- Saya tidak pernah memenangi sebarang cabutan bertuah. Setiap kali saya hadir ke jamuan makan malam, saya sudah berhenti berharap untuk membawa pulang tiket perlancongan, baucher membeli-belah mahupun pembakar roti. Nasib seringkali tidak menyebelahi saya dalam sebarang cabutan bertuah.
- Kadang-kala itulah lumrah hidup. Dalam kita menjalani kehidupan, sering kali kita menyerah kepada nasib
- Dari segi perniagaan pula, saya rasakan, nasib merupakan satu komponen kejayaan yang selalu dipandang rendah. Namun, kita beruntung sebab dalam perniagaan, ada pelbagai cara kita boleh memaksimakan peluang kita untuk mendapat nasib yang baik.
- Dedahkan diri anda kepada perkara rawak sebanyak yang boleh. Hadiri majlis yang tiada siapa mahu hadir. Baca buku yang tiada siapa ingin baca. Berbual dengan orang yang tiada siapa sudi berbual denganya. Siapa sangka, perbualan saya dengan seorang makcik yang sedang menunggu giliran di klinik telah mendapatkan tugasan freelance pertama buat saya. Itulah yang dikatakan nasib baik.
- Percaya kepada kebarangkalian nasib. Saya fikir perniagaan seperti puncak dan lembah. Setiap kali nasib tidak menyebelahi saya, tidak lama selepas itu, saya seringkali mendapat nasib yang baik pula. Lepas jatuh, mesti kita naik balik. Samalah, setiap kali saya bernasib baik pula, saya siap sedia menunggu nasib yang tidak saya ingini.
- Berhelah dengan diri sendiri. Self-deception adalah penting untuk self-esteem yang tinggi. Bagi saya, setiapkali anda berjaya oleh kerana nasib yang baik, ia OK untuk ambil lebih kredit dari yang anda berhak (tapi cuma dalam minda sendiri sahaja). Ia OK untuk memikirkan yang anda telah berjaya mengalahkan persaing anda. Ia OK juga untuk mendedikasikan kejayaan anda kepada segala kerja keras anda. Pada masa yang sama, bersifatlah rendah diri, terutamanya pada luaran, tetapi dari dalam diri anda, fikirkanlah yang anda seorang yang unstoppable.
- Anda pula bagaimana? Bagaimana anda maksimumkan nasib yang ada?
Posted by Akmal.
Filed under Business & Management
Posted on Mon, 18 May 2009 at 12:07 pm
Subscribe to RSS 2.0 feed.







Jangan lupa doa tau!
Isi ketiga tu kurang faham lah. Bagaimana denagn berhelah boleh memaksimakan nasib baik kita?
18 May 09 at 10:40 pm #i think what he meant is once you’re succeed, even based on your good luck, you could claim that you deserved it because of your hard work, not just solely on luck. so it maximize the good luck you get. my 2 cents.
19 May 09 at 12:41 pm #Moon,
Betul tu, doa tu penting.
Saharil,
19 May 09 at 4:37 pm #Thanks, your take is correct. Point #3 is the easiest to do
update update!
25 May 09 at 3:53 pm #