kita akan dapat balik bank draft kita tu on the spot. just pegi balik bank tempat kita buat bank draf tu, dan kita boleh cancelkan bank draft tu. terpulanglah nak amek cash, atau nak masukkan dlm akaun.

    3. kalau reserve price RM64k dan syarat 10%, kita bawak bank draf RM6400 siap2. Kalau menang harga RM70k, technically kita kena bayar 10% dari RM70k iaitu RM7000. So since RM6400 dah settle, kita kena topup bayar lagi RM600 la. Boleh guna cash, credit card atau bank draf lain.

    04 Nov 10 at 10:34 am #
  91. izmir

    salam.kalau nak tau lanjut pasal rumah lelong,masuk la website otai2 ni http://www.faridzaswadi.blogspot.com,www2.pie2020.com/blog,
    tuanbri.com/blog/..byk info diorang share dkt situu.

    04 Nov 10 at 11:17 am #
  92. Terima kasih.. :)

    10 Nov 10 at 1:06 am #
  93. Mohd Dali Mohd Sajuri

    Kepada Arina yg bagi soalan/comment pada 30/09/2010 berkenaan loyer yg charge sampai 3% daripada purchase price atau bidding price sila email aduan kepada saya. Saya berkhidmat sebagai seorang peguam (boleh check nama saya di Directory Majlis Peguam Malaysia dlm website majlis peguam). Yuran guaman adalah 1% utk RM150,000 yg pertma. Lebih dari tu smpi RM500k adalah 0.75%. Maknanya lagi mahal harga belian lagi rendah legal fee nya. Bagitau saya sapa loyer tu. Saya buleh tolong buat aduan kat Disciplinary Board Bar Council.

    Kalau ada sesapa yg nak guna khidmat saya buat Sale & Purchase Agreement atau nak apply Government Loan pun buleh bagitau saya. Sekian TQ. Sorry Bird, “promo” sikit.

    20 Nov 10 at 11:36 pm #
  94. fuh. TQVM En Dali!. Welcome on-board! hehe…

    21 Nov 10 at 11:20 pm #
  95. Dali.. takpe promo, sy tak kenakan caj hehe. yg penting contribute info berguna utk orang ramai.. proses jual beli rumah ni complex, kesian ramai yg tak faham, itu yg ada kena tipu..

    23 Nov 10 at 12:16 am #
  96. alan

    salam en khairul,
    26 hb ni sy nk bida satu rumah.harga lelong dalam 70 k.ape tip2 untuk hari lelongan tu…
    sy baru first time nk beli rumah,pastu berminat nk beli rumah lelong pasal harga murah sikit.lagi satu klu nk tau loan sy lepas ke x lepas macamne? harap dapat bantu.tq

    23 Nov 10 at 11:43 pm #
  97. good job bro….

    24 Nov 10 at 11:42 am #
  98. zaha

    salam,en khairul.macamana nk tahu rumah tu berapa kali dah masuk lelong,

    11 Dec 10 at 4:43 pm #
  99. zaha, kalau nak tau lelongan keberapa, just call auctioneer dan tanya..

    tapi bagi yg dah biasa auction, tengok harga pun dah boleh agak ni lelongan keberapa. dan kadang2 kita boleh tau berdasarkan kod2 unit tertentu yg auctioneer letak dlm listing. tapi ni semua bila dah biasa dgn auction la.

    sebenarnya berapa kali auction tak relevan sgt.. kalau harga reserve tu dah cukup murah, dah boleh beli, walaupun lelongan first time..

    cuma, ada bank macam Maybank hanya cover tunggakan untuk auction kali pertama dan kedua je.. kalau dah kali ketiga keatas, dah tak cover tunggakan.. tapi sama ada cover atau tak ni pun ada tulis dalam Proclaimation of Sale jugak (dapat dari Auctioneer)..

