
- Secara kebetulan, Suhaimi menulis berkenaan dengan isu yang sama, Pelan Bisnes (Business Plan) . Saya cadangkan anda membaca tulisan Suhaimi terlebih dahulu.
- Di Malaysia, pelan bisnes merupakan perkara pertama yang anda mesti sediakan sebelum berjumpa dengan agensi kerajaan bagi tujuan pinjaman atau geran. Bagi saya tujuan menyediakan pelan bisnes yang tebal dan berat hanya berhenti disitu. Ia hanya sekadar protokol rasmi. Sekiranya anda tidak berhasrat untuk mendapatkan bantuan agensi kerajaan, saya cadangkan anda berhenti menebal dan memberatkan pelan bisnes anda sekarang juga. Kenapa? Kerana ia adalah satu mitos. Myth dalam Bahasa Inggerisnya.
- Masalah utama dengan pelan bisnes yang tebal dan berat ialah
- tiada siapa yang akan membacanya.
- akan menjadi lapuk pada saat anda mencetak pelan tersebut.
- ia mengorbankan banyak pokok.
- Bagi saya, pelan bisnes terbaik mestilah
- ringkas dan padat
- dokumen yang hidup (sentiasa ditokok tambah mengikut keperluan)
- do more for you than for other, membolehkan anda berfikir dengan lebih jelas dalam membangunkan bisnes anda
- Letakkan pen di atas kertas dan gariskan asas idea bisnes anda: pasaran yang anda tujukan, lanskap persaingan, produk atau perkhidmatan anda, pasukan pengurusan/pekerja yang akan anda kumpulkan, dan yang penting sekali, bagaimana untuk menghasilkan pulangan wang.
- Kemudian keluar.
- Bercakap dengan orang ramai, rakan dan keluarga. Kongsikan apa yang anda tulis. Dapatkan pandangan. Jangan terlalu berahsia tentang idea tersebut – dikala anda baru hendak menulis pelan bisnes tersebut, ramai orang lain yang telah terfikirkannya terlebih dahulu.
- Jangan terperangkap dalam mitos pelan bisnes. Ramai orang telah mengabiskan banyak masa dan wang untuk menghasilkan pelan bisnes yang tebal dan berat, yang pada mereka telah “sempurna”. Moga anda tak jadi salah seorang dari mereka.
- Pelan bisnes, adalah sangat penting dan sangat membantu, tetapi jangan tersilap dengan mitos pelan bisnes.

Posted by Akmal.
Filed under General
Posted on Fri, 10 April 2009 at 10:38 am
Subscribe to RSS 2.0 feed.
“Sekiranya anda tidak berhasrat untuk mendapatkan bantuan agensi kerajaan, saya cadangkan anda berhenti menebal dan memberatkan pelan bisnes anda sekarang juga”
kalau ada business plan tebal or berat mana pun, bantuan kerajaan still susah nak dpt.. tak kiralah smidex, msc, mdec, mecd, mara, etc.. leceh leceh..
18 Apr 09 at 7:48 pm #haha taper bird sabar. last week application grant baru kena reject. reason, we already work on our idea while they are looking for someone with just an idea (but haven’t started anything). hmm….
20 Apr 09 at 10:56 am #Akmal,
Buduh betul. agensi apa tu?
Itu lah bahana nya apabila agensi yang kononnya nak membantu usahawan tapi tak pernah satu hari pun dalam hidup mereka menguruskan perniagaan. Semuanya orang birokrat kerja kerajaan seumur hidup. Pengetahuan mereka terhadap perniagaan cuma setakat teori sahaja.
Saya pernah ke beberapa agensi kerajaan yang kononnya memberikan khidmat nasihat atau kaunseling kepada usahawan baru. Kebanyakan yang beri nasihat tu, tak pernah menceburi bisnes pun. Lepas saya pergi jumpa mereka, saya pun pergi ke kedai mekanik untuk cabut gigi. Sama jugak, suruh orang buat kerja yang bukan kepakaran mereka.
20 Apr 09 at 9:01 pm #Aku pun pikir sama cam kau gak Bal. Tapi dah semua yg buat business dok sibuk dgn business mereka, so tinggallah birokrat2 kerajaan yg ‘ditugaskan’ untuk memberi khidmat nasihat secara teori.
Aku ni dah dekat nak merajuk habis dah dgn goverment ni. Wait for my other entry.
20 Apr 09 at 10:52 pm #Haiz…
21 Apr 09 at 2:16 am #Any fool can accomplish failure…
But fiasco, fiasco is more like a disaster of mythic proportions…
But the one we present… Haiz…
Irrational disqualified!
Haiz…
Lecturers kat university mostly tak pernah kerja practically as an engineer. But they taught and groom the students to be engineers.
I guess it is the same as in other fields.
I think the government bureaucrats are like that because the system that shape them is not correct. Kalau sistem bagus, org yg kurang bagus pun ada potensi utk jadi makin bagus. Kalau sistem tak bagus, org yg bagus pun boleh jadi tak bagus.
But at the end of the day, it still depends on individuals whether they want to change or not.
What do you think?
21 Apr 09 at 11:47 am #