Update # 1 : Call for all beta tester. Grab RM 10 voucher from Guardian/Watsons. Visit www.my-hospital.org now!

my-hospital-community-medic-malaysia_1241498869788

www.my-hospital.org

Saya memulakan projek ini sebagai kerja sampingan. Minat untuk mencuba sesuatu yang baru mendorong saya memulakan projek ini.

Wordpress adalah platform untuk memblog, mencetak dan memaparkan kandungan digital di dalam Internet. Wordpress mampu dinaiktaraf menjadi sebuah laman web berasaskan Content Management System menggunakan theme dan plugin yang sesuai.

Latar belakang

Projek My Hospital ini menggunakan Wordpress sebagai platformnya dan theme serta plugin yang bersesuaian sebagai sokongannya. My Hospital mensasarkan untuk menyenaraikan semua hospital, klinik dan farmasi yang terdapat di Malaysia melalui konsep geo tagging.

Memandangkan kesemua tempat ini seringkali dikaitkan dengan kecemasan, maka My Hospital berperanan untuk memudah dan mencepatkan carian premis-premis tersebut. Ia juga mampu menyediakan plan perjalanan agar waktu-waktu cemas dapat dipendekkan dan kecemasan dapat diatasi dengan segera.

Di samping itu pengguna My Hospital juga boleh memberikan rating dan komen berkenaan satu2 premis kesihatan yang mereka telah kunjungi. Artikel-artikel kesihatan akan turut dimuatkan sebagai bahan bacaan tambahan kepada pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan isu kesihatan di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya.

Objektif

  • Menyenaraikan semua hospital, klinik dan farmasi kerajaan dan swasta melalui kaedah pemetaan
  • Memudahkan orang ramai membuat carian,mengenalpasti pusat kesihatan terdekat, merancang perjalanan dan membuat pemilihan
  • Menjadi online community bagi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam bidang berkaitan kesihatan
  • Membekalkan maklumat kesihatan terkini secara umum dan berpandukan lokasi

Plan komersial

Aplikasi web berasaskan geo ini menjadi semakin rancak apabila Google mengeluarkan produk Google Maps. Dengan API yang dilabel dibawah sumber terbuka, para pembangunan aplikasi geo boleh menggunakan API Google Maps untuk membangunkan aplikasi/produk mereka sendiri.

Walaupun My Hospital adalah aplikasi mudah Google Maps, namun dalam jangka masa panjang, aplikasi ini mampu dikembangkan dan seterusnya dikomersialkan.

Cadangan2 pengkomersialan

Saya masih berkira2 untuk mengkomersilkan My Hospital. Dan masih mencari rakan kongsi IT sesuai bagi merealisasikannya. Sesiapa yang berminat sila emel saya di iznan.nan @ gmail.com.

Saya bahagikan plan komersil tersebut kepada tiga tahap:

Tahap pertama

  • Ruangan pengiklanan bagi mereka yang ingin mempromosikan produk sokongan hospital
  • Iklan2 berbayar dari Google Adsense yang dipaparkan terus diatas map
  • Pakej direktori berbayar bagi hospital, klinik dan farmasi swasta. Pakej ini menawarkan life time listing merangkumi gabungan mana2 ciri-ciri seperti latar belakang premis, lokasi premis dalam Google Maps, medium interaktif antara pelanggan premis dan pemilik premis, newsletter dari premis dan sebagainya.

Tahap kedua

  • Penyenaraian secara iklan bergilir diatas Google Maps kemudahan dan perkhidmatan hospital-hospital yang tersenarai didalam direktori.
  • Perkhidmatan online health advisor yang akan dikendalikan oleh doktor yang bertauliah. Servis ini akan menggunakan aplikasi Google Maps bagi memaparkan doktor2 ynag berdaftar di dalam My Hospital yang sedang online dan boleh dihubungi.

Tahap ketiga (advance)

  • Geo tracking menggunakan sistem GPS bagi setiap ambulan (kerajaan dan swasta) yang sedang bergerak secara real time. Perkhidmatan ini mampu memberikan pulangan dari segi penjimatan masa semasa kecemasan dan juga penjimatan kos bagi mengelakkan panggilan dibuat kepada penyedia perkhidmatan yang ambulannya sedang dalam pergerakan. Para pengguna terdiri daripada operator pusat panggilan kecemasan yang boleh secara real time melihat sendiri pergerakan ambulan dalam lokasi kecemasan. hal ini memudahkan operator untuk menghubungi penyedia perkhidmatan ambulan alternatif bagi menangani kecemasan dengan segera. (korang faham ke apa yg aku nak explain ni…kekeke)

Penutup

Saya melihat aplikasi menggunakan maps ini sedang pesat membangun. Dan saya kira ia mempunyai nilai komersil untuk dibangunkan. Maka itu sesiapa yang berrminat utk mengetahui lebih lanjut atau berkolaborasi dan bekerjasama menjayakan projek ini sila emel saya di iznan.nan@ gmail.com

Saya mencari

  1. Google Maps Application Developer (Google API knowledge is compulsory)
  2. Funder (Rakan kongsi)
  3. Web designer
  4. Marketing person

Itu sahaja secara ringkas kerja2 sampingan aka hobi saya selain menjadi tukang arah di Ardentedu dan juga di Aidan. Peace…..wassalam

This post has 3 comments. Add your own.

  1. …aka hobi saya selain menjadi tukang arah di Ardentedu dan juga di Aidan…

    kekekekeke….buat gelak betul la kau ni nan. First time aku jumpa orang direct translate “director=tukang arah”. Biasanya “director=pengarah” je.

    Dasat betul la BM kau. Tabik spring!! :D

    Anyway, idea My-Hospital ni memang berisi la. It’s more than just a centralize database for hospitals.

    06 May 09 at 4:28 am #
  2. bila mau stat?

    23 Jul 09 at 3:50 pm #
  3. ez

    for my project paper,i tgh study sistem n database yang sesuai yg terdpt d pharmacy n hosp…to come up my idea to involve google map in my web based development…if i interested,can u share ur info with me. so far, i just plan to create new alghorithm regarding that..for more explaintn,just email me.TQ

    30 Jul 09 at 2:22 am #

Post a comment