    15 Dec 10 at 3:07 pm #
  100. nizam

    salam,loan saya baru approve, esok baru nak sain Offer letter, rumah tu rumah lelong pada 16/11/2010, loan baru approve 12/11/2010.tempoh masa adalah 90 hari.saya nak tanya sempat ke nak selesaikan segala benda ni dlm masa 2 bulan lagi.peguam pun saya tak lantik lagi.harap2 tuan dapat bagi cadangan atau idea mcm mana prosedur lepas saya pergi jumpa officer bank esok.tq

    15 Dec 10 at 8:13 pm #
  101. nizam

    loan approve 12/12/2010.bank pelelong adalah ambank.loan approve adalah eon bank.

    15 Dec 10 at 8:14 pm #
  102. nizam.. susah nak cakap sempat ke tak. sebab byk sgt faktor.

    since peguam belum dilantik, mintak recommendation siapa2 utk cari laywer yg bagus. pastu explain awal2 kat lawyer tu pasal masa singkat. kalau lawyer tu sibuk, baik cari lawyer lain yang boleh consentrate utk case ni.

    seperti biasa, bila dah dapat peguam, kena push peguam tu selalu! all the best..

    16 Dec 10 at 6:49 pm #
  103. untuk listing rumah lelong johor sila ke website berikut http://www.lelongbank.blogspot.com …thanks admnin…

    21 Dec 10 at 2:40 am #
  104. yats

    Salam,

    saya beli rumah lelong (1st time) tup2 ada masalah, tak dpt cari pemaju , lawyer pun pening dah, soalan saya if i bayar cash kat Eon bank baki dari Auctions tu , property tu masih tak boleh tukar nama hanya boleh guna POS aje kan? pls advise…saya baru belajar. TQ.

    21 Dec 10 at 2:53 pm #
  105. yats, sama je, boleh tukar nama juga. kalau auction mmg guna dokumen POS, bukan S&P, tapi dua2 dokumen tu still digunakan utk tukar nama jugak, bila pembelian selesai.

    takkan awak beli, pastu still atas nama lama lagi. bukan beli la namanya tu hehe.

    23 Dec 10 at 8:02 am #
  106. Anuar

    Salam…

    Berguna betul info2 disini…boleh tak bg email/hp coz nak tanya apa2 prob berkaitan lelong rumah…

    Minta Lawyer EN. Dali punya email sekali…promo sudah tapi cm ner nak contact…

    TQ

    23 Dec 10 at 10:13 am #
  107. Anuar, boleh cari email saya di sekitar website2 Aidan ni hehe.

    24 Dec 10 at 5:01 pm #
  108. eh ha, sesiapa nak buat kedai online free, boleh pergi ke http://lot.my.

    Lot.my ni salah satu projek terbaru kami. Sejak mula http://lot.my beberapa bulan lepas, dah ada dalam 10 ribu kedai.

    24 Dec 10 at 5:05 pm #
  109. joe

    a`kum..bagus info2 dalam blog nih..sy ade satu soalan.apa beza rumah yg dilelong di mahkamah dan di hotel..then,selepas kite menang bid,then adakah kite akan dapat pos dan gunakan pos itu untuk submit loan.dan pada masa yg sama kite gunakan khidmat peguam untuk pertukaran hak milik..dan adakah hanya peguam yg namanya ade dalam pos yg boleh digunakah khidmat nya..adakah langkah ini betol atau tidak,sy ade sedikit kebingungan di situ..harap dapat membantu

    01 Jan 11 at 4:55 am #
  110. joe..

    1. rumah2 yg title dah perfect, iaitu dah ada ’strata title’, dilelong di mahkamah.
    rumah2 yg belum settle lagi, atau masih bawah ‘master title’, dilelong di tempat2 lain: bank, pusat lelongan, hotel, dsb.
    dari segi prosesnya, lebih kurang sama je.

    2. POS diguna untuk istiharkan lelongan, dikeluarkan sebelum auction. COS yang diguna sebagai dokumen pembelian, disahkan selepas menang.

