Maahad Muhammadi (Lilbanat) Kota Bharu Kelantan merupakan sekolah agama yang paling konsisten mendapat keputusan cemerlang dalam pelbagai peperiksaan yang dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia. Biar apa jua perubahan dasar dan keputusan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita, sekolah ini pasti mampu menyesuaikan diri dengan baik. Deretan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM, STAM dan STPM menunjukkan ada sesuatu yang boleh kita pelajari dari sekolah ini. Baik dari pelajar, guru dan seluruh warga sekolah tersebut, pasti mempunyai teknik dan strategi ampuh bagi mendepani cabaran pendidikan masa kini.
Kejayaan adik Nik Nur Madihah mengulangi pencapaian Siti Fatimah Mukhtar menjadi pelajar cemerlang SPM peringkat kebangsaan, membukitkan kemampuan sekolah ini melahirkan permata-permata gemilang buat membangun generasi akan datang.
Banyak yang diperkatakan mengenai perkara luaran yang dapat dilihat sebagai faktor pendorong kejayaan. Namun faktor luaran ini sebenarnya berbeza mengikut individu. Saban tahun pelajar-pelajar cemerleang SPM datang dari latar belakang yang berlainan. JIka Siti Fatimah datang dari keluarga yang sosio ekonominya kukuh, Nur MAdihah pula datang dari keluarga yang susah dan boleh dikategorikan sebagai miskin.
Namun apa yang menarik, kedua-duanya berkongsi rasa dan pendapat bahawa kekuatan dalaman yang berhubung rapat dengan kekuasaan dan kebesaran Allah merupakan faktor utama kejayaan mereka. Nah, perkara ini tidak diberikan perhatian yang besar dalam media dan berita. Namun sebenarnya bagi mengankat martabat pendidikan dan pengetahuan, inilah dia faktor kejayaan yang paling utama.
Saya petik dari blog Siti Fatimah
Siti Fatimah yang mendapat keputusan 17 1A dan 1 2A pada peperiksaan tersebut merupakan anak kepada Pegawai Operasi Bank Islam di pejabat wilayah Koridor Timur, Mukhtar Ismail dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tapang, Aishah Mohamad.
‘‘Sebagai seorang Islam, saya percaya bahawa hubungan dengan Allah dan manusia tidak boleh dipisahkan dan dengan itu kita perlu meyakininya.
Apa kata Nur MAdihah pula
Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis… Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik … Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng… Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan… Saya belajar di ruang tamu. Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama… Saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami… Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng. “
Oleh hal yang demikian, tanpa prejudis kepada mana-mana pihak; saya menyarankan kepada semua warga pendidik yang beragama Islam agar memberikan tumpuan yang lebih kepada pembinaan jatidiri pelajar berdasarkan ajaran agama Islam yang mulia. Bentuklah para pelajar kita dengan penuh dedikasi terutama pelajar yang beragama Islam agar menjadi model ikutan kepada rakan-rakan yang lain.
*Bagi para pendidik yang bukan beragama Islam, saya berkeyakinan mereka juga mengerti akan peri pentingnya menerapkan nilai murni dalam proses pengajaran mereka.








Mana lebih bagus, sistem MM ke Imtiaz.
21 Apr 09 at 2:45 pm #Eh apa jadi dengan semua best students SPM sebelum-sebelum ni?
24 Apr 09 at 6:38 pm #