Setelah bergelumang dengan penyakit denggi selama seminggu lebih, akhirnya aku dah sihat..
Aku start demam hari Ahad lepas. By Khamis, aku buat first bloodtest, tapi takde tanda-tanda denggi. Jumaat buat lagi bloodtest, barulah positif denggi. So aku masuk wad DEMC kat Shah Alam selama 4 hari.
Berdasarkan pengalaman dan unscientific observation aku, berikut adalah petua-petua melawan denggi:
1. Air 100plus. Ni yang paling popular. Semua orang suroh aku minum 100plus, even doktor-doktor suggest minum 100plus banyak2. Visitors pun bawak 100plus berbotol2, so aku pun minum la 100plus berbotol2. 100+100+100+100=berapa? ok, tak lawak.
2. Sup Ketam. Ramai jugak yang cakap sup ketam boleh naikkan platlet count. Mak aku yang penyayang pun ada buatkan jugak sup ketam khas untuk anak sulung dia ni. Ni ubat yang sedap. Ntah bila la last aku makan sup ketam before this.
3. Air Daun Pegaga. Konon2nya mujarab. Pegaga secara generalnya memang bagus untuk kesihatan pun. Rasa macam makan rumput, tak sedap, tapi tolerable.
4. Air Daun Betik. Kalau air pegaga tu tak sedap, air daun betik ni jauh lagi la tak sedap. Gila takleh handle ketidaksedapan rasa dan bau dia. Kalau boleh minum air ni, boleh masuk Fear Factor.
5. Daun Pokok Semambu. Ni bukan untuk makan atau buat air. Ni guna untuk gosok2 kat badan, untuk kurangkan miang. Bila kena denggi, ruam akan keluar macam kena demam campak, satu badan jadi miang sampai takleh tidur. So untuk kurangkan gatal, amek segenggam daun semambu pastu gosok2 kat tempat yang miang tu secukup rasa (biasanya kat kaki ngan tangan).
Btw, once kena denggi, probability agak tinggi untuk kene denggi sekali lagi within setahun. So kalau ada-ada tips lain, sila la share. Bleh aku guna kalau kena denggi lagi.






Tips-tips ni betul-betul berkesan ke psikologi je?
02 Apr 09 at 8:12 pm #bird dah sihat, so maybe the tips really work la (even kalau tips tu psikologi jer)
02 Apr 09 at 9:30 pm #Bird, adik aku hari tu kitorang bagi minum sup ketam nipah. Tak taulah. Orang kata ketam nipah tu boleh tambah platlet dalam darah. Lagi satu, air daun pegaga tu, bukan daun pegaga biasa. Daun pegaga cina, daun dia macam daun pegaga biasa tapi kecik je. Ada orang panggil pokok denggi. Yang tu supplier dia dekat Kerteh, orang Petronas. Ramai orang gi ambik kat situ sebab susah nak carik daun tu. Selalu orang call je dia, pastu dia tolong buatkan air. Free of charge.
03 Apr 09 at 3:43 pm #My dad pun baru discharged from demc. Denggi jugak. Buahtgn-nya 100plus la.
06 Apr 09 at 1:29 pm #Hello!
Wah wah, baru baca 2-3 entries I dah jatuh suka kat blog ni.. Thanks to Tanjung yang promoted it!
Bird dah baik dah ye.. baguslah. Denggi2 ni tk best didengar.:)
Take care, guys.. and keep writing!
06 Apr 09 at 1:45 pm #jatuh suka? haha…first time dengar istilah ni.
07 Apr 09 at 9:25 pm #bird, sorry tak sempat nak ziarah. aku ada tip. guna daun semambu agak semak. alternatifnya ko carik sabun chandrika warna hijau. ia diperbuat dari daun semambu. diedar oleh yusof thaoiyob…..hehehe
08 Apr 09 at 10:18 pm #Waaa…. terjumpa this blog through Tanjung! I think kene demam denggi biasa nih esp. kat Malaysia and negara seumpamanya sebab nyamuk membesar dengan penuh riang ria dekat sini. I think other than 100Plus, air kelapa works as well! In fact, air kelapa lagi best dari 100Plus coz boleh buat macam2…
i.e:
1st day demam - minum air kelapa fresh
2nd day demam - air kelapa bandung
3rd day demam - sirap kelapa
4th day demam - air kelapa + nata de coco (nyum2!)
Keep writing!
12 May 09 at 4:05 pm #