    3. yang dalam POS tu ialah peguam yg in charge kes rumah tersebut je(yg uruskan kes antara bank asal dan owner asal). lepas kita menang, kita boleh guna mana-mana peguam lain, dan loan dari mana-mana bank lain.

    02 Jan 11 at 10:25 am #
  111. [...] Lumpur dan Selangor. Rujuk beberapa artikel beliau: ‘Beli Rumah Lelong’ (http://blog.aidan.com.my/2009/06/belirumah-lelong/) dan ‘Tips Beli Rumah’ [...]

    03 Jan 11 at 9:38 am #
  112. Lieya

    Salam. Pd 12 jan ni saya akn bid rumah lelong..teres stgkat ..Reserve prices 220K..mengikut dlm POS ni rumah renovated & extended intermediate single story terraces house. location Taman Permata, Kuala Lumpur. soalan sy..

    1. mcamana sy nk check market value rumah ni?
    2. bole ke loan saya lepas? income sy RM2900 (tiada komitment hanya ada 2 credit card..total baku lbih kurang RM3000)
    TQ

    10 Jan 11 at 12:26 am #
  113. 1. boleh agak2 sendiri berdasarkan iklan2 yang nak jual rumah2 di kawasan sama, tapi pastikan saiz, tingkat, renovation hampir sama la. or boleh jugak cuba borak2 dan tanya penduduk kawasan situ. or utk lebih tepat, dapatkan khidmat mana-mana valuer. biasanya caj valuer beberapa ratus untuk rumah dalam harga RM200k.

    2. sepatutnya boleh lepas. nak confirm, boleh masuk mana2 bank, dan tanya di kaunter pertanyaan. pegawai tu akan tolong kirakan on the spot je.

    good luck.

    10 Jan 11 at 4:29 pm #
  114. kay

    slm…tumpang tanya pd yg pakar..sy beli sebuah rumah.subsale dari pemilik asal.
    masalahnye sy tidak dimaklum owner dimana(ditipu)owner lama dah amik duit dari penyewa skrg dgn janji utk dijual kpd penyewa.tetapi tiada apa2 perjanjian yang sah telah dibuat antara mereka.
    skrg penyewa tidak mahu kluar dr rumah itu selagi owner lama tidak bayar balik duit yg diambil oleh owner lama.skrg rumah tu sy tak dapt masuk dan terpaksa pula bayar loan kpd bank. bagaimana nak selesaikan malsalah ini dan keluar kan penyewa itu? t.kasih

    11 Jan 11 at 2:14 pm #
  115. kay, susah problem tu. kena bantuan peguam.

    pengajaran:
    1. bila beli rumah, cek siapa menghuni rumah tu. kalau penyewa, pastikan dia tau rumah nak dijual.
    2. dalam semua urusan buat bayaran, dapatkan resit.

    12 Jan 11 at 3:00 pm #
  116. akma

    salam. tumpang tanya. kalau kita beli rumah lelong dengan tunai, adakah kita akan membabitkan pihak lhdn? terima kasih

    13 Jan 11 at 9:49 am #
  117. akma, tidak babitkan lhdn.

    16 Jan 11 at 3:01 pm #
  118. zara

    Khairul,

    Boleh ke tlg saya carikan rumah kat area sepang/dengkil/putrajaya yg murah2 je.. dah lama cari tp tak jumpa.. sume mahal

    18 Jan 11 at 3:26 pm #
  119. zara, sorry saya tak sediakan service cari rumah murah. buat masa ni, saya beli untuk diri sendiri je.

    murah tu camne? kalau setakat 10-15% bawah market price, memang boleh cari. kalu rajin cari, jumpala tu. takpun, contact mana2 ejen hartanah utk carikan.

    22 Jan 11 at 3:04 pm #
  120. Gezz

    En.Khairul,

    Kalau beli umah lelong dgn cash, dalam berape lama semua proses selesai? 1 bulan?

