- Minat selalunya mempengaruhi tujuan utama kenapa seseorang memilih untuk memulakan perniagaan sendiri. Antara sebab utama untuk berniaga ialah:
- Mahu jadi boss
- Mahu pendapatan lumayan
- Memaksimumkan skill dan bakat sendiri
- Teruja melihat kesan langsung dalam kerja anda
- Masa yang Fleksibel
- Cuba pelbagai cara pengurusan
- Kerja dari rumah
- Membangunkan perniagaan berkenaan minat anda
- Kami berlima mempunyai pelbagai sebab untuk memulakan Perniagaan ini. Walaupun kami mempunyai pelbagai sebab, kami pastikan kami mempunyai matlamat yang sama.
- Kenapa anda pilih untuk berniaga? Cuba bersikap jujur dengan diri. Sekiranya sebab utama anda adalah untuk lari dari tempat kerja anda sekarang, misalnya - konflik dengan boss, gaji yang kecil, jauh dari rumah - saya rasa ia tidak cukup untuk mendorong anda melalui turun-naiknya alam perniagaan.
Posted by Akmal.
Filed under Business & Management
Posted on Mon, 11 May 2009 at 11:11 am
Subscribe to RSS 2.0 feed.






ingat nak memulakan perniagaan, main reason initially bcoz sudah nak dapat kerja sekarang ni. tapi bila dah start tu, baru sedar yang reason saya tu tak cukup stong nak push me forward to be come entreprenuer, so berhenti la sekerat jalan, lagi pun dah dapat offer kerja. tapi saya still plan nak jumpe into business one day. cuma tunggu the right momment je.
18 May 09 at 11:20 am #saharil,
start now, even slow and sikit-sikit. tayah tunggu right moment baru nak start big. kalau tak ready buat full-time, buat part-time dulu. kata orang, “the secret of getting thing done is by doing it now”
19 May 09 at 4:35 pm #mulakan perniagaan sebagai part time dulu dan bermodal rendah. Bila perniagaan semakin maju, duit berniaga semakin melebihi gaji bulanan, masa semakin suntuk, rasa bisnes ni boleh menjamin masa depan dll…. maka anda boleh letak jawatan dan tumpukan perhatian pada perniagaan. Jika perniagaan itu tidak jamin masa depan sepenuhnya, anda boleh teruskan sbg part time sebagai hasil sampingan.
16 Sep 09 at 1:20 pm #Sekadar ingin kongsi pengalaman, saya memulakan perniagaan dengan modal agak besar dan masa yg agak lama utk hasilkan produk (21 bulan). Jadi saya teruskan bekerja sambil menunggu kelulusan produk. Bila produk keluar saya masih kerja hingga perniagaan akhirnya maju dan saya terus letak jawatan (fikir banyak kali). Sekarang pendapatan pun telah stabil, alhamdulillah.
saya merancang nak berhenti kerja dan memulakan kerja sendiri. Saya nak buka butik. Kerja skarang bukan tak happy tp rasa nak buat kerja sendiri. Apa pandangan anda atas tindakan yang akan saya lakukan ini, adakah patut atau tidak? untuk makluman, kerja saya skarang hanya kerani saja.
05 Oct 09 at 9:38 am #Rose,
Pada pandangan saya, untuk memulakan sesuatu perkara, selalu lihat apa matlamat kita (kene be distinctive). Kemudian, lihat apa resources yg ada pada masa kini (jumlah pendapatan, kos permulaan perniagaan, rakan kongsi, semua risiko2 yg ada, etc). Daripada situ, baru kita akan nampak bagaimana untuk membuat perancangan yang sesuai mengikut keadaan semasa bagi mencapai matlamat kita sedikit demi sedikit.
Kalau betul2 minat dengan butik, dan ada kos permulaan yg mencukupi serta business model yg bagus, sy sarankan teruskan je niat untuk buka butik tu. Berniaga kene persistent (usaha yg berterusan) dan resilient (bingkas untuk bangun kembali setelah kecewa/gagal). Kalau takde minat yg mendalam, biasanya akan mudah putus asa bila lalui turun naik alam perniagaan.
06 Oct 09 at 12:31 pm #