
- Bagi sesetengah orang, Hari Bumi cuma perayaan satu hari untuk melenyapkan segala kesalahan-kesalahan terhadap alam (eco-wrongdoings) yang telah mereka lakukan sepanjang satu tahun lepas.
- Sememangnya Hari Bumi telah terbukti berkesan dalam menyediakan platfom bagi mendidik kesedaran dan mendorong perubahan untuk bumi yang lebih baik, tetapi ia sememangnya tidak cukup.
- Bagi membolehkan perubahan secara keseluruhan, Hari Bumi hendaklah dilaksanakan setiap hari.
- Bukan bermaksud setiap hari Zainal Abidin dan Maya Karin perlu menghadiri pesta merayakan Hari Bumi, tetapi penghayatannya perlulah dilaksanakan setiap hari.
- Di Aidan, kami mengguna semula kertas terpakai (yang masih kosong dimuka belakang) untuk menulis nota, menggunakan lampu yang hanya perlu di pejabat, menghantar sebut-harga dan invois menerusi email dan banyak lagi perkara-perkara kecil yang bukan saja mesra alam malah menjimatkan kos.
- Mari kita berubah dari amatur yang menghayati Hari Bumi sekali setiap tahun kepada professional yang menjayakannya setiap hari.
- Selamat Hari (Tahun) Bumi!

Posted by Akmal.
Filed under General
Posted on Wed, 22 April 2009 at 10:26 am
Subscribe to RSS 2.0 feed.
Earth Day served its purpose back in the day, but now is nothing more than a hype event. Don’t let it be a dangerous, dangerous distraction that affecting its original objective.
22 Apr 09 at 11:23 am #jagalah bumi ni hari-hari, nanti senang anak cucu cicit kita. bukannya cuma nak nampak cool aje.
22 Apr 09 at 4:44 pm #“menghantar sebut-harga dan invois menerusi email…”
Betul. Tapi at the end bila nak audit kene print gak. Berjela-jela pulak tu. Dekat separuh ink catridge habis(botol besar nih).
22 Apr 09 at 8:21 pm #Sarah, Mumtaz,
Betul tu, sentiasalah jaga bumi ni, start from small thing like jgn bukak tap water while brushing, think first before you open the fridge so that fridge tak bukak lama-lama, change to energy saving bulb, etc..
Alif,
23 Apr 09 at 11:56 am #Tape la, at least kita print once, kalau tak kene print twice