    Tq

    Thumbs up !!!

    23 Jan 11 at 8:46 pm #
  121. Gezz, kalau beli rumah lelong dengan cash pun susah nak settle 1 bulan. selalunya paling cepat ambik masa 2-4 bulan jugak, sebab byk proses.

    yg lebih penting: kenapa nak beli cash?

    24 Jan 11 at 3:07 pm #
  122. [...] di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Rujuk beberapa artikel beliau: ‘Beli Rumah Lelong’ (http://blog.aidan.com.my/2009/06/belirumah-lelong/) dan ‘Tips Beli Rumah’ [...]

    25 Jan 11 at 1:05 pm #
  123. [...] Artikel asal adalah dipetik dari http://blog.aidan.com.my/2009/06/belirumah-lelong/ [...]

    25 Jan 11 at 4:18 pm #
  124. satu seminar berkenaan pelaburan rumah lelong akan diadakan oleh en khairul kita. sape berminat sila daftar kt sini http://institute.aidan.com.my/

    09 Feb 11 at 3:41 pm #
  125. Hana

    saya nk tanya pendapat en.Aidan, adakah satu keputusan yg bijak sekiranya sy menjelaskan pinjaman perumahan bank dlm masa 5 thn sekiranyan saya mampu memandangkan jangkamasa pinjaman saya sebanyak 22 thn lagi?

    17 Feb 11 at 10:53 pm #
  126. Hana, ‘Aidan’ ialah nama syarikat kami, rujuk ni (http://www.aidan.com.my)

    Soalan tu susah tak boleh nak jawab sbb tak cukup info. Bergantung kpd byk faktor2 lain (cthnya rate loan rumah tu, sumber duit dari mana, lebihan cash yg ada, adakah sbb nak beli rumah lagi, dll. Yang paling penting, apa tujuan nak settlekan?

    20 Feb 11 at 3:11 pm #
  127. azhan007

    salam..

    saya berminat nak bid rumah lelong bumilot tetapi pemajunya telah lesap..persoalan adakah ini akan menimbulkan permasalahan bila nak buat loan bank ataupn semasa mot??

    20 Mar 11 at 9:18 am #
  128. azhan007, kalau bumi lot tak jadi masalah, asalkan pembeli bumi.

    tapi kalau developer lari, mungkin jadi masalah, melainkan ada developer lain yg ambik alih projek tu.

    24 Mar 11 at 3:13 pm #
  129. Ummal

    salam tuan..sy baru berjaya beli ruma lelong bsn on 07/april/2011 d NSTP..skrg tgh apply loan..persoalan sy, kalau peguam yg kita lantik untuk uruskan tukar nama dri pembeli asal kepada kita adalah lawyer yg sama.. apakah ada masalah2 berkaitan..kalu ikut logik mungkin lebih mudah coz semua dok asal (SNP dll) ada kat lawyer tu kan..apa pndpt tuan2???

    09 Apr 11 at 10:26 pm #
  130. ummal.. tak jadi masalah guna lawyer lelong..

    betul, mungkin proses lebih cepat.. kecuali lawyer tu sendiri la yg lembab..

    11 Apr 11 at 11:49 pm #
  131. khairul anuar yusoff

    khairul,saya beli rumah lelong.masalahnye sampai sekarang dr ogos 2010 saya masih belum berjaya dapatkan hak milik sementara dr pemaju. pemaju tak mahu beri kerjasama…apa yang harus saya lakukan

    14 Apr 11 at 2:13 pm #
  132. khairul, pemaju biasanya nak jaga kepentingan dia.. tanyela pemaju ape dia nak.. selalunya dia nak dokumen2 berkaitan, mungkin surat dari bank yg mengatakan bank/kita akan settlekan hutang, dll..

    19 Apr 11 at 2:50 am #
  133. Bustamam

    saya baru beli rumah lelong mahkamah under my wife name.
    ..sy pergi epf untuk keluarkan epf .
    1. pegawai epf bgatu, saya perlu masukkan nama saya dlm snp untuk keluarkan epf. bila tanya boleh ker macam tu ..? dia kata boleh …banyak orang dah buat..
    2. next day saya call lawyer, and lawyer kata benda tu tak boleh buat … still my wife punya name and tak boleh tambah nama wpun untuk keluarkan epf…

    sekarang saya tak tahu mana yang betul, and tak tau nak proceed yangmana nie,,,memang target duit epf untuk cover pun….hmmm…mintak tolong saudara untuk advice ……

    26 Apr 11 at 10:04 am #
  134. bustamam, beli lelong takde document SNP (sale and purchase).. cuma guna COS (contract of sale) je..

    nak withdraw epf, kena ikut nama yg ada dlm COS je.. tapi kalau dah lepas auction, dalam COS takleh tambah nama baru lagi.. nama dalam SNP senang nak tambah..

    26 Apr 11 at 10:50 am #
  135. anuar

    salam khairul,saya nak tanya saya ada beli rumah lelong pada bulan mei 2010 tapi sehingga sekarang saya belum berjaya mendapatkan rumah tersebut kerana pemaju enggan memberi surat hak milik sementara kepada saya bg meluluskan pinjaman ,bagaimana cara untuk mendapatkan rumah tersebut

    26 Apr 11 at 12:07 pm #
  136. anuar, first kena tau kenapa pemaju tak layan.. maybe pemaju perlukan dokumen pembelian, or settlekan tunggakan..

    29 Apr 11 at 7:50 pm #
  137. rose

    assalam…en. khairul, sy menang lelong rumah pd 07.04.11 lepas,tp sampai skrg tak buat loan lagi…ini kerana rumah kena tukar nama dulu…mslhnye untuk tukar nama lawyer mana yg boleh sy guna, sy dah call lawyer lama tp dia kata dia x boleh buat pertukaran nama kecuali untuk loan rumah dia boleh uruskan…so adakah saya kena cari lawyer yang lain untuk proses tukar nama, dan gunakan lawyer yang lama untuk loan rumah? kalau sy cari lawyer yang lain untuk proses tukar nama + loan sekali boleh ker? tlg sy encik khairul…

    01 May 11 at 7:29 am #
  138. rose, cari lah lawyer lain yg boleh buat tukar nama.. mungkin boleh combine dgn lawyer loan sekali..

    20 May 11 at 8:50 am #
  139. eunzzz

    Ingin Mengetahui Cara Sebenar Membeli Hartanah Lelong Dan Teknik Menjana Keuntungan Menerusinya?

    Baca seterusnya di sini

    11 Jun 11 at 3:58 pm #
  140. salam…saya nak tnya pasal beli umah sub sale.loan dah approve..s&p on progress.umah yang sy beli ni fully furnished.macam ne sya nak pastikan penjual tidak mengambil(mengopek) barang2 seperti aircord etc…sbb masa nak jual tu dia cakap semua dalam umah ni termasuk dalam harga jual.Ada x apa2 perjanjian yang saya boleh buat dalam hal ni.
    terima kasih..

    13 Jun 11 at 1:48 pm #
  141. syazwan, boleh suroh lawyer senaraikan barang/furniture jugak dlm dokumen jual beli..

    19 Jun 11 at 7:51 am #
  142. nak belajar jadi pembida yg berjaya …mcmaner?

    19 Jun 11 at 12:35 pm #
  143. nizam, byk sgt soalan ni.. baik baca buku2 tentang beli rumah dulu.. then baru tanya..

    by the way, beli rumah bukan bisnes.. better anggap sebagai pelaburan.. dan selalunya jangka panjang.. dan kena ada cash jugak utk downpayment/expenses..

    26 Jun 11 at 9:51 pm #
  144. nizam

    assalamualaikum,

    Saya berminat untuk menceburi bidang hartanah, sekarang bekerja disektor swasta. cuma nak tau boleh ke klu nk start wat bisnes ni tp xde modal. sbb slalu dgr org ckp leh bli rumah tanpa klua duat then leh dpt extra duet lg dr belian tu. so nk tau la adakah benda ni leh wat? klu xpn ade yg perlu 10% deposit dlu. so cmne prosedur tu ye? bli rumah dr siapa plg sng nk dpt n jual blk (dr segi prosedur la)?

    terima kasih,
    Nizam

    24 Jul 11 at 2:58 pm #
  145. Azhan

    Assalamualaikum..

    skrg agak sukar utk cebur lelong sbb bank hanya benarkan pinjaman 70% utk rumah kedua dan seterusnya…ada cara lain tak en khairul utk dpt pinjaman yg lebih?

    28 Jul 11 at 5:40 am #
  146. bonjoe

    salam bro,
    rumah lelong yg tidak banyak masalah rumah landed or apartment.saya rasa landed kurang risiko kot sbb x yah bayar manintennce.tlg response broo

    31 Jul 11 at 12:58 am #
  147. bonjoe

    saya nak cuba bid rumah yg murah dulu…tp lokasi yg strategik.untuk dptkn confident dan pengalaman.mesti kena bnyk buat homework

    31 Jul 11 at 1:46 am #
  148. bonjoe, yes saya stuju dgn dua2 statements tu..

    03 Aug 11 at 6:51 am #
  149. izah

    salam. Nak tanye boleh tak kita terus pindah masuk rumah yg kita menang bid, walaupun urusan pinjaman ngan bank belum selesai. ?

    04 Aug 11 at 10:23 pm #
  150. sulaiman

    Assalamualaikum….

    Minggu depan aku ingat nak masuk beli satu rumah lelong…
    Reserve Price : RM 70, 000.00 …. Rumah Low Cost….aku tau info ni pun dengan seorang agen kat mudah.my…

    Lepas jumpa semalam, dia suruh aku buat Bank Draf atas nama Bank Islam RM 3500 (5 percent dari harga rumah tu) dia cakap dia akan wakil aku masa hari lelong tu….sebab aku tak dapat pergi hari tu….

    Persoalan aku nak tanya selamat ker kalo aku kasik Bank Draf RM 3500 tu kat dia….dia boleh scam aku ker?? sorila baru first time beb…. takut kena tipu…. tenkiu

    05 Aug 11 at 5:17 pm #
  151. sulaiman.. guna bank draf selamat.. sbb kalau bank draf tu atas nama bank.. bank tu je yang boleh cashkan..

    09 Aug 11 at 6:52 pm #
  152. alfarina ahamad

    Terima Kasih kepada En. Shahir kerana telah banyak membantu semasa proses lelong aritu….
    Syukur kepada Allah s.wt. kerana aku menang rumah tu…rumah yang ku idamkan……
    x sabar nak masuk rumah…

    11 Aug 11 at 5:27 pm #
  153. Feyza

    Artikel yang sangat berguna! thanx En.Khairul coz sudi berkongsi ilmu…sya budak baru blajar, boleh mintak tunjuk ajar? hehe=)

    13 Aug 11 at 3:54 am #
  154. Joe

    Salam bro,

    Sy utk pertama kalinya cuba bid satu lelongan awam isnin ni. Rumah teres 2 tgkat, RP 220,000. Harap berjaya

    16 Sep 11 at 7:14 pm #
  155. idham

    salam otai semua.apa maklumat yang kita boleh buat sekiranya maklumat ini yang diperolihi.

    D-S-T Tmn Bkt Katil Medium Cost Terrace

    No 6, Jln Bayan 8, Tmn Bkt Katil,

    75450 Bukit Katil, Melaka

    RM 90,000 - Now RM 81,000

    883sf

    Leasehold- 75 years

    kod B

    Dua tingkat lot tengah - 18 x 50

    Hartanah subjek terletak kira-kira 8 km dari timur laut Bandar Melaka.

    Hartanah lebih mudah dihubungi dari Bandar Melaka melalui Jalan Merdeka,

    Jalan Parameswara, Jalan Bukit Senjuang, Jalan Semabok, Lebuh AMJ, Jalan Semabok-Bukit Duyong,

    Jalan Duyong-Bukit Katil dan akhir sekali membelok ke kanan memasuki Jalan Bayan 8 dimana terletaknya hartanah subjek.

    AKOMODASI

    Tingkat bawah - Tempat letak kereta, ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik mandi/tandas

    Tingkat atas - 1 bilik tidur utama dilengkapi bilik mandi/tandas dan 2 bilik tidur lain

    10% Down-payment Di-kehendaki.

    Kami Boleh Bantu Uruskan,

    Pinjaman Bank.

    adakah dengan maklumat ini kita boleh membida ruamah tersebut

    terim kasih otai2

    30 Sep 11 at 1:20 am #
  156. idham

    tambah soalan

    maklumat yang di perolihi x diberitahu tarikh lelongan.nama bank dan bagaimana kita ingin mengetahui maklumat lain

    30 Sep 11 at 1:27 am #
  157. hanif

    saya dgn bakal isteri nak beli rumah bank lelong…takut gak…first time…tp pas dpt info dr sini baru rase slmt sedikit dari ditipu agen…tapi sy dpt no dr agen yg pin no hp kat tepi jalan…rase nye boleh caye ke tak…

    19 Oct 11 at 8:41 pm #
  158. hanif

    saya dgn bakal isteri nak beli rumah bank lelong…takut gak…first time…tp pas dpt info dr sini baru rase slmt sedikit dari ditipu agen…tapi sy dpt no dr agen yg pin no hp kat tepi jalan…rase nye boleh caye ke tak… doa kan kami berjaya bid rumah itu…

    19 Oct 11 at 8:42 pm #
  159. norhuda

    salam, saya mendapat byk info ttg lelongan rumah dr sini. terima kasih bebanyak. esok ada temujanji dgn agen lelong. harap2 berjaya. pd 3.11. nnti. berdebar-debar jugak ni….;)

    01 Nov 11 at 12:52 am #
  160. azmie

    as salam…letter offer dah sign bank pun dah submit dgn panel lawyer dorang…tp dah dkt 2 minggu takde reply lagi dari lawyer bank?…minta penjelasan sikit dari yg pakar…tq

    03 Nov 11 at 8:49 pm #
  161. hanim

    salam khairul,

    saya nak buat pertanyaan sedikit.

    saya membuat pembayaran beli rumah 3% tetapi saya nak batal kan pembelian rumah itu sbb

    1. ejen yang menjual rumah itu pada mula nya mengatakan yang rumah saya nak beli itu adalah FREE HOLD jadi saya pun percaya la. setelah sign S&P rupa2 nya rumah yang bakal saya beli itu adalah LEASE HOLD.

    2. pihak bank pada mulanya meluluskan pinjaman untuk pembelian rumah sebanyak RM80k itu tetapi setelah 2 bulan tiba2 bank memberitau yang rumah itu rumah itu hanya lulus RM70k sahaja dari nilai rumah.
    sedangkan saya membeli rumah itu pada harga rm90k.
    pertanyaan saya, bolehkah saya membatalkan pembelian terhadap rumah itu kerana sebab-sebab diatas?

    terima kasih
    __________________

    15 Nov 11 at 10:38 pm #
  162. moclec

    salam semua….
    nak tya sket… saya nak jual rumah, rumah baru beli dlam 3 tahun…. nak tya brapa denda yg kena bayar ? kiraan nyer mcam mana yer ?

    06 Dec 11 at 12:50 am